Social Media

Buku Bacalah Anak Mommy Untuk Di Download Percuma!

Assalam,

Kali ni saya nak kongsikan buku yang saya bina untuk kelas saya.

Sebenarnya buku ini bukanlah idea saya sepenuhnya.

Ianya diadaptasi daripada Bacalah Sayang yang dikeluarkn pada tahun 90an.

Saya cuma menjadikan buku ini dalam versi yang lebih terkini, lebih cantik dengan gambar-gambar real, bersesuaian dengan teori Glenn Doman.

Itu untuk buku bacaa.

Untuk buku kerja pula, memang idea saya.

Sepatutnya setiap buku bacaan didatangkan dengan buku kerja sekali. Tetapi disebabkan kekangan masa (Aku seorang guru, seorang ibu, seorang isteri dan seorang peniaga berjaya hahahaha), maka saya cuma sempat buat buku kerja 1 jer.

InsyaAllah, akan menyusul nanti buku kerja untuk setiap buku bacaan.

Semua sekali ada 13 buku bacaan. Sekarang baru siapkan 3 jer.

Saya kasik FREE jer untuk anda download. Klik kanan dan save as…

Semua fail dalam format PDF dan anda boleh print jer terus.

Kalau nak gunakan untuk kelas (ramai kan) boleh set printer anda untuk print 2 helai pada satu pages. Fontnye masih lagi cukup besar dan gambarnya masih lagi menarik untuk di tatap oleh murid-murid.

Murid-murid saya sangat sukakan buku ini.. Hehehe.. Sebab ianya berwarna kot.. Dan ada banyak gambar Afiah.. Oooo…

Buku Bacaan 1

Buku Bacaan 2

Buku Bacaan 3

Buku Kerja 1

0 comments

Powered by WordPress. Designed by WooThemes