5 Sebab Kenapa Anda Nak Letak Iklan..

May 20, 2007 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Ada orang membina blog sebagai tempat meluahkan perasaan, ada orang pula membina blog kerana ingin suaranya didengar, ada orang juga membina blog kerana ingin berkongsi pengetahuannya.. Tetapi bagi kebanyakan orang, mereka membina blog kerana ingin membuat duit. Walau apapun sebab anda membina blog (atau mungkin baru bercita-cita ingin mempunyai blog), saya ada 5 sebab kenapa anda nak letak iklan di blog anda… :twisted:

Ini bukan sebarang iklan, tetapi 5 sebab kenapa anda nak letak iklan Advertlets di blog anda - seperti yang saya sedang lakukan.. Post ini tidak ditaja oleh sesiapa, biarpun ianya agak menjurus kepada Advertlets. Tetapi saya rasa perlu berkongsi dengan anda peluang ini supaya anda pun dapat manfaat daripadanya sama seperti saya..

Format Iklan Untuk Blog Bertrafik Rendah

Tidak perlu kita nafikan, kebanyakan daripada kita - terutamanya yang berblog dalam bahasa melayu - mempunyai jumlah trafik yang agak rendah. Apatah lagi jika blog itu baru dibina kurang dari 6 bulan.. Tentu belum mampu untuk mendapatkan kunjungan sehingga puluhan ribuan pelawat setiap hari (ehemmm.. betulkan saya jika saya tersalah!). Tetapi dalam masa yang sama tentu saja kita cemburu dengan blog-blog lain yang telah pun beroperasi secara percuma - malahan mungkin menguntungkan kerana mereka menerima penajaan..

Nah.. sekarang ada alternatif untuk blog bertrafik rendah. Saya tidak pasti berapa rendah yang mereka maksudkan tetapi kabarnya Advertlets akan melancarkan format iklan yang baru, yang tidak sensitif kepada trafik, jadi ianya bermanfaat kepada blog dengan trafik yang rendah. Namun ianya terlalu subjektif, kerana di mana yang ada tertulis berapa jumlah sebenarnya trafik yang rendah, dan berapa jumlah trafik yang tinggi? Adakah sehingga anda mencapai jumlah pelawat 10,000 orang setiap hari baru anda dikategorikan tinggi? Bagaimana pula kalau pelawat blog anda hanyalah 1 - 10 orang setiap hari? Ya, saya pasti itu kategori rendah.. tetapi adakah Advertlets tetap akan menerima dan meletakkan iklan di blog bertrafik serendah ini?

Advertlets Premium Factor

Saya sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Advertlets. Blog ini misalnya, mungkin tidak menerima ribuan (bahkan belum mencapai ratusan pun) pengunjung unik sehari. Tetapi, saya pasti yang 25% hingga 35% pengunjung blog ini adalah pengunjung berulang atau lebih baik saya katakan sebagai pembaca setia. Sebahagian daripada anda melawat blog ini setiap hari (sebab itu saya pastikan ada post baru untuk anda setiap hari), manakala sebahagian daripada anda lagi melawat blog ini 3-4 kali seminggu. Hmmm.. rasanya ada juga yang melawat blog ini lebih dari sekali setiap hari.. :twisted: Dah tentu saja saya.. Oppss.. saya telah banned IP saya dari kiraan statistik blog ini..

Seperti yang kita tahu, pembaca setia sebegini lebih mempercayai blogger tersebut. Dan seseorang hanya akan membeli dari orang yang dipercayainya. Jadi, sesuai sangatlah jika iklan tertentu diletakkan diblog dengan pembaca setia yang ramai berbanding dengan trafik yang tinggi - kebanyakannya mungkin datang dari search engine. Bagaimanapun Advertlets tidak menyatakan bagaimana mereka menentukan Premium Factors mereka. Saya agak jika mereka tidak menggunakan cookies statistics untuk mengesan returning visitors, mungkin mereka membuat lawatan manual ke setiap blog dan menilai komunikasi antara blogger dan pembaca blog (berdasarkan komen). Nahhh.. itu mungkin melibatkan banyak kerja bagi mereka.. Dan mungkin juga mereka mengambilkira faktor Google PR.. :twisted:

Semua Blog Yang Layak Dan Memasang Kod Advertlets Akan Menerima Iklan Mulai 24 Mei 2007

Ya.. Anda membacanya dengan betul. Advertlets kata SEMUA blog yang layak.. Siapa yang tidak layak? Blog-blog spam, blog hasutan (biasanya blog politik) dan blog yang telah ditandakan oleh Advertlets sebagai tidak layak.. Jadi, jika blog anda tidak termasuk dalam kategori tersebut, pastikan yang anda telah memasang kod Advertlets di blog anda dan mengisi butiran pembayaran anda dalam akaun. Walaupun anda belum mencukupi 50 jawapan poll tersebut. Opppss.. biar saya beritahu anda satu rahsia.. Saya juga belum cukup 50 jawapan polls tersebut, tetapi anda lihat yang iklan Adverlets telah dipamerkan di blog ini bukan?

Sistem Support Advertlets

Saya tidak perasan pula yang selama ini Advertlets tidak ada sistem support. Anda perasan? Baru-baru ini saya telah mendapati saya tidak dapat login ke akaun Advertlets saya. Ntah kenapa saya tak tahulah.. Jadi saya telah menghantar e-mail kepada Josh Lim bertanyakan jika mereka ada melakukan sesuatu kepada akaun saya. :twisted: Saya telah mendaftar satu lagi akaun untuk blog saya yang lain, kerana pada masa ini Advertlets tidak menyokong akaun dengan 2 atau lebih blog. Dan saya menerima jawapan dari Advertlets, agak cepat.. Tak sampaipun 24 jam. Bagaimanapun langkah mereka melancarkan support system yang baru amat bagus kerana sekaligus ia membina kredibiliti mereka sebagai professional advertising network.

Lebih Tinggi Iklan Anda, Lebih Tinggi Bayarannya

Nah.. Balik semula ke blog anda dan lihat di mana anda letakkan kod Advertlets.. Adakah anda melihat kod itu sebaik saja blog anda dibuka? Atau anda perlu scroll ke bawah baru anda boleh nampak? Mana-mana pengiklan pun mahukan iklannya nampak dengan jelas. Jadi, jika anda nak lebih banyak iklan, lebih banyak bayaran.. Korbankan sedikit sidebar anda dan letakkan kod Advertlets di bahagian atas sekali. Ianya lebih baik daripada anda meletakkan statistik pengunjung blog anda. :twisted:

Saya ada juga melihat beberapa blog yang meletakkan kod iklan ini di atas header blog.. Hmmm.. Maafkan saya.. Tetapi saya rasa selain daripada ianya agak keterlaluan, ianya juga mencacatkan pemandangan. :mrgreen: Kita tak mahu pembaca merasakan yang kita terlalu mementingkan iklan daripada nilai untuk pembaca. Betul tak? Saya harap anda tidak merasakan yang saya terlalu mementingkan wang untuk blog ini. Saya lebih suka jika ianya dianggap sebagai win-win situation. Saya berkongsi dengan anda maklumat yang berguna supaya anda dapat manfaatnya. Dan saya juga menerima bayaran supaya saya boleh meneruskan usaha saya mencari maklumat-maklumat berguna untuk anda. :twisted:

OK, jadi sekali lagi saya beritahu anda 5 sebab kenapa anda nak letakkan iklan Advertlets di blog anda:

  1. Advertlets menyediakan format iklan untuk blog bertrafik rendah
  2. Advertlets menggunakan Premium Factors untuk menentukan bayaran kepada blogger yang ianya berdasarkan kepada nilai pembaca anda
  3. SEMUA blog yang layak akan menerima iklan mulai 24 Mei 2007 - Jadi, pasang cepat!
  4. Advertlets akan melancarkan sistem support yang lebih baik untuk kemudahan blogger
  5. Lebih tinggi anda letak iklan Advertlets, lebih tinggi mereka akan membayar anda..

P.S.: I am looking for an Illustrator to JV on my e-book project. Check out the details at Forum KelasEnglish.com

Comments

RSS feed | Trackback URI

8 Comments »

Comment by ktom
2007-05-21 00:34:35

Cikgu, terima kasih byk2 kerana berkongsi ilmu disini. Sebelum ni blur sangat ttg advertlets ni tp sekarang dah tahu ler….informasi yg jelas. Tq

————————–
Azleen: Sama-sama..

 
Comment by mohdismail
2007-05-21 13:56:30

Advertlets Rocks!

ha ha

—————————
Azleen: Yup..

 
Comment by azwanhadzree
2007-05-22 21:52:06

Saya pun tak letak iklan lagi di blog saya. mungkin letak advertlets kut. thanks.

———————-
Azleen: Cubalah.. Nanti saya nak tanya Advertlets, ada komisen tak untuk referral.. :twisted:

 
Comment by yattie
2007-05-25 02:57:53

cikgu,mcm mana nak letak iklan tu?
saya baru buat blog mlm td..confuse sket la:(

————————
Azleen: Iklan advertlets tuh ke? Masukkan aje coding advertlets tuh ke dalam template.. Tapi kat blogspot payah sikit.. 1) Saya tak tahu macamana nak masukkan iklan ke tengah2 post.. sebab coding blogger lain sket dari wordpress.. Rasanya Yattie cuba tanya ngan RajaBlog sebab rajablog ni teror sket psl template blogger.. Dan yang keduanya adalah since baru mula buat blog malam tadi, saya tengok dah kat blog yattie tuh.. Macam saya kata, selesaikan satu perkara dalam satu masa.. Blogging ni ada banyak benda.. walaupun saya dah blogging sejak 2001, tapi setiap hari ada benda baru yang nak dipelajari.. So, jangan kalut.. Kalau rasa blog anda tak menarik, improve sket-sket.. Kadang-kadang bila kita terlalu nak cepat, sampaikan banyak pulak benda tertinggal.. rugi plak nanti ya!

 
Comment by yattie
2007-05-26 04:08:27

wihiihiii…cikgu..nampaknya saya baca reply komen cikgu lepas saya letak iklan tu kat blog saya..ehe..
xper2..saya akan cari idea lagi mcm mana nak improvekan blog saya.satu kerja dah selesai.
cuma ada yg sy kurang phm sket yg kat dashboard advertlets sy..

XX Filled in personal & payment details
OK Code installed on blog
XX Demographics Poll 50 more needed

sy nk tau personal&payment details tu nk buat mcm mana?

hrp cikgu bg tunjuk ajar…

dan,nk dapatkan 50more polls tu mcm mana?

——————————
Azleen: Personal & Payment details tuh awak kena isikan.. Kalau tak, dia nak bayar camne ye? Pergi kat Profile dan isikan maklumat yang diminta.. Poll tuh pulak, nanti kalau ada visitor ke blog awak, dia akan isikan poll tuh.. Cuma skrang ni ada konfius sket kat advertlets, sebab dorang ada jugak sediakan code untuk tanpa polls kan? Kalau ada benda yang tak faham, saya suggest awak kontek sendiri Joshua Lim tokei Advertlets tuh lalu blog dia.. Selalunya, cepat dia akan reply!!

 
Comment by AMZAR
2007-10-24 15:24:56

CODENYER APER?CODE NAK SIARKAN IKLAN DALAM BLOG?

Comment by Cikgu Azleen
2007-11-06 22:07:58

Codenya kenalah dapatkan daripada advertlets ya!

 
 
Comment by JimieRay
2007-11-04 16:32:30

Assalamualaikum cikgu, Pkbr?

Saya beru jer berjinak dgn iklan Advertlets ni. Hari ni saya tgk kat blog saya di ruagangan iklan Advertlets terpapar ayat ini :

Your domain in your profile doesnt match . Please update your domain profile in our blog manager section
Warning: Cannot modify header information - headers already sent by (output started at /home/advertlets/domains/advertlets.com/public_html/apps/adl-app/ads.php:111) in /home/advertlets/domains/advertlets.com/public_html/apps/adl

Kat maner yang saya perlu update sebenarnyer?

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.