Archive for the Category: ‘Weight Management’
Kanak-Kanak Yang Paling Jujur…
Salam ceria, Lama gile saya tak menulis blog. Macam-macam perkara yang telah berlaku. Kalau nak diceritakan pun, rasanya 3 hari 3 malam tak abis.. hehehe.. Dahler besok nak bangun awal – sekolah sesi pagi esok..
Anyway, hari ni saya jumpa dengan bebudak kelas saya dari tahun lepas.. Nak tahu apa yang mereka cakap?
Budak 1: Cikgu nampak kurus sikitlah..
Budak 2: A-ah.. Tahun lepas cikgu gemuk sikit.. tahun ni dah nampak kurus lain..
Budak 1: Ya ya.. Tengok baju pun dah besar & labuh.. Cikgu kena buat baju baru lah..
Hehehe.. Saya cuma senyum dan angguk, Ya, cikgu memang dah kurus sikit.. Tunggu tahun depan pulak ya..
Raya Dah Habis, Jom Turunkan Berat Badan…
Salam ceria,
Raya pun dah habis. Tak tahulah tentang anda, tapi 2 minggu pertama raya, saya naik 4 kg.. Huhu.. Ramai yang tanya kenapa? Tak makan herbalife ke?
Kalau tak makan herbalife, entah berapa kg lagi ler naik agaknya.. huhu..
Tapi coach saya kata tak perlu bimbang, sebab sekejap jer bleh hilang semula berat tuh..
Dan memang ya, 2 minggu selepas tuh, 4 kg tuh dah pun hilang.. Jadi, skrang ni berat saya kembali ke sebelum raya dulu..
Sekarang ni masa untuk meneruskan perjuangan menurunkan berat badan. Sapa nak join saya?
Jom.. Malam ni (Rabu) saya adakan shake party, jam 8.30 malam di Pasir Gudang. SMS saya 0162949298 untuk dapatkan alamat rumah saya ya..
Ramai orang yang salah anggap.. Atau pada saya berfikiran sempit..
Dengar jer perkataan party, shake pulak tuh.. Mereka ingat saya host party mabuk-mabuk..
Definisi saya, shake party adalah support program untuk mereka yang nak jaga berat badan, tak kiralah anda nak turun berat, maintain berat atau nak naik berat badan. Dan dalam shake party, kita hidangkan shake aje, non alcoholic drink..
Dan untuk memberikan lebih dorongan kepada mereka yang nak jaga berat badan, anda boleh menangi wang tunai RM1000 hanya dengan menurunkan berat badan anda..
Haaa.. Macamana nak dapatkan wang tunai tuh, anda kenalah layari laman web Kaki Ceria yang menceritakan tentang Cabaran Turun Berat Badan ni… Jumpa anda di sana!!
Fenomena Facebook… Memang Mengasyikkan!
Salam ceria,
Kalau anda tidak tahu apa itu Facebook, huhu.. Kalau anda ingin menyatakan kewujudan anda di alam internet ini, anda harus ada akaun Facebook..
Agaknya lebih kurang begitulah..
Sebenarnya saya mengetahui kewujudan facebook ini sejak ianya mula dilancarkan. Tapi pada ketika itu, kehadiran Friendster, MySpace lebih mengambil ruang dalam alam internet ini.
Memandangkan saya tidak suka menggunakan Friendster dan MySpace, awalnya saya menyangkakan Facebook juga sama saja sepertinya. Justeru, apabila dijemput oleh rakan untuk menyertai Facebook, saya hanya sekadar mendaftarkan diri.
Selepas itu, kerap pula menerima emel notifikasi dari Facebook. Isk isk isk.. Lagi ler buat saya menyampah!
Tetapi entah mengapa, beberapa bulan yang lalu, tergerak hati saya menggunakan Facebook. Itupun sekadar ingin berhubung dengan rakan-rakan lama. Buka Facebook pun sekadar seminggu sekali. Memang jarang giler…
Selepas itu, saya mula terfikir untuk menggunakan Facebook sebagai salah satu marketing platform. Nahhh.. Disitulah bermulanya Facebook menjadi salah satu laman wajib dilayari setiap kali buka browser.
Lama-lama, makin seronok pula di Facebook. Sampaikan saya install software Facebook di OMNIA saya.. Huhu..
Dan rupanya juga, ada ramai orang yang lebih gilerkan Facebook dari saya..
Sebelum ini saya ada mendengar cerita tentang mereka yang meminta rakan atau pasangan masuk ke ID facebook mereka bertujuan menyelesaikan sebarang tugasan di game di Facebook apabila mereka tidak dapat masuk ke Facebook pada masa yang sepatutnya..
Hari ini, seorang rakan dari Sabah menelefon saya meminta saya masuk ke ID Facebook beliau bagi menghidangkan ayam yang telah dimasaknya.. Hehehe.. (Jangan mare!!). Gelak besar saya mendengar permintaan beliau. Anyway, saya telah menghidangkan 5 ekor ayam yang dimasaknya dan telah juga memasakkan hidangan lain untuk Cafe beliau.. Kui kui kui…
Anyway, anda yang giler Facebook wajib tonton video berikut:
Syawal, Open House & Azam 2009..
Salam ceria,
Lama giler saya tak tulis posting di sini, mahupun di blog-blog lain.. Kenapa?
Bukan sebab takde idea yang nak ditulis, tetapi tiada mood nak menulis.. Sesuatu yang sangat saya gemari.. Huh.. Kenapa ya?
Anyway, saya rasa masih ada ruang untuk saya masih mengucapkan salam lebaran kepada semua. Hehehe..
Bila raya-raya ni memang ada banyak giler open house kan? Saya pasti anda pun menerima banyak undangan open house. Especially bila dah masuk minggu terakhir syawal ni.. Isk isk isk.. Makin berakhir syawal, makin sakan plak kita makan.. Huhu..
Macamanapun, Alhamdulillah, saya masih berjaya menurunkan berat badan walaupun dalam bulan syawal yang penuh ngan macam2 makanan ni..
Dan agaknya juga, since dah hampir 4 bulan saya mengubah tabiat pemakanan saya kepada cara yang lebih sihat, setiap kali pergi open house, besoknya mesti saya sakit perut.. hehe.. Tidak, bukan menyalahkan makanan yang dihidangkan di open house.. Makanan elok2 aje, cuma perut jadi sangat sensitif kot..
Anyway, saya harap anda semua bergembira, bukan saja di bulan syawal ni, malah bulan2 bulan seterusnya…
Akhir kata, memandangkan dah masuk bulan oktober, dua bulan lagi berakhirlah tahun 2009 ni dan bermulalah tahun baru, mungkin tiba masanya untuk kita meninjau-ninjau kembali azam tahun 2009 kita. Berapa banyak yang dah tercapai? Berapa banyak yang telah diabaikan? Dan berapa banyak pula yang perlu kita lengkapkan?
Review azam saya pula:
- Have children – belum ada rezeki lagi..
- Living in abundance – Alhamdulillah, tahun ini rezeki melimpah ruah dan lebih dari apa yang saya perlukan.
- Achieve my ideal weight (55 kg) – dalam progress, setakat ni dah turun lebih 15kg, dan masih ada lebih kurang 40kg untuk mendapatkan ideal weight itu. Saya yakin kalau saya meneruskan apa yang saya amalkan sekarang ni, tahun depan pasti azam ini akan jadi kenyataan..
- Driving Grand Livina – nope, I don’t drive Grand Livina, but I did drive a new car, Proton Persona.
- Appointed as permanent teacher – basically 99% ini telah dicapai. Saya telah menerima surat tawaran perlantikan guru tetap, telah menjawabnya, dan sedang menunggu keputusannya.
So, out of 5, 4 azam saya tercapai, dalam progress dan hampir tercapai. Cuma yang pertama tuh, rasanya 50% luar kawalan saya. Saya cuma boleh berdoa dan terus mengharap. InsyaAllah.
Bagaimana pula dengan anda?
Safuani: Nak Video Poco-Poco Segera!
Salam ceria,
Salah satu tagword yang popular untuk blog ini adalah poco-poco. Walhal, cuma ada beberapa saja post mengenai poco-poco. Kerap betul saya menerima emel meminta mp3, video, mahupun steps poco-poco.. Alahai..
Baru-baru ni, terima pula emel berikut dari saudara Safuani:
Saya nak video poco-poco untuk diajar kepada pelajar pendidikan khas sekolah saya boleh tak bagi segera
Kalau anda jadi saya yang menerima emel ini, apa perasaan anda?
Hakikatnya, saya tiada menyimpan video poco-poco yang boleh saya sebarkan. Yang ada pada saya semuanya mempunyai hakcipta. Takkan saya nak menyebarkannya..
Dan sebenarnya, kalau saya memang ada video poco-poco ini pun, besar kemungkinan tidak akan saya berikan kepada penghantar emel ini. Kenapa?
Cuba anda baca sekali lagi emel beliau. Memang itulah saja sebaris ayat yang dihantar kepada saya.
Kali pertama saya membacanya, yang terlintas dalam fikiran saya adalah…
Eh, aku ni sapa? Pekerja dia kah?
Dengan takde salamnya, apatah lagi dengan mengatakan “saya nak” dan “boleh tak bagi segera”. Ianya lebih berbunyi arahan daripada satu permintaan.
Tapi kali kedua dan kali ketiga saya baca, pada fikiran saya…
Mungkin pembaca ni sedang stress teramat sangat.. Mungkin sekolah dia mengarahkan dia mengajar poco-poco kepada murid pendidikan khas dia dengan kadar segera. Agaknya nak masuk pertandingan dan guru besarnya nak dia pastikan sekolahnya menang. Walhal, dia tak tahu langsung pun poco-poco… Sebab tuh secara tak langsung dia pun cuba mengarah saya..
Justeru, jika biasanya saya akan memberi cadangan atau solution sekiranya saya tidak ada sesuatu yang diminta oleh pembaca, emel pembaca ini juga saya jawab dengan sebaris ayat:
Maaf, saya bukan distributor video poco-poco..
Buat semua pembaca,
Tidak kira anda menghantar emel kepada saya mahupun kepada blogger lain, sekiranya anda berhajat meminta sesuatu daripada individu tersebut, pandai-pandailah menggunakan bahasa yang sedap dibaca. Setidak-tidaknya perasaan individu yang membaca emel permintaan anda itu sejuk dan hilang keletihan sehariannya bekerja.
Chiow!
Kelab Kaki Ceria – Let’s Lose Weight & Stay Healthy!
Salam ceria,
Baru siang tadi saya mengeposkan satu post mengenai pertanyaan seorang pembaca blog yang ingin tahu rahsia saya menurunkan berat badan dengan cepat dan pantas.. Ewah.. Sebenarnya post tersebut telah ditulis beberapa hari yang lepas.
Semasa menulis post tersebut, saya masih lagi menunggu berat saya turun 10% daripada berat asal saya..
Tak disangka-sangka, rupanya 3 hari selepas menulis post tersebut saya telahpun mencapai sasaran pertama saya itu..
Hip hip hurray.. hip hip hurray… Ya, saya telah berjaya menurunkan 10.1 kg dalam masa 57 hari (Hampir 2 bulan)..
Jadi, saya memang telahpun menyebarkan blog baru saya itu melalui facebook. Tetapi tidaklah secara agresif.. Hehehe..
Cuma, sebab saya telah berjanji di blog utama ini yang saya akan memberitahu anda semua apabila saya telah mencapai 10% penurunan berat badan.
Baiklah, kalau anda rasa tak bosan nak dengar saya kongsi kisah penurunan berat badan saya sebanyak 10.1 kh dalam masa 57 hari, anda boleh baca di laman web Kelab Kaki Ceria.
Dan seperti namanya, Kaki Ceria bukan sekadar blog.. Sebab tuh saya namakannya Kelab Kaki Ceria.
Orang-orang macam saya tentu tahu bahawa bukan mudah nak turunkan berat badan ni.. Nak naik? Sangatlah senang… Yang pentingnya kita mesti ada sekumpulan rakan yang sama-sama bersemangat nak mencapai berat idaman masing-masing..
Sebab itulah, saya berharap melalui Kelab Kaki Ceria ini saya dapat menemukan sekumpulan rakan yang mempunyai matlamat dan impian yang sama seperti saya.
Tidak kira apa jenis program atau produk yang anda amalkan, saya ingin menjemput anda bersama-sama saya di Kelab Kaki Ceria. Anda boleh join kelab ini di link berikut: Join Kelab Kaki Ceria.
Di samping itu, saya juga mencari 7 orang wanita yang benar-benar komited untuk mencapai berat idaman mereka. Selain daripada maklumat dan perbincangan di blog/ forum Kelab Kaki Ceria, kita akan adakan perjumpaan bagi memastikan setiap orang kekal dengan track masing-masing.
Tiada yuran penyertaan atau komitmen pembelian produk diperlukan. Bagaimanapun, ada 4 syarat yang saya kenakan.. Baca di pages About Kelab Kaki Ceria untuk ketahui jika anda layak menyertai Mastermind Kelab Kaki Ceria dan juga apakan kelebihan menjadi Mastermind Kelab Kaki Ceria.
Dan seterusnya, pastikan anda menjadi Fan Kelab Kaki Ceria di Facebook kerana lebih banyak lagi perbincangan dan maklumat tambahan lain akan dikongsikan di sana ya.. Pastikan anda mempunyai akaun di Facebook dahulu barulah boleh jadi fan ya.. Buka akaun di Facebook percuma sahaja.. Jadi, jangan gusar!
Akhir sekali, jika anda tiada masalah berat badan tetapi anda kenal seseorang yang anda tahu mempunyai masalah berat badan, silalah kongsikan info-info ini dengannya..
Okey? Chiow!
Noriza: Apa Rahsia Berat Badan Turun Cepat dan Banyak…
Salam ceria pembaca yang budiman..
Agaknya anda pun macam seorang pembaca yang emel saya ni. Noriza ingin tahu apa rahsia saya berjaya menurunkan berat badan dengan cepat dan banyak tuh.. Ni emel beliau:
Wow… berharap sangat mampu turunkan berat badan secepat dan sebanyak tu. Saya dah lama berusaha. Cumanya sejak akhir-akhir ini mula menampakkan sedikit perubahan. Itu pun agak lambat meskipun melalui usaha yang berbagai dan bersungguh-sungguh. Boleh berkongsi rahsia anda?
Dan ini pula jawapan saya kepada beliau dan juga anda yang mungkin tertanya-tanya:
Buat masa ni masih rahsia lagi.. Tapi saya sedang membina sebuah blog khusus yang menceritakan dengan detail tentang proses kejayaan saya ni. InsyaAllah dalam beberapa minggu lagi akan di war-warkan blog tersebut. Teruskan membaca blog CikguAzleen.com dan pasti anda akan dapat juga rahsia itu nanti…
Ya, saya memang sedang berusaha membina sebuat blog untuk berkongsi dengan anda rahsia tersebut. Tetapi sehingga saya berjaya menurunkan sekurang-kurangnya 10% daripada berat saya, blog tersebut masihlah rahsia.
3 Kg in 2 Weeks
Salam ceria all readers,
Last month, I’ve wrote about my new diet program briefly. Alhamdulillah, the program worked fine so far. Let’s see…
Before we (my husband and I) started the program, the coach measure our weight and some other things. I wouldn’t tell you about the numbers but I will tell you how much I lose or gain..
This is for the first 2 weeks only – 25 May 2009 – 9 June 2009:
Weight: lost 2.5 kg
Body fat: lost 1.8%
Body water: gain 1.3% (the higher the better)
Muscle mass: gain 0.7 (the higher the better)
Bone mass: gain 0.1 (the higher number means less possibility to have osteoporosis)
Visceral fat: lost 1.0 (this is the number of lemak tersembunyi, yang berlingkar-lingkar di organ dalaman kita.. The higher the number, the higher the risk of having disease such as cancer, heart etc.)
The coach supposed to came this week to measure us, but he just came back from Korea a few days ago. So, I’ll let you know the progress later..
Tudung Fareeda – Cantik, Selesa dan Mampu Milik
Salam ceria semua pembaca,
Saya baru jer pulang dari KL awal pagi tadi. Sampai di rumah lebih kurang pukul 3 pagi. Letihnya terasa amat sangat. Almaklumlah, sebenarnya hubby ada meeting di Dayabumi. Memandangkan banyak laporan yang dia buat sebelum bertolak, saya lah jadik driver. Perjalanan pergi dari Skudai ke Dengkil. Perjalanan balik pula dari Seremban sampai ke Pasir Gudang.
Walaupun tak sampai 24 jam di KL, sempat juga saya merayau ke Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan tudung Fareeda. Dan walaupun kedatangan saya secara tiba-tiba – dah sampai kat San Francisco Pizza baru saya telefon kak Faridah bertanyakan mana kedainya, nasib baiklah kak Faridah tetap melayan saya dengan mesra. Yang paling best sekali adalah…
JENG JENG JENG… Kalau anda nak tahu apa yang best sekali, anda kena baca post ni sampai ke hujungnya..
Sebenarnya dah lama saya teringin nak pakai tudung ala-ala Wardina dengan selendang yang dililit-lilit ni. Malangnya saya tak reti langsung nak memakainya. Kalau dapat pakai pun ianya tak cantik sebab selendang selalunya licin dan ianya tak mahu melekat kat kepala. Asyik terpusing ajeee..
Bila mula keluar di pasaran, tudung dengan anak tudungnya sekali tuh.. Saya mengintai-intai juga nak membelinya. Malangnya pulak, almaklumlah bukan badan aje saiz xxl, kepala saya pun saiz xxl – sebab tuh pandai.. Muahahaha.. Apa lak kena mengena kepala dengan kepandaian ye tak?!
Saya tak dapat nak pakai tudung yang dijual tuh sebab kepala tak muah.. Hehehe.. Walaupun salesgirl kedai selalu kata,
Takpe, akak boleh bukak jahitan bawahnya..
Saya tetap rasa tak selesa kerana selalunya cengkaman kat bawah leher tuh buat saya rasa nak muntah..
Kemudian, ada orang memperkenalkan tudung Fareeda. Belek punya belek, saya rasa ianya nampak selesa. Walaupun ianya sedikit ketat untuk kepala saya yang saiz xxl ni, ianya tidak memberikan rasa nak muntah pada saya. Malahan, tudung dalamnya anjal dan boleh ikut kepala saya.
Tapi setiap kali saya nak beli, saya tak dapat corak yang berkenan di hati…
Akhirnya, bila suami kata nak pegi KL, saya fikir baik saya pergi tengok jer sendiri kat tempat ownernya sendiri. Mungkin ownernya boleh selesaikan masalah saya.
Rambang mata dibuatnya bila duduk kat rumah/ kedai kak Faridah tuh. Rasa macam semuanya cantik-cantik.. Pilih punya pilih punya pilih.. Akhirnya saya beli 21 helai tudung..
Opppsss. Bukan untuk saya semuanya. Sebenarnya saya terus aje jadi ejen tudung Fareeda ni.. Saya rasa bukan setakat corak tudungnya yang menarik dan jahitannya yang kemas, bahkan tudungnya juga begitu selesa dipakai. Yang pentingnya, harganya munasabah dan setimpal dengan kualiti yang diberikan serta mampu dimiliki oleh wanita berkerjaya. Benda yang bagus macam ni, kita kena kongsi dengan orang lain.
Sharing Is Caring!
Oh ya, hampir pulak saya terlupa nak bagitahu anda apa yang paling best dari lawatan saya ke tempat Fareeda Scarf ni.. Sedang saya memilih-milih tudung, saya ternampak yang kak Faridah sedang menjahit tudung yang coraknya tidak pernah saya lihat lagi. Jadi saya terus kata,
Kak, tuh tudung apa? Tak pernah nampak pun. Saya suka. Nak boleh? Saya tunggu sampai akan siap jahitpun takpe.
![]()
Terkejut jugaklah kak Faridah dan pembantunya.. Rupanya itu adalah model baru Fareeda Scarf yang masih lagi belum keluar di pasaran. Bahkan yang saya lihat itu adalah yang pertama sekali dijahitnya. Kak Faridah baru nak mencubanya..
Akhirnya, saya dapat juga tudung baru tersebut – nama modelnya pun tak ada lagi.. Hehehe.. Agaknya boleh panggil Soraya Bunga Azleen kot.. Hahahaha.. Sempena saya yang pertama sekali mendapatkannya..
Dan sebentar tadi, dapatlah saya mencuba-cuba tudung Fareeda ni.. Lihat gambar di bawah. Yang tudung baru tuh adalah yang warna hitam pink tuh. Sebelah kiri gambar tersebut – awning purple – dipanggil Soraya Batik. Coraknya bermotifkan batik.
Di bawah Soraya Batik pula, adalah Malaeka iaitu bermanik. Sebenarnya ianya ada jahitan manik di bahagian dada dan ianya tak disertakan dengan anak tudung. Manakala yang satu lagi berwarna hijau adalah Soraya Eksklusif dengan Chiffon Italy berbatu.
Dan yang berikut pula adalah tudung-tudung yang saya ada dalam stok saya sekarang. Kalau ada yang berminat bolehlah hubungi saya..
Di post berikunya saya akan tunjukkan satu-persatu beserta harganya ya..
Chiow!
P.S.: Belum sempatpun sampai balik ke Johor, makcik saya dah sambar 3 helai tudung ni.. Laris ni.. Cepat-cepat.. Dapatkan sebelum terlambat!
P.P.S.: Saya dah upload gambar terkini tudung Fareeda di facebook. Anda boleh lihat di link ini: http://www.facebook.com/album.php?aid=24241&id=1010201687




