

Kalau ikut perancangan, sepatutnya hari ini saya ke Muar. Ada kenduri kahwin, sambil tuh nak jalan-jalan sikit buat isi artikel di eXplore Johor. Malangnya, sejak 2-3 hari ni saya mengalami batuk-batuk yang agak kronik jugalah.. Sehingga mengganggu saya tidur malam..
Jadinya, terpaksalah dibatalkan cadangan nak ke Muar itu.. Tak larat rasanya badan ni..
Oleh itu, saya rasa ada baiknya jika saya buat roundup post untuk bulan Jun ini. Sebab bulan lepas terlalu sibuk sampai tak sempat nak buat roundup post.
Jika anda pertama kali di blog ini, dan anda tak tahu apa itu roundup post.. Atau jika anda mempunyai blog dan anda tak tahu bagaimana roundup post ini boleh memberi kebaikan kepada blog anda.. Bolehlah anda baca posting saya pada bulan 5 tahun lepas Kelebihan Buat Roundup Post.
Apa kata kita mulakan dengan perkembangan terkini Cikgu Azleen Dot Com?
Bulan Sibuk Dan Santai
Bulan 6 ni merupakan bulan yang separuh sangat sibuk dan separuh sangat santai.. Kenapa? Dari 1hb hingga 15hb saya sibuk menghadiri KISSM dan PTK1.. Dan selepas 16hb, saya duduk saja di rumah.. Mengadap komputer hampir 16 jam sehari. Mujurlah saya menggunakan laptop dengan wireless internet facility. Jadi, saya tidak perlu berada di atas meja untuk masa 16 jam itu.. Sesekali bawa laptop ke atas katil di bilik dan menyusuri internet sambil berbaring..
Macam seronok aje bunyinya? Anyway, saya telah pun berjaya menamatkan KPLI tanpa sebarang masalah yang besar. Masa di peringkat akhir tuh nyaris-nyaris juga kedatangan saya tidak cukup. Yalah, saya ambil cuti untuk menyelesaikan masalah arwah bapa saya banyak juga.. Kedatangan untuk KPLI pula memang sangat strict. Bagaimanapun, alhamdulillah setahun KPLI itu berjaya juga saya harungi dan penuh dengan kenangan suka dan duka..
Nanti saya akan tulis satu post khusus kenangan suka duka KPLI.. Saja buat peringatan untuk saya dan mungkin panduan untuk anda yang berminat menyertai profesion perguruan.. Tentu seronok jika lepas 15 tahun kelak saya baca kenangan sebegini..
Program Easy English
Seterusnya saya telah memanfaatkan tempoh santai saya itu untuk projek Easy English Kelas English. Banyak hari tidak tidur memikirkan mekanisme pengedaran lesson yang boleh dilakukan dengan mudah dan selamat. Akhirnya dapat juga saya usahakan sesuatu yang agak ortodoks untuk program ini.
Sejauhmana keberkesanannya, saya masih lagi dalam peringkat ujian. InsyaAllah, saya berharap supaya program ini dapat dilancarkan dalam tempoh 2-3 minggu lagi.. Sebenarnya sangat mencabar membina program ini.. Kerana itulah, kalau menurut perancangan awal, saya bercadang memberikannya secara percuma saja..
Namun, dengan segala kepayahan, masa dan tenaga yang saya peruntukkan, saya perlu mengenakan sedikit bayaran. Ya, anda pun tentu inginkan sesuatu yang berkualiti bukan.. Apa yang saya boleh katakan adalah program ini dipenuhi dengan rakaman audio dan video.. Sebab itu memakan masa saya..
Saya belum lagi memutuskan jumlah bayaran..
Tetapi, saya ada tawaran khas untuk mereka yang mengisi borang survey untuk program ini. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut di Kelas English kerana saya dah jelaskan secara terperinci di sana.
Jom Makan Angin Di Johor
Oh ya! Saya juga telah membuka semula blog eXplore Johor. Cuma kali ini konsepnya lebih kepada e-magazine. Jadi, saya akan update apabila saya ada berita menarik tentang percutian.
Oleh kerana saya tidak akan memperuntukkan sejumlah masa yang khusus untuk blog ini, saya ingin membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menulis artikel di blog tersebut. Tidak ada sebarang tawaran keuntungan kepada anda, kerana blog tersebut tidak menjana sejumlah wang yang cukup untuk saya berkongsi dengan anda. Hasil dari Adsense nya hanya cukup untuk maintenance domain dan hostingnya..
Tetapi, anda boleh gunakan blog tersebut untuk mempopularkan blog anda sendiri. Anda boleh letakkan link ke blog anda, atau ke program affliate anda atau ke mana saja website yang menjana wang untuk anda sendiri. Selain daripada anda tidak perlu berkongsi pendapatan anda itu dengan saya, secara tidak langsung anda juga membina nama anda.
Mungkin anda adalah pengusaha chalet atau home stay? Anda boleh letakkan no kontek anda sendiri - kerana jika anda perasan, saya tidak berikan no telefon ke mana-mana tempat yang saya lawati..
Jika anda berminat, daftarkan diri anda kepada blog tersebut, kemudian hantar message kepada saya memberitahu minat anda serta username anda.. Saya akan setkan anda kepada contributor atau author..
Rahsia 10K
Dalam bulan June ini juga, saya telah mempromosikan Pakej Rahsia 10K yang ditulis oleh Labanon. Dalam Pakej Rahsia 10 K ini, Labanon telah berkongsikan rahsia dan teknik yang beliau gunakan sewaktu mempromosikan ebook 101 Tips Adsense Terbongkar. Rahsia dan teknik tersebut telah membuatkan beliau berjaya memperolehi lebih RM1K dalam sehari serta lebih RM10K dalam seminggu..
Dan anda tahu? Minggu pertama beliau mempromosikan Pakej Rahsia 10K dengan menggunakan rahsia dan teknik yang sama seperti dalam ebook 101 Tips Adsense Terbongkar, beliau berjaya memperolehi RM13K ++.
Hebat bukan? Beliau baru berusia 17 tahun dan sudah berjaya memperolehi wang sedemikian.. Adusss.. Ibu bapanya sudah tentu tidak perlu runsing akan masa depannya..
Baiklah, itulah serba sedikit perkara yang berlaku dalam Cikgu Azleen Dot Com sepanjang bulan June 2008. Mari kita tengok pula siapa yang paling popular bulan ini..
Top Commentator
5 Post Paling Popular
Apa Rahsia Remaja 17 Tahun Menghasilkan RM1.3K Dalam Masa 24 Jam?
Harga Minyak Naik Lagi?
Hikmah Kenaikan Harga Minyak Yang Melampau!
Apakah Rahsia Dalam Rahsia 10K?
Tips Elak Dimarah Bos Walau Kerja Tak Siap
5 Post Paling Tak Popular
Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS - Siri 3
Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS - Siri 2
Ketahui Rahsia Menghasilkan RM10K Sebulan Dengan Produk Informasi Digital
Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou
Alternatif Mengatasi Kenaikan Harga Minyak
How Frequent You Read My Blog?
Bulan June juga saya telah membuat satu undian tentang kekerapan anda membaca blog ini. 67% mengatakan bahawa mereka kali pertama membaca blog saya. Itu tidaklah mengejutkan saya kerana blog ini berada di tangga teratas carian google untuk keyword belajar bahasa inggeris. 28% pula mengatakan mereka membaca blog ini setiap hari. Terima kasih kepada anda yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Teruskan memberi sokongan dan saya akan berikan yang terbaik untuk anda.
Itulah serba sedikit untuk roundup post bulan June ini. Sekiranya anda ada pertanyaan, bolehlah berbuat demikian melalui Contact Me, atau gunakan ruangan forum yang telah saya sediakan.
Popularity: 33% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
hehe..i am the top commentor…byk ckp skit bulan nih..:)
Ya, terima kasih atas sokongan anda Alia..