Suplemen Vitamin Semasa TTC, Mengandung & Menyusukan

Semalam saya dah kata kan yang saya nak kongsikan dengan anda apakah suplemen yang saya gunakan sepanjang saya TTC, mengandung dan menyusukan ini..

Memandangkan takut saya terlupa dan nanti ada pula pembaca yang menuntut kata-kata saya, hari ini saya kongsikan dengan anda apakah suplemen vitamin yang saya makan sepanjang saya TTC, mengandung dan menyusukan..

Herbalife

Ini adalah makanan ruji saya sejak 3 tahun yang lepas.. Semasa TTC, saya ambil shake F1 + F3 untuk menggantikan sarapan dan makan malam saya.. Tea mix pula saya ambil pada bila-bila masa sepanjang hari terutamanya di kala saya rasa letih..

Apabila saya mendapati saya mengandung (waktu tu dah minggu ke-10), saya ada bertanya dengan Doktor samada boleh tak saya teruskan mengambil shake herbalife ini.. Sebenarnya doktor suruh saya berhentikannya.. Tapi..

Saya kan degil.. Hehehe.. Saya berhenti 2 minggu saja.. Sebab 12 minggu pertama mengandung memang berisiko kan.. Lepas tu saya rasa takde sebab kenapa saya tidak boleh mengambil shake herbalife, ianya untuk kesihatan kan..

Lagipun bila saya ambil shake herbalife ni, saya rasa yakin yang keperluan nutrien harian saya mencukupi.. Yang membezakan cumalah sewaktu mengandung saya ambil shake herbalife cuma untuk menggantikan atau menemankan sarapan.. hahaha.. Sebab lapar beb kalau makan shake aje..

Selepas bersalin dan sekarang ni menyusukan, saya masih lagi mengambil shake herbalife.. Tetapi tidaklah saya terhadkan kepada menu menurunkan berat badan.. Sebaliknya saya ambil shake untuk sarapan, dan kalau masih lapar saya tetap makan makanan lain..

Selain daripada itu, saya juga ambil shake herbalife sebagai snack untuk menyusukan pada waktu malam.. Sebabnya kalau lepas menyusukan tu memang rasa macam nak pengsan kadang-kadang.. Huhu..

Yang pentingnya, dengan pengambilan shake herbalife saya tidak perlu bimbang samada keperluan nutrien harian saya mencukupi atau tidak..

Bagaimanapun sewaktu menyusukan ini saya tidak lagi mengambil tea-mix..

Kordel Esther C

Vitamin C adalah antara pil yang saya wajib ambil setiap hari.. Sejak dari 10 tahun lalu lagi..

Saya lebih gemarkan Elken Esther C, tetapi sejak dah tak aktif dalam Elken ni, agak susah pula nak dapatkan Esther C itu..

Jadi, kordel pun boleh juga, janji ester c dan bukan askorbik acid..

Iberet Folic 500

Semasa 12 minggu pertama mengandung, biasanya kita memang tidak mengambil apa-apa vitamin tambahan.. Apa yang saya dapat hanyalah 2 injection hormon kerana Doktor syak saya kekurangan hormon mengandung dan tidak mahu mengambil sebarang risiko keguguran..

Selepas 12 minggu barulah doktor syorkan saya ambil Iberet Folic 500 ni.. Kalau di KK biasanya mereka beri pil zat besi yang kaler hitam tu..

Agak kurang sesuai dengan saya.. Saya tak ada masalah untuk menelannya (walau ada orang yang rasa macam besi dan tak lalu nak telan) tetapi saya ada masalah penghadaman bila memakan pil zat besi itu.. Sembelit dan najis tersangatlah busuknya.. Sehingga diri sendiri rasa nak pengsan.. Hehehe..

Jadi, bila saya komplen ngan doktor tentang pil zat besi itu, doktor berikan saya Iberet Folic 500 ni..

Dan sekarang ni waktu menyusukan pun saya masih makan iberet folic.. Doktor suruh teruskan selama sekurang-kurangnya 6 bulan..

Neurogain Untuk Wanita Mengandung

Yang ni pun disyorkan oleh doktor juga.. Mengandungi DHA ler apa -apa lagi..

Yang perlu saya faham adalah neurogain ini membantu perkembangan otak bayi.. Ramai kawan-kawan yang juga telah makan neurogain ini sewaktu mengandung memberitahu yang anak-anak mereka cerdas..

Saya makan neurogain ini sewaktu mengandung dan menyusukan.. Rasanya kalau anda TTC pun sesuai juga untuk makan neurogain ini kerana pembentukan otak bayi berlaku sebelum kita sedar yang kita mengandung..

P.S.: Saya akan sambung dalam Bahagian Ke-2 nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2 comments
suhaila
suhaila

leen, neorogain tu mmg sgt bagus. dapat tahu masa mengandung anak no 3, sekarang dah nak masuk 4 tahun, tahu ABC dari umur 2+, sekarang ni dah boleh buat matematik (tambah, bawah 10)

Cikgu Azleen
Cikgu Azleen

Tuhler Suhaila, saya pun dengar macam2 feedback yang bagus pasal neurogain ni.. Alhamdulillah, Afiah pun nampaknya dah nampak cerdas dari sejak lahir lagi .. - hehehe.. mummynya dah tentulah kata begitu kan..

Trackbacks

  1. […] selain pam, saya juga beli makanan tambahan untuk menggalakkan penyusuan yang sepatutnya mula diambil sejak 7 bulan mengandung lagi.. Tapi yalah, dah saya tak tahu […]

  2. […] saya lebih suka makan ayam daripada ikan, daging dan sebagainya. Jadi, saya ambil supplemen. Semua supplemen yang dimakan sewaktu mengandung, masih lagi saya […]