

Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.
Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).
Cuba anda bayangkan perasaan saya..
Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..
Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).
Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh..
Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.
Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik - dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.
Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali..
Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.
P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..
P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..
P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..
P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…
Popularity: 11% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
seiap perubahan yg di lakukan pasti ada baik dan buruknya…
cume sistem pendidikan sekarang ni agak terlalu mendesak..menyebabkan murid dan guru pening..huhuhuhuhuuhu…..penat….
mengenai matematik dalam bahasa inggeris: ini komen dari murid form 2 2008_murid chinese….
“saya punya maths makin terukla cikgu, dulu mase sekolah rendah dulu i blaja dlm malay, i bley ingat sume, now da ubah jd english..i x penah dapat C!…”
i sgt terperanjat dgn kenyataan anak murid saya ni..bagi saya murid ini tidak ada masalah dgn subjek english..tp kenapa maths x pernah dapat C?..ermmm..tepuk dada tanya selera…
hmm.. Pelik tuh.. Tande masalah dalam english, tapi maths pulak merosot.. sesuatu untuk kita fikirkan bersama..
saya memang berminat untuk mempelajai bahasa inggeris bagai mana harus saya lakukan untuk mudah mempelajarinya….saya cuba untuk belajar memebaca dari surat kabar bahasa inggeris tapi tidak semua makna ada dalam kamus…saya tidak dapat meneruskannya kerana banyak makna yang sya tidak dapat untuk memperolehinya,bagaimana ya cikgu……
Hmmm.. Bila program easy english nanti release, bolehlah awak ikuti. Sebab salah satu cara yang akan kita praktiskan adalah membaca surat kabar berbahasa inggeris secara berperingkat. Nama anda pun ada dalam senarai saya.