Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS - Siri 2

Posted by Cikgu Azleen | June 18, 2008 .



Dalam post minggu lepas kita telah buat 4 langkah. Jadi hari ni , kita akan sambung pula langkah seterusnya.

Langkah 5 - Mengubah CHMOD File

Ya, gunakan perisian FTP anda untuk mengubah kebenaran akses ke file-file tertentu dalam sistem laman web keahlian (membership) caribou cms yang telah anda upload tadi.

Berikut adalah folder dan file yang perlu anda ubah access permissionnya kepada 777:

  1. Folder Install dan kesemua folder dan file di dalamnya
  2. Folder /misc/
  3. Folder /misc/backups/
  4. Folder /includes/smarty/templates_c
  5. Folder /includes/smarty/cache
  6. Folder /uploads/
  7. Folder /uploads/gimages/
  8. Folder /uploads/cimages/
  9. Folder /uploads/files/

Seterusnya, sistem ini akan memeriksa untuk memastikan semua folder tersebut telah di tukar CHMOD nya. Jika semuanya OK, klik Proceed With Installation.

Langkah 6 - MySQL Database

Oleh kerana sistem ini akan menggunakan satu sistem MySQL database anda perlu membina satu database dahulu di Cpanel hosting anda. Buka satu window lain dan login ke CPanel hosting anda. Pilih MySQL Database dan create database baru. Pastikan anda masukkan juga user database dengan full privilleges. Ingat maklumat ini.

Langkah 7 - Maklumat Konfigurasi

Anda akan dibawa ke page configuration file generator di mana anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang diminta.

Isi maklumat yang diminta:

  • Complete path : laluan ke folder di mana anda ingin pasang sistem ini. Sekiranya anda memasang di root hosting anda, tidak perlu ubah apa-apa kecuali gantikan username dengan nama laluan anda ke hosting. Tetapi jika anda pasang ke folder tertentu, maka anda perlu tambah laluan ke folder tersebut selepas /public_html/ .
  • Database host: biasanya anda tidak perlu ubah apa-apa
  • Database user : masukkan nama user ke database yang telah anda bina dalam langkah 6
  • Database password: masukkan password yang telah anda letak sewaktu bina database
  • Database name: masukkan nama databse yang anda bina dalam langkah 6
  • Domain site folder: masukkan URL dimana anda ingin pasang sistem ini
  • Cookie prefix tuh anda biarkan saja..

Klik Generate Configuration File…

P/S: bersambung ke minggu hadapan..

Popularity: 7% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.