Ada Masalah Dengan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS?

Posted by Cikgu Azleen | July 3, 2008 .



Rupanya tanpa saya sedari saya telah melakukan satu kesilapan sewaktu memasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS. Kesilapan itu sebenarnya kecil tetapi telah menjadikan satu masalah besar. Apabila saya cuba masuk ke laman web keahlian (membership) saya di www.kelasenglish.com ia gagal di akses. Jadi, apa yang saya lakukan?

Saya cuba pasang sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini sekali lagi. Bagaimanapun, saya masih lagi menghadapi masalah yang sama. Buntu?

Tanyalah Pada Yang Pakar

Saya menghubungi developer nya iaitu Brock Ferguson. Sememangnya beliau seorang yang bertanggungjawab dan membantu. Beliau memberikan beberapa cadangan seperti memuat-naik dalam format BINARY dan juga memastikan hosting saya boleh menggunakan IONCUBE. Selepas memberitahu beliau bahawa saya telah melakukan kedua-duanya tetapi laman web keahlian saya masih gagal diakses, beliau telah menawarkan diri untuk memeriksa sistem saya di hosting.

Tips saya jika anda perlu membenarkan orang ketiga masuk ke hosting anda atas sebab-sebab tertentu:

Jaga Kerahsiaan Kata Laluan

1. Jika anda mahu mengekalkan kata laluan anda (kerana ianya mudah diingat) maka tukar kata laluan baru sebelum memberikannya kepada orang ketiga itu. Selepas dia selesai memeriksa sistem anda, segera tukar kata laluan anda kepada asal.

2. Jika anda telah memberikan kata laluan anda kepada orang ketiga, segera tukar kata laluan baru sebaik saja orang ketiga itu selesai melakukannya kerja-kerjanya..

Jadi, jika anda menghadapi masalah memasang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini, anda boleh menghubungi developer sistem ini iaitu Brock Ferguson kerana beliau memang akan membantu anda.

P/S: Minggu hadapan kita akan lihat cara menggunakan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS ini pula..

Popularity: 6% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

1 Comment »

Comment by copernicus Subscribed to comments via email
2008-07-03 13:35:53

Cikgu Azleen, terima kasih di atas usaha yang murni ini (kelasEnglish.com). ya! saya sudah pun mendaftar dan mengisi e-borang servey itu… :)

pada mula pembacaan saya… agak mahu ‘gelak besar’ saya dibuatnya… istilah ‘bahasa alien’ yang diperguna Cikgu tu… cukup menggelikan hati… :D

yang paling menarik, ‘quote’ Cikgu ini:

” Bahasa Inggeris adalah untuk dikuasai, bukan untuk didaulatkan ”

ya! saya sangat setuju dengan ‘quote’ ini! selagimana bahasa idunda junjungan Nabi (bahasa arab) dan bahasa ibunda tanahair (bahasa melayu), belum lagi menjadi bahasa antarabangsa (bahasa alien…), selagi itulah intipati ‘quote’ ini harus dipegang!

p/s: sedikit tambahan cadangan: jika boleh, apabila Cikgu sudah memutuskan untuk menetapkan jumlah pelaburan yang perlu para pelajar laburkan nanti… adalah amat berpatutan. kerana utamanya, kos-kos wajib sepertimana sistem pembelajaran konvensional yang lain di luar sana, telahpun dapat Cikgu kurangkan (dengan jumlah yang banyak). saya yakin, dengan cara hebat ini (pengajaran melalui internet), pastinya ramai lagi pelajar-pelajar yang serius tanpa fikir panjang, juga menyertainya nanti… :)

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.