Pemeriksaan Ibu Mengandung Di Klinik Kerajaan

Salam ceria,

Masa saya mula-mula mengandung tempoh hari, memang pertama sekali saya buat pemeriksaan dengan Dr Tokha.. Selepas 3 bulan, barulah saya pergi ke Klinik Kerajaan kerana keluarga dan saudara mara saya ramai yang buat pemeriksaan di KK saja..

Kata mereka OK saja buat pemeriksaan di KK.. Kalau tak mahu tunggu lama, datang awal-awal sebelum klinik di buka.. InsyaAllah sekejap saja dah selesai..

Hakikatnya, keadaan kami mungkin tak sama.. Maksud saya keadaan kesihatan kami mungkin tak sama.. Dan mungkin juga kerana kami tidak pergi ke klinik yang sama..

Walaupun sama-sama KK di bawah Kementerian Kesihatan, tetapi pengurusan mungkin tidak sama cekap dan sistematiknya..

Selepas 3 bulan menjalani pemeriksaan di KK, ianya cukup membuatkan saya tertekan..

Kalau saya tiba pukul 9 pagi, saya akan habis sekitar pukul 1.00 tengah hari..

Jadi, saya cuba pergi awal sedikit.. Pergi pukul 8, habis sekitar pukul 12.30 juga..

Ada sekali tuh, saya tiba sebelum klinik di buka.. Siap beratus 15 minit lagi kat luar klinik tuh.. Saya tetap keluar dari klinik hampir pukul 1.00..

Sebabnya?

Buku rekod ibu mengandung salinan KK tidak ditemui dan mereka berkeras nak cari juga buku tuh.. Kononnya lah.. Sampai biarkan saya menunggu hampir 2 jam..

Akhirnya tak juga jumpa dan pakai kertas.. Bila jumpa dengan SN yang buat pemeriksaan pulak, dia tak puas hati bila tak ada buku, dia bangun dan pergi cari..

Tak sampai 5 minit, ada pun buku tuh..

Alahai… Tak tahu nak cakap macamana..

Hari ni pulak betul-betul membuatkan saya kata “Cukuplah!”..

Sepatutnya hari ini saya dijadualkan berjumpa dengan doktor pakar.. Ini sebabnya adalah kerana saya ada GDM..

Sudahlah hari jumaat yang lepas saya berulang-alik 4 kali sehari ke KK semata-mata nak buat BSP..

Akhirnya hari ni rupanya pakar bercuti.. Dan saya jumpalah doktor (MO)..

Doktor tuh bleh tanya saya kenapa saya kena jumpa pakar?

Saya kena buat pemeriksaan sendiri ke? ADuhaii..

Lepas tuh, dia bagitahu sebenarnya GDM kalau tidak menggunakan insulin tak perlu pun jumpa pakar.. Tunggu 9 bulan baru jumpa pakar..

Aduiii.. Serabut betul lah..

Sudahlah begitu, analisis darah yang dibuat pada bulan 1 pulak bleh hilang.. Dan saya disuruh datang lagi ke klinik pada esok hari untuk mengambil darah sekali lagi..

Hari Khamis kena datang lagi, untuk pemeriksaan gigi.. Hari Isnin depan kena buat BSP lagi.. Dan hari Rabu pula datang untuk berjumpa MO..

Setiap kali datang, habis masa saya selama 4-5 jam.. Kadang-kadang lebih daripada itu..

Memanglah saya cukup memahami bahawa mereka ada pelanggan yang ramai.. Dan disebabkan pelanggan mereka ramai lah maka saya rasa mereka patut faham bahawa mereka sepatutnya bekerja dengan lebih cekap dan sistematik..

Analisis darah boleh hilang.. Itu bukan perkara kecil.. Kalau darah pun boleh hilang, entah apa lagi yang hilang saya pun tak tahu..

Dan saya buat keputusan tak mahu lagi pergi buat pemeriksaan di KK selepas ini.. Setiap kali pergi, menunggu punyalah lama, buat BP saya naik sangat tinggi..

Lepas tuh, boleh pula salah rujuk doktor.. Boleh pulak lagi analisis darah hilang..

Lama-lama saya pun tak tahu apa jadi dengan saya..

Lagipun, masalah GDM saya tidak juga mereka selesaikan.. Cuma buat pemeriksaan dan analisis yang saya rasa terlalu kerap, tetapi tiada jalan penyelesaian..

Percayalah, kalau saya makan ikut apa yang dietition HSI beri pada saya, gula darah saya pasti lebih tinggi daripada sekarang..

Nak tunggu apa lagi kan?

Bagaimanapun, ini mungkin kes terpencil saya.. Ada ramai orang yang saya kenal amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang mereka terima di KK..

Tapi bagi saya, cukuplah setakat ini..

Nanti elok-elok saya sebenarnya sihat, jatuh sakit pulak sebab asyik berulang ke klinik.. Klinik tuh dahlah tempat berkumpul ramai orang sakit kan..

Chiow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
5 comments
Yasyas
Yasyas

Aah..saya pun ada prob yg sama dgn KKIK ni...tggu bukan main lama tp setakat nak amik timbang berat je...menyusahlan betul..kad saya pun pernah hilang..last2 pakai kertas je..and satu lagi kenape diaorg take time bila buat pemeriksaan..diaorg kena tulis 2 buah buku remarks yg diaorg tulis tu..kenapa tak pakai kertas karbon instead of salin balik apa diaorg tulis kat buku kita?keja mmg tak sistematik..sy penah pegi KK balik almost 6pm..tak gila ke saya d buat nya....last2 sy boikot KK...sbb beranak pun saya kat private..jd baik pegi klinik private..sy skip appt kat KK and diaorg asyik call je tanya kenapa nak dtg...ingin sy nak ckp diaorg keja x sistematik and keja mcm tggu ms nak balik je...bukan nye saya nak tolak servis kerajaan tp pekerja tu tak pandai buat keja..nak reg buku baru pun amik masa 40 mins. mmg menyusahakn ibu mengandung...

LeeN
LeeN

salam.... (^_^)

saya baru confirm pregnant. cumanya belum lagi pergi buat kad atau apa2 di mana-mana klinik. ikut dua orang anak b4 ni, mmg ke klinik kesihatan sahaja. cumanya, kan selalunya kene tunggu 3 bulan baru diorang nak layan. kdg2 rasa mcm sistem SEMUA klinik kesihatan tu tak selaras. ada yang terima je org baru pregnant terus bagi supplement n next check up. ada yang soh balik, bila umo kandungan 3 bulan baru dtg balik. pastu soh balik tanpa apa2 supplement. pelik kan. berbagai2.

utk kes yg macam sis cerita ni. mmg kdg2 ada klinik yang menyakitkan hati. contohnya klinik desa area saya ni. asik hilang buku pastu cari tak jumpa. last2 kan sis, saya pergi daftar area lain. bukan klinik desa tapi klinik kesihatan besar. saya cakap reasonnya perkhidmatan diorang tak bagus. bayangkan? time anak punya checkup dia tgk gitu2 takde tanya apa pun. benci saya.

pada sayalah. gomen kena ada peti aduan la untuk setiap klinik kesihatan. supaya kita boleh jaga diri kita dan dapat servis elok sikit. tak ada double standard.

saifudin gombak
saifudin gombak

saya td baru je nak buka Buku Merah utk wife saye yg beru positif pregnant. Tapi masa time lunch, bila saya tanya misi tu ckp tmpt saya kena buka di Klinik Desa, seolah-olah nak tolak keja. senang je dia nak suruh saya pi klinik desatu tanpa appreciate minyak yg semakin mahal ni. patut la bnyk hospital private. mmg patut pon ada dgn keadaan perawat sendri yg tak mahu merawat pesakit...

cikguazleen
cikguazleen

rasanya memang ada peti aduan.. tapi diorang tak letak di tempat yang mudah kita nampak kot..

Nor Azleen Abd Rahim
Nor Azleen Abd Rahim

Ya, memang biasanya dia akan ikut alamat rumah kita.. Tapi kadang2 boleh juga ikut alamat tempat kerja..

Powered by WordPress. Designed by Woo Themes