Rakyat Tidak Lagi Dibenarkan Melawat Ke Rumah Perdana Menteri Malaysia

Posted by Cikgu Azleen | March 15, 2008 .



Rakyat Tidak Lagi Dibenarkan Melawat Ke Rumah Perdana Menteri Malaysia

Sewaktu Putrajaya dibuka beberapa tahun yang lepas, saya adalah antara mereka yang pertama berpeluang melihat tempat ini. Ketika itu, Putrajaya masih lagi dalam fasa pertama pembinaannya. Sukar untuk membayangkan yang ia akan kelihatan indah dan menarik seperti apa yang ada hari ini.

Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Saya rasa cukup bertuah sekali kerana ketika melawat ke Komplek Sri Perdana, rumah Perdana Menteri Malaysia yang menjadi kebanggaan rakyat, saya berpeluang melihat Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah berada di sana. Walaupun tidak berpeluang berbual dengan mereka ketika itu, senyuman dan lambaian mereka cukup untuk menjadi ingatan saya yang sememangnya amat meminati mereka.

Saya berpeluang untuk melihat ruang utama yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk menerima tetamu kehormat dari seluruh dunia. Dari ruang mesyuarat, ruang jamuan, ruang rehat dan tandas?! :twisted: Walaupun sekejap, peluang menjejakkan kaki ke rumah ibarat istana yang mungkin tidak akan menjadi milik saya, adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan selamanya.

Minggu ini saya membawa rakan dan keluarganya ke Putrajaya. Jika selama ini saya bercerita tentang Putrajaya kepada mereka, kali ini saya berharap mereka dapat menyaksikan dan merasai sendiri apa yang saya lalui.

Malang sekali, saya dapati rumah Perdana Menteri Malaysia ini tidak lagi boleh dikunjungi oleh rakyat. :(

Apabila bertanya kepada polis yang bertugas di pondok kawalan masuk ke rumah ini, mereka menjelaskan bahawa rumah ini tidak lagi dibuka kepada rakyat untuk lawatan sejak tahun 2004. Ia membuatkan saya tertanya-tanya mengapa? Sedangkan setahu saya bukankah Perdana Menteri Malaysia sekarang ini lebih berjiwa rakyat? :twisted:

Putrajaya yang ada sekarang jauh berbeza dari saat awal ianya dibuka. Sungguh menyedihkan!

Popularity: 25% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

7 Comments »

Comment by zool
2008-03-15 21:09:56

Wah theme yang lebi professional namanya cikgu…
Hm.. nak buat camne kan.,..
Mungkin rumah tu penah diceroboh kot…
Saya pun penah pegi sana masa belajar kat UiTM dulu..

Comment by Cikgu Azleen
2008-03-15 21:14:10

Pernah diceroboh? Rumah PM diceroboh? Very funny indeed..

Dengan sepasukan polis di depan pintu pagar, dan entah berapa orang lagi agaknya yang berada di setiap penjuru rumah tersebut, rumah PM diceroboh? :D

Bagi saya itu menunjukkan polis bertugas tidak cekap.. hehehe..

Comment by zool
2008-03-16 11:48:03

Ops.. ni pandangan saya je… Tak tau le penah diceroboh atau tidak… Spekulasi jela cikgu..

Comment by Cikgu Azleen
2008-03-16 15:07:26
 
 
 
 
Comment by Paypal2u Bloggers
2008-03-16 12:12:47

Gua pernah masuk kesitu lebih dari 5 kali…. Ader satu kali tue gua bawak bapak dan mak gua pi sana. Bapak gua pakai kerusi roda.. jadi kami dapat special priviledge untuk masuk banyak kawasan yang orang biasa tak leh masuk… sebab.. cuma kat situe jer kerusi roda boleh lalu… hehehe.. best gak..

Tak sangka yer… Pak Lah tak bagi orang masuk melawat kat sana… Ngaper ha… pelik sungguh. Pak Lah tak macam Che Det… Sampai sekarang nie Che Det senang sesapa nak jumpa… Itu hari gua singgah kat Yayasan Kepimpinan Perdana… walaupun takder plan.. tapi dapat gak jumpa dier..

Pak Lah.. Pak Lah… apa nak jadi aaa…

Comment by Cikgu Azleen
2008-03-16 15:08:19

I see.. Tourist guide yang kat bot tasik tuh kata nak lawat PLF tuh kena buat surat application..

 
 
Comment by malaysiamaju.com
2008-04-24 09:04:43

PM nak privarcy sikit tu…tak mao kacau2 faham2 jer la. Bini baru hehe…tp dalam tu tak seperti yang dibayangkan masa sya mula2 masuk. Dua tiga kali round jer dan abis. Tak macam ladang2 YB kat luar negara tu, dengar kata dari pagar pintu masuk jer ambil masa 20 minit utk smpai! YB maner sya pon tak tao. Yg penting MalaysiaMaju kedepan buka unduq kebelakang.

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.