Archive for the Category: ‘Blog & Internet’
Jom Merayau Ke Blog Orang..
Salam ceria,
Hari ni saya saja jer nak ajak anda semua merayau ke blog-blog yang ada di dunia internet ni.. Dan ya, blog yang akan kita ‘rayaukan’ ini adalah blog-blog commenter dalam blog saya..
Jom, ikut saya!
Bagus juga ni.. Kalau anda nak pergi ke Kuantan, tak kiralah saje bercuti atau ada kenduri kahwin, mahupun melawat saudara mara.. Apa kata anda stay kat Homestay ni.. Dengan 4 bilik disediakan, RM250 semalam sangat murah..
Adus… pastikan dulu anda datang dalam kumpulan yang ramai. Yalah, 4 bilik kan.. Kalau datang sensorang, huhu… Bosanler plak kan..
Hmmm.. Jawa agaknya.. Yang saya faham ngomong ajer.. Tak banyak yang menarik kat sini, cuma kisah peribadi blogger jer..
Emm.. Dia ni keje kat JPM tau!
Yang ni plak koleksi gambar peribadi.. COmel anaknya..
#4 Inspirasi dan Rahsia Kehebatan Wanita
Huishhh.. Tajuk dia jer dah hebat.. Dan memang blog dia pun hebat juga.. Padat dengan info..
Sebenarnya ada blog yang ke lima saya nak pergi.. Malangnya blog yang ke lima tuh ada masalahnya agaknya..
“Problem loading page”..
So, chiow!
Bagaimana Menghantar Posting Secara Automatik Ke E-mail Pembaca
Salam ceria pembaca yang saya hormati,
Ini bukanlah kali pertama saya menerima emel yang seumpamanya. Maksud saya yang bertanya bagaimana saya membolehkan pembaca mendaftar di blog saya dan posting baru dihantar terus ke emel pembaca.
Mungkin saya pernah memberitahu mengenai perkara ini sebelum ini. Tapi mungkin juga ramai yang masih lagi tak tahu. Terutamanya blogger-blogger newbie.. hehehehe.. Saya ni bulehlah kategorikan otai, muahahaha.. (Dilanda perasaan perasan..) Maklumlah, 2010 adalah tahun ke 8 saya menceburkan diri dalam dunia blogging..
Anyway, sebenarnya banyak cara anda boleh menghantar posting kepada pembaca blog anda.
Cara #1: Hantar Secara Manual
Cari jalan macamana nak collect alamat emel pembaca blog anda (topik ini perlu dibincangkan separately kerana panjang giler kalau kita nak discuss bagaimana nak collect alamat emel pembaca). Lepas tu, setiap kali anda tulis posting baru, hantar emel kepada mereka.
Alaaa.. macam anda hantar emel kepada rakan-rakan anda.. Macam tak biasa pulak.. Tapi cara ni berpotensi besar untuk emel anda dimasukkan ke dalam kategori SPAM/ JUNK..
Cara #2: Guna Plugin
Hmmm.. Mudah jer.. Anda cari jerlah plugin-plugin yang berlambak dalam pasaran (guna function search kat search engine). Antara contoh yang saya jumpa sekejap tadi adalah WordPress Email Notification Plugin. Plugin ni membolehkan emel dihantar kepada pembaca (yang mendaftarkan diri mereka saja ya!) setiap kali anda update blog anda.
Tetapi sejauhmanakah plugin ni berkesan saya tak pasti. Seketika dahulu saya pernah menggunakan plugin sebegini, tetapi hasilnya tidak memberansangkan. Panjang ceritalah kalau nak beritahu apa yang tak memberansangkan. Apa kata anda pulak cuba, kemudian ceritakan di blog anda.
Cara #3: Guna Autoresponder
Rasanya nilah cara yang paling popular, selamat dan digunakan hampir 99% blogger profesional. Ianya melibatkan sedikit modal kerana perlu bayar perkhidmatan autoresponder. Saya gunakan Aweber (Klik sini untuk ke laman web mereka) dan setakat hampir setahun ni saya memang puas hati.
Saya cuma perlu setkan sekali saja untuk hantar emel ke pembaca. Dan setiap kali ada posting baru di blog, Aweber akan buat semua kerja-kerja penghantaran emel update.
Jadi saya rasa itulah 3 cara yang boleh anda cuba untuk menghantar posting secara automatik ke emel pembaca blog anda. Kalau anda tahu ada cara lain, apa kata anda kongsikan dengan saya.
Selamat mencuba!
Rozi: Plugin Apa Untuk Komen?
Salam ceria,
Hari ni saya menerima satu lagi emel daripada Rozi bertanyakan plugin yang saya gunakan untuk komen. Barangkali anda pun perasan juga yang komen di blog ini di susun macam forum.
Sebenarnya saya menggunakan Brian’s Threaded Comment yang boleh anda perolehi di laman webnya. Agak tricky nak gunakan plugin ini. Masa saya mula-mula nak gunakannya 2 tahun yang lepas, makan masa berhari2 jugalah nak jumpakan penyelesaiannya.
Bagaimanapun, kalau tak silap saya untuk WordPress versi 2.7 ke atas ni memang ianya datang default ngan threaded comment. Cuma, saya tak tahu bagaimana nak gunakannya..
Mungkin kalau ada sesiapa yang tahu bagaimana kita nak setkannya, bolehlah anda kongsikannya di sini. Anda boleh tulis satu post mengenainya di blog anda dan masukkan link ke ruangan komen ini..
Baiklah, selamat berjaya membuat threaded comment!
Moblogging With ShoZu
First, I bought myself an OMNIA. Hehehe.. I love this phone very much. It’s more than a PDA to me. I’ve tried using a PDA before, but it doesn’t really fits me. But OMNIA? Well, in short it is like this:
Mobile phone + camera + video camera + internet + ebook + MP3 + radio + financial manager + diary + ……… so much more to list = OMNIA
Yes, you already know that I am more than satisfied with this phone.
Then, I wanted more.. I’ve explored what else OMNIA has.. I wanted to do live blogging – you know that I love travelling and exploring new things, new foods, new places.. And I wanted to share all this with you.. Well, sharing is caring..
Of course, you might be saying that I can always connect to the internet then post on this blog right. But that means more money to spend because connecting using 3G/ GPRS charge you per kb.
So, I opted for Twitter because loading twitter page on OMNIA required less kb than loading my whole blog page..
But then, Twitter give me only words… And each post limited to certain number of characters. How much can I tell you in 250 character?
So, I dig deeper into my OMNIA. I found an application called ShoZu. I am not sure what it is, so I used laptop to surf to the website..
Now, this is the answer to my dream – live blogging in easy way. I don’t want to carry my laptop everywhere.. It’s hassle you know. But OMNIA, I have to carry it everywhere because it’s my handphone and it’s light in weight and small in size.
Using ShoZu, I can send pictures with short description over the internet and post it to many sites in one click. Read more about ShoZu at their own website.
I can take pictures of whatever places, foods or things I am exploring, write the description then send it to Shozu to be posted to sites that I’ve choosen. Isn’t that easy?
First, I’ve posted it to Twitpic (post a picture over Twitter), Facebook, Friendster.. But I prefer it to be posted on my blog. Then I found out that ShoZu can post to email and wordpress can accept post from email. I tried to figure it out and set the email. But, it seems that wordpress (self hosted) does not publish.
After googling for answer, I’ve found out that I need to make adjustment to the script. Aaaahh.. I am not a good programmer and I don’t have time to mess up my blog.. hehehe..
So, I took the easier way.. I opened another blog at WordPress.Com to cater for my needs of live blogging. You can read it at http://cikguazleen.wordpress.com . Now, that’s better. I’ve picked a twitter liked theme.
From now on, if you’d like to know my whereabouts, what I am doing, follow me at wordpress.com and see me there.
P.S.: Later, I will figure out how to put that blog’s RSS here..
Upgraded WordPress Version 2.7
I’ve upgraded wordpress to version 2.7. If you found any default, please let me know…
The Roadmap To Become A Blogger
Anda seorang blogger? Atau anda bercita-cita untuk menjadi seorang blogger?
Lebih spesifik lagi anda ingin hidup hanya dengan melakukan aktiviti blogging?
Macam nama-nama besar blogger seperti John Chow, Yaro Starak dan ramai lagi?
Mahu?
Kalau mahu, saya pasti anda pun mahu membaca report khas setebal 72 muka surat yang disediakan oleh Gideon Shalwick dan Yaro Starak.
Saya dapat report ni daripada John Chow. Yalah, kalau dah John Chow cadangkan saya andaikan ianya sudah tentu saja mempunyai maklumat yang berguna untuk saya.
Dan memang ya, selepas download, saya terus membacanya..
Secara ringkasnya, report ini memberikan anda pelan untuk berjaya sebagai blogger. Ya, menjadi blogger mudah saja, ada baaaaaaanyak perkhidmatan blog percuma disediakan jika anda tidak bersedia untuk mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk memiliki domain sendiri seperti saya. (Ada orang terperanjat dan bertanya berkali-kali apabila saya beritahu alamat blog saya CikguAzleen.com sahaja!)
Tetapi, bukan mudah untuk menjadi blogger yang berjaya. Mengikut definisi saya blogger yang berjaya adalah blogger yang mendapat pendapatan daripada aktiviti bloggingnya. Tidak kiralah samada melalui sponsor reviews, jual beli link, affliate program mahupun produknya sendiri.
Blogger Berjaya Menjana Duit Dari Aktiviti Blogging
Berapa banyak duit yang perlu diperolehi barulah boleh dianggap sebagai berjaya? Hmmm.. Kalau ikut definisi saya, selagi jumlah wang itu mencukupi untuk menanggung kos operasi blog (ini termasuklah dengan jumlah jam yang anda gunakan untuk aktiviti blogging) maka bagi saya itu adalah satu kejayaan. Tetapi jika anda boleh meninggalkan kerja 9-5 anda hanya dengan aktiviti blogging, itu satu kejayaan besar..
Berbalik semula kepada ebook The Roadmap To Become A Blogger, penulis ebook ini telah berkongsi satu pelan untuk berjaya sebagai blogger. Beliau menerangkan dengan agak jelas bagaimana untuk mengorak langkah sebagai blogger:
- Mengenalpasti minat anda
- Mengenalpasti keperluan dalam bidang yang anda minati
- Menguji market dengan 3 idea utama anda
- Fokus kepada blog anda yang paling berjaya dan bina isi yang menarik
- Monetize blog anda
Baiklah, anda mungkin rasa semua langkah yang diterangkan ini adalah biasa saja. Memangpun, itu semua adalah langkah tipikal yang sesiapapun yang serius untuk menjadi blogger boleh tahu melalui banyak sumber.
Tetapi dalam ebook ini, penulis juga kongsikan 13 X Factor yang boleh meningkatkan keberkesanan 5 langkah tipikal di atas. Hehehehe..
13 X Factor Untuk Berjaya Sebagai Blogger
Sebahagian daripadanya mungkin anda telah tahu tetapi anda mungkin tidak sedar betapa ianya boleh digunakan untuk membantu anda meningkatkan kejayaan anda sebagai blogger. Dan sebahagian daripadanya adalah rahsia baru yang anda ketahui dengan membaca ebook ini.
Emmm.. Saya rasa saya tak mahu beritahu anda apa X Factor itu kerana adalah lebih jelas jika anda membaca ebook ini sendiri. Lagipun tentu tak seronok kan membaca ebook ini jika anda telah tahu apa isinya.
Ebook The Roadmap To Become A Blogger boleh di download secara percuma di link berikut: Klik di sini sekarang!
P.S.: Ebook ini dalam bahasa Inggeris, jadi sekiranya anda ada masalah penguasaan bahasa Inggeris, anda boleh sertai saya di Kelas English. Klik sini untuk ke Kelas English.
Blog Review: Al-Mansuqie
Alhamdulillah, nampaknya jumlah ahli mybloglog blog ini bertambah ramai sejak kali terakhir saya memeriksanya. Oleh itu, memandangkan juga yang dah lama saya tak buat blog review, hari ni saya buat keputusan untuk review blog salah seorang ahli mybloglog blog CikguAzleen.Com ini.
Dan ahli mybloglog CikguAzleen.Com yang bertuah itu adalah…
jeng jeng jeng… Alaaa.. sebenarnya dah sebutpun kan namanya di tajuk tuh.. hehehe..
Ya, saya nak perkenalkan anda dengan blog Al-Mansuqie. Saya tidak pasti tetapi saya rasa penulis blog ini bernama Abu Rifaei dan beliau berada di Egypt. Yalah, kalau nama tuh memang agak tak berapa nama Melayu (walaupun Abu nama Arab/ Melayu, tapi Rifaei tuh saya jarang dengar), tapi saya pasti beliau ni dari Malaysia..
OK, itu nama skrinnya saja. Nama sebenar beliau adalah Mohd Hanifah Bin Seman Bin Awang Bin Seman Bin Megat Jamal. Hmmm.. Berapa keturunan tuh? Berasal dari Jerantut Pahang dan sekarang meneruskan pengajian di … Ermmm.. Maaf, saya tak tahu..
Anyway, mari kita lihat blog beliau Al Mansuqie..
Visual
Berlatarbelakangkan hijau, blog ini memang nampak jelas sekali ciri-ciri keIslamannya. Dengan lafaz Bismillah di atas latar alam semulajadi sebagai header serta bintang-bintang yang berlari-lari, blog ini memang boleh menarik perhatian saya.
Cuma kehadiran terlalu banyak imej, serta saiz header yang besar ditambah pula dengan siaran audio automatik telah membuatkan proses loading blog ini memakan masa yang agak lama. Lebih 30 saat untuk ia lengkap loading sepenuhnya.
Itu untunglah juga kerana saya gunakan Streamyx, kalau dial up atau gunakan 3G.. Hmmm…
User-Friendly
Secara peribadi, blog yang bagi saya user-friendly mestilah memiliki 3 jenis page ini:
- about: untuk mengenali pemilik/ penulis blog dengan lebih dekat dan jelas
- contact: untuk menghubungi pemilik/ penulis blog secara terus (direct)
- archives: untuk melihat dan membaca isi blog dengan lebih cepat (scanning)
Dan bagi blog Al-Mansuqie ini, beliau ada page:
- about - blog ini dibina atas platform blogspot.com, jadi page about ini di link kan ke profilenya di blogger.com . Bagus juga kerana secara tidak langsung, kita juga dapat akses ke blog-blog lain milik penulis.
- contact – anda boleh hubungi blogger melalui page about di atas. Saya tidak menjumpai sebarang borang contact direct di atas muka utama blog ini. Bagaimanapun, blogger ada menyediakan Y!Messenger pingbox dan juga chatting box di laman utama ini. Oh ya, penyediaan chatting box ini juga turut menyumbang ke arah lamanya masa yang diambil untuk loading muka utama blog ini.
- archives – di bahagian sidebar ada disediakan archives standard blogspot. Tetapi saya kurang gemar dengan archives begini kerana ia dinyatakan dalam turutan bulan dan kita perlu klik pada bulan untuk lihat artikel yang ditulis pada bulan tersebut. In fact, tidak ada senarai penuh tajuk-tajuk artikel melainkan untuk bulan terakhir (atau terkini) artikel ditulis.
Reading Enjoyment
Artikel yang menarik perhatian saya melalui lawatan pertama ini adalah Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains. Memang menarik kerana beliau menghuraikan tentang topik ini secara ilmiah. Banyak ilmu yang dikongsikan dan hujahnya disokong pula daripada sunnah dan juga sains. Ternyata beliau membuat kajian sebelum menulis. Bagus, dan saya memang salute pada Al-Mansuqie.
Tetapi warna font yang digunakan membuatkan mata saya tidak selesa. Tambahan pula ada imej-imej yang bergerak-gerak dan berwarna-warni mencuri tumpuan saya dari fokus kepada artikel ditulis. Panjang satu perenggan juga sangat panjang.. hehehe..
Mungkin ada ramai lagi pembaca lain yang boleh membaca dalam keadaan begitu, tetapi bagi saya apa yang akan saya lakukan jika saya benar-benar perlukan maklumat yang diberi adalah copy all dan paste pada MS Word atau Notepad atau apa saja dan edit sebelum membacanya. Dan sebenarnya, walaupun artikel ini sangat menarik dan berguna, saya cuma scanned saja isinya kerana mata saya tidak tahan untuk menatap skrin komputer ini pada jangka masa yang lama.
Useful Info
Seperti yang dinyatakan di atas, blog ini memang menyajikan maklumat berguna dan ilmiah untuk anda. Meliputi dari segala aspek kehidupan dan ianya dikaitkan dengan Islam – ini yang paling bagus. Dan saya juga lihat ada link Tutorial di mana berdasarkan tajuk-tajuk yang dilihat ianya berkaitan dengan blogging.
Dan bila klik pula link tutorial ini nampaknya saya dibawa ke blog lain pula.. Masih lagi pemilik yang sama, tetapi tajuk blog khusus untuk tutorial blogging. Yang pastinya saya rasa blogger ini memang sukakan imej bergerak. Hehehe..
Overall Experience
Walaupun saya kurang gemar dengan imej bergerak (animation) dan juga audio yang dimainkan secara automatik pada blog ini, saya pasti akan kembali lagi ke blog ini untuk menimba ilmu-ilmu yang banyak dikongsikan di sini. Cuma, lain kali saya akan pastikan saya offkan dulu speaker sebelum ke blog ini.. Hehehe..
Jadi, apa kata anda pula ke blog Al-Mansuqie dan beritahu saya pula apa pendapat anda tentang blog ini..
** Ingatan: Ini adalah review peribadi Cikgu Azleen. Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat beliau, tetapi dilarang sama sekali untuk menggunakan kata-kata kasar dalam blog ini.
Where Are The Creativity?
This week is the last week of school season this year. And since last week the school was busy with year-end party. Every class is holding their own party.
As I am not a class teacher, so I don’t really get involved with such things. However, one of the class that I taught only half of the class, invited me to join their party. And that make me wonder..
I saw that the teacher was doing everything. From food preparation, invitation, decoration, seating arrangements, emcee and almost everything..
I could still remember my year six class party. We did everything by ourselves – well, almost everything. We planned the party – we collected money since early of the year, 10 cents each week. We designed invitation card for the teachers. We decorated the classroom. We appointed someone to be the emcee and another one to be the class rep. We even prepared dance show and short sketch for the party. Of course, we did asked the class teacher to order the main dishes for us.
But seeing the pupils just sat there last week while the class teacher busy doing everything, make me really wonder.. What happened to them? It supposed to be an event where the pupils appreaciating the teachers.. And then, none of the pupils give any speech to thanks the teacher. Instead the class teacher thanked other teachers for teaching his class.
Hmmmm…
My OMNIA Casing Is Here…
Last two days, before going to school I stopped at the letterbox. It’s a routine to check that box every now and then. To my surprise, there’s a letter in the box. I’ve guessed it must be the casing.. Yes, yes yes…
Finally, my OMNIA gets his clothes that fits him well.. Just sharing with you some pictures..















