Hello! Selamat Hari Ahad!.. Hari Ahad macam ni, kebanyakan daripada kita menghabiskan masa bersama keluarga, samada berehat-rehat di rumah atau berjalan-jalan. Tapi saya rasa, minggu ni kebanyakan daripada kita juga menghabiskan masa menghadiri jemputan majlis perkahwinan.
Almaklumlah, semalam kan 7 haribulan 7 tahun 2007.. Dapat pulak hantarannya 7 dulang, dengan mas kahwin atau belanja kahwin 7 ribu 7 ratus 7 puluh 7 ringgit dan 7 puluh 7 sen..
Ada ke yang dapat bernikah jam 7.07 minit pagi atau 7.07 minit malam? Nak juga saya tahu kot kot ada tok kadi yang setuju nak menikahkan sesapa pada masa “keramat” tuh.. Jangan lupa pulak, lepas kahwin besok, kenalah ada 7 anak.. Jangan pulak lepas 7 tahun, bercerai berai.. Naudzubillah..
Apapun, semalam sahaja saya ada 3 undangan majlis perkahwinan.. dan salah seorang sepupu saya juga turut menikah semalam.. Masa bertunang hari tuh kata nikahnya bulan 8.. Tup-tup rupanya nak kejar jugak tarikh 7 yang “keramat” ni.. Macam-macam orang sekarang ni.. Cuma saya harap, sebelum mereka kejar tarikh 7 tuh, mereka dah kaji jugak kebaikannya menikah dalam bulan Islam..
Cukuplah kita bercerita tentang nombor 7 ni, mari kita tengok apa yang menarik sepanjang minggu ini dalam komuniti CikguAzleen.com :
- Takut ke? Iskk.. Apa yang anda nak takutkan? Kan saya cuma nak kongsikan artikel menarik dalam komuniti ini.. Itupun nak takut ke? Pada pendapat saya, perasaan takut ni banyak datangnya dari didikan kita.. Ingat tak masa kecil-kecil dulu? Mak selalu pesan; jangan nyanyi sambil masak, takut dapat laki tua; jangan main lari-lari atau panjat pokok, takut jatuh; jangan main pisau, takut luka; jangan pergi dekat-dekat orang lelaki yang bawa beg kepit kat ketiak, takut nanti dia potong kepala letak kat jambatan.. Dan pelbagai jangan kerana takut lagi lah.. Walaupun sebahagian daripadanya berasas, banyak juga yang langsung tak masak akal
Sebenarnya Fahmi (Bicara Anak) yang bercakap tentang perasaan takut ni dalam postnya bertajuk Jangan Takut..
- Biasanya, dalam kebanyakan perkara, kita lebih gemarkan benda yang aktif. Contohnya, seorang pelajar yang aktif lebih menonjol berbanding pelajar yang pasif. Tetapi ada satu perkara ni, bagi kebanyakan orang yang mengejar kekayaan, dia sukakan yang pasif.. Hmmm.. Tepatlah jawapan anda tuh.. Pendapatan pasif lebih digemari daripada pendapatan aktif. Kalau anda nak tahu lebih lanjut apa itu pendapatan aktif dan pasif, serta bagaimana nak dapatkan pendapatan pasif, anda kenalah belajar dengan Cikgu Maizul dalam postnya 2 jenis pendapatan.
- Hmmm.. Nampaknya, kalau dalam masa beberapa minggu akan datang ni anda berniat nak ajak PrinceQ ke mana-mana, lupakan ajelah hajat anda.. Sebab adik sorang ni tengah sibuk gila.. Gila pun tak sibuk macam dia
… Ada projek baru nampak? Bila nak kongsi? Hehehe.. Apapun, biarlah theme tuh yang sewel, jangan tuan punya blog sewel udahlah Q ya..
- OK-OK.. Anda nak RM50? Serius, RajaBlog nak bagi RM50 dengan syarat anda pandai mereka logo.. Itupun kalau logo anda terpilih.. Pendek kata anda kenalah reka logo yang kaw-kaw punya.. Saya tak pasti plak macamana pemilihan logo akan dilakukan, sat ya.. Saya cari dulu.. Opss.. Maaf ya! Saya dah cuba cari kat mana yang RajaBlog announce pasal contest logo ni, tapi tak jumpa. Tup-tup jer ada kuar penyertaan.. Camnepun kalau anda nak sertai Contest Logo M-Blogger dan menangi RM50 dan FREE publisiti, anda hubungilah RajaBlog ya!
- Alahai.. Anda kene tengok gambar kucing ni.. Sapalah yang buang kucing sekiut tuh kat dalam tong sampah.. Sampainya hati.. Ni mesti keje MyFuad ni.. Dia yang rasa kene rejek, lepas tuh dia rejek kucing dia.. Kalau tak nak kucing tuh, postkan aje ke rumah saya.. Hehehe.. Kat rumah saya ada tong sampah yang besar sikit
… Apapun, yang pastinya setiap orang adalah unik.. Bagaimanapun memang kadang-kadang kita akan rasa diri kita kekurangan (atau kelebihan yang merupakan kekurangan?) dan mulahlah stress, sedih.. Saya pun sama.. Jadi, kita dapatkan tips dari blog FeelToday ni.
Kempen 100 Ahli Komuniti CikguAzleen.com
Sehingga hari ini, ahli komuniti CikguAzleen.com ada 59 orang.. Terima kasih kepada anda yang menyokong blog ini.
P.S.: Salah satu benda yang saya takut adalah tidur tanpa selimut, terutamanya jika kaki saya tak bertutup.. Saya tak boleh tidur tanpa menutup kaki saya..
Popularity: 4% [?]
RSS feed
| Trackback URI
Tahniah Cikgu Azleen ramai jugak ahli komuniti tu. Bagi yang belum joint menjadi ahli komuniti cikgu azleen patut joint!
Awat la tidoq takleh takda selimut… Awat la lekeh sangat…
hahaha..
Anyway… gua dari dulu sampai la nie.. suka tidoq takda pakai selimut.. Anak-anak gua pun cam tue gak.. depa dah biasa…
Hohoo, Q punya pun ada tercampak kat sini yer?! Alaa..Q sibuk terhadap member2 lelaki jer..Tapi kalau AWEK yang ajak keluar, Q NO HAL punya laa!! Hahaahaa..
Gurau jer!!
Projek baru?! Hmm, Q mmg tengah dlm proses nk menyiapkan 1 ebook ni..Maklum laa, it’s my 1st time in writing an ebook..Jadi kepala hotak ni blur2 skit ahh time nk pikir isi kandungannya!
Insyaallah, bila dah siap nanti..Q akan kongsikan dgn sume Rakan-rakan Blog Q dan sahabat2 di komuniti Q termasuk laa my beautiful teacher yg sorang ni..Sape lagi kalo bukan Cikgu Azleen! Hehee..
pssst –> Q dah puji ni! Takde hadiah ker?!
p/s Themes tu mmg sewel!
Ko nie Q… nak bodek pon tengok tempat la… nie kat depan semua orang nie… bahaya ooo…
Hehee..Kat depan sume orang laa baru best! Hahaa..
p/s Tapi memang betul ape Q ckp…
Wah wah.. Satu lagi ebook.. Bagus bagus.. Semakin rancak nampaknya dunia IM Malaysia..