Tip Hamil: Tentukan Masa Subur Anda

Dalam post yang lepas, saya telah memberitahu anda bagaimana saya menentukan sela masa haid saya.. Ada yang bertanya mengapa penting untuk mengetahui sela masa haid..

Ianya penting kerana melalui sela masa haid yang tepat, anda boleh menentukan masa subur dengan lebih tepat..

Kenapa pula kena tahu masa subur?

Yalah, supaya anda boleh mengoptimumkan masa untuk bersama suami dan tidaklah usaha itu sia-sia begitu saja.. Hehehe..

Waktu subur dikira dalam masa 14 hari sebelum hari pertama haid anda..

Saya ulang semula..

Waktu subur dikira dalam masa 14 hari sebelum hari pertama haid anda..

Baca betul-betul ya..

Ramai yang menganggap waktu subur mereka adalah hari ke-14 haid.. Sangat berbeza tu maknanya dengan 14 hari sebelum hari pertama haid anda..

Maknanya, kita cuma boleh mengagak saja waktu subur tetapi tidak boleh menentukannya dengan tepat..

Sebab itulah anda perlu mencatatkan sela masa haid anda sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum boleh menentukan masa subur dengan lebih tepat..

Saya sendiri mengambil masa 3 tahun kan.. Kerana bagi mereka yang haid tidak teratur seperti saya, lebih sukar nak tentukan masa subur dengan tepat..

Jadi, saya ulang semula langkah yang perlu dilakukan:

1. Tentukan sela masa haid anda – 28, 32, 35 atau 60 hari?

2. Tentukan masa subur anda – 14 hari sebelum hari pertama haid anda yang berikutnya…

Kalau sudah dapat masa subur ni, nak buat apa ya?

Aduh, saya harap tidak ada sesiapa yang akan bertanya soalan itu kepada saya.. Hahaha..

Tetapi jika ada yang was-was, maksimumkan masa anda bersama suami di antara 5 hari sebelum dan 5 hari selepas dari masa subur anda..

Kalau diikutkan sebenarnya cara ini juga digunakan untuk menentukan jantina bayi anda.. Tetapi oleh kerana bagi saya yang lama berusaha untuk mendapatkan zuriat, tidak kira apa jantina yang anugerahkan saya akan terima dengan hati terbuka..

Yang utamanya dapat dulu kan.. Lelaki atau perempuan cerita kemudian.. Hehehe..

Sebenarnya ada juga beberapa cara lain untuk menentukan masa subur ini dan juga saya gunakan untuk menentukannya dengan lebih tepat, tetapi akan saya kongsikan dalam post yang akan datang pula nanti ya..

Chiaow!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
4 comments
ZanaAzim
ZanaAzim

salam .. saye knfius lah mcm mne nak  tau  hari subur ni, mula dri pada hari petame kte uzur o sebelum hari ptame kte uzur ??

jue
jue

mcm mana sy nak tau time subur n period sy tiap2 bulan xteratur...sy blm ada anak lg.

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

 @ZanaAzim Seperti yang saya nyatakan di atas, hari subur adalah 14 hari SEBELUM hari pertama period. Sebabnya telur yang matang, jika tidak disenyawakan dalam tempoh 14 hari akan keluar sebagai period..

CikguAzleen
CikguAzleen moderator

Mulakan dengan menandakan waktu anda period setiap bulan..