
Sekejap saja masa berlalu kan. Kalau anda dah lama membaca blog saya ni, tentu anda tahu yang pada awal tahun 2008 saya berazam nak belajar main keyboard.
Jadi, saya telahpun membeli keyboard. Saya tahu membaca nota muzik - dulu saya Clarinetist SIGS (M) Band. Masalahnya, saya clarinetist. So saya cuma tahu baca bahagian rhytm saja. Saya tak tahu camne nak baca base note.
Rupanya, saya baca salah. Huhu.. Patutlah bila main rasa semacam je lagu ni..
Dan akhir sekali, saya figure out bahawa benarlah pepatah orang tua-tua.
Belajar biar berguru. Kalau tak boleh sesat jalan.
Bagaimanapun, kalau dah sesat boleh balik ke pangkal jalan. Dan itulah yang saya lakukan.
Belajar Muzik Di Yamaha School - Mahal Tapi Berbaloi
Sementara duduk di rumah tunggu posting ni (sebenarnya saya taklah begitu menunggu, ada banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan), saya pun pergila join Yamaha School belajar keyboard.
Mahal juga belajar muzik ni ya. 4 kali sebulan, sekali cuma setengah jam. Bayarannya RM85. Hmmm..
Anyway, besok saya akan ke kelas muzik lagi. Sebab tuhlah saya rasa sekejapnya masa berlalu. Sebenarnya cikgu saya tuh ajar saya lagu Child (anak) minggu lepas. Tapi sepanjang minggu ni saya tak praktis langsung lagu tersebut. Sebaliknya saya sibuk berlatih lagu Love Story.
Baru dapat main bahagian pertama. Nanti bila saya dah habis semuanya, saya rekodkan untuk anda dengar dan komen. Rasa keras sangat jari-jari saya ni. Besok nak tunjuk kat cikgu saya tuh.. Ntah betul ke tidak saya main.. Huhu..
Maaf - Sistem Affliate Ambil Masa Lama Untuk Diselesaikan
Baiklah, saya sedar bahawa saya beritahu anda bahawa saya akan beritahu anda bagaimana nak sertai Program Easy English hari ni. Malangnya, saya menghadapi masalah dengan sistem affliate. Malam tadi, baru berjaya selesaikannya.
Bagaimanapun, saya tidak dapat memberitahu anda hari ini. Kerana ada beberapa isu bukan teknikal yang perlu saya selesaikan sebelum saya boleh buka program ini kepada orang ramai. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menyusun semula jadual pelaksanaan program ini.
Hadiah Istimewa - Fail Audio
Sebagai tanda saya benar-benar rasa tidak gembira dengan perubahan ini, saya berikan anda fail audio bertajuk Bagaimana Penguasaan Bahasa Inggeris Boleh Membawa Perubahan Yang besar Dalam Hidup Anda.
Anda boleh dengar audio ini melalui laman web ini - sila tunggu ianya habis diloadkan ke browser anda. Tetapi mungkin ada masalah sikit.. Saya pun tak tahu dari mana datang bunyi tikus dalam audio tuh. Dengar kat komputer OK jer..
Justeru, saya juga benarkan anda download file audio ini di link berikut:
Fail audio ini agak besar juga, jadi anda perlu bersabar sewaktu nak save. Untuk dengar pula, akan ambil masa 10 minit 33 saat.
Harapnya anda suka dengar suara saya. Jangan tergoda udahlah.. Hahaha.. Just kidding!
Popularity: 4% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
No comments yet.