Soalan 11# Kenapa File Easy English Tidak Dapat Dibuka?

August 29, 2008 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan Program Easy English dilancarkan, ianya mendapat sambutan yang baik. Ramai juga yang meminta untuk mencuba Lesson 1 program ini.

Bagaimanapun, ramai juga yang tidak begitu mahir sehinggakan tidak dapat membuka file-file yang diberikan. Oleh itu, di sini tunjukkan langkah demi langkah bagaimana menggunakan file-file tersebut.

Langkah 1 - Klik link yang diberikan kepada anda melalui e-mel. Lihat contoh gambar di bawah:

Sila isikan borang di laman berikut, jika anda berminat untuk mencuba Lesson 1 ini.

http://www.KelasEnglish.Com

Langkah 2 - Klik OK pada window download yang dibuka (bergantung juga kepada jenis browser serta download manager yang anda gunakan.

Langkah 3 - Pilih tempat di mana anda ingin file tersebut di muat turun.

Beginilah rupa file yang telah di muat turun ke komputer anda:

Langkah 4 - Letakkan cursor pada file, dan klik kanan mouse anda. Window seperti dalam gambar berikut akan terbuka.

Pilih extract all seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Langkah 5 - Window seperti berikut akan dibuka.

Klik Next, Next dan akhir sekali selesai klik Finish.

Anda akan mendapat satu lagi file seperti yang ditandakan dalam gambar berikut:

Langkah akhir - buka saja file tersebut dan anda akan mendapat file PDF atau video atau audio atau MS Word yang diberikan.

Sekiranya anda menghadapi masalah lagi, saya cadangkan anda download menggunakan Free Download Manager yang boleh di muat turun secara percuma di laman web berikut:

http://www.freedownloadmanager.org/download.htm

P.S.: Sila rujuk laman web tersebut bagaimana memasang serta menggunakannya.

P.P.S.: Bagi peserta Easy English, saya telah menulis panduan langkah demi langkah bagaimana memasang serta menggunakan Free Download Manager untuk memuat turun file-file Easy English di blog khas KelasEnglish.Com. Sila rujuk di sana.

P.P.S.: Klik di sini untuk menyertai Program Easy English untuk belajar bahasa Inggeris cara mudah.

Comments

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

Comment by alicesona19
2008-08-29 22:51:21

file lain boleh buka cikgu, file courseebookfree dan creditcards tu jer yang tak dapat. dah try buka kat office pun still tak dapat. msg appear: invalid or corrupted. kalau cikgu tak payah zip kan boleh ker?

Comment by Cikgu Azleen
2008-08-30 10:09:18

Fail courseebookfree dah takde.. Saya telah pecahkannya kepada 4 bahagian dan diberikan secara berasingan..

Saya akan semak nama/ emel anda dan akan hantar semula e-mel link download tersebut ya.

Sila gunakan Free Download Manager untuk download.

 
 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.