Bangsa Melayu Pupus Jika Pupus Bahasa Melayu

Tajuk hari ni agak konstroversi.. Mesti ramai yang nak marah.. Nanti, jangan marah tak tentu pasal.. Lebih baik anda baca dulu..
Ingat, baca dengan hati dan fahami.. Bukan sekadar baca di mata..
……………………………………………………
Selepas SPM, saya bekerja sambilan di sebuah pasaraya sebagai cashier. Tetapi almaklumlah, dalam syarat pekerjaan di clause terakhir pasti ada “Melaksanakan apa jua arahan majikan dari masa ke masa”. Jadi, salah satu tugas tidak rasmi saya adalah kira stok - tambahan pula saya adalah antara segelintir yang terpelajar dan dipercayai di pasaraya yang sederhana besar saiznya itu..
Suatu hari semasa saya sedang mengira stok…
Jejaka tampan: Assalamualaikum…
Saya: Waalaikumussalam…
Jejaka tampan: Oh, Melayu rupanya.. Ingatkan tuttttttttttt…
Itu bukan kali pertama orang menegur saya begitu.. Seringkali juga kalau ke kedai bukan Melayu, orang akan bertutur bahasa lain dengan saya..
Semasa saya melawat ke Perak tahun lepas, saya berkesempatan merendamkan diri di kolam air panas di Tambun Water World. Sedang saya menikmati pemandangan Tambun yang cantik tuh, seorang kanak-kanak dalam usia 7-8 tahun merapati saya dan berkata sesuatu dalam bahasa bukan Melayu (bukan bahasa Inggeris juga).
Terpaksalah pula saya menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang saya tidak faham bahasa yang beliau tuturkan..
Ini bukanlah luar biasa kerana ibu saya berketurunan Banjar. Orang Banjar ni memang banyak kelihatan seperti Cina.
Apa pulak kaitan cerita ini dengan topik sensasi kita hari ini ya?
Begini, semalam semasa menyemak komen di blog ini - setiap komen pertama akan di-moderate-kan.. Saya membaca komen dari saudara yang mengaku dirinya Anak Melayu. Menarik sungguh komen beliau di post paling popular sepanjang zaman blog CikguAzleen.Com ini iaitu 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran Sains dan Matematik. Anda boleh baca komen beliau melalui gambar di atas atau pergi terus ke komen beliau di link ini: Komen Anak Melayu.
Memandangkan banyak benda yang saya boleh cerita tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan juga bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) saya memutuskan untuk menjawab saja komen beliau melalui posting baru.
Pertamanya, Anak Melayu nak tahu apa komen saya tentang “Pupus bahasa pupuslah bangsa”. Eh, terasa macam selebriti pulak… Hahaha..
No komen… Jawapan standard… Itu kalau selebriti lah.. Oleh sebab saya ni guru, kalau anak murid tanya apapun, kita kena jawab.. So saya jawab ya.. Dengan seberapa daya upaya saya menggunakan bahasa yang halus supaya tidak ada yang terasa.. (Siapa makan cili, dia terasa pedasnya!)
Mari kita lihat dulu apa makna BANGSA.. Sat, saya semak kamus Dewan Bahasa ya..
Menurut Kamus Dewan ms 122, BANGSA bermaksud jenis manusia dari satu asal keturunan.. atau maksud kedua adalah kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan..
Hmmms.. Takde sebut langsung pun pasal bahasa ni.. Payah juga ya nak bagi komen kalau dah maksud bangsa macam tuh..
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan Anak Melayu, biar saya berikan definisi bangsa bagi diri saya sendiri..
Bagi saya bangsa adalah jenis manusia dari satu asal keturunan. Ia meliputi segala aspek yang meliputi kehidupan manusia tersebut seperti agamanya, adatnya dan juga bahasanya. Bangsa itu wujud dan akan kekal wujud jika manusianya itu kuat jati dirinya..
Bangsa itu mungkin tidak akan pupus jika bahasanya pupus, tetapi bahasanya sudah pasti pupus jika bangsanya pupus..
Ini kerana bangsa tidak berdiri atas bahasa semata-mata.. Bangsa itu mungkin akan kurang keunikan dan kekuatannya jika ia tidak mempunyai bahasa sendiri.. Tetapi ia tidak akan pupus.. Kita masih ada lagi Melayu di Filipina dan yang terbaru dijumpai di kawasan Afrika.. Mereka ini masih lagi mengaku Melayu walaupun tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu..
Sebaliknya, bahasa akan pupus jika tidak ada bangsanya.. Yalah, jika dah tak ada orang nak bertutur dalam sesuatu bahasa tu, siapa yang nak mengekalkannya.. Contohnya adalah sebahagian bahasa-bahasa yang dituturkan semasa zaman batu.. Bangsanya masih ada, tetapi bahasanya telah tiada..
Kesimpulannya, saya kurang bersetuju dengan pepatah pupus bahasa pupuslah bangsa..
Sekian dulu hujah saya..
e-eh.. Awalnya nak balik.. Bukan ni baru mukadimah jer.. Ada banyak lagi yang akan saya ceritakan pada esok hari dan hari berikutnya tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bahasa Inggeris.
Jangan menilai saya dengan membaca satu posting saja.. Kembali semula ke blog ini esok hari untuk lebih mengenali diri saya atau subscribe saja blog ini di sini. Klik sini untuk subscribe!
Dan klik sini jika anda teringin menguasai satu lagi bahasa supaya anda boleh menakluki dunia!
Popularity: 1% [?]
|
Like this post? Subscribes for updates! |
Related Article:
A Sign Seen On A Rest Room Automatic Hand Dryer…

“Do not activate with wet hands.”
Aren’t it supposed to dry the wet hands?
Popularity: 2% [?]
|
Like this post? Subscribes for updates! |
Related Article:
In A City Restaurant

“Open seven days a week and weekends.”
So how many days are there in a week not including the weekends?
Popularity: 2% [?]
|
Like this post? Subscribes for updates! |
Related Article:
Apa Tandanya Laman Web Anda Semakin Popular?

Amaran: Ini adalah post “masuk bakul angkat sendiri”. Jangan baca jika anda tidak boleh menahan perasaan!
Saya sedang membuat carian di google untuk kata kunci “belajar bahasa Inggeris” bila saya terkasima memandang iklan yang saya bulatkan dalam gambar.
Saja aje buat carian kata kunci tersebut. Selain untuk memeriksa ranking laman web saya, saya juga ingin mengenali dengan lebih dekat competitors saya. Hehehehe..
Hmmm.. Siapa agaknya yang meletakkan iklan tersebut ya? Saya tidak ada menempahnya..
Bagaimanapun, disebabkan curiosity yang melampau, saya klik iklan tersebut untuk lihat ia ke mana..
Rupanya ia berakhir di laman web Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ..
Anyway, saya tidak tahu siapa yang mengiklannya.. Mungkinkah google memang apabila tiada iklan untuk sesuatu kategori, dia letak saja laman web mana-mana…
Ah.. tak mungkin..
P.S.: Terima kasih kepada sesiapa yang mengiklankan itu.. Semoga anda mendapat pendapatan yang baik daripada Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ya!
Popularity: 3% [?]
|
Like this post? Subscribes for updates! |
Related Article:
- Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS - Siri 3
- Model Perniagaan: Laman Web Keahlian (Membership)
- Register/ Login Untuk Memberi Komen
- Bagaimana Install Post Affliate System - Siri 2
- Selamat Hari Guru!
- Cara Menggunakan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS - Siri 1
- Update: Projek Kelas English
- Ada Masalah Dengan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS?
Akui Kesalahan Sendiri Tidak Bermakna Anda Kalah

Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba aje astro saya tidak berfungsi.. Geramnya rasa hati sebab setahu saya ianya telah dibayar. Saya mempunyai 2 akaun astro - satu dipasang di kampung. Jadi mustahillah saya membayar satu akaun tetapi tidak membayar akaun satu lagi…
Jadi, kita pun telefon astro…
Selepas bersembang-sembang hampir 15 minit, ewah!.. Rupanya saya ada berhutang RM17.60.. Kalau anda jadi saya, anda geram tak?
Akaun saya sebulan 59.95 dan akaun kedua di kampung sebulan RM37.95. Setiap bulan saya membuat bayaran RM60 untuk akaun 1 dan RM40 untuk akaun kedua. Saya memang tidak membuka langsung surat bil yang sampai tuh..
Dan saya membayar setiap bulan. Cuma ada sekali sewaktu saya praktikum dahulu, kerana terlalu sibuk saya miss bayar 1 bulan. Tetapi bulan berikutnya saya membuat bayaran 2 kali…
Dan cuma kerana RM17.60, astro potong akaun saya?
Huh… Memang nak kena ni.. Dahlah tuh nak cas lagi RM10 untuk penyambungan semula..
Jadi, saya tidak setujulah dengan cas RM10 tuh..
Cakap punya cakap, astro setuju tidak mengenakan cas RM10 tuh kepada saya. Dan saya pun membayar RM17.60 tuh serta-merta melalui Maybank2u.
Selang beberapa hari, astro potong lagi akaun saya.. Dan menelefon pulak tanya kerana mereka tidak terima bayaran..
Huh camne tuh?
So, tadi saya call astro berbincang.. Cakap punya cakap punya cakap.. Akhirnya astro suruh saya emel saja bukti bayaran.. Saya kata OK..
Nasib baiklah, sebelum saya emel tuh tergerak hati saya nak semak no akaun.. Huhu..
Anda pun tahulah kesudahannya..
Rupanya saya telah membuat bayaran RM17.60 tuh ke akaun kedua di kampung.. Patutlah mereka tak terima..
Anyway, saya telah menelefon semula astro, meminta maaf dan memberitahu bahawa saya telah tersilap membuat bayaran. Dan saya juga telah membuat bayaran semula ke akaun yang betul.. Hehehe..
Morale of the story: Kalau anda memang sedar anda membuat kesilapan, tidak rugi jika anda mengakuinya dan meminta maaf dari orang lain. Walaupun orang lain itu adalah pekerja anda, pasangan anda, rakan baik anda mahupun cuma anak anda.
Popularity: 4% [?]
|
Like this post? Subscribes for updates! |
Related Article:
- Tawaran Untuk Kumpulan 6 Program Easy English Telah Diemelkan
- Bertanggungjawab Terhadap Diri Sendiri
- Gunakan Blog Sebagai Medan Perbaiki Penulisan BI Anda!
- PrinceQ: Pakej Kit Blogger Memang Terlalu FANTASTIK!
- Kepentingan Vs. Keutamaan: Yang Mana Nak Didulukan?
- Tentukan Makna Dengan Suffix & Prefix
- Register/ Login Untuk Memberi Komen
- Mari Berkenalan





Top Commentators