

Saya telah menerima e-mel daripada Saudara Zubir Zainal dari Group Melayu-Trade tentang rancangan realiti TV yang mencari bakal usahawan iaitu Kaliber.
Rancangan ini yang di taja oleh MeCD bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang keusahawanan kepada golongan muda.
Dengan tagline “Genggam Masa Depanmu”, anda juga boleh mendaftar untuk menyertai program ini dengan menghantar SMS, taipkan perkataan “KALIBER” dan hantar ke nombor 36212.
Saya juga telah menghantar SMS tersebut dan mendaftarkan diri saya.. hehehe.. manalah tahu.. Ada can glamer masuk TV.. nanti korang vote tau untuk Cikgu Azleen.. muahahaha..
But anyway, selepas menghantar SMS tadi, dia akan suruh anda mendaftarkan diri menggunakan nombor IC. Selepas pendaftaran diterima dia akan beri 2 soalan untuk dijawab.
Saya telah menerima soalan berikut:
Itulah dua soalan yang saya terima. Selepas anda jawab dua soalan tersebut (saya tak tahulah anda akan dapat soalan yang sama atau tak!), dia akan suruh pulak ada mengisi slogan berikut:
Saya Ingin Menjadi Usahawan Kerana…
Saya belum lagi menjawab slogan tersebut kerana masih berfikir apakah yang patut saya isi.. Hehehehe.. Anda ada idea? Nak berkongsi dengan saya? Bolehlah…
But anyway, dapatkan maklumat lanjut tentang program Realiti TV Mencari Bakal Usahawan: Kaliber disini..
Popularity: 3% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
So dah adalah cam apprentice ye
Soklan no 1 tu franchais kan kalo tak silap?
Soklan ke2 modal?
Slogan…Err..me stuck here also. Kalau ayat standard “ingin membantu diri, keluarga dan masyarakat” Cewah, budget dapat vote banyak je gune ayat standard camni..
———————-
Azleen: Hahahah.. Saya pun tak jawab lagi slogan tuh.. Takde idea lagi..
Wah2…selamat berjaya.. Slogan tu.. erk..xdek idea lagi.. nnti kalo ada leh komen lagik
——————
Azleen: Tuhler.. saya masih lagi belum ada idea tentang slogan ni..
Hai.. bagus. Harap cikgu azleen dapat masuk rancangan tu dan bungkus semua peserta lain dan jual depa kat pasar borong.
Jawapan untuk soalan pertama tentulah jawapan kepada soalan, “Restoran KFC adalah sejenis perniagaan?”
Jawapan kepada soalan kedua pulak adalah sama dengan jawapan yang sepatutnya jawapan yang betul..
Tentang slogan, flowergirl syorkan.. begini: Saya ingin jadi usahawan kerana saya mahu jadi kaya..
Yup, memang itulah niat semua usahawan. Saper nak jadi usahawan miskin? Hanya orang yang nak jadi kaya saja akan jadi usahawan. Berjaya ke idak tu cerita lain. Yang penting keinginan dan kemahuan tu.
Gunakan slogan saya dan cikgu azleen boleh la terus pi mekap untuk masuk tv. Saya gerenti!
———————
Azleen: Yerlah tuh Fowergirl.. betul sesangat.. Ni boleh jadi topik baru ni.. Betul ke usahawan nak jadi kaya?
RM500K is a lot of money. Adakah Cigku Azleen ingin menjadi usahawan internet? Kalau ye, kaitkanlah internet dgn soalan yg diterima tu.
————————-
Azleen: Ya.. tapi 500K tuh bukan dia bagi cash ler azwan.. Itu dalam bentuk hutang, yang perlu dibayar semula 30% sahaja.. Dan bukan peribadi.. Ianya akan dimenangi secara bersama oleh kumpulan.. Untuk individu, hadiahnya cuma RM5K, laptop, handphone etc.. Untuk maklumat lanjut rujuk ke kaliber.
Cikgu, so macamana ngan update untuk kaliber tuh?
dengar cerita 28/4 nih ada pemilihan dilangsungkan di PWTC. Cikgu pergi ke?
———————–
Azleen: Ohh.. Tak ada pulak diorang telefon saya.. Hahaha.. Ada ke patut, lepas saya daftar hari tuh.. dia hantar pulak SMS pada saya kata yang sambutan menggalakkan, jadi dia akan lanjutkan tempoh pendaftaran. Kemudian saya boleh hantar lebih dari satu penyertaan kerana ia akan meningkatkan probability saya dipilih.. Hehehe.. Aiseh, lain macam jer.. Ni macam nak tingkatkan keuntungan SMS diorang. Dahlah satu SMS nilainya RM1.
hye..guest what? eheheh
actually saja je carik2 kat internet ni ttg program kaliber ni..aleh2 jumpa ur website..
nak tau tak? ur soalan tu sama la dgn i pnya
but for sure la kita pnya sloga tak sama
n one more thing… just nak share dgn.. i trplih sbg salah sorg pserta for this program.. doakn i k?
————————
Azleen: Congratulations.. Bila start air ni?? Nanti jgn lupe plak bagitau u ni yang mana.. boleh kita undi.. InsyaAllah..
hye…
it’s me..
well esok kami dah mula register kat MeCD. doakn kejayaan ku k?
program ni on air July nnt.. tp no vote system..
——————————-
Azleen: Jelesnya.. Anyway gud luck and all the best.. May you be a successful entrepreneur ok..