Betulkan Satu Benda Pada Satu Masa

Posted by Cikgu Azleen | May 24, 2007 .



Malam tadi, saya menemani suami saya berlatih bowling di Daiman Bowl bersama teman-teman sepejabatnya. Mereka ada tournament hari ahad ni. Ala, bukan tournament apa sangatlah, inter-company jer. Sambil-sambil tuh saya pun tumpang sekaki lah main sama. Agak lama juga saya tidak memegang bola bowling, sehinggakan beg bowling yang duduk bawah meja ni, naik berhabuk.

Kalau dulu, saya bermain bowling 3-4 kali seminggu, sebab itu saya membeli bola dan kasut sendiri. Sejak berkahwin, aktiviti bowling saya menjadi acara tahunan :twisted: 3-4 kali sahaja setahun. Dan sejak pindah ke Johor tahun lepas, saya langsung tidak bermain bowling. Adalah setahun lebih..

Jadi, bila bermain malam semalam, agak kelakar jugak. Ntah ke mana-mana aja bolanya pergi, tapi taklah sampai ke longkang mahupun tumpang lane sebelah.. Antara kami, ada seorang yang agak pakar bermain bowling. Baling pun ada gaya.. Jadi, secara tak rasmi, dialah menjadi coach kami semalam.

Untuk memperbaiki balingan saya, beliau menyuruh saya baling dengan badan yang tegak.. eh, bukan badan yang tegak, tapi memastikan kedua bahu saya berada dalam keadaan tegak sewaktu membowling :twisted: . Sebabnya, tangan saya (pernah patah dan masih lagi berbesi) tidak tegak, dan bila disaat akhir membowling, selalu dia twist dan menyebabkan bola saya mengimpar.. Tambah-tambah pulak, pasal dah lama tak pegang bola bowling, terasa macam berat pulak bola 11 pound saya tuh :mrgreen:

Kebanyakan daripada kita tentu dah biasa main bowling kan. Bagi yang dah pakar tuh, tak payah cakaplah. Memang diorang ni baling pejam mata pun boleh strike kot :twisted: Over acting betul.. Tapi kalau yang baru bermain tuh, mesti rasa tensen sikit. Sebabnya ada banyak benda yang nak diingat:

  • Nak mula dengan kaki kanan atau kaki kiri
  • Kedua-dua bahu mesti tegak dan jangan alihkan posisi badan sehingga bola dah lepas (macam main golf jugak)
  • Pastikan tangan tegak masa nak lepaskan bola
  • Bila nak hayun bola dan bila nak lepaskan

Dan macam-macam lagilah dilema pemain baru.. Suami saya kata nak ingat kaki, nak ingat tangan, nak ingat bahu, nak ingat bola.. hmmmm..

Lakukan Satu Persatu

Bila saya renung-renung cara main bowling, ada juga persamaannya dengan belajar BI. Bagi orang yang baru nak belajar BI, mesti tensen sebab ada banyak benda yang nak diingat. Nak ingat perkataan lagi, nak ingat idea lagi, nak ingat grammar lagi, nak ingat pronunciation yang betul lagi.. Argghhhh.. Bila banyak sangat benda yang nak diingat, akhirnya buat kesimpulan, BI ni susah nak dipelajari. Lagi baik pakai BM jer..

Tuh belum lagi belajar mandarin. Saya difahamkan bahawa belajar mandarin lebih susah lagi, terutamanya untuk menulis. Hehehehe..

Macam main bowling, perkara pertama yang dilakukan adalah mendapatkan balingan yang lurus. Selalunya pemain baru akan bermain straight ball, saya tak tahulah kalau ada yang baru nak belajar main terus main spinned ball. Jadi, yang pertama-tamanya adalah membuat balingan yang lurus dan konsisten. Kadang-kadang memang tak boleh nak dapat balingan yang lurus.

Macam kes saya, default tangan saya senget, kalau saya usaha juga nak baling dengan menegakkan tangan saya, saya strained bahu saya dan tangan saya pun akan sakit.. Jadi apa yang saya lakukan adalah mendapatkan satu balingan yang konsisten sengetnya.. :p Selepas konsisten, baru saya adjust di arrow mana saya nak mulakan balingan, supaya di bahagian senget yang akhir tuh, bola tetap terkena pada pin yang membolehkan strike. Tips ini di ajar oleh sifu saya masa kat KL dulu.. Dia kata buang masa jer saya berlatih menegakkan tangan saya kalau tangan saya memang senget.. Ada ke patut?!

Jadi, untuk menulis dalam BI pun sama jugak. Mula-mula dan yang pertama-tamanya adalah mendapatkan corak penulisan yang konsisten. Kasik idea tuh flow dengan baik.. Tulis jer tanpa berfikir samada ianya betul atau salah.. Maksud saya tanpa perlu fikir samada grammarnya betul atau salah.. Tulis, tulis dan tulis.. Pastikan idea anda boleh disampaikan kepada orang lain.. Tapi kalau anda sendiri baca pun tak paham, then itu masalah.. Penyelesaiannya adalah jangan menulis dulu sebaliknya kayakan vocabulary anda dahulu..

Teknik Menulis & Mengedit Satu-Persatu

Saya ada satu teknik menulis ya. Kadang-kadang semasa menulis, kita hilang perkataan. Samada terlupa perkataan tersebut dalam BI, atau kita memang tak tahu BI panggil apa benda yang kita nak tulis tuh.. Apa yang saya lakukan adalah terus menulis perkataan tersebut dalam BM (atau bahasa apapun yang anda tahu) dan terus menulis sampai akhir.. Contohnya jika saya tak tahu apa BI panggil kongsi, saya akan menulis sebegini:

I would like to kongsi with you, the writing techniques that I’ve practised.

Selepas habis menulis, saya akan mencari kamus dan mengalihbahasakan perkataan-perkataan BM ke BI. Selepas itu, saya berehat sebentar. Minum atau tengok apa rancangan best kat TV.

Dan lepas tuh (berapa banyak lepas?), saya akan mengadap balik tulisan tersebut dan tibalah masanya menjadi editor. Masa inilah saya akan check grammar. Saya mulakan dengan check secara keseluruhan. Pastikan setiap ayat betul structure nya. Antara perkara yang diberikan perhatian disini adalah penggunaan singular dan plural nouns. Benda ni paling senang orang nak detect. Dan tak lupa juga, kesilapan yang sering dilakukan adalah pronouns atau kata ganti diri. Kadang-kadang kita guna him untuk she dan her untuk he..

Kemudian, check tenses. Mula-mula sekali tentukan tense yang nak digunakan. Cerita dah lepas (past tense), cerita yang sedang berlaku (present tense) atau cerita yang akan berlaku (future tense)? Tense ni mesti konsisten dari awal artikel sampai ke akhir artikel. Kalau tak, cerita tersebut mungkin akan menimbulkan salah faham kepada pembaca. Selesai, saya rehat lagi, tapi jangan klik Publish dulu.

Bila dah siap check semua, saya akan baca artikel tuh kuat-kuat. Kadang-kadang ada kesalahan yang tidak dikesan sewaktu buat editing dan hanya boleh dikesan sewaktu baca artikel tuh kuat-kuat. Lagi bagus kalau anda ada pembantu untuk membacanya kuat-kuat dan anda cuba dengar apa yang dibaca. :twisted:

Lakukan Hanya Satu Perkara Pada Satu Masa

Jadi, nampakkan? Hanya satu benda dibetulkan pada satu masa. Semasa menulis saya tidak check grammar. Selepas menulis, semak ejaan dulu, baru check grammar. Grammar pulak ada bermacam jenis. Saya tidak check semua jenis dalam satu masa. Saya lakukan satu persatu. Itupun tak semua fungsi grammar disemak. Hanya yang obvious saja. Tambahan, saya mengajar practical english, bukan formal english. Itu lebih memudahkan keadaan.

Lepas ni, anda boleh cuba pula. Betulkan satu benda pada satu masa. Kadang-kadang, melakukan satu perkara pada satu masa lebih produktif.

Popularity: 7% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

Comment by ktom
2007-05-24 17:22:03

Cikgu, terima kasih banyak2 atas tips ini. Memang masalah ini sering menghantui diri Ktom…insyaallah segala tips akan dituruti. Terima kasih.

—————————
Azleen: Sama-sama.. Nanti kalau berjaya tips ni, sharelah kat sini.. Kalau tak berjaya pun, share jugak.. Bolehlah kita cuba cara lain plak..

 
Comment by Bent
2007-05-25 01:12:26

Memang bagus tip cikgu ni..kadang-kadang saya pun hilang arah dan perkataan..bila nak buat post dalam BI..tapi nak juga teruskan..nanti saya akan cuba apa yg cikgu buat ni.. heheehe tq anyway

—————————-
Azleen: Memang pun, saya pun kadang2 hilang perkataan.. So, cara nilah yang terbaik untuk elakkan hilang idea..

 
Comment by Syeikh Subscribed to comments via email
2008-01-27 17:54:11

Bagus tip ni cikgu… TQ :)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.