Social Media

Posisi Tidur Terbaik Untuk Bayi

Hahaha.. Minta maaflah, sebenarnya ini tidak semestinya yang terbaik untuk bayi anda..

Saya cuma gunakan tajuk itu untuk mendapatkan ranking tertinggi di google apabila orang mencari kata kunci “Posisi Tidur Terbaik Untuk Bayi”..

Sebenarnya, apa yang terbaik untuk bayi adalah apa yang ibunya fikirkan yang terbaik untuknya..

Mother knows best!

Dan sebab itulah, saya tidurkan anak saya dalam keadaan meniarap dari hari pertama saya bawa beliau pulang ke rumah..

Hmmm.. Kalau ikutkan sebenarnya hari pertama beliau balik ke rumah adalah hari pertama beliau di dunia yang fana ini..

Ewahhhh.. Feeling plak..

   
   
      

Bila saya tidurkan Afiah dalam posisi meniarap, puaslah telinga saya menadah kata-kata dari orang-orang di sekeliling saya.

Mojoritinya menentang, cuma 2 orang saja yang menyokong iaitu jiran sebelah rumah saya dan jiran belakang rumah saya.

Walau bagaimanapun saya tidak marah dengan mereka yang menentang, cuma saya memang berharap agar mereka menjaga tutur kata mereka walaupun tidak suka dengan pendirian saya untuk meletakkan bayi Afiah dalam posisi meniarap kerana setiap kata-kata itu adalah doa.

Saya faham bahawa mereka berniat baik tetapi Mother Knows Best! kan..

Dan untuk Afiah, saya yakin sayalah yang tahu apa yang terbaik untuknya..

Kelebihan Bayi Tidur Dalam Posisi Meniarap

Bagi saya terdapat 2 kelebihan apabila saya memutuskan untuk menidurkan Afiah dalam posisi meniarap iaitu:

1. Tengkorak bayi bulat dan tidak kemek di belakangnya.. Bagi saya bentuk ini cantik, muka juga tidak melebar ke tepi.. Tetapi cantik itu kan subjektif. Sesuatu yang cantik bagi saya, mungkin tidak cantik bagi orang lain. Tukang urut juga bisingkan saya baringkan Afiah secara meniarap, katanya orang nak biar kemeknya di belakang, bukan di tepi.. Oppsss.. Muka Afiah tidaklah kemek di tepi, tetapi mukanya tirus dan kecil apabila dibandingkan dengan bayi-bayi lain yang tidur secara terletentang..

2. Leher, bahu dan dada bayi kuat dengan lebih cepat, sekaligus membantu bayi belajar merangkak dengan lebih mudah.. Seawal usia 2 minggu, Afiah sudah boleh memusingkan kepalanya ke kanan dan kiri dengan sendiri.. Lebih kurang itu juga, beliau sudah mula bergerak ke depan menggunakan kekuatan dada dan kakinya. Saya juga tidak perlu risau tentang lehernya apabila mendokong beliau kerana lehernya sudah boleh menampung berat kepalanya sendiri..

Tetapi sudah tentu sahaja, saya perlu mengambil lebih langkah keselamatan apabila menidurkan Afiah dalam posisi meniarap.

Rasanya sepanjang 1 ke 2 bulan pertama ini, tidur saya tidak lena..

Mulanya tidak lena kerana saya perlu memusingkan kepala Afiah ke kiri dan kanan sekurang-kurangnya setiap 30 minit untuk memastikan beliau tidak sakit leher..

Kemudiannya tidak lena kerana saya perlu memastikan Afiah tidak lemas apabila tidur dalam posisi meniarap..

Langkah Keselamatan Apabila Bayi Tidur Dalam Posisi Meniarap

Berikut adalah langkah keselamatan yang saya ambil untuk Afiah:

1. Menggunakan tilam yang tidak terlalu lembut/ lembik/ tebal yang boleh menenggelamkan muka Afiah.

2. Tidak menggunakan bantal/ alas tilam/ sebarang mainan berdekatan dengan muka Afiah.

3. Memastikan selimut sentiasa berada di bahagian bawah paras dada Afiah.

Dan setakat ini, saya berpuas hati dengan keupayaan yang ditunjukkan oleh Afiah.. hehehe.. Alhamdulillah…

8 comments
ayuni625
ayuni625

Baby ay pon suka tdo meniarap... baby ngis jer klu tdo mngiring or telentang...kdg2 ksian tgk dia mngntuk sy pksa tdo mngiring.. last2 ikut mne yg baby selesa... sy bg dia tdo mniarap... alhamdulillah.. baby blh angkt kpla n bahu dgn sndri mse umo 25 hari...itulah realitinya... pandai dah nk pusing kepala nk tgk tv.. suwit sgt kn... :p

aida5448
aida5448

Baby sy pun Suka tidur meniarap. Harap xde masaalah. X ajar pun,dy sendiri suka ridur camtu,kalo xmeniarap mst bunyi je mulut dy. Da meniarap,baru senyap. Lena je tdo.huhu. Jemput la tgk blog sy jgk ye. http://healthlovepray.blogspot.com

Abiaz9292
Abiaz9292

Saya sangat sokong tidur mcm ni,anak sy tidur mcm ni. Dah besar cantik je kepala.. Kcm kepala anak mat saleh gitu..hehe

norsuzana
norsuzana

sokong sangat cara tidur tiarap ni. Saya sendiri pun mmg mengamalkan tidur meniarap untuk kesemua anak2 saya (dengan pantauan) atas reason2 yang disebutkan di atas. Tak dapat dinafikan rata2 yang melihatnya akan meluahkan perbagai memek muka dan pendapat. Namun saya senyumkan aja, mana nak tau lebih lanjut saya bukak mulut, kalau tak, senyum sokmo jer lah. Dalam Islam memang ada menyebut bahawa tidur meniarap adalah dilarang Rasulullah s.a.w. kerana ianya adalah cara berbaring penghuni neraka, ini mmg tidak dapat disangkal, namun Alhamdulillah, sehingga kini, semua anak2 saya tidak pula terbiasa tidur meniarap seperti yang saya amalkan sewaktu mereka bayi. Semuanya, insya allah akan berubah mengikut peredaran usia anak2...wallah hualam.

wann hairani
wann hairani

lg satu perut baby akan tertekap ke bawah..maka kurg lah dia kembung sbb kalau ada angin secara x langsung dia akan kentut sendiri sbb perut dh tertekan kan.nanti leen tgk kepala anak bulatt je hehehe mcm anak wan Zakwan sbb dia pun tido meniarap jgk dulu. memula mmg kita kurg lena sbb takut dia tertumus ke tilam tp lama2 dia dh pandai pusing sendiri, kalau tertumus dia rasa x bleh bernafas dia akan pusing sendiri ke kiri @ ke kanan...

cikguazleen
cikguazleen

Ooohh.. Wann pun tidurkan anak tiarap ya.. Hehehe.. Kadang-kadnag kelakar.. Masa awal2 tu (skrang pun masih gak) my MIL bising tidurkan Afiah tiarap.. Bila leen pegi toilet, dia baringkan Afiah dan bedung.. Bila Leen keluar, Leen bukak bedung dan tiarapkan semula.. Hahaha.. Setiap kali Leen gerak tinggalkan Afiah, dia mesti baringkan dan bedung, sendal bantal kiri kanan.. Malas nak argue kan.. Nanti husband lak kecik ati, jadi bila Leen dok sebelah Afiah Leen bukak bedung dan tiarapkan aje semula.. Sekarang Afiah dah boleh buat mini push-ups.. Tu yang biar dia tidur sendiri kat baby cot..

DayangJannatiah
DayangJannatiah

Salam ckgu azleen bby sy skg dh berusia 2 minggu. Dah terlambat ke nk buat mcm tu? My Mil suke bedungkan n tdr terlentang n bantal tinggi sikit . Sy trtarik dgn post ni. Klu sy mula tiarapkan bby utk tdo akn ada kesan ke mcm yg cikgu azleen buat? Sbb dia dh masuk 2 mgu sedangkan cikgu azleen start sejak lahir. Hmmm advise pls

najwaauni5676
najwaauni5676

Ank syg dari lahir suka tidow mengiring..

Skrg 3 ke 7 bulan..mula2 tidur mengiring x lama die pusing sendiri tuk tidow meniarap..nampaknye ank tidow lebih lama...

Mmg btul tidur meniarap ni ank cpt duduk,merangkak & skrg dh nk berdiri memapah utk jln..

Powered by WordPress. Designed by WooThemes