Sistem Ortodoks Untuk Selesaikan Masalah

Posted by Cikgu Azleen | June 27, 2008 .



Sistem Ortodoks Untuk Selesaikan Masalah

Aduishh.. Hari tuh bila saya berjaya memasang Sistem Laman Web Keahlian Caribou CMS, saya sangkakan masalah platform saya sudah selesai.. Rupanya, selesai masalah platform, masalah lain pula timbul..

Yalah, masalahnya adalah sistem tersebut gagal memenuhi kaedah distribution lesson yang saya inginkan.. Berminggu-minggu jugalah saya mencuba dan gagal dengan sistem tersebut.

Puas saya fikirkan bagaimana saya nak mengedarkan lesson Kelas English saya dengan mudah dan selamat.. Berhari-hari sejak saya balik BTN tuh saya sukar tidur malam..

Yalah, yang pertamanya kerana saya sedang memerah otak bagaimana nak edarkan lesson Kelas English saya dengan mudah dan selamat.. Saya ni pulak memang suka berfikir di atas katil sewaktu nak tidur.. Banyak idea bernas saya datang dalam masa tersebut..

Dan yang keduanya adalah disebabkan sejak balik BTN ni saya bangun tidur lewat.. Hahahaha.. Memandangkan bangun tidur lewat dah tentulah sukar nak tidur malam kan? Padan ngan muka saya..

Walaupun saya tahu dan sedar ianya agak kurang baik untuk rutin saya, saya ada alasan tersendiri untuk berbuat demikian.. Ini adalah masa cuti saya.. Saya ingin berehat sepuas-puasnya kerana selepas ini saya akan ke sekolah semula dan mungkin saya kena bangun seawal 5 pagi.. Huhu..

Tapi sedikit perkembangan, hari ini saya bangun lebih awal berbanding minggu lepas.. :D

Baiklah, apa pula kita bercerita tentang tidur ni.. Oh ya, selepas beberapa hari tidur saya tidak lena, akhirnya malam tadi saya berjaya menyelesaikan masalah saya..

Saya akan menggunakan sistem ortodoks untuk mengedarkan lesson Kelas English dengan cara yang mudah dan selamat.. Oh tidak, sistem ortodoks ini tidak dapat anda download dari mana-mana website.. Hehehehe..

Ianya bermaksud saya tidak menggunakan mana-mana sistem sedia ada.. Ianya juga tidak dibina oleh saya.. Saya hanya memanipulasi beberapa sistem sedia ada dengan menggunakan logik saya..

Oh, saya akan terangkan perkara ini apabila Lesson saya siap nanti..

P.S.: Setakat ini saya baru siap Lesson 1. Mencabar juga, 2 hari baru siap satu Lesson.. Berapa banyak lesson saya perlu ada?

Popularity: 7% [?]

If you like this post, please consider to subscribe to my full feed RSS. You can also subscribe by eMail and have new posts sent directly to your inbox.

Related Article:

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.