Panduan Blogging Dengan Lebih Baik
May 30, 2007 by Cikgu Azleen
Filed under News
Akhir-akhir ni, semakin ramai IM yang mengedarkan e-book atau e-report secara percuma. Tak kiralah apa sebenarnya tujuan mereka memberikannya secara percuma, yang pentingnya e-book dan e-report tersebut mengandungi maklumat berguna untuk kita. Agak banyak juga yang saya download, sebahagiannya telah habis dibaca, sebahagiannya sedang dibaca, dan sebahagiannya lagi belum usik pun..
Lagi-lagi pula yang 117 download hari tuh.. Lain kali saya cerita pada anda tentang 117 ni, sebab saya rasa lebih banyak yang tak guna dari berguna..
Majalah Blogger Malaysia
Ini adalah majalah pertama untuk blogger Malaysia yang diterbitkan oleh RajaBlog. Buat masa ini, beliau memberikannya secara percuma. Buat berapa lama? Saya tak pasti
.. Tapi saya rasa plan beliau adalah mengedarkannya secara percuma dan mengenakan bayaran untuk pengiklan.. Bagus juga idea ni.. Dulu saya ada idea nak buat e-zine untuk satu kumpulan yang saya anggotai, tapi mungkin masa tuh mood menulis tak seperti sekarang ni..
Mungkin boleh consider idea tuh di masa akan datang.. Tuh pun kalau masih belum ada sesiapapun yang mengambil tindakan menerbitkan e-zine untuk kumpulan tersebut..
Saya dah habis baca majalah ni.. Nama ringkasnya MBlogger. Walaupun agak nipis, cuma 11 mukasurat jer, tapi maklumat dalamnya memang berguna. Lagipun, kasik mukalah.. Nikan baru Edisi #1.. Tunggulah Edisi #100 ke besok, sure bukan 11 mukasurat jer.. Pasal masa tuh, ramai blogger yang sibuk nak contribute isi..
Salah sorangnya adalah saya..
Okay, apa yang diisi dalam Edisi #1 ni?
- Mengapa anda harus meletakkan newsletter di blog anda dan tips berkaitan
- 5 tips untuk menulis blog secara serius dan lebih baik
- Cara meningkatkan ranking dan trafic blog melalui backlink
- Pengajaran yang diperolehi melalui berblog oleh Saudara Affuan Ramzai
Dan yang bestnya adalah turut disertakan video tutorial cara menggunakan Zookoda. Oohhh.. saya belum habis menonton video ini lagi. Tapi saya dah daftar Zookoda.. Cuma belum gunakannya lagi
kerana agak keliru dengan fungsinya.. Lepas ni kena tonton video tuh sampai habis lah..
Opppss.. sibuk sangatlah beritahu anda semua apa yang best kat MBlogger ni, tapi kalau tak beritahu dimana nak download tak guna jugak kan??
![]()
Make Money Online With John Chow dot Com
Okay, kalau anda memang berminat membuat duit dari blogging semata-mata, anda wajib mendapatkan ebook ni. Saya baru baca separuh jer buku ni, tapi memang penuh dengan maklumat dan panduan. In fact, jika anda memang benar-benar nak buat duit dari blogging, selepas anda mendapatkan Pakej Kit Blogger dari saya, anda cuma ikut satu persatu langkah yang diberikan oleh John Chow ini
Cuma mungkin satu masalah anda.. ebook ini ditulis dalam BI.. Yalah, John Chow tuh bukan orang Malaysia pun.. Camne dia nak menulis dalam BM, ya tak? Tapi takpe.. Anda boleh belajar di Forum KelasEnglish. Saya bersedia membantu anda
Yang pastinya, John Chow menulis berdasarkan pengalaman beliau sendiri yang bermula dari zero dan sekarang ni pendapatan bulanan beliau lebih dari USD10,000 sebulan.. Nahhhh.. Saya rasa kalau saya boleh dapat USD1000 sebulan pun dah lebih mencukupi buat permulaan ni.. Dan pendapatan beliau tuh semua diperolehi semata-mata dari blogging.. Bukannya menulis dan menjual e-book atau seumpamanya..
Dan seperkara lagi e-book Make Money Online With John Chow dot Com ini, anda boleh download secara percuma.. Boleh edarkannya kepada pembaca blog anda secara percuma.. Boleh buat apa saja anda nak buat, kecuali mengubah isinya.. Bagus kan? Tunggu apa lagi.. downloadlah!
P.S.: Betul ke Saudara Affuan Ramzai? Sebab gambar tuh tunjukkan gambar pompan?



thanks cikgu sebab review ezine tu. InsyaAllah saya akan tambahkan kepadatannya. Oh ya, cikgu boleh je nak contribute, cuma kalau pasal blog for money, edisi 3 baru nak start ada section sebegitu. Part 2 ni untuk beginner, how to start and what to choose, sebab bukan semua orang tau pasal blog.
nanti saya baca and review gak buku john Chow tu jugak, thanks for the info
————————–
Azleen: Terima kasih kerana menghilangkan kerisauan saya.. Oohh.. bukan pasal contribute article.. Tapi sebenarnya hari ni saya cukup hairan, kenapa tak ada orang beri komen di blog ini.. Saya risau sebab saya edit file php comment hari ni.. Saya bimbang jika timbul masalah.. Tapi anda telah buktikan ianya tak begitu..
Oohh.. tentang contribution tuh, tak kesah edisi berapa.. Saya tidak akan tulis tentang blog for money.. belum sampai masa lagi untuk cerita tentang duit.. Tapi saya akan ceritakan tentang sesuatu yang memang saya tahu
..
oh ye ke?
tak kesah lah macam tu
btwn, bahagian komen saya pun tetiba rosak walhal dah lepas 3 minggu rasanya guna threaded comment tu. Tetiba laks ada masalah, dah takleh besarkan fonts. Kalo tak error jadi nya
———————–
Azleen: Tuhler.. Tadi memang ingat nak install threaded comment tuh.. Tapi bila tengok macam hampeh jer rupanya.. Rasanya kena editlah file comment.php yang dia bagi tuh.. Sebab dia punya based on K2 theme kan..
[...] Panduan Blogging Dengan Lebih Baik [...]
[...] Panduan Blogging Dengan Lebih Baik [...]
Ramzan tolong jawab. Pandai sangat letak gambar pompan. Haha..
————————–
Itulah.. Saya memang tahu yang saudara affuan ramzai ni adalah “saudara”.. Tapi bila tengok gambar pompan yang sedang blogging dalam majalan tuh, buat saya fikir semula.. Mungkinkah “saudari”? Jangan marah ya!
Azleen:
hm.. banyak lagi yg sy kene belajar nih.. bab2 php blom start blajar lagik.. css lagik.. hm… camne nih ek… :/
—————————-
Azleen: Takpe, buat satu benda pada satu masa.. InsyaAllah, semuanya selesai…