
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya siapkan Lesson 4 Program Easy English ini. Ini bermakna telah siap Siri 1 program ini. Confuse?
Oh, sebenarnya program ini tidaklah seperti projek e-book biasa. Ini kerana ini adalah satu program. Memang saya menggunakan konsep e-book. Tetapi ia dibuat secara bersiri.
Dalam setiap satu siri ada 4 lesson dimana setiap satu lesson adalah untuk tempoh pembelajaran 1 jam seminggu. Dan apabila anda mengikuti program ini, anda akan menerima satu lesson setiap minggu.
Bagaimana? Jelas kan?
Lebih kurang lah kot.. Hehehehe.. Apapun saya dah siapkan lesson 4 hari ini, dan ini bermakna Siri 1 dah siap.
Selepas ini, saya akan revise sekali lagi semua lesson dalam siri 1 ini dan sediakan platform distribution. Saya berharap selewat-lewatnya pada hari Rabu minggu hadapan, saya akan memilih 10 orang daripada mereka yang telah mengisi maklumat dalam borang survey Kelas English sebagai peserta program fasa 1. Dan 10 orang tersebut bolehlah mencuba program ini lebih awal dari orang lain..
Jumpa lagi nanti ya!
Popularity: 14% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
faham Cikgu…
tahniah kerana telah berjaya siapkan siri 1 ni. harap-harap, saya adalah di kalangan mereka 10 yang bertuah…
p/s: nak kena solat hajat ni…
terima kasih..
Assalammualaikum dan Selamat Sejantera,
mengikut Alice dalam “wonderland” , kalu cik gu dah siapkan “Lesson 4 hari ini”, ianya bermaksud “Less On 4 days”. Ini bermaksud Siri English akan mengecut dalam masa 4 hari dan pada hari ke 5 dah tak ada lagi siri English ? Jangan begitu,teruskan usaha cik gu supaya ramai lagi yg dapat menguasai BI dgn baik.
Oh begitukah pemahaman anda? Tidak begitu sebenarnya.. Program ini dibuat secara bersiri untuk memudahkan distribution.. Setiap 1 siri terdiri dari 4 lesson.. Ini baru siap Siri 1.. Akan ada pula siri 2, 3, 4 dan seterusnya..
Firstly, good job on this website, cikgu.
Secondly, just a short comment. I think the question for your poll should read: “How frequently do you read my blog?”
Personally, I would replace “frequently” with “often” (as in “how often do you read my blog?”) but whatever it is, the word should be an adverb. Frequent is a verb, therefore it’s grammatically incorrect to use frequent (instead of frequently) in this sentence.
Hope you’ll make the necessary correction, cikgu.
Other than that, keep up the good work!
Thank you for pointing that out for me.. I’ve corrected the question..
Cikgu, congratulations. Sama macam Copernicus, ktom juga harap terpilih di antara yg 10 itu…:)
moga-moga kita sama-sama dapatlah ya ktom… insyaALLAH, aminnn…
Oh, jangan bimbang.. Sebenarnya semua yang mengisi borang maklumat itu akan dapat peluang.. Cuma cepat atau lambat, sebab saya bimbang juga server crashed kalau berikan pada semua secara serentak..
saya pun harap tepilih utk top 10..
Kita tengok nanti ya..