Mari Menari Poco Poco

Posted by Cikgu Azleen | August 13, 2007 .



Teringin melakukan aktiviti senaman dengan cara yang mudah dan menyeronokkan? Apa lagi, menarilah! Selain daripada berseronok, anda juga dapat mengeluarkan peluh dan menggalakkan peredaran darah.. Yang lagi bagusnya, aktiviti ini juga boleh merapatkan hubungan apabila dilakukan bersama pasangan, keluarga dan kawan-kawan.. Dan tak kurang pentingnya dapat menghilangkan stress serta serabut kepala anda..

Pernah mendengar tarian Poco-poco? Ohhh.. Jika tak pernah dengar, anda pernah dengar tak Line Dancing? Mengikut definasi WikiPedia, line dancing ni adalah sejenis tarian yang ditarikan oleh sekumpulan orang dalam barisan.. Poco Poco adalah sejenis line dancing berentak Indonesia.. Hmmm.. Saya tak pasti ada tak agaknya lagu malaysia yang sesuai ditarikan dengan line dancing ini..

Pergerakan dalam line dancing ni mudah saja, dan sesuai untuk semua peringkat umur serta saiz badan.. Ala, kalau saya pun boleh buat, dah tentu anda semua boleh juga.. Selain itu, tarian ini juga tak memerlukan anda memakai sebarang pakaian atau kasut khas.. Kalau nak buat di pejabat pun boleh.. Janji ada ruang yang cukup untuk bergerak.. Opppsss.. Pastikan juga anda melakukannya bukan sewaktu bekerja ya.. Mungkin waktu rehat tengahari..

Kalau buat beramai-ramai dan semua pakai kasut tumit yang akan mengeluarkan bunyi bila dihentak ke lantai, lagi sedap.. Ayuh.. Kita tengok dulu video lagunya ini..

Sekarang kita akan lihat pula bagaimana pergerakannya..

  1. Bergerak ke kanan dua langkah..
  2. Bergerak semula ke kiri dua langkah
  3. Bergerak ke belakang dua langkah
  4. Bergerak ke hadapan dua langkah
  5. Pusing ke kiri dan ulang semula langkah 1

Pastikan kesemua pergerakan dimulakan dengan kaki kanan..

Sekarang kita tengok pula video mereka yang belajar poco-poco ni..

P.S.: Lain kali saya akan videokan pelatih kelas saya pula menari poco-poco waktu rehat tengahari (atau semasa tak ada lecturer) :twisted:

Popularity: 100% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

63 Comments »

Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2007-08-13 16:41:03

Isyk. Boleh belajar menari free kat sini.

Tapi boring lah menari sorang diri kat rumah.

Nampaknya kena ajak geng datang menari bersama. Macam ni baru lah best kan?

Comment by shueqry
2007-08-14 04:27:06

Raymond, pasang webcam awak, kita menari sama-sama, hehe .. boleh gak saya ajar renang live di Internet ngan cara ni ..

Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2007-08-14 08:42:23

Bagus juga idea ini. Boleh panggil eDancing tak? :)

 
 
Comment by Cikgu Azleen
2007-08-14 21:19:39

hahaha.. Memang pun.. Kena ada geng baru seronok menarik ni..

 
 
2007-08-13 22:06:23

[...] ini sedikit iklan percuma, saya tak ada apa-apa kaitan dengan pemilik laman ni ( cikgu azleen sedang mengajar poco-poco..hehehe) cuma saya rasa kelas english beliau ada faedah untuk sesiapa [...]

 
Comment by shueqry
2007-08-14 04:24:43

Asmkm kak Azleen, apa khabar? Shueqry here.

lagu Poco-poco ni dah faymes kat KK .. kat gerai Filifina yang jual kristal tu, diorang gunakan lagu ni utk impress pelancong, then menari sekali ramai-ramai kat depan gerai diorang .. apa lagi,tourist suka!

the effect, ramai pelancong beli barang dari gerai diorang, kristal, manik, mutiara, gelang tangan, wallet dan kraft sabah yang lain. This month ramai pelancong datang dari Semenanjung, Kore dan Jepun. Sbb dekat rumah saya ada pasar jual kristal.

Kat kg saya, lagu ni jadi kemestian tiap kali ada majlis kahwin! Berebut orang nak menari dan lagunya juga dah diubah ke bahasa Bajau Semporna.

- Shueqry -

Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2007-08-14 08:44:55

Wah, rupa-rupanya lagu tan tarian ini begitu terkenal!

Baru saya tahu. Saya tak pernah mendengar tentang poco-poco ni sebelum ini.

 
Comment by Cikgu Azleen
2007-08-14 21:22:33

Hai Shueqry,

Alhamdulillah, saya sihat..

Tak sangka ya.. Line dancing ni saya memang dah lama tahu.. Tapi tak tahu macamana nak menarinya.. Bila di ajar Poco-Poco ni, seronok jugak..

Saya dapat bayangkan dorang menari ramai-ramai kat depan gerai filipina tuh.. Mesti seronok.. Hehehehe.. Lain kali pergi ke KK saya akan menari sama diorang.. :D

 
 
2007-08-15 09:42:39

[...] Mari Menari Poco Poco [...]

 
Comment by Paypal2u Bloggers
2007-08-16 09:14:11

Malu la nak menari ramai-ramai.. hehehe…

Comment by Cikgu Azleen
2007-08-17 08:29:44

Hehehe.. Menarilah ngan anak dulu.. Boleh juga membentuk pergerakan anak..

 
 
2007-08-17 09:34:08

[...] Mari Menari Poco Poco [...]

 
Comment by ktom
2007-08-18 15:12:13

Cikgu, dah lama Ktom cari berkenaan dgn line dancing ni…hehehe..betul jugak cakap Raymond ini dah jadi edancing . Shuq menarik jugak tu….masing2 pakai webcam…Raymond kat sana, Cikgu azleen, Shuq kat KK, DikMal kat Ampang, Ktom kat KB..kita menari sama2…wakakakaa

Comment by Cikgu Azleen
2007-08-19 01:18:59

Hahaha.. edancing? Sungguh menarik.. Kenalah beli kamera pulak ni.. Apa lagi? Jom poco poco..

Comment by Dik Mal Subscribed to comments via email
2008-01-16 22:11:35

line dancing? poco2 memang best.. sy boleh kate setiap petang buat line dance dgn adik sedara 3 orang.. so jadi satu team.. kelakar pun ade.. tp seronok :)

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-20 12:33:32

Wahhh.. seronoknya ada geng menari.. Saya pun nak ajak housemate (sekarang ni tengah praktikum, tak duduk rumah ngan husband) menari sama setiap petang. Boleh kira exercise kan?

Comment by Dik Mal Subscribed to comments via email
2008-01-20 19:06:02

Boleh Cikgu Azleen.. asalkan cikgu gembira dengan aktiviti tu, ia memang akan bagi tindak balas positif pada badan.. berbeza kalo kita tak suka jogging, tp di suruh jogging :D jogging sejam pun masih tak bagi kesan apa-apa.. sebab hati tak seronok nak buat :)

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-22 21:29:14

Ya, betul juga cakap Dik Mal tuh..

 
 
 
 
 
 
Comment by aju
2007-08-22 09:49:08

nak tumpang lalu boleh,takde ke kelas untuk tarian poco poco ni,berminat pulak nak pergi kelas kalau ade!!!

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-01 22:30:29

Kelas? Saya rasa kalau anda tonton video tuh dah cukup.. Buat sementara lah.. Setakat ni tak tahu pulak saya samada ada kelas atau tak.. Kalau sesapa tahu di mana nak sertai kelas poco-pco ni, bulehlah emel saya.. Bulehlah saya promotekan sekali..

 
 
Comment by arizura
2007-09-30 23:37:47

memang syok nari poco2….kalau kita tgok unit beruniform especially polis memang dah jd satu kemestian bg diorang….sy ngn kawan2 slalu nari poco2 nak2 time naik feri pergi menumbok dari labuan…tarian tu dah jadi tarian wajib kami bila ada atas feri….bila dengar jer lagu ni automatik je nak nari…..hehehe

Comment by Cikgu Azleen
2007-12-07 14:11:23

Kat atas feri diorang buka lagu ni ke? Menarik tuh..

 
 
Pingback by Roundup Post Special
2007-11-08 07:52:32

[...] Mari menari poco-poco - fikiran yang cerdas datang dari badan yang sihat dan cergas.. Ayuh menari dan berpeluh.. [...]

 
Comment by azroy Subscribed to comments via email
2008-02-13 09:32:29

hai semua peminat poco-poco… kat ofis saya dah dilanda irama poco-poco ni.. semua pc asyik dok pasang lagu ni… makcik2 kat sini sibuk dok cerita seronok giler menari poco-poco ni… ye la makcik-makcik ni mana la larat nak wat erobik.. tapi memang best… sape yang belum try baik cari cepat.. best oooo layannnnnn

Comment by Cikgu Azleen
2008-02-17 17:56:37

wah wah.. seronok ler tuh ya..

 
 
Comment by najwa
2008-02-21 16:02:22

leh gak jd bhan rujukan tuk wat asgment……….tq

Comment by Cikgu Azleen
2008-02-23 00:50:21

wah wah.. assignment poco-poco ke?

 
 
Comment by emet
2008-03-08 10:40:47

Hi Cikgu Azlin Salam perkenalan :)

menarik tarian ni, tapi saya tak pandai menari la… Pemalu plak tu :D

tengok orang menari layan la…

Comment by Cikgu Azleen
2008-03-08 10:47:44

Hai emet.. Salam perkenalan buat anda juga.. Tarian ni memang seronok. Dan mudah pula tuh.. Mula-mula tengok.. Lama-lama bolehlah join sekaki..

 
 
Comment by ligurlz
2008-04-21 19:12:32

erm..
bende niy mmg bezz..
kebanyakan kursus skang pown gune poco2 niy..
rsenyer bende niy dh stahun lbh kn???
go poco2!!!

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-19 15:36:51

Dah lama dah sebenarnya tarian ini.. Kalau tengok yang sekarang ni Aspalela pun diorang dah buat line dance.. Ada juga line dance yang menggunakan gerakan zapin sebagai asasnya..

 
 
Comment by Wati
2008-05-05 15:08:52

Rasanya poco poco ni dah lebih dari setahun.. Saya telah diperkenalkan pada poco poco ni pada tahun 2003.

Tapi masa tu famous among mak mak datin jek.. Saya organize dinner.. Depa bukak dance floor, band main live lagu ni. Apa lagi masa tu tak padan mak buyung 7 bulan, layannn…

Memang best.. Tahun ni lak nak perform during annual dinner.. Laa ni pun dok mengandung lagi.. Layann jugak..

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-07 14:16:59

Ya, memang dah lama dah poco-poco ni.. Actually ianya adalah sejenis line dance juga..

Wah wah.. mengandung pun sempat layan poco-poco juga ya..

 
 
Comment by prop
2008-05-28 15:24:46

Layan poco poco ni mcm best jek..
Cikgu, nak tanya ada lagu poco poco x dlm mp3 format?
Pls send kat email.. *_*

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-29 23:05:27

Memang best.. MP3? Sorrylah tak ada..

 
 
Comment by wadi Subscribed to comments via email
2008-06-16 19:59:12

kalu kat kelumpur, tiap2 mlm ada..kat wangsa maju..mcm2 ada..entah brapa step saya pun tak tahu.cikgu azlen kena dtg tgk..best gila..pelbagai peringkat umur

Comment by Cikgu Azleen
2008-06-18 20:29:16

Wah wah.. Bahagian mana kat wangsa maju tuh? Spesifik sket.. Lain kali ke KL bolehlah tengok-tengok..

 
 
Comment by bahar
2008-06-17 22:46:49

lagu ini ada dimainkan masa aku sekarang ini kerja kastam. Kalau masa hari kastam dulu ada tarian poco-poco di buat di PJ. Dekat opis aku pun ada buat poco-poco, cuma yang pandai budak kastam pompuan, yang tua bangka macam aku buat sumbang, keras kejung.

nak download senang aje, try cari software program LimeWire, cari di internet dan bila dah dapat terus search poco-poco, nanti keluar beribu-ribu lagu, tetapi kena pandai cari yang poco-poco tarian tadilah.

Comment by Cikgu Azleen
2008-06-18 20:30:23

Hehehe.. Takkan sumbang kot.. Kira hentam aje. Janji enjoy..

 
 
Comment by dberlynd Subscribed to comments via email
2008-06-20 18:58:01

salam perkenalan

pertama skali nak bg tau best lak tarian ni.tapi tak pandai nak nari.he..he…

Comment by Cikgu Azleen
2008-06-21 23:49:23

Wah wah tau best tapi tak pandai pula.. Cuba lagi.. Mesti boleh.. Setakat ni rekod saya menari bersama 175++ orang semasa PTK 1 (BTN) di Kem Gunung Pulai..

 
 
Comment by Cikgu fauzie
2008-06-20 20:59:38

assalamualaikum…saya seorang guru kat sekolah di petaling jaya! minggu depan sek saya ada buat satu aktiviti antara panitia pjk dan muzik..ingat nak masukkan acara poco-poco tapi tak tau nak contact sapa yang boleh conduct…boleh tolong bagi no phone tak sapa sapa yang boleh datang ke sekolah saya!

Comment by Cikgu Azleen
2008-06-21 23:13:38

Saya dah emel anda..

 
 
Comment by NURUL Subscribed to comments via email
2008-07-16 07:51:15

kt sabah n sarwak tarian ni memang dh lama faymes…boleh dikatakan setiap daerah buat byk steps tau….

Comment by Cikgu Azleen
2008-07-18 10:21:24

Oohh.. Nurul pun mesti pandai juga ni..

 
 
Comment by hidayah Subscribed to comments via email
2008-07-28 14:52:53

salam..hai…boleh saya turun serta dalam room nie?

Comment by Cikgu Azleen
2008-07-28 22:01:13

joinlah..

 
 
Comment by Amir Subscribed to comments via email
2008-07-28 19:47:18

Wslm… Nak join poco2 jugak ke? Silekan…

Comment by Cikgu Azleen
2008-07-28 22:01:31

Amir pandai ke poco-poco?

 
 
Comment by wadi Subscribed to comments via email
2008-07-28 20:57:20

cikgu sent la..klu ada vcd poco2..nak tgk step dia,,ada tape senaman tu pun tak dan nak ikut..n

Comment by Cikgu Azleen
2008-07-28 22:01:52

Ooohh.. Ya ke? Hmm.. Nanti ya..

 
 
Comment by NURUL Subscribed to comments via email
2008-07-29 08:01:28

tarian ni memg best..kalau nurul slalu buat ni sbgai senaman..

 
Comment by Amir Subscribed to comments via email
2008-07-29 09:41:17

Poco-poco? Absolutely not!!! Hahaha… But i’ll check it out, bila dah sampai sabah nanti. Hahaha… With your classmate Cikgu Azleen. Hahaha

Comment by Cikgu Azleen
2008-07-29 09:58:24

Hahaha.. Bagus tuh.. My classmate yang pg sabah ni sume terer poco-poco… :D

 
 
Comment by nananininunu
2008-08-02 14:34:11

salam…bestnye nari poco-poco…bleh kuruskan badan ni..

Comment by Cikgu Azleen
2008-08-04 18:16:59
 
 
Comment by vece
2008-08-08 10:06:57

HAI… KALIAN BANGSA PENCURI !!!
INI LAGU DAN DANCE MILIK INDONESIA…

PENCURI… FACE ANJING !!!
PENCURI….

BANGSA PERAMPOK !!!

Comment by MEO
2008-08-10 10:29:51

PENCURI KE??
KLU DH TAU LAGU KORANG 2 FAMES KIRA BOLEH BERBANGGA LA SKET..
AWK NI X BERJIWA MUSIC SHARE LA..
ADE KE HARTA AWK YG KURANG KLU MUSIC NI BERLELUASA.. HAA.. AKU SAKIT HATI NGAN ORG YANG X SUPPORT NI.. EHEHEE…
BY DA WAY… AKU SUPPORT NGAN TARIAN YANG CKGU AZLEEN KHBRKAN TARIAN KOBOI NI…
XPA.. KITA X GANGGU ORG, BIARKAN DIE JELEZ… EHEHE.
MUST BE OPEN minded ma!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Comment by Cikgu Azleen
2008-08-17 21:39:25

Hehehe.. Sabar ajerlah ngan orang camni ya..

 
 
 
Comment by ADVOKAT INDONESIA
2008-08-09 22:18:10

JANGAN TERPENGARUH DENGAN ORANG TIDAK SIUMAN DI ATAS…ANGGAP SAJA DIA ANJING INDONESIA YANG MENYALAK DAN MENGGONGGONG DI BLOG MALAYSIA..KAMI BLOGGER INDONESIA…MENGHORMATI SETIAP PENULIS BLOG,,dan jika ada blogger atau pembaca MENGHINA,,itu bukan JIWA RAKYAT ATAU BLOGGER INDONESIA SEJATI…tapi SIMBOL BLOGGER ATAU RAKYAT INDOENSIA YANG KECUNDANG TIDAK BERMORAL.ATAU DI BODOHI DENGAN KEPINTARANYA

SEBAGAI BANGSA INDONESIA…SAYA BANGGA JIKA POCO-POCO DISAMBUT DI MALAYSIA…SEBAB SAYA PENARI DAN PENYANYI SENI TARI TERSEBUT.

Comment by Cikgu Azleen
2008-08-17 21:54:53

Terima kasih..

 
 
Comment by Hafez Subscribed to comments via email
2008-08-11 09:05:03

saya dapati senam erobik di mana-mana ada disertakan gerakan poco-poco ni….menarik juga! :D

Comment by Cikgu Azleen
2008-08-17 21:41:54

Ya, sebab poco-poco ni mudah dilakukan tanpa mengira umur dan juga saiz badan..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.