Archive for the Category: ‘Personal Life’
Panas…
Memang dua tiga minggu kebelakangan ni cuaca agak panas.. Emmm.. Lebih tepat lagi kalau dikatakan sangat panas. Ini bukanlah sesuatu yang pelik.. Setiap tahun dari bulan Februari membawa ke bulan April atau Mei, cuaca memang cukup panas. Panasnya itu sehingga membolehkan hutan-hutan terbakar dengan sendirinya..
Bila sebut tentang hutan terbakar ni, teringat pula tentang hotspot.. Bukanlah hotspot yang dikaitkan dengan streamyx dan internet ni.. Tapi hotspot adalah kawasan panas yang berpotensi untuk terbakar yang boleh dikesan dengan mudah melalui teknik remote sensing. Kalau hotspot boleh dikesan, mudahlah mencegah kebakaran hutan secara melampau..
Arghhh.. Panjang pulak fikiran menerawang malam ni.. Agaknya kalau setiap malam membiarkan fikiran menerawang dan menaip apa saja yang terlintas dalam fikiran, macam-macam post boleh terhasil..
Hmmmm.. Sambung kembali tentang topik panas..
Tidak, tidak.. Saya tidak mahu bercerita tentang artis mana berkahwin dengan siapa.. Atau tentang artis mana yang bercerai.. Apatah lagi tentang bintang popular yang mengganggu rumah tangga orang..
Tapi itulah.. Asal panas mesti dikaitkan dengan artis.. Macam-macam..
Merapu lagi.. Maafkanlah saya…
I Am MacBookers…
Dear Readers,
It’s been quite sometime since I’ve last wrote in here. Yeah, I do know that I didn’t write in here as frequently as before. That’s remind me of RajaBlog’s challenge of 40 days blogging.. hehehehe..
Anyway, lot’s of things happened to my life and are happening in my life.
I am most excited to share with you that I am now a macbookers.. huhu.. Just purchased a new macbook last night and so far love it very much. Better appearance and better performance.. More useful application at a lower price compared to my previous notebook.
However, how much can I say if I’ve just only used it for less than 24 hours?? Right?!!
Then, the school sport’s day just finished at almost 2 pm today. Surprisingly our school invited the local Imam to ‘rasmi’ the ceremony.. Hmmm.. Lost my words, what is rasmi in english huh?
And the best thing is this year my sport’s house won the competition. Go Kasawari! Go Kasawari! huhu..
And lastly, just for update, the Shake Party for this month will be held on the 28th Februari 2010 from 8.00 a.m. to 11.00 a.m. Everyone is invited. You will get a delicious shake of your choice and FREE body health analysis. The fee is only RM8.00.
So, hope to see you guys on Sunday, 28th February 2010. Please contact me through the contact form for address.
Chiow!
Apa Yang Penting?
Kerjasama..
Opsss.. Maaf, ini bukan nak cerita tentang Wonder Pets.. Ataupun tentang siri kartun lainnya.. Tapi…
Sekarang ni saya ada mengambil seorang anak saudara tinggal bersama. Beliau baru tingkatan 1.Namanya Adiba.
Balik tadi, Adiba beritahu saya yang esok ada latihan rumah sukan di sekolah. Bagaimanapun, beliau tidak mahu pergi dengan alasan “banyak kerja sekolah”.
Jadi, saya beritahu Adiba supaya menyiapkan kerja sekolahnya malam ni, dan esok pagi boleh pergi latihan rumah sukan.
Kemudian, Adiba beritahu saya lagi yang ibunya selalu cakap, “Apa yang penting? Akademik!”. Maksudnya, menyiapkan kerja rumah lagi penting dari pergi latihan rumah sukan. Dalam erti kata lain, alasan”banyak kerja rumah” boleh diterima untuk mengelak dari ke latihan rumah sukan.
Seterusnya saya jelaskan kepada Adiba, malang sekali kerana sekarang beliau di bawah jagaan saya maka kata saya “Lagi penting adalah keseimbangan”. Individu yang tidak aktif, 99% bukanlah dari mereka yang cemerlang.
Itu statistik yang saya suka-suka sendiri buatlah..
Tapi saya yakin kalau kajian dibuat pasti akan menyokong kenyataan saya tuh..
Melalui pengalaman dan pergaulan saya, saya dapati rakan-rakan yang semata-mata memfokuskan kepada akademik dan keputusan peperiksaan memang pasti akan dapat keputusan peperiksaan yang hebat. Tetapi malangnya mereka kurang kreativiti dan kurang pengetahuan untuk menghadapi ‘kehidupan sebenar’ a.k.a real life. Sebab itu juga kebanyakan rakan-rakan sebeginilah yang sukar mendapatkan pekerjaan…
Tetapi, rakan-rakan saya yang aktif dalam gerak kerja kokurikulum, biasanya tidaklah mendapat keputusan peperiksaan yang teruk. Walaupun mungkin tidak sehebat rakan type A tadi, keputusan peperiksaan mereka masih lagi berada pada tahap yang baik. Dan type B ini juga lebih kreatif dan lebih mudah mendapat pekerjaan.
Pembelajaran tidak semestinya berlaku semata-mata secara formal melalui kelas dan buku sahaja. lebih banyak pembelajaran yang berfaedah untuk menghadapi real life dipelajari melalui aktiviti ko-kurikulum, ko-akademik, luar kelas dan pergaulan harian individu.
Justeru, saya tidak dapat menerima ‘banyak kerja sekolah’ sebagai alasan skip latihan rumah sukan.
Kerja memang banyak.. Bukan setakat kerja sekolah, kerja rumah dan kalau dah dewasa besok ada banyak lagi kerja harian yang kalau nak disenaraikan 250GB hard disk pun tak cukup rasanya.
Tapi yang penting adalah bagaimana kita menyusun hidup kita dan menyeimbangkan segala aktiviti harian.
P.S.: Saya harap ibu bapa yang membaca post ini juga janganlah menerima alasan ‘banyak kerja sekolah’ untuk anak skip sebarang aktiviti penting sekolah.
Pindah Rumah – Bahagian 3
Well, finally siap cat.. interior only.. except doors & grill..
Untuk full pictures, look at my facebook photo album..
Pindah Rumah – Bahagian 2
Salam ceria dan semoga sihat-sihat selalu..
Bersambung lagi dengan gambar-gambar rumah baru saya.. Ececehh..

Ni area depan master bedroom (tingkat atas).. Akan dijadikan IM Workstation.. hehehe..

Master bedroom..

Ruang depan toilet dalam master bedroom...
Hubungan, Keturunan, Salahsilah dan Asal-usul…
Salam ceria,
Beberapa hari yang lepas saya terlihat di TV1 menyiarkan rancangan mengenai adat dan budaya orang Bugis. Wah wah wah.. Sejak-sejak PM kita ni orang Bugis, selalu pulak orang Bugis ni diberi perhatian. Kalau tak sebelum ni, yang selalu dikatakan adalah orang Bugis adalah LANUN.. Hehehe..
Anyway, sebenarnya saya juga berketurunan Bugis tetapi dah tak pure lah sebab mak saya orang Banjar.. Jadinya saya ni Bujar.. Heheheh.. Dan malang sekali kerana bukan saja saya tidak tahu apa-apa tentang adat dan budaya Bugis, saya juga tidak tahu apa-apa tentang adat dan budaya Banjar. Mungkin saya boleh memulakan adat dan budaya Bujar.. :lol
Bagaimanapun, saya merasakan bahawa tentu seronok kalau kita tahu serba sedikit tentang ancestors kita kan. Begitu juga jika kita tahu serba sedikit tentang adat dan budaya kita.
Arwah bapa saya sering juga bercerita tentang atuk saya dan atuk bapa saya a.k.a moyang saya. Bagaimanapun, cerita-cerita ini mati setakat moyang saya saja kerana tidak tahu siapakah di atas moyang saya. Maksudnya, tidak tahu siapakah ibu bapa kepada moyang saya.
Dan saya teringin nak tahu siapakah sebenarnya moyang saya ini sehingga beliau begitu berahsia tentang asal-usulnya. Tambah-tambah lagi bila saya diberitahu bahawa beberapa tahun yang lepas ada rombongan dari Riau yang datang untuk menyerahkan harta pusaka kepada waris tunggal yang masih hidup iaitu nenek saya. Bagaimanapun, nenek saya menolak untuk menerima harta pusaka tersebut dan menyerahkan segala harta pusaka itu (saya diberitahu juga yang harta pusaka itu adalah tanah) kepada kerajaan Riau.
Hmmm.. Nasib baiklah mereka dapat mengesan waris ini sebelum nenek saya meninggal. Kalaulah nenek saya telah meninggal, pastinya harta itu (dikatakan banyak tapi sebanyak mana tidak dapat saya bayangkan, lagipun betul ke banyak?) menjadi rebutan.. Sedangkan harta arwah atuk saya yang tak sebanyak mana itupun sampai sanggup adik beradik (bapa saya) menipu sesama sendiri dan menikam dari belakang (tidaklah sampai mati – ini perumpamaan sahaja)..
Anyway, saya sebenarnya menulis di sini kerana berharap agar ada sesiapa yang mengenali moyang saya ini dan dapat memberitahu saya siapa sebenarnya moyang saya ini. Ya, kalau di google memang ada info mengenai moyang saya tetapi tidak ada info mengenai ibu bapanya. Takkanlah moyang saya ni tiba-tiba wujud dengan sendirinya.. Mustahil kan..
Mari saya perkenalkan.. Nama moyang saya Awang Daik.. Ya, ya.. Awang Daik yang dikaitkan dengan Buah Pukul Mersing, Silat Awang Daik, Jalan Awang Daik dan Mersing..Tak pasti pulak apa kaitannya dengan Gunung Daik yang bercabang tiga dan Pulau Pandan yang jauh ke tengah..
Awang Daik bukanlah nama sebenarnya. Menurut cerita bapa saya, Awang Daik melarikan diri dari negeri asalnya kerana perselisihan faham dengan adik beradiknya. Khabarnya berkaitan dengan perebutan sesuatu – harta atau takhta – saya tidak pasti kerana kedua-duanya pun berbunyi agak sama.
Awang Daik turun di Mersing. Sebaik saja turun, beliau telah menukarkan namanya dan sejak itu tiada siapa yang tahu apakah nama sebenarnya.
Pull stop. Itu saja yang saya dengar dari bapa saya. Sejauhmanakah kebenarannya saya tidak dapat pastikan.
Bagaimanapun menurut ibu saya ada satu buku biografi yang ditulis mengenai Awang Daik dan buku ini pernah dibaca oleh ibu saya semasa beliau masih kecil. Masa tu manalah ibu saya tahu yang beliau akan berkahwin dengan keturunan Awang Daik. Kata ibu lagi buku ini disimpan di perpustakaan istana Pahang. Bagaimana ibu saya dapat baca? Hmmm.. Itu juga satu misteri..
Ya, kalau menurut carian di Google, yang dikisahkan mengenai Awang Daik adalah mengenai beliau sebagai personal bodyguard Sultan Ibrahim dan juga High Commissioner of Mersing. Saya juga telah baca cerita-cerita penglibatan beliau dalam dunia seni silat atau lian.
Apa yang saya cari adalah siapa beliau sebelum menjadi bodyguard Sultan Ibrahim? Dimanakah tempat lahirnya? Siapakah ibubapanya? Mengapa beliau berhijrah ke Malaysia/ Tanah Melayu?
Mungkin cerita sebenarnya tidaklah seindah yang diceritakan sekarang. Tetapi saya tetap ingin tahu. Mungkin beliau membunuh orang di tempat asalnya, tetapi saya tetap juga ingin tahu.
Dan saya amat berharap jika ada sesiapa yang tahu tentang Awang Daik dan asal-usulnya dapatlah menghubungi saya melalui contact form yang disediakan.
P.S.: Jika anda ingin bertanya, belajar mahupun berguru tentang Silat Awang Daik, Buah Pukul Mersing, Lian dan sebagainya, maaf… Saya tidak tahu tentang itu semua. Cuma arwah bapa saya yang sempat berguru dan berjumpa dengan Awang Daik – dengarnya bapa saya memang sangat rapat dengan Awang Daik. Malahan lebih kerap dengan Awang Daik dan isterinya berbanding dengan datuk dan nenek saya.
Family Holiday 2008 – Day 5 Time To Go Home!
Finally, it’s 9 December and we must go home.. We started our journey at about 1.00 p.m. after lunch at Mamak Spicy Restaurant. We reached Kuala Terengganu at 5.00 p.m. and stopped again at Pasar Payang to buy some more things that I thought I wanted to buy at Pasar Siti Khadijah – wrong timing, Pasar Siti Khadijah closed for business due to Hari Raya.
We had dinner somewhere around bulatan ladang, and headed back to Johor around 6.30 p.m.
Family Holiday 2008 – Day 4 Korban
Today is Raya Haji or also known as Raya Korban. Here is a video of slaughtering process..
And here some other photos taken on the same day..
Family Holiday 2008 – Day 3 Part 2
From Pasar Payang, we went to Taman Tamadun Islam. This is a place where you must visit if you are in Kuala Terengganu. It has many miniatures of Islamic Building around the world. For more info, visit their website (click here to visit them!). On the way there, we also stopped at Losong to buy the famous keropok lekor.
Then we ate at the food court in that area, Medan Selera Wan Man. I think it’s a good concept.. Buffet style in a very stylish environment. You pay what you take only.. You can opt to eat inside the cafe with the aircond or stay outside with the strong blowing breeze from the river.. Nice view too..
I ate nasi beriayani Arab and it cost about RM10 per person..
After that we started to drive around and check out the view. We didn’t go inside the Taman Tamadun Islam as we are hurrying to Kota Bahru – maybe next time..
Then at 4 o’clock we continued our journey to Kota Bahru..
At 6.00 p.m. we reached Jerteh. If I am not mistaken, the following beautiful mosque is in Jerteh.
We reached Kota Bahru at 7.30 and started to find our way to the New Pacific Hotel. OMNIA came together with Google Maps, so it quite helpful. But of course you have to make sure that you subscribe the 3G or GPRS.. The hotel room is at RM184++ per night.
After refreshing ourselves, we went to my sister-in-law’s house at Jalan Telipot. Her neighbour is Tengku Mahkota.. Hehehe.. When I told my nephew that his autie is neighbouring with Tengku Mahkota, my nephew said “Tengku Mahkota Johor?”.. OMG, what the hell is Tengku Mahkota Johor doing in Kelantan?! Hehehehe..
Later that night, my sister-in-law bring me to the serunding shop and check out the Wakaf Che Yeh..






















































