Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou

Posted by Cikgu Azleen | June 5, 2008 .



Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou

Hari ini saya akan kongsikan dengan anda sistem laman web keahlian (membership) Caribou. Bunyi Caribou ni lebih kurang macam kerbau jugalah :twisted: Kenapa mereka namakannya Caribou sayapun tak tahu.

Apapun, itu tidaklah penting. Yang pentingnya hari ini kita nak meninjau dan menilai sistem Caribou ini. Jom!

Content Management System

Caribou adalah sejenis CMS. Nah, jika anda tak tahu apa itu CMS anda juga mesti belum punya blog - jadi dapatkan Pakej Kit Blogger dari saya atau dari SmartZul! CMS ni maksudnya Content Management System atau sistem pengurusan isi (ya ke?).

Caribou CMS adalah platfom laman web subscription sepenuhnya. Dalam erti kata lain, bahan-bahan yang anda publish melalui Caribou hanya boleh dibaca oleh subscriber. Bezanya dengan WordPress, sesiapa pun boleh baca bahan yang kita publish (kecuali kita letakkan password kan?

Buat Apa Dengan Caribou?

Dengan menggunakan Caribou CMS, anda boleh menjual keahlian berulang, menguruskan isi laman web anda melalui panel kawalan online dan buat duit sementara sistem ini menguruskan model perniagaan anda secara automatik.

Well, perkataan automatik itu betul jika subscriber anda membayar melalui paypal, 2checkout. Bagaimanapun bagi kita orang Malaysia, ianya hanya separa betul kerana kebanyakan subscriber Malaysia akan membayar melalui Maybank2u dan anda perlu menyemak bayaran dan meluluskan keahlian secara manual.

Demo Caribou CMS

Ada banyak jenis laman web yang boleh menggunakan Caribou seperti laman web berbayar, majalah online, organisasi keahlian (persatuan), produk berasaskan pengetahuan. Anda boleh melihat sendiri laman web demo Caribou disini. Atau lihat demo panel kawalan Caribou disini (username admin password demo).

Caribou CMS juga membenarkan anda mempunyai pelbagai level keahlian seperti percuma, silver, gold, premium atau apa saja yang anda inginkan. Jadi, anda boleh juga setkan setiap isi laman web anda mengikut level. Contohnya mungkin ada sesetengah artikel anda berikan secara percuma. Manakala untuk bahagian download anda hanya benarkan gold saja download. Lebih kurang macam tuhlah..

Integrasi Caribou CMS Dengan Forum

Selain daripada itu, anda juga integrasikan Caribou CMS dengan forum PhPBB atau VBuletin. Jadi, selain daripada ahli anda boleh mendapatkan bahan daripada anda secara terus, mereka juga boleh berkongsi pengetahuan melalui forum. Dengan penggunaan Caribou CMS, tidak lagi berlaku SPAM melampau-lampau seperti yang pernah berlaku kepada forum kelas english saya suatu waktu dulu - sampai tak terkawal!

Caribou CSM juga memerlukan penggunaan PhP dan MySQL databases.

Tak Ada Affliate System

Bagaimanapun, yang saya rasa kurang syoknya adalah Caribou CMS ni tak ada affliate system.. Jadi anda tak boleh nak benarkan ahli anda membantu mempromosikan laman web keahlian (membership) anda.. Tak syok kan?

Cuba Caribou Secara Percuma

Dan yang paling best adalah anda boleh cuba gunakan Caribou ini secara percuma. Tidak ada sekatan terhadap tempoh atau isi laman web.. Cuma anda boleh mempunyai ahli maksima 100 saja.. Anda boleh download sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini melalui link ini.

Kalau anda inginkan kebebasan penuh terhadap penggunaan sistem ini anda cuma perlu bayar $199 seumur hidup. Atau anda juga boleh bayar bulanan sebanyak $24.95 jika anda ada hosting sendiri atau gunakan hosting mereka dan bayar sebanyak $34.95 sebulan.

Untuk maklumat lanjut tentang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini layari laman web mereka di sini.

P/S: minggu hadapan saya akan kongsikan dengan anda bagaimana memasang sistem laman web keahlian ini di hosting anda sendiri.

Popularity: 10% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.