
Banyak betul perkhabaran yang saya dengar sekarang ni. Politik Malaysia benar-benar hangat dan tidak stabil. Sebenarnya saya kurang merasakan suasana itu kerana di Pasir Gudang, saya rasa kehidupan berjalan seperti biasa.
Berita paling hangat yang didengar hari ini adalah Datuk Mukhriz menghantar surat peribadi kepada Dato’ Seri Abdullah, merayu supaya Dato’ Seri Abdullah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya baru saja membaca salinan surat tersebut di Thirteen Million Plus Ringgit.
Saya rasa itu adalah satu tindakan paling berani kerana pelbagai implikasi boleh berlaku kepada Datuk Mukhriz. Jika Dato’ Seri Abdullah letak jawatan, mungkin tidak begitu teruk, tetapi jika tidak? Bagaimanapun saya kagum dengan keberanian Datuk Mukhriz.
Jika benar Dato’ Seri Abdullah meletakkan jawatannya, akan selesaikah masalah yang ada? Apa pendapat anda?
Pada saya, mungkin tidak akan selesai sepenuhnya, tetapi saya jangkakan ianya akan berkurangan. Sekurang-kurangnya kita boleh mengharapkan orang Melayu bersatu kembali.
Tetapi saya berharap jika Dato’ Seri Abdullah meletakkan jawatan, beliau tidak akan keluar dari UMNO untuk membentuk satu parti politik baru - cukuplah dengan 3 parti politik yang telah memecah-belahkan orang Melayu yang dah tak begitu ramai sekarang ni.
Bagi saya, UMNO ibarat sebuah rumah, sebuah keluarga. Presidennya umpama seorang bapa. Jika kita marahkan bapa, adakah kita akan lari dari rumah? Adakah kita akan memutuskan hubungan dengan keluarga? Jika bapa marah pada anaknya, adakah bapa akan menghalau anaknya keluar dari rumah? Atau bapa akan keluar dari rumah untuk membina rumah yang baru? Saya pasti itu bukan jalan penyelesaiannya.
Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Mukhriz bahawa keputusan pilihanraya baru-baru ini memberi mesej kepada Dato’ Seri Abdullah bahawa rakyat menolak beliau sebagai ketua pentadbiran negara. Ini tidaklah bermakna saya menyokong demonstrasi dan piket yang diadakan untuk menjatuhkan beliau. (Saya terlihat banner pemuda UMNO yang digantung di jambatan MR2 taman keramat, kalau ada sesiapa di KL yang boleh ambil gambar, minta emelkan kepada saya
)
Saya lebih gemar jika jawatan presiden UMNO dipertandingkan tahun ini dan beliau bukanlah salah seorang calonnya. Terlalu lama kita tidak mempertandingkan jawatan ini sehingga apa yang kita lihat sekarang ini adalah salah satu dari sebabnya. Tetapi bukan mudah untuk memastikan pertandingan ini dilakukan secara sihat. Bimbang pula jika yang menang mendabik dada, dan yang kalah menaruh dendam dan hasad dengki.
Yang pastinya sekarang ini, ada pihak yang menangguk di air keruh. Di akhir segala apa yang berlaku sekarang ini, yang rugi nanti adalah orang melayu yang beragama Islam juga..
Popularity: 41% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
Saya rasa perlu ada pertandingan…
Sebab penolakan bukan sekadar dari rakyat biasa sebaliknya dari ahli sendiri…
Cukup mengejutkan..
Ya, saya rasa pun begitu juga!
Pertandingan perlu ada.. Ini menggambarkan ketelusan dalam pimpinan. Namun apa kan daya… ada yang tak suka… hahaha…
Anyway.. kalau Pak Lah blah pon… bukan boleh baik semua.. masih banyak lagi yang kena diperbetulkan… Khairy pon satu masalah gak… sabor2jer la… jangan ligat sangat…
Khairy? Saya rasa dia adalah punca utama semua ini berlaku.. Kerana dialah yang menyebabkan ramai orang menolak Pak Lah.. Kalau Pak Lah takde, Khairy akan jadi seperti layang-layang terputus tali..
Terkezut jugak dengan berita ni. Apa nak jadik dgn politik kita penggal ni. Itulah nikmat keamanan yang selama ini kita banggakan bila-bila masa sahaja Tuhan boleh tarik balik. Ermmmmmmm…..
Untuk mengekalkannya, kita perlu berusaha!
SEBENARNYA SEBULUM PILIHANRAYA SEMUA NYA NAIK.
ADA TIGA PUNCAM
MERASA, TAK MERASA, TERASA.
SIAPA YANG MERASA KALAU DIBINA PEROJEK MEGA, RAKYAT DIBAWAH TAK BOLIH PERGI MERASA.
APA YANG DIDIBUAT SIAPA YANG MERASA ORANG BESAR-BESARKAH ATAU ORANG KERDIL.
KALAU SEMUA NAIK, TOL NAIK ,MINYAK NAIK, BARANG NAIK, YURAN NAIK, CUKAI NAIK, SIAPA YANG TERASA, SIAPA PULA YANG TAK TERASA ….ITU LAH PUNYA SEBENARNYA …
UNDI DIKAMPONG TIDAK TERNILAI HARGANYA, DIPEKAN WALAU KITA BINA , APA SAJA YANG BESAR, KEMUDAHAN MELAMPAU, KEMAJUAN MENDADAK, KESELESAAN MENGGAMIT SIAPA YANG MERASA ORANG DI BANDAR TAPI ADAKAH MEREKA MENGUNDI KITA… BERI APA SAJE PADA ORANG DI PEKAN MEREKA TETAP MENGUNDI PEMBANGKANG..JADI BEHARGAKAH UNDI MEREKA.
TAPI ORANG KAMPONG …JALAN TAK SELESA, AIR TAK SAMPAI, KEMUDAHAN JAUH SEKALI KEJAP ADA KEJAP TIADA, OOO..MUNKIN KATA ORANG PEKAN BAYAR CUKAI TINGGI SEBAB MEREKA BERNIAGA, GAJI BESO.. KERAJAAN DAPAT BANYAK WANG DARI MEREKA … TAPI INGAT ORANG KAMPONG WALAU CUKAI TANAH SETAHUN SEKALI MEREKA JUGA MEMBAYAR CUKAI HARI =HARI SEPERTI ORANG BANDAR… BELI BERAS BAYAR CUKAI, BELAI GULA BAYAR CUKAI, BELI MAKANAN BAYAR CUKAI, BELI MINUMAN BAYAR CUKAI … APA SAJE YANG DIBELI PEMBELILAH YANG MEMBAYAR CUKAI KEPADA KERAJAAN KERANA SETIAP BARANG TIDAK DIKECUALIKAN CUKAI.. PEKEDAI MEMBAYAR CUKAI KALAU BARANG DIA TAK DIBELI.. TAPI BILA DIBELI CUKAI TERSEBUT TELAH DIBAYAR OLEH ORANG YANG MEMBELI… JADI ORANG KAMPONG JUGA MEMBAYAR CUKAI..
OLEH APA MEREKA DAPAT…SEBAGAI PULANGAN .. SEKARANG MEREKA TELAH CERDIK ATAU ANAK MEREKA MENYATAKANNYA KALAU JALAN DONGGANG DONGEK, LOPAK LOPEK, BAGAIMANA ANAK YANG DIPEKAN DENGAN KERETA PERSONA BARU NAK BALIK KAMPONG HABISLAH KERETA BARU.. JADI ANAK TAK MAHU BALIK JALAN TAK ELOK BAPA MARAH,,, PADA ANAK DAN TERUS MARAH PADA KERAJAAN… UNDI MEREKA TAK TERNILAI ,,, KERANA UNDI MEREKALAH KITA MENANG. KERANA UNDI MEREKALAH KITA JADI EXCO, KERANA UNDI MEREKALAH KITA JADI MENTERI, DAN SEBAGAINYA JADI KENAPA KITA BIARKAH MEREKA TIDAK MENDAPAT KEMUDAHAN… SEKARANG ORANG KAMPONG DAH CERDIK.. ORANG TUA TUA DULU YANG DISURUH PANGKAH MENGIKUT SAJA APA YANG DISURUH SUDAH TIDAK ADALAGI KALAU ADAPUN SORANG DUA AJE… YANG LAIN SEMUANYA GENERASI KEDUA DAN MENERIMA KATA KATA DARI ANAK DIPERANTAUAN..
OLIH ITU FIKIRLAH…. JAGALA HATI ORANG KAMPONG… BERI LAH KESELESAAN PADA KEMUDAHAN ASAS, JALAN RAYA, API, AIR, DAN SEBAGAINYA TAK KIRA DIA MENYOKONG KITA ATAU TIDAK … KALAU DIA PADA MULANYA TAK SOKONG ORANG MELAYU NI DIA MENGENANG BUDI LAMA KELAMAAN DIA AKAN SOKONG… PERCAYALAH ..
INI KALAU KITA LIHAT… ADA JALAN TAR,, SEKERAT ,, ADA JALAN BATU LOMBONG SEKERAT ,,, ADA JALAN TANAH MERAH SEKERAT… APA NI… YANG DIKAMPONG TU SEMUANYA ORANG MELAYU MEREKA PADA MULANYA MENGUNDI KITA APA KITA TAK MAHU TOLONG KAH BAGI KEMUDAHAN PADA MEREKA TAK KIRA DIA SIAPA…KALAU ORANG PEKAN MARAH,, MEREKA TAK SOKONG PUN ASIK ASIK PEMBANGKANG YANG MENANG… NI DI KG. KAMPONG INI KITA MENANG KITA BAGILAH KESELESAAAN PADA MEREKA KITA KENANGKANLAH BUDI MEREKSA ….CUBA LIHAT APA DAH JADI KALAU MEREKA TAK SOKONG KAN LIMA NEGERI HANYUT…. NAK HARAPKAN ORANG BANDAR TOLONG JAUH…
FIKIRFIKIRKANLAH …MERASA, TAK MERASA, TERASA……
Saya merasa bahawa saya terasa yang saya tak berapa faham..
Oh ya! Lain kali jangan gunakan capital letters ya..
Salam cikgu dan semua,
Lama tak jengok sini, dah wajah baru.. Paklah? Paklah elok blah aje. Lagi cepat lagi bagus. Kalau idak PRU ke 13 nanti UMNO dan BN pakat tinggal sejarah aje la…
Hamboih.. sakan ya!
tengku razaleigh Hamzah akan mencabar pak lah pada pemilihan UMNO akan datang…dalam bulan 4 ni mungkin…jadi..biar lawan secara anak jantan..tiada pemimpin berkebolehan lain selepas mahathir dan anwar ibrahim yang layak jadi presiden UMNO merangkap PM selain KU LI…banyak bahagian-bahagian mula memberi sokongan kepada Ku Li…kita tengok nanti sapa yang terus bertahan sapa pulak yang tersungkur………….
Walaupun saya bersetuju agar Pak Lah tidak menjadi PM, saya tidak rasa Ku Li mampu melakukkannya dengan cara yang lebih baik..
[...] March 16, 2008 at 8:12 am PM Letak Jawatan - Selesaikah masalah? Said: […] Berita paling hangat yang didengar hari ini adalah Datuk Mukhriz menghantar surat [...]