
Jika anda merupakan seorang peniaga online, anda pasti sedar kewujudan banyak model perniagaan internet. Samalah juga seperti perniagaan fizikal..
Jenis Laman Web Keahlian (Membership)
Salah satu model yang popular adalah laman web keahlian atau dipanggil juga sebagai membership site. Terdapat pelbagai jenis laman web keahlian seperti:
Walaupun kedengaran remeh, sebenarnya menjalankan perniagaan berasaskan model perniagaan laman web keahlian atau membership ini banyak kelebihan dan keuntungannya ($$$)
Keuntungan Membina Laman Web Keahlian (Membership)
Antara sebab yang paling popular adalah keuntungan berulang (recurring) apabila anda mengenakan yuran harian, bulanan, mingguan atau tahunan kepada ahli laman web anda.
Bagaimanapun, jika anda menyediakan laman web keahlian (membership) secara percuma juga ada banyak untungnya. Ini kerana secara tidak langsung anda telah merekrut sekumpulan pelayar internet untuk bekerja secara percuma dengan anda mempromosikan laman web anda. Jadi, jika anda tidak mahu mengenakan bayaran untuk laman web keahlian (membership), anda boleh mempelawa syarikat-syarikat berkaitan meletakkan iklan di laman web keahlian (membership) anda. Lebih tinggi jumlah keahlian anda, lebih besar peluang untuk syarikat ini membayar lebih tinggi kepada anda.
Untung juga kan?
Tapi, apa agaknya yang membuatkan tidak ramai orang Malaysia ni bina laman web keahlian?
Kenapa Tidak Ramai Membina Laman Web Keahlian (Membership)?
Salah satu sebabnya saya percaya adalah pengurusan yang remeh. Yalah, jika anda memberikan keahlian percuma, anda perlulah manually approved keahlian. Jika tak, alamatnya laman web keahlian anda akan dipenuhi dengan SPAMMERS..
Dan jika anda mengenakan bayaran pula, anda perlu memeriksa bayaran dan juga manually approved juga - disebabkan masih ada sejumlah besar pelayar internet malaysia yang tidak menggunakan PayPal.
Sebab yang keduanya adalah anda perlu tahu serba sedikit tentang programming dan coding jika anda ingin menggunakan laman web keahlian (membership) sebagai model perniagaan anda. Kerana anda perlu tahu bagaimana untuk memasangan sistem laman web keahlian (membership) yang ingin anda gunakan. Ada sistem yang wujud secara bersendirian - maknanya anda boleh mencipta page bagi ahli anda melalui sistem tersebut, dan ada juga sistem yang diintegrasikan bersama sistem lain - maknanya sistem ini menyediakan satu folder member-only bagi anda memasukkan page untuk ahli anda.
Namun, jika anda ada sejumlah duit untuk dilaburkan, anda boleh mengupah saja programmer amatur (tidak dinasihatkan) dan profesional untuk membantu anda membina laman web keahlian (membership) anda ini.
Satu lagi sebab yang menjadi punca tidak ramai melibatkan diri dengan model perniagaan Laman Web Keahlian (membership) ini adalah keperluan untuk menyediakan bahan berkualiti bagi menarik perhatian pelayar internet menyertai keahlian anda. Tidak ramai yang sanggup memberikan komitmen terhadap perkara ini. Dan oh ya! Ini lah juga punca kenapa saya mengambil masa yang lama untuk merealisasikan keinginan saya mempunyai Laman Web Keahlian (membership).
P/S: Dalam post akan datang, saya akan buat review tentang beberapa sistem Laman Web Keahlian (membership). Jadi, jika anda tidak mahu ketinggalan review ini, pastikan anda subscribe blog ini melalui e-mel dan review tersebut akan diemel ke inbox anda sebaik sahaja ianya diterbitkan!
Popularity: 7% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
Assalammualaikum,
Memang benar apa yang diperkatakan oleh cikgu Azleen.Laman Web Keahlian agak cerewet sedikit tanpa pengunaan Paypal.Biasanya “mailing list ” sangat luas diamalkan oleh “Internet Marketeers” .Namun begitu, dari pengalaman saya yang terhad , peluang untuk berjaya agak tinggi sekiranya laman yg ditawarkan dapat memenuhi keperluan bakal ahli.Ahli lebih “focus” dan sangat yakin dgn maklumat yg disalurkan melalui Laman Keahlian ini.Saya berharap benar, kita mengambil peluang ini untuk dikembangkan.
Waalaikumusaalam Zanli,
Bagaimana dengan anda.. Apakah anda juga ada laman web keahlian? Jika tak keberatan boleh kongsikan apakah sistem yang anda gunakan..
Cik Gu Azleen,
Saya memilikinya ketika “memberfire offer” pada harga USD9.97, “Annual renewal for USD10.00″.Ada “affiliate programme” .
Buat masa ini saya belum gunakan lagi tapi telah saya uji dgn sedikit “adjustment” dan rasanya berjaya.Tentang sistem, minta maaf saya memang tak tahu, ada kelapangan ,sila lawati blog saya, ada banner MEMBERFIRE disertakan.