
Saya ni bukanlah pakar politik.. Tapi sebagai rakyat menjadi tanggungjawab saya mengambil tahu hal-hal yang berlaku dalam negara. Tak perlulah saya nak tunjuk pada anda statistik keputusan pilihanraya.. Saya pasti anda pun dah arif tentangnya..
Walaupun dijangkakan kemenangan BN akan merosot - saya pun heran macamana dorang boleh syiok sendiri ingat akan dapat mengekalkan kemenangan besar - saya agak terperanjat juga apabila 5 states gagal ditawan oleh BN.. dengan hampir semua kerusi Parlimen di negeri-negeri berkenaan di rampas oleh BA. Lebih memeranjatkan saya bila presiden kata “Tak pa… Tak perlu kemenangan 2/3 .. Dapat majoriti mudah pun cukuplah”.. Isk isk isk..
Pada saya itu macam bunyi orang yang tak bercita-cita tinggi. Dan macam sedia maklum, orang tak bercita-cita tinggi ni kurang sesuai jadi pemimpin.. Sebab kalau cita-cita dia pun tak tinggi, macam mana nak bawa kita yang lainnya?
Itu pendapat peribadi saya saja.. Bagaimana dengan pendapat anda semua?
Pelbagai analisis dikeluarkan sejak keputusan pilihanraya tersebut. Banyak faktor menyumbang ke arah kekalahan BN dan kemenangan BA.
Antaranya (ingat ini adalah pendapat saya semata-mata!):
Itu adalah 3 sebab utama yang menyebabkan rakyat tidak lagi memihak kepada BN. Ada banyak lagi sebab-sebab kecil yang menyumbang ke arah itu. Seperti terlalu banyak pelancaran projek koridor tetapi gagal dilihat hasilnya, manifesto pemimpin yang tidak jelas, kegagalan pemimpin membendung isu-isu dalaman negara seperti hindraf, bersih etc.. tiada arah yang jelas ke mana Malaysia mahu dibawa..
Walaupun saya tidak begitu gembira dengan keputusan pilihanraya kali ini, tetapi saya rasa ianya agak menarik. Saya tertarik untuk melihat apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh BA ke atas negeri-negeri yang ditawan oleh mereka. Saya harap mereka tidak akan menggunakan alasan tiada sokongan/ peruntukan dari kerajaan persekutuan sebagai sebab jika mereka gagal mentadbir negeri-negeri tersebut. Pemimpin yang hebat tidak akan mencari alasan untuk kegagalan mereka. Saya pasti jika mereka berjaya menunjukkan prestasi yang baik, mereka akan mendapat lebih sokongan dalam pilihanraya yang akan datang.
Dalam masa yang sama saya berharap agar BN - khususnya UMNO sedar dengan kesilapan mereka dan akan bangkit membetulkannya. Alasan mendokong penuh pemimpin yang ada tidak lagi relevan untuk generasi saya. Mana-mana pemimpin yang gagal melaksanakan tugasnya seharusnya bersedia untuk bertanggungjawab atas perbuatannya. Sekali lagi saya kata bahawa pemimpin yang hebat tidak akan mencari alasan untuk kegagalan mereka. Jika benar-benar berjuang untuk agama, bangsa dan negara, maka bersedialah memberi laluan kepada pemimpin lain yang mampu memimpin rakyat.
Perkara yang paling saya khuatiri adalah jika kita dipimpin oleh seorang pengkhianat - yang mana ianya ada dalam kedua-dua barisan.
P/S: Saya menyokong pemimpin yang menyokong rakyat! Bagaimana dengan anda?
Popularity: 32% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
A’kum
Dua-dua pihak pun ada buruknya. Saya rasa, kemenangan pihak pembangkang bukanlah kerana kehebatan atau kebolehan mereka semata-mata tetapi kerana rakyat telah muak dgn kerenah Barisan Nasional. Mereka mahukan perubahan.
Walaubagaimanapun, saya masih tidak yakin dengan manifesto “Negara Kebajikan”.
Wslm…Nadlique jgn silap faham. Manifesto negara kebajikan bukannya negeri kebajikan yg diutarakan oleh pembangkang. Skang ni kerajaan pimpinan Be End masih lagi memegang tampuk pemerintahan, mana boleh pembangkang membuat keputusan dan menentukan hala tuju negara.
Mungkin lepas ni kerajaan yg dipimpian pembangkang akan mewujudkan negeri kebajikan seumpama PAS di Kelantan. Tiada TOL, Harga barang murah, dan terbaru…jika kerajaan PAS Kelantan berjaya mendapat royakti gas asli di pesisir pantai Kelantan, kerajaan Negeri akan menurukan harga gas sebanyak RM3 kepada rakyat Kelantan.
Insya-Allah…
Oh ada juga manifesto negeri kebajikan?
hei stupid.. kamu guru atau hantu..
kau smua mmg sial..
dari ckp saja di sini bina la satu parti yang kamu fikir blh bantu rakyat!!
blm tentu parti yg kamu puji2 2 bagus..
bt parti yg bagus
Did I say anything wrong? :confused:
Tak, maksud saya, bukannya di tahap kerajaan pusat tapi di tahap kerajaan negeri. Maaf saya tersilap guna perkataan “Negara”.
Saya risau ekonomi akan lumpuh ataupun kemajuan ekonomi tidak dpt dicapai.
Walau apa-apa pun, sama-samalah kita doakan keamanan dan kemajuan negara kita ni.
BN kalah bukan kerana BA kuat, tetapi kerana BN itu sendiri telah lemah.. hehehe…
BN kalah kerana mereka ego dan menyangka mereka itu kebal. Bak kata org putih, overconfident.
setuju.. satu2 parti itu mungkin rasa mereka sudah kebal.. sedangkan pilihanraya adalah platform terbaik utk rakyat menterjemahkan sama ada sokongan @ protes mereka kepada kepimpinan ada.. mampu menumbangkan mana2 pemimpin yang sebelum ini tidak mampu dilakukan oleh pucuk pimpinan.. betapa besarnya kuasa rakyat dalam sebuah negara yang berdemokrasi. Tahniah kepada semua rakyat malaysia yang telah menjalankan tanggungjawab anda dengan sebaiknya.
Betul tu cikgu…
Saya rasa perubahan mendadak akibat dari protes rakyat terhadap kepimpinan …
Mereka tidak hanya terpengaruh dengan pembangunan semata-mata..
kekalahan ini diharap menjadi pengajaran berguna kepada parti pemerintah… mungkin perubahan drastik perlu dilakukan.. kita tunggu hujung tahun ni masa perhimpunan agung parti-parti komponen BN..
Saya harap ianya menjadi pengajaran buat pemimpin.. Malangnya selepas melihat berita utama sebentar tadi, saya rasa kecewa juga.. Mereka lebih tega untuk meletakkan kesalahan pada parti komponen daripada mengakui bahawa masalah utama adalah pada mereka sendiri..
Saya tak rasa bahawa sikap menidakkan kesilapan/ kelemahan sendiri dapat membantu seseorang itu menangan kesilapan/ kelemahan tersebut. Ianya hanya akan menambah lagi kesilapan dan kelemahan itu..
pelik juga macamana undi BN bole merosot teruk sedangkan BN menggunakan TV dan suratkhabar untuk berkempen secara besar-besaran…
Orang malaysia dah tak tengok tv dan baca suratkhabar lagi kot ?
Sebab salah guna media la BN kalah teruk!
Saya sokong 100%…melampau betul Be End. Demokrasi ‘kepala lutut’…
Woopsss.. Di larang menggunakan kata-kata kesat di sini.. Walaupun ianya ditandakan ” .. Maaf ya!
Mungkin pasal rakyat Malaysia telah menjadi semankin cerdik dan mula menggunakan media yang lebih adil seperti YouTube, blog dan lain-lain.
Betul tu raymond… Rakyat dan semakin cerdik cuma pemimpin BN jer yang tak berapa cerdik
Orang malaysia masih lagi tengok TV dan suratkhabar.. Tapi dalam masa yang sama, mereka juga menonton youTube, membaca blog..
Betul tu. Saja nak tambah, kebanyakan blog blog yg saya baca, 90% drpd blog blog itu, menyokong Barisan Rakyat.
Setahu saya memang kurang blog-blog yang menyokong BN ni.. Mungkin kerana mereka sangka sudah mencukupi dengan media perdana yang ada..
Err… ader ker blog penyokong BN? Tak tau la pulak saya.. Kalau ada mungkin tak glamer kot… Depa tak pandai promosi la..
“Apa ni Protes-protes? JANGAN CABAR SAYA, SAYA PANTANG DICABAR!”
Hahaha.. Nak kena ISA ke saya ni? :p
Allah S.W.T sahaja sebaik-baik pembalas penipuan. Saya rasa kemenangan ini berlaku kerana pihak BN cuba membuat penipuan dengan skala besar (mega). Namun Allah S.W.T merubah segala rencana tersebut dengan kehendakNya. Allah S.W.T sahaja sebaik-baik perencana.
Ya, setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebabnya..
Saya jugak sokong…ada pengundi yg ditemui menyatakan terkesan dengan Munajat Perdana oleh Tuan Guru Nik Aziz pada Jumaat lepas… Masa tu, Tuan Guru bercucuran mengalirkan air mata berdoa ke hadrat Allah memohon dimenangkan kerajaan PAS…Nampak kesucian hati Tuan Guru yg ingin memerintah adalah kerana tangungjawab sebagai Khalifah Allah dan takwanya..bukannya kerana kroni atau ingin memenuhkan poket sendiri.
Takbir !!
Jika niat dan perbuatan yang baik, pasti dirahmati Allah S.W.T.
Inilah yang dikatakan perancangan Allah, mengatasi segala perancangan yang dibuat oleh manusia. sama2 kita renungi firman Allah ini:
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Ali Imraan 3 : 26)
Ya, Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata bahawa penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya bagi kekalahan teruk yang dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum semalam.
“Beliau patut memikul tanggungjawab dalam soal ini, sepertimana kemenangan besar-besaran pada 2004 yang dilaporkan disebabkan oleh kewibawaan beliau, 100 peratus, dan itulah yang dikatakan oleh setiausaha agung Umno pada ketika itu.
“Tetapi sekarang beliau juga patut memikul tanggungjawab itu 100 peratus. Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya diumumkan, di sini.
Dr Mahathir berkata amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India.
“Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri,” katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.
Kepada soalan sama ada BN telah tersilap perkiraan dengan mengadakan pilihan raya umum lebih awal, Dr Mahathir berkata beliau tidak yakin bahawa dengan menangguhkannya setahun lagi akan membawa sebarang perbezaan daripada segi keputusannya, kerana rasa tidak puas hati rakyat terhadap pentadbiran Abdullah sudah tidak dapat dibendung lagi.
“Empat tahun selepas pilihan raya umum lepas, beliau telah melakukan banyak perkara yang salah tetapi mereka ini (media) terus melaporkan betapa rakyat menyayanginya,” kata bekas perdana menteri itu.
Pelbagai isu yang membawa kepada rasa tidak puas hati terhadap kerajaan termasuk persepsi bahawa disebalik angka pertumbuhan ekonomi yang tinggi diumumkan oleh kerajaan serta pelancaran wilayah-wilayah pembangunan, rakyat di peringkat akar umbi tidak berasa apa-apa (faedahnya).
“Mereka mendapati bahawa kerajaan ini ditadbir oleh sebuah keluarga bagi kepentingan keluarga itu. Selagi wujud keadaan lebih mengutamakan keluarga daripada Kabinet, kerajaan sendiri, saya fikir rakyat akan mahu menentang mereka,” katanya.
Kepada soalan lain, Dr Mahathir berkata bagaimanapun terserah kepada Umno untuk memutuskan mengenai pengganti Abdullah sekiranya beliau meletakkan jawatan, atau mungkin Datuk Seri Najib Tun Razak boleh mengambil alih. “Datuk Seri Najib telah meraih kemenangan mengagumkan, lebih baik daripada keputusan pada 2004 yang merupakan tahun terbaik bagi BN. Majoriti yang diperoleh beliau meningkat manakala kemerosotan undi Abdullah agak ketara,” katanya.
Dr Mahathir berkata sebuah kerajaan yang dibentuk dengan majoriti mudah adalah sebuah kerajaan yang lemah terutama dalam sebuah negara berbilang kaum yang antara lain boleh menyebabkan ketidakstabilan, dan kemudiannya menjejaskan keyakinan pelabur.
Beliau, bagaimanapun, berkata masih ada harapan bagi BN untuk memperbetulkan keadaan itu dengan syarat mereka mesti memberi perhatian terhadap isyarat yang diberikan oleh rakyat.
Kepada satu lagi soalan, Dr Mahathir berkata beliau percaya ia pastinya sukar bagi Abdullah untuk mengundurkan diri secara sukarela kerana, sehingga kini, Abdullah masih tidak cuba memahami kerumitan daripada kekalahan itu dan sebaliknya menyalahkan orang ramai bagi kekalahan itu.
Melahirkan rasa sedih beliau dengan kekalahan itu, bekas perdana menteri berkata beliau tidak menjangka yang BN akan kalah seteruk itu. Mengenai kebangkitan semula Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya ini, Dr Mahathir berkata beliau percaya bahawa Anwar masih “relevan” tetapi beliau sama sekali tidak akan menjadi perdana menteri negara ini.
Ditanya mengenai kemungkinan Pembangkang memenuhi janji mereka sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto mereka, kata:”Mereka hanya membuat janji itu kerana mereka tidak fikir yang mereka akan membentuk kerajaan tetapi saya sangsi yang mereka dapat menunaikan janji apabila mereka menawan lima negeri.”
Dr Mahathir berkata beliau akan terus memainkan peranan sebagai seorang warganegara dengan menyuarakan dan berkongsi pendapatnya jika perlu.
“Saya tidak mahu sebarang gelaran rasmi, menteri kanan atau penasihat tetapi jika mereka datang kepada saya dan meminta nasihat saya, saya bersedia untuk berkongsinya demi faedah negara,” katanya.
Mengenai kemenangan anaknya Datuk Mukhriz di kawasan Parlimen Jerlun, beliau berkata ia cuma kejayaan biasa, meskipun dengan majoriti lebih besar.
Terima kasih atas maklumat ini..
setuju.. sesetengahnya rasa mereka dah kebal… tidak berpijak dibumi nyata.. hanya membaca laporan diakhbar @ media elektronik yang hanya melaporkan yang baik2 sahaja.. sedangkan realiti di tempat sebenar hanya rakyat yang tahu.. rakyat telah bijak.. dan kebijaksanaan mereka telah diterjemahkan melalui undi.. rakyat telah menunjukkan kuasa yang ada dengan mampu menumbangkan segelintir pemimpin yang sebelum ini tidak mampu dilakukan oleh pucuk pimpinan kerana menjaga kepentingan masing2…
pilihanraya kali ini sepatutnya memberi pengajaran kepada semua untuk memperbaiki kelemahan yang ada.. tidak berniat utk berpihak kepada mana2 tetapi apa yang telah dilakukan oleh rakyat kelantan (munajat perdana) wajar dicontohi.. setelah usaha yang dilakukan, bertawakkal kepada Allah..
Ya, sama-sama kita ambil iktibar
orang paklah tak pernah khabarkan berita yg menghina pemimpin itu, hanya sampaikan berita baik2 je pada paklah, itulah kelemahan paklah tak pernah tengok youtube orang dah bosan dengan sandiwara BN
Kesian dia kena tipu ya.. Dan kesian kita kerana ada pemimpin yang tidak peka..
APE YANG SAYA NAK TEKANKAN DIDALAM RUANGAN INI AMAT PENTING…HARAP ADE YANG BACA KOMEN SAYA INI…..
PPRU 12 MEMANG MENGEJUTKAN SEMUA PIHAK BEGITU JUGA DENGAN DIRI SAYA.SEMEMANGNYA SAYA BUKAN AHLI MANA-MANA POLITIK .TETAPI SAYA AMAT SUKA MENILAI SESUATU YANG TELAH SAYA BACA .APE YANG SAYA MAHU KATAKAN MEMANG SAYA TAK RASE SEDIH LANGSUNG DENGAN KEKALAHAN BN UNTUK MENDAPAT MANDAT 2/3 KERAJAAN DAN JUGA TERUS MENGUASAI 4 NEGERI MALAH MAHU MERAMPAS KELANTAN,TETAPI SAYA TERPANGGIL UNTUK MEMBANGKITKAN SATU ISU YANG PERLU IAITU MELAYU………….BN BUKAN SEPENUHNYA MELAYU….BEGITU JUGA BA(WUJUD KE BA TU?)TAK PER…..TETAPI YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN MENGENAI RAPUHNYA MELAYU DALAM SITUASI INI….SAYA PERCAYA KAUM LAIN TAK KIRA CINA ATAU INDIA SUDAH NAMPAK PERPECAHAN KAUM MELAYU KEPADA 3 PARTI YANG BESAR INI SEBAGAI SATU BATU LONCATAN UNTUK TERUS MENGUASAI BIDANG EKONOMI,DAN KEMAJUAN YANG SEMEMANGNYA DIPELOPORI OLEH KAUM CINA TERUS DIKUASAI MEREKA.BANGUN LA MELAYU….SAYA MENANGIS DISINI BUKAN KERANA BA TAK MAMPU RAMPAS KERAJAAN INI.SAYA JUGA MERAUNG BUKAN KERANA BN TAK SEHEBAT DULU.TETAPI SAYA SEDIH MENGENANGKAN BANGSA SAYA SENDIRI YANG DIPECAH-PECAH,DIPERKOTAK-KATIK KAN OLEH BANGSA LAIN,DIHINA SECARA LAHIRIAH DAN ZAHIRIAHNYA……MANA KERIS MELAYU YANG MENGHUNUS DULU ?MANA CAHAYA BULAN PURNAMA YANG MENGAMBANG ITU…..HAI MELAYU TIDAKKAH KAMU SEMUA RASE GENTAR AKAN HAL INI…INGAT LAH MELAYU TIADA SIAPA HENDAK KITA MENGADU SELAIN NEGARA KITA INI….CINA BOLEH MENGHADAP MAHARAJA CINA,INDIA JUGA MEMPUNYAI BANGSA YANG KUKUH DIDUNIA…TETAPI MANA MELAYU NAK PERGI JIKA NEGARA INI DIRAMPAS?SAYA MENGUTARAKAN INI BUKAN MAHU MELAYU MEMBERONTAK TETAPI MAHU MELAYU BANGKIT DARI KELAYUAN…..KITA SUDAH HAMPIR TENGGELAM APE LAGI YANG PERLU KITE TUNGGU NAK LEMAS KE?WALLAHUALAM.HIDUP MELAYU…UNTUK MELAYU……..
Terima kasih atas komen anda.. tetapi suka saya nak ingatkan anda supaya tidak menggunakan huruf besar sepenuhnya.. Bukan sekadar ia menunjukkan anda menjerit kepada kami, bahkan ianya juga langsung tidak sesuai untuk dibaca.. Sakit mata..
Rileks la ujangmelayu. Tak perlu risau sangat… kau baca ni http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/4365/33/
Apa rasa,
kalau dulu ada orang datang ‘rumah’ kita,
menumpang ‘rumah’ kita sebab nak cari makan,
dan kita layan dia bukan macam orang yang menumpang dengan kita,
beri dia bilik,boleh guna dapur, tandas, ruang tamu dan apa2 sahaja yang kita mampu bantu,
tiba2 sekarang ni dia minta kita bagikan Master Bedroom kita kepada dia ataupun paling tidak binakan Bedroom yang sama besar dengan kita dalam ‘rumah’ kita.
Siapa yang sanggup tunaikannya??
Betul cakap ujangmelayu, aku pun sedih juga tengok org melayu kita ni asyik bertekak sesama sendiri aje, sedangkan bangsa lain…
Kenapa orang2 melayu kita ni tak boleh bersatu???
Tebal sangat ke PHD dalam hati orang Melayu terhadap sesama orang Melayu.
Nak pangkah ape pun pangkah la, tapi yang penting kita bersatu. Jgn lah disebabkan kita berlainan parti kita dah tak mahu bertegur sesama melayu. Disini yang penting bukannya kita ni Melayu atau tidak yang penting kita ni ISLAM.
Hai, Na`uzubillah…
Astaghfirullah…
Satu soalan,
Yang tulis artikel2 dalam http://www.Malaysia-today.net tu orang Melayu Islam ker???
Harapnya ramai yang akan sedar dan mula mengambil tindakan yang sepatutnya demi menegakkan agama islam dan mengelakkan kita daripada di jajah di bumi sendiri..
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 memang mengejutkan.Tokoh politik yang begitu berpengalaman dan berjasa seperti Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil boleh dikalahkan oleh seorang yang sangat muda dan tanpa pengalaman politik. Indikator ini sangat jelas menunjukkan bahawa golongan muda Malaysia mempunyai cara berfikir politik yang di luar tabie. Adakah kerana mereka memilih pengalaman? Tentulah Nurul Izzah tidak punya pengalaman kerana dia masih baru. Adakah mereka memilih kematangan? Tentulah tidak jika dibandingkan dengan Shahrizat. Adakah mereka memilih sumbangan? Tentulah Nurul Izzah tiada apa-apa sumbangan. Jadi apa kriteria yang yang menentukan pemilihan golongan muda ini. Walau apa pun alasan yang diberikan, saya cukup bimbang akan cara golongan muda Melayu berfikir tentang politik. Yang jelas cara mereka berfikir tentang politik adalah berteraskan kemarahan dan dendam, dan atas alasan itu mereka menolak semuanya tanpa memilih dan menyaring lagi. Sesiapa yang boleh mengapi-apikan kemarahan pemuda, orang itu akan lebih dihormati oleh merela dan itulah yang betul bagi mereka. Sebaliknya jika seseorang itu bercakap tentang sejarah tanah air dan kelebihan yang ada pada kerajaan di bawah Barisan Nasional yang memang sudah terbukti, orang itu ditolak dan dikatakan berbohong. Inilah yang berlaku sekarang ini yang tidak boleh dianggap ringan oleh para pemimpin negara. Mereka cenderung untuk lebih mempercayai percakapan yang berapi-api daripada seseorang yang pandai bercakap daripada apa yang telah disumbangkan oleh seseorang atau sesebuah parti kepada negara dan rakyat. Mereka tidak mahu berfikir lagi tetapi terus sahaja percaya apa yang termuat dalam blog pembangkang, dan menolak semua yang datang daripada kerajaan. Mereka lebih gemarkan orang yang pandai memainkan sentimen antikerajaan daripada suara yang menyokong kerajaan. Golongan muda di negara ini sedang dihanyutkan dalam arus yang salah sedangkan pada masa yang sama mereka adalah bakal pemimpin dan pekerja pada masa akan datang. Saya cukup bimbang dengan perkembangan terbaru ini. Jika kerajaan tidak bertindak dari sekarang mendekati pemuda, menghalakan mereka kepada arah perjuangan yang betul dengan berteraskan sejarah dan semangat perjuangan bangsa kita bimbang pemuda akan dibuai oleh pemimpin yang berkepentingan peribadi dan mempunyai agenda tersendiri. Generasi muda harus disedarkan bahawa ada pemimpin-pemimpin popular sedang mempergunakan mereka untuk mencapai kepentingan peribadi mereka. Yang penting agenda peribadi mereka tercapai dengan memperguna tenaga muda ini, tanpa memikirkan sangat apa kesannya kepada masa depan negara dan rakyat seluruhnya. Hakcipta GuruBashid
Ya, ramai yang tidak berfikir dan terus percaya..
[...] Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 - Protes Terhadap PresidenPM Letak Jawatan - Selesaikah masalah?7 Teknik Menggunakan Konteks Untuk Meneka Makna Perkataan Rakyat Tidak Lagi Dibenarkan Melawat Ke Rumah Perdana Menteri MalaysiaMari Menari Poco Poco [...]
askum smua!!
sy hanya la sorg pelajar tp sy minat dgn politik ni..
bg sy PAS, DAP dan PKR hanya lah satu parti yang menipu, dan BN pula satu parti yg cuba membantu tetapi anggotanyer yg tidak membantu.. sy benci anwar kerana dia sorg pemimpin yg tidak bertnggngjwb.. sy risau suatu hari nnt MALAYSIA akan hancur.. pada pendapat sy, kerajaan ataupun pembangkang seharusnya berkerjsama membangunkan negara kita bukan hanya bangkit ketika pilihanraya.. dan kita sbg rakyat jgn hanya duduk di kerusi mengumpat org.. kita seharusnya bekerjasama membangunkan negara kita yang kita cintai..
Baguslah jika anda minat.. Menuduh seseorang itu menipu perlukan bukti yang kukuh.. Saya lebih suka jika anda boleh menerangkan dengan lanjut tentang tuduhan anda itu..