KISS ME?

Posted by Cikgu Azleen | May 24, 2008 .



Surprise surprise.. Saya bukan suruh anda cium saya.. :p Cuma saya akan mengikuti kursus induksi sistem saraan malaysia selama lebih kurang 3 minggu mulai Isnin ini.. Singkatannya KISSM kan lebih kurang macam KISS ME.. :D

Tengok jadualnya aje dah rasa pening.. Dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, dan dipenuhi dengan lectures, lectures dan lectures.. Hmmm.. Dapat saya bayangkan.. Yang pastinya, bekalan minyak angin dan gula-gula mesti penuh dalam beg.. huhu…

Anyway, bukan itu saja yang ingin saya beritahu pada anda.. Memandangkan saya pun dah selesai peperiksaan akhir, dan akan menjalani KISSM diikuti BTN.. Dan akhirnya menunggu posting yang entah ke mana.. Opppss.. saya pasti di Pasir Gudang :D Amin…

Dalam beberapa minggu akan datang ni saya sedang dan akan mencuba beberapa sistem membership management.. Anda pun tahu kan, ada banyak model bisnes internet.. Dan yang paling menarik perhatian saya adalah model membership.. Untuk apa?

Ohh.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, inbox saya dihujani emel meminta kelas bahasa inggeris. Jadi sudah tentu sahajalah saya akan menggunakan sistem membership itu untuk www.kelasenglish.com .. Sekarang ni saya sedang mencuba Profile Manager ..

Peringatan: Tak perlulah anda daftar di www.kelasenglish.com buat masa ini kerana saya tidak akan approve dan akhirnya pendaftaran anda itu mungkin akan terdelete jika saya tukar ke sistem lain..

Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek saya yang pernah terbengkalai sekian lama ni :D teruskan membaca di blog ini kerana sebarang announcement akan dibuat secara official di sini..

Atau lebih baik lagi, jika anda mendaftar dengan blog ini (gunakan butang Register di bahagian atas kanan blog ini) kerana tawaran istimewa (jika ada?!) hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar..

Oh, dah tentulah saya tidak lupa dengan mereka yang begitu setia menjadi ahli komuniti MyBlogLog Cikgu Azleen Dot Com.. Saya pernah berjanji kepada anda kan?

OK, nampak gayanya anda janganlah marah kepada saya jika saya agak sibuk beberapa minggu akan datang ini.. Selewat-lewatnya saya akan mengeluarkan sesuatu yang baru pada hari lahir saya yang ke-**  tahun ini.. :D

Popularity: 9% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by sihatsokmo
2008-05-24 18:46:05

selamat berkursus induksi cikgu! Masa saya pergi dulu, pagi sampai petang memang membosankan…ceramah, ceramah,ceramah! Sampaikan setiap penceramah ada saya lukiskan muka mereka kat buku nota saya… :D

masa yg agak menyeronokkan bermula setelah habis ceramah petang, masa untuk bersantai/bersukan manakala malam pula ada aktiviti berkumpulan.

masa saya pergi dulu masih bujang…macam mana kalau dah kahwin? Tiga minggu tu berjauhan dgn suami…hehe takpelah cikgu, bila berjauhan rindu-rinduan… :D

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-24 23:46:22

Ohh.. Kalau ikut jadual yang saya terima ni, hanya melibatkan ceramah aje.. Takde pula aktiviti malam.. Setakat 7.30 - 5.30 petang jer.. Lagipun, saya duduk rumah jer.. Takde sediakan tempat tinggal pun..

 
 
Comment by zool
2008-05-24 22:24:51

Bagus2..
Cikgu nak buat kelas english online..
Semoga berjaya

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-24 23:47:36

Ya, saya harap sangat berjaya.. Hari ni saya cuba satu lagi sistem lain.. :D Nampak tak berapa berjaya.. Saya akan kongsikan satu persatu langkah yang saya buat dalam blog ini.. Manalah tahukan ada antara anda yang ada pengalaman, bolehlah kongsikan ngan saya..

 
 
Comment by azwanhadzree
2008-05-25 01:01:08

ha..ha.. tajuk minta di cium
anyway, selamat berkursus

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-26 20:46:04

Terima kasih..

 
 
Comment by sihatsokmo
2008-05-26 00:32:32

oh gitu pulak…takpelah, anggaplah ceramah2 tu utk menambah ilmu di dada agar menjadi cikgu yg lebih mantap di masa akan dtg :D

Comment by Cikgu Azleen
2008-05-26 20:48:39

Hehehe.. Itu dah tentu..

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.