
Salam buat semua,
Mungkin anda tertanya-tanya ke manakah saya menghilang dalam beberapa hari ini? Huh.. Saya baru pulang semalam daripada Kursus Kenegaraan (PTK 1) bersama BTN di Kem Gunung Pulai. Hari ni rasa macam demam aje.. Sakit-sakit pula seluruh badan.. Haduiihhh..
Pada awalnya saya memang berat hati nak pergi kursus tersebut.. Kenapa? Saya merasakan ianya melecehkan dan menyusahkan.. Dan lagi ianya tidak perlu.. Dalam fikiran saya apalah sangat yang diorang nak beritahu tentang kenegaraan ini?
Dan di akhir kursus, saya fikirkan “Nasib baiklah saya pergi.. Rupanya banyak lagi perkara tentang kenegaraan ini yang tidak saya tahu..” Betapa untungnya mereka yang mendapat peluang untuk pergi, dan sangatlah rugi jika mereka yang mendapat peluang tersebut menolaknya…
Antara perkara yang paling memberi kesan kepada saya adalah selama ni saya memikirkan bahawa saya tidak perlu mengetahui perlembagaan Malaysia.. Ia hanyalah untuk mereka yang belajar undang-undang a.k.a. lawyer..
Tetapi rupanya saya perlu dan mesti ambil tahu tentang setiap perkara dalam perlembagaan Malaysia supaya saya tahu apakah hak-hak dan tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia..
Dengan tamatnya kursus kenegaraan tersebut semalam, tamatlah sudah Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) yang saya ikuti selama setahun ini bermula pada 16hb Julai 2007 dan tamat pada 16hb Jun 2008.. Kurang sebulan, setahun lah..
Sekarang ini berdebar-debar (takdelah sangat!) menunggu posting.. Saya harap dapat ditempatkan di Pasir Gudang.. Dekat dengan rumah dan memberi kemudahan kepada saya kerana pada tahun hadapan saya merancang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana (master) pula..
Kalau menurut kata Bahagian Sumber Manusia tempoh hari, paling awal posting pun mungkin pada 16hb Julai 2008.. Jadi, saya ada masa lebih kurang sebulan untuk memberikan sepenuh perhatian yang tidak berbelah bahagi kepada perniagaan internet saya ini..
Oh ya, bagi anda yang berminat dengan perniagaan internet terutamanya yang berasaskan maklumat digital, sudahkah anda mendapatkan Pakej Rahsia 10K dari Labanon? Sekarang ini nampaknya harganya telah pun dinaikkan ke RM67.. Hmmm.. Sebelum ni harga promosinya adalah RM47 .. Nampaknya dah naik RM20 ni.. Lepas ni tak tahulah jadi berapa pula ya.. Yang saya pastinya nilainya memang lebih daripada RM67 tuh..
Jangan berlengah lagi kerana keputusan yang anda ambil hari ini akan menentukan hasil yang anda perolehi pada masa hadapan..
Jumpa lagi!
Popularity: 8% [?]
|
If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox. |
wah..bestnye da pegi kursus induksi…
jeles ni..haha..
nway, mcm mane experience?
best x?
kursus BTN kt mana?
Sangat best.. Kami merupakan kumpulan pertama yang menggunakan modul baru.. Apa yang barunya? Saya pun tidak pasti kerana KF cuma beritahu ini modul baru saja.. Cuma yang saya perasan, kalau tak salah saya modul yang lama cuma 4 hari.. Tapi yang baru ni 5 hari..
Banyak pengetahuan dan pengalaman yang saya perolehi, dan InsyaaLLAH saya akan kongsikan sedikit demi sedikit nanti..
i need ur email adress..can u?
Alia, sila gunakan Contact Form di http://www.cikguazleen.com/index.php/contact-us ya.. Terima kasih!
actually, saye pn cikgu baru posting awal januari 2008..
so, bulan ni da nk masuk 6 bulan mengaja..
di SMK Damansara Jaya, PJ…
so, hope kite n memba2 lain bole share experience mengaja..
ha, for ur info, saye pnye skola kurang teacher english..join us la..hehehe..
Hehehe.. Terima kasih.. Jauh tuh PJ.. Lagipun saya ni opsyen pemulihan bahasa melayu dan matematik sekolah rendah..
Seronok tak mengajar?
Moga-moga Cikgu Azleen dapat mengajar di Pasir Gudang seperti yang diinginkan.
Mungkin Cikgu Azleen dapat kongsikan tip-tip kenegaraan yang dipelajari.
Ya ya.. terima kasih Raymond.. InsyaAllah saya akan kongsikan kelak..
hai…cikgu leen…rupanyer sama2 kita kursus sama2 dkt gunung pulai…seronokkan….lbh2 lg time aerobik hehe
sume2 gelek poco-poco
xperasanlah cikgu leen…
yelah sbb ramai sgt+nurse lg..
Hai Dla.. nampaknya begitulah ya.. Dalam 175 orang tuh dah tentu payah nak cari saya.. Huhu.. Ya ke payah? Kalau ada beli gambar beramai-ramai tuh, saya dalam sesi 1.. Kalau cari ikut nama tuh dah tentu jumpa.. Mungkin juga sebab sepanjang berada di sana saya tak gunakan make-up.. So muka tuh memang agak berbeza berbanding dalam gambar-gambar di blog ini.. Dla ni dari IPTHO ke?
5days..huhu..lamenye..kalau da start mengaja ni susah skit nk keluar..
1st skali takut silibus x abes..
2nd kene sediakan kerja utk budak bile keluar kursus or x dtg..
ermm..hope kene time cuti sekola..baru cun..