Selamat Tahun Baru 2008 - Apa yang saya ingin lakukan tahun ini?

January 1, 2008 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Ya, selamat tahun baru 2008 buat semua pembaca yang saya hormati.. Terima kasih kerana masih lagi setia membaca post-post yang saya karang, walaupun saya tahu ada sebahagian daripadanya anda tidak suka.. Huhu… Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat buat anda dan keluarga..

Saya pasti ada ramai blogger yang akan bercerita kepada anda tentang azam.. Dan buat sekian kalinya, saya juga pasti yang anda semua juga tahu apakah kepentingannya berazam..

Justeru, saya tidak mahu bertanya kepada anda apakah azam anda.. Sebaliknya saya ingin berkongsi dengan anda, apakah yang ingin saya lakukan sepanjang tahun-tahun yang akan datang ini..

  1. Dalam tahun ini, saya ingin pastikan saya mendapat distinction untuk KPLI saya yang akan berakhir pada bulan Jun 2008 ini.. Kenapa distinction, cukup makan pun dah OK apa? Ehem.. kerana saya dengar KPM selalu utamakan posting bagi mereka yang memperolehi distinction.. Saya tak nak duduk terperap di rumah lama-lama menanti posting… Lagipun, alang-alang belajar, biar dapat cemerlang, ya tak? Dan lebih penting lagi, manalah tahu suatu hari nanti saya ingin menjadi pensyarah, saya perlukan distinction untuk menjadi pensyarah di IPG..
  2. Saya ingin mengurangkan 5kg setiap bulan sepanjang tahun ini.. Untuk mencapai sasaran ini, saya mahu menambahkan frekuensi senaman saya kepada 1 jam setiap 2 hari bagi aktiviti jogging/ brisk walk dan 15 minit setiap hari untuk membuat regangan. Mungkin juga saya boleh gantikan aktiviti jogging itu dengan menari atau aerobic. Rasa macam lebih menarik.
  3. Saya ingin mendapatkan cahaya mata. Saya akan menjalani pemeriksaan doktor di hospital dan saya juga ingin mendapatkan seorang anak angkat..
  4. Saya ingin menerbitkan satu e-book.. Tajuknya sudah ada, tetapi biarlah rahsia.. Ewah.. ni bukan kisah cinta Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K lah.. Oh ya, saya beberapa kali terdengar DJ radio menyebut Datin Seri Siti Nurhaliza.. Apa Datuk K sudah dapat Datuk Seri ke?
  5. Saya ingin bercuti di Sarawak selama 5 hari 4 malam bersama suami tercinta..
  6. Saya ingin mempunyai satu video recorder sebab saya nak buat video blog pulak.. Seronoklah.. Kebanyakan gambar dan kisah percutian saya di Perak, saya paparkan dalam bentuk video.. Saya rasa jauh lebih menarik untuk anda tatapi berbanding dari anda membaca apa yang saya tuliskan.. Betul tak?
  7. Saya ingin memahirkan diri bermain keyboard.. Oleh kerana saya tidak menghadiri kelas muzik formal, saya rasa saya akan mengukur kemahiran saya berdasarkan lagu yang saya boleh mainkan.. Hmmm.. Minuet mungkin?

Buat masa ini, itu sajalah senarai jangka pendek saya.. Dari masa ke masa saya akan update tentang pencapaian saya.. Saya amat berbesar hati jika anda juga sudi kongsikan keinginan anda.. Mana tahu, saya mungkin mampu membantu anda menunaikan impian anda…

Comments

RSS feed | Trackback URI

34 Comments »

Comment by zaki blogjer
2008-01-01 11:14:18

Semoga cikgu dpt mencapai sasaran utk kurangkan berat bdn dan dpt cahaya mata. Tapi baik cikgu tangguhkan dulu hasrat nk kurangkan berat badan, nnti klu pregnant, naik balik

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 17:56:10

:D Saya rasa ianya macam kisah telur dan ayam.. Sukar pregrant sebab gemuk atau gemuk sebab sukar pregnant.. Doktor pun pening..

Kena kurangkan berat badan dulu sebab buat masa 6 bulan akan datang ni tak boleh pregnant..

Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2008-01-01 18:23:38

Accountability check.

Dah buat vision board ke belum?

Visualize berapa kali dalam sehari?

:P

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-04 15:47:10

Belum.. Ya tak ya… terima kasih kerana mengingatkan saya.. Sekarang juga saya buat!

 
 
 
 
Comment by zool
2008-01-01 11:38:34

Hm okay ada azam ni..
cuma azam berat badan tu agak confuse..
5 kg setiap bulan?? 5 x 12 = 60 kg..
Maksudnya cikgu akan mengurangkan berat badan sebanyak 60 kg… sekarang berapa berat badan cikgu??? 60 kg ni dah kira berat average saya nie….
Semoga azam berjaya dicapai juga…

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 17:57:45
 
 
Comment by megat
2008-01-01 12:16:37

Azam 2008 cikgu. Menarik dan teratur.

Adanya azam beserta semangat yang tinggi, insya allah azam cikgu akan tercapai.

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 17:58:06

InsyaAllah..

 
 
Comment by Paypal2u Bloggers
2008-01-01 12:50:10

Bagus… teruskan semua usaha anda…

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 17:58:21

Terima kasih

 
 
Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2008-01-01 16:25:17

Wah, bukan main besarnya impian dan azam Cikgu Azleen.

Tak sabar-sabar nak tengok video Cikgu Azleen main minuet. Apa kata tambah Symphony No.5 dan Fur Elise karya Beethoven serta Ballade Pour Adeline karya Richard Clayderman? :)

Mesti menarik, bukan?

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 18:01:04

Huhu.. Main lagu apa pun, kalau sebelah kanan saja, tak ada masalah.. Bila masuk jer tangan kiri, tuh yang terusssss jadik kura-kura.. Minuet sekarang ni baru bahagian pertama, tuh pun masih lagi speed kerbau kot.. Baru tengok skor Fur Elise pun dah rasa macam nak pengsan..

InsyaAllah.. Nanti bila berjaya boleh dipaparkan..

Comment by Raymond Subscribed to comments via email
2008-01-01 18:21:24

Kawan saya yang tahu main Fur Elise tu kata senang je pasal ia berulang-ulang. :)

Benar ke tidak, tak tahulah. :)

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-02 13:48:46

Mungkinlah agaknya.. Tapi disebabkan pergerakan tangan kiri dan kanan yang sama laju.. Tuh yang macam susah jer..

 
 
 
 
Comment by flowergirl
2008-01-01 16:27:09

Wah wah wah… besh betul la tengok cikgu punya azam tahu baru. Pasti semuanya boleh tercapai. Saya ucapkan tahniah in advance…

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 18:01:47

Wah wah. tahniah in advance.. Takde duit raya in advance ke?

Anyway, terima kasih..

 
 
Comment by Paypal2u Bloggers
2008-01-01 17:24:05

hehehe… azam azam jugak… yang tahun lepas punya dah setel ker?

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-01 18:02:25

Sebahagian besar darinya sudah.. Yang belum cuma satu.. Dan dibawa ke tahun ini.. :D

 
 
Comment by me yginsaf
2008-01-01 17:55:05

pasal videoblog.. me dulu memang giler video, banyak video sudah me buat.. me rekod, simpan dalam vcd atau dvd..

tp masalahnya, time consuming nak wat video itu.. i need to spend the whole weekends just to convert and edit the video..

dan nak update videoblog, me rasa x ramai yg nk tengok video kita yg ambil masa berjam2 kan 3x..

anyway goodluck to u akak, moga berjaya dgn apa yg diusahakan..

p/s: la ni me minat photography, memang giler.. ehehe, singgahlah blog me yg itu..

Comment by flowergirl
2008-01-01 19:28:52

Jadi la a decent pro videographer. At least amik wedding. Then u’ll find it worthwhile, cos people pay. Money is the best motivation you know. Even cikgu azleen wont do this blog if it not because of money. And I bet she’s getting a camcorder to get more money from blogging.

But of course if you’ve done some xxx video all these while, insaf is indeed good for you.

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-02 13:54:30

Haha.. Macam tau tau jer flowergirl..

Comment by flowergirl
2008-01-02 17:09:07

La, kan motto cikgu learning english TO MAKE MONEY ONLINE. Mana bleh tak tau…heheheheh

 
 
 
Comment by Cikgu Azleen
2008-01-02 13:51:23

Ya ke kena convert? Kalau guna DVD camcorder kena convert juga ke? Saya plan nak beli DVD camcorder atau nak cari yang memang store in digital form. Adakan?

Kalau kita buat video blog berjam-jam memanglah agaknya takde sapa nak tengok.. Buat pendek2 jer.. 3-4 minit setiap satunya.. InsyaAllah..

 
 
Comment by Paypal2u Bloggers
2008-01-02 11:05:07

Gua cadang tahun 2008 nie.. gua nak perbanyakkan stock photo collection gua… Tahun nie gua nak tangkap banyak still photo yang menarik-menarik… hehehe

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-02 13:52:26

Bagus tuh,, Selamat berjaya..

 
 
Comment by azwanhadzree Subscribed to comments via email
2008-01-02 22:58:51

Selamat tahun baru cikgu, semoga tercapai semuanya

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-04 15:46:07

Selamat tahun baru juga azwan.. dan terima kasih..

 
 
2008-01-03 03:30:47

wow…quite interesting list terutama yang nak turunkan 5 kilos tu. Leh belajar ngan cikgu seem saya pun makin “sihat”, haha..

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-04 15:45:41

Hahaha.. Selepas saya berjaya nanti saya akan kongsikan.. huhu..

 
 
2008-01-03 09:59:25

[...] : Ramai yang nak tingkatkan kesihatan tahun ni. Antaranya yang saya dah baca ialah CIkgu Azleen, Nazha Secret , dan ramai lagi. Saya pasti EBook ini akan menyuntik semangat yang lebih tinggi [...]

 
2008-01-03 10:00:47

[...] : Ramai yang nak tingkatkan kesihatan tahun ni. Antaranya yang saya dah baca ialah CIkgu Azleen, Nazha Secret , dan ramai lagi. Saya pasti EBook ini akan menyuntik semangat yang lebih tinggi [...]

 
Comment by sutiman
2008-01-04 10:34:41

Saya ucapakan tahniah terlebih dahulu kerana berazam kurangkan berat badan sebanyak 5 kilogram sebulan. Itu azam yang logiknya boleh dibuat tapi realitinya tak pasti lagi.

Sebabnya dibulan puasa tahun 2007, saya cuma dapat kurangkan berat badan sebanyak 2.35 kilogram sahaja. Macamana???

Walau macamana pun, go ahead. Jangan putus asa. OK?

Comment by Cikgu Azleen
2008-01-04 15:45:08

Terima kasih atas galakan ada itu..

 
 
2008-02-11 08:47:55

[...] Selamat Tahun Baru 2008 - Apa yang saya ingin lakukan tahun ini? [...]

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.