CikguAzleen.com » azam

Selamat Tahun Baru 2008 – Apa yang saya ingin lakukan tahun ini?
Ya, selamat tahun baru 2008 buat semua pembaca yang saya hormati.. Terima kasih kerana masih lagi setia membaca post-post yang saya karang, walaupun saya tahu ada sebahagian daripadanya anda tidak suka.. Huhu… Semoga tahun baru ini membawa lebih banyak kebaikan dan rahmat buat anda dan keluarga..

Saya pasti ada ramai blogger yang akan bercerita kepada anda tentang azam.. Dan buat sekian kalinya, saya juga pasti yang anda semua juga tahu apakah kepentingannya berazam..

Justeru, saya tidak mahu bertanya kepada anda apakah azam anda.. Sebaliknya saya ingin berkongsi dengan anda, apakah yang ingin saya lakukan sepanjang tahun-tahun yang akan datang ini..

Dalam tahun ini, saya ingin pastikan saya mendapat distinction untuk KPLI saya yang akan berakhir pada bulan Jun 2008 ini.. Kenapa distinction, cukup makan pun dah OK apa? Ehem.. kerana saya dengar KPM selalu utamakan posting bagi mereka yang memperolehi distinction.. Saya tak nak duduk terperap di rumah lama-lama menanti posting… Lagipun, alang-alang belajar, biar dapat cemerlang, ya tak? Dan lebih penting lagi, manalah tahu suatu hari nanti saya ingin menjadi pensyarah, saya perlukan distinction untuk menjadi pensyarah di IPG..

Saya ingin mengurangkan 5kg setiap bulan sepanjang tahun ini.. Untuk mencapai sasaran ini, saya mahu menambahkan frekuensi senaman saya kepada 1 jam setiap 2 hari bagi aktiviti jogging/ brisk walk dan 15 minit setiap hari untuk membuat regangan. Mungkin juga saya boleh gantikan aktiviti jogging itu dengan menari atau aerobic. Rasa macam lebih menarik.

Saya ingin mendapatkan cahaya mata. Saya akan menjalani pemeriksaan doktor di hospital dan saya juga ingin mendapatkan seorang anak angkat..

Saya ingin menerbitkan satu e-book.. Tajuknya sudah ada, tetapi biarlah rahsia.. Ewah.. ni bukan kisah cinta Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K lah.. Oh ya, saya beberapa kali terdengar DJ radio menyebut Datin Seri Siti Nurhaliza.. Apa Datuk K sudah dapat Datuk Seri ke?

Saya ingin bercuti di Sarawak selama 5 hari 4 malam bersama suami tercinta..

Saya ingin mempunyai satu video recorder sebab saya nak buat video blog pulak.. Seronoklah.. Kebanyakan gambar dan kisah percutian saya di Perak, saya paparkan dalam bentuk video.. Saya rasa jauh lebih menarik untuk anda tatapi berbanding dari anda membaca apa yang saya tuliskan.. Betul tak?

Saya ingin memahirkan diri bermain keyboard.. Oleh kerana saya tidak menghadiri kelas muzik formal, saya rasa saya akan mengukur kemahiran saya berdasarkan lagu yang saya boleh mainkan.. Hmmm.. Minuet mungkin?

Buat masa ini, itu sajalah senarai jangka pendek saya.. Dari masa ke masa saya akan update tentang pencapaian saya.. Saya amat berbesar hati jika anda juga sudi kongsikan keinginan anda.. Mana tahu, saya mungkin mampu membantu anda menunaikan impian anda…