Promosi Blog Dengan Trackback!

September 22, 2007 by Cikgu Azleen  
Filed under News

Kalau anda menulis blog sekadar sebagai jurnal peribadi yang menceritakan kisah cinta anda, maka promosi bukanlah perkara utama dalam senarai kerja harian anda. Kecualilah jika anda nak mengisytiharkan ke seantero dunia akan kisah cinta anda.. Hmmm.. Saya rasa agak romantik juga idea ini jika anda cuba menggunakan blog untuk propose teman wanita anda sebagai isteri.. :twisted: Tetapi jangan sampai melupakan peraturan agama dan adat resam budaya kita pula ya!

OK, bagi semua blog lain yang inginkan pelawat ke blog anda, promosi adalah perkara yang sangat penting. Pentingnya membuat promosi sehinggakan jika anda baca semua senarai perkara yang dilakukan untuk membina blog, langkah promosi akan diulang tiga kali atau lebih..

Promosi! Promosi! Promosi!

Yalah, kalau anda tak buat promosi secara sistematik dan konsisten, macamana blog anda nak popular? Betul tak?

Sebenarnya, ada banyak teknik promosi yang boleh anda lakukan.. Ada yang percuma dan ada yang berbayar.. Ada yang mengambil masa yang lama, dan ada yang mengambil masa sekejap (maksud saya promosi itu boleh dilakukan dalam masa yang pendek).. Ada yang boleh dilakukan secara online dan ada juga yang boleh dilakukan secara offline.. Pendek kata, bagaimana anda nak mempromosikan blog anda, bergantung kepada kekreatifan anda..

Anyway, kali ini saya nak beri peluang kepada anda untuk mempromosikan blog anda sendiri di blog ini.

Bagaimana? Tak percaya?

Tidak, anda tidak dikenakan sebarang bayaran.. Malahan saya yakin yang promosi ini juga akan memberi faedah kepada blog anda..

Nak tahu caranya?

Mudah saja.. Anda pilih artikel-artikel yang ada di blog ini, yang pada anda menarik hati anda serta mengandungi maklumat berguna yang sesuai dikongsikan dengan pembaca blog anda.. Kemudian, anda pergi ke blog anda, tulis sesuatu yang berkaitan dengan topik artikel menarik di blog ini.. Dan letakkan satu link ke artikel di blog ini..

Nah… Itu dipanggil TRACKBACK!

Kemudian, kalau anda pergi semula ke artikel di blog ini, anda akan dapati di bahagian komen akan ada link ke artikel di blog anda.. Maknanya trackback tadi telah berjaya.. Jadi kalau ada pembaca blog saya ini yang menulis komen dan terpandang trackback yang anda buat, kemungkinan besar, jika tajuknya relevan, pembaca blog ini juga akan ke blog anda..

OK, itu sudah satu promosi untuk anda.. Tapi saya ada sesuatu yang lebih hebat dari ini..

Jika anda lihat di bahagian sidebar blog ini.. Scroll ke bawah dan tengok di ruangan Roll of Honours.. Anda tentu dah biasa dengan Top Commentators kan? Di bawah Top Commentators, saya telah letakkan Top Trackbackers.. Nah.. Fungsinya lebih kurang sama dengan Top Commentators, tapi Top Trackbackers akan meletakkan link ke blog lain yang paling banyak membuat trackback ke blog ini..

Buat masa ini, tempat teratas dimiliki oleh abdfatah.com .. Tapi beliau ada 3 saja trackback.. Nah, dengan mudah anda boleh potong tempat beliau ni..

Jadi tunggu apa lagi.. Mulakan promosi blog anda dengan membuat trackback ke blog ini dan rebutlah peluang menjadi Top Trackbackers!

P.S.: Macam biasa, Top Trackbackers juga akan disenaraikan dalam Roundup Post setiap bulan..

P.P.S.: Plugin Top Trackbackers ini ditulis oleh MichaelWales.

Comments

RSS feed | Trackback URI

34 Comments »

Comment by Raymond
2007-09-22 23:50:29

PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!

Macam pernah baca tu!

Entah kat buku “Rahsia Jutawan Internet Terbongkar” atau “Klik Untuk Kaya” :)

Bagusnya tips ini. Boleh tunjukkan laman pluginnya tak? :)

Comment by Cikgu Azleen
2007-09-24 21:32:54

Laman pluginnya ada kat atas, bahagian P.P.S.

 
 
Comment by megat
2007-09-23 16:31:06

thanks 4 d info!

lagi tips tuk wat duit ;)

 
Comment by Paypal2u Bloggers
2007-09-23 22:38:48

Promotion is my “virtual” middle name… hahaha

Comment by Cikgu Azleen
2007-09-24 21:37:05
 
 
Comment by zool
2007-09-24 16:38:14

Kadang-kadang ada gak buat camtu…
ada keberkesanannya jugak.

Comment by Cikgu Azleen
2007-09-24 21:51:00

Ya.. Ada banyak kebaikannya kalau kita buat trackback.. So bila lagi nak trackback ke blog ini?

 
 
Comment by flowergirl
2007-09-26 16:18:34

Tak faham le teacher. You mean the tracking back is going to be done by the system ke? That we only have to write some kind of preview to that specific article aje? Or we have to do the script ourself.

Bukan apa I pun berminat jugak kalau boleh get some visitors to visit my newly revitalised http://www.seripengantin.com

Comment by abdfatah
2007-09-28 06:53:30

nanti saya trackback ke gedung pengantin pun ok juga plus trackback cikgu azleen…. miahahahaaa…

 
Comment by Cikgu Azleen
2007-10-01 22:32:26

Hmmm.. Saya tak pastilah plak samada trackback yang dibuat daripada laman bukan blog berfungsi tak? Sebab setakat ini yang saya tahu ianya cuma naik kalau daripada blog ke blog.. Mungkin awak buleh cubalah dan tengok samada ianya berfungsi atau tak..

 
 
Comment by abdfatah
2007-09-26 23:03:59

wahaa… top trackback ke? takpe laa nanti saya akan kekalkan topten tersebut… potong ke tak dapat potong ke tak kira laa… masih tetap tersenarai…

eh trackback tu… buat mingguan ke atau bulanan? kalo mingguan okeh juga… silih berganti. kalo bulanan topten tetap samalah setiap bulan…

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-01 22:39:31

Settingnya last 30 days rasa saya.. Hahaha..

 
 
Comment by Wina
2007-09-27 17:03:18

Salam Leen,

Nak tanya, awak still dok kat Pasir Gudang tu kan?

 
Comment by Wina
2007-09-27 17:06:46

Salam Leen, nak tanya awak dok Pasir Gudang lagi ke dah pindah?

 
Comment by aman
2007-09-28 15:48:07

nanti nak cuba try ar plugin nie.. :D

 
Comment by flowergirl
2007-09-30 14:19:20

Pasir Gudang jauh ke tengah
Taman Rinting campak ke tepi
Cik Wina takut cikgu dah pindah
Dia tanya dua kali…

Terernya aku berpantun… isk isk isk

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-06 22:38:18

Terer sangat.. Raya kat mana ye kali ni??

 
 
2007-09-30 23:15:59

[...] selepas selesai operasi membuat link ke blog artikel tersebut kemudian anda jenguk kembali blog arti… [...]

 
2007-10-01 08:51:19

[...] selepas selesai operasi membuat link ke blog artikel tersebut kemudian anda jenguk kembali blog arti… [...]

 
Comment by flowergirl
2007-10-01 16:45:10

Tinggi-tinggi pohon keladi
Tinggi lagi tiang telekom
Mari-mari klik di sini
http://www.senihias.com

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-01 22:37:39

Hamboih.. Sempat promote ni.. Nak kene potong ni..

Comment by abdfatah
2007-10-02 00:49:07

hahaaa… nampaknya kena buat trackback tu. kena faham betul2 apa itu trackback…

 
 
 
2007-10-01 22:12:59

[...] Promosi Blog Dengan Trackback! [...]

 
Comment by shueqry
2007-10-06 05:15:54

owh, talk about trackback, i have to do it manually on Blogspot.com. nevermind about that, this is a process of learning.

But, usually, readers find trackbacks also useful, provides more info and more free tips to them

.. especially when it comes to self improvement!

hehe :)

- Shueqry -

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-06 22:27:22

Do you mean that Blogspot didn’t detect backtrack?

Comment by shueqry
2007-10-07 08:35:31

yup, i guess so .. wordpress.com can, but blogspot.com cannot.

This is also the same with “tips berkaitan”, i have to type it manually and then linked it manually to my related blog posts ..

a lot of work to do..

- shueqry -

 
 
 
Comment by zaki blogjer
2007-10-06 09:50:56

Nampaksnya saya kena start buat post yg ada kaitan dgn post cikgu supaya boleh buat trackback kemudiannya.

Blog cikgu ni antara penyumbang trafic ke blog saya.

Comment by Cikgu Azleen
2007-10-06 22:34:53

Ya ke? Sama jugaklah.. Ramai juga yang datang ke blog ini dari blog anda..

 
 
Comment by Hamid Subscribed to comments via email
2007-10-19 08:41:37

Alhamdulillah,
sekarang baru tahu macam mana nak guna teknik ni :)

 
Comment by iznan
2007-10-22 12:41:17

minta izin disenaraikan sebagai blog CIkgu CIkgi

 
Comment by cheng
2007-10-29 05:42:17

Big thanx to webmaster!)

 
Comment by Stasigr
2007-10-29 21:23:10

Hello, very nice site, keep up good job!
Admin good, very good.

 
Comment by vikyi
2007-12-22 23:42:52

Nice effect.u

 
Comment by exel
2008-02-16 14:59:34

Nice Post

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Subscribe to comments via email
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.