JimieRay: Saya Ni Bukan Dari Bidang IT Langsung…
April 1, 2007 by Cikgu Azleen
Filed under News
Saya kenal JimieRay ni melalui Forum Support Kit Blogger. Dia adalah salah seorang moderator kat Forum tuh, bersama-sama dengan Kak Tom dan Pak Aen serta beberapa orang lain.
Dalam blognya, beliau ada bercerita tentang bagaimana kawan-kawannya bertanyakan cara dia membuat blog kerana Jimie bukan dari bidang IT. Dia kata dia godek-godek jer nak masuk internet sebab tak ada panduan.
Tapi berjaya juga beliau buat blog sendiri:
… setelah saya beli Pakej Kit Blogger dari SmartZul, inilah hasilnya.. Saya rasa bangga bila perkenalkan weBlog ini kepada kawan-kawan saya..
Dah tentulah bangga kan.. Seorang yang takde latarbelakang IT berjaya membina sendiri website atas namany.. canggih pulak tuh.. kalau anda tak percaya, anda boleh lihat di JimieRay Dot Com..
JimieRay memberikan tips-tips untuk usahawan internet dan usahawan MLM sebenar.. beliau juga dah menerima wang pertamanya dari perniagaan internet yang dijalankan.. Anda bila lagi?
Bagi mereka yang memang expert, mungkin rasa biasa jer blog ni.. lagi terer kalau dapat buat flash etc.. tapi bagi kitorang yang bukan berlatarbelakangkan IT (erm.. saya belajar Remote Sensing, IT gak.. tapi takde belajar buat website!) ni kire dah cukup hebat lah..
Maklumlah bukan semua orang boleh buat website atas nama sendiri..




Thanks cikgu.
Nanti saya belanja cikgu makan nasi kandaq… Huu.huuh..
——————–
Azleen: Oohh.. boleh tukar lain tak? Saya tak suka nasi kandaq.. mee udang ke ok??
wah, saya amat kagum dengan JimieRay !
bersemangat saya baca post ini
thanks kak Azleen
- shueqry -