Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Posts Tagged ‘bahasa inggeris’

Bangsa Melayu Pupus Jika Pupus Bahasa Melayu

Tajuk hari ni agak konstroversi.. Mesti ramai yang nak marah.. Nanti, jangan marah tak tentu pasal.. Lebih baik anda baca dulu..

Ingat, baca dengan hati dan fahami.. Bukan sekadar baca di mata..

……………………………………………………

Selepas SPM, saya bekerja sambilan di sebuah pasaraya sebagai cashier. Tetapi almaklumlah, dalam syarat pekerjaan di clause terakhir pasti ada “Melaksanakan apa jua arahan majikan dari masa ke masa”. Jadi, salah satu tugas tidak rasmi saya adalah kira stok – tambahan pula saya adalah antara segelintir yang terpelajar dan dipercayai di pasaraya yang sederhana besar saiznya itu..

Suatu hari semasa saya sedang mengira stok…

Jejaka tampan: Assalamualaikum…
Saya: Waalaikumussalam…
Jejaka tampan: Oh, Melayu rupanya.. Ingatkan tuttttttttttt…

Itu bukan kali pertama orang menegur saya begitu.. Seringkali juga kalau ke kedai bukan Melayu, orang akan bertutur bahasa lain dengan saya..

Semasa saya melawat ke Perak tahun lepas, saya berkesempatan merendamkan diri di kolam air panas di Tambun Water World. Sedang saya menikmati pemandangan Tambun yang cantik tuh, seorang kanak-kanak dalam usia 7-8 tahun merapati saya dan berkata sesuatu dalam bahasa bukan Melayu (bukan bahasa Inggeris juga).

Terpaksalah pula saya menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang saya tidak faham bahasa yang beliau tuturkan..

Ini bukanlah luar biasa kerana ibu saya berketurunan Banjar. Orang Banjar ni memang banyak kelihatan seperti Cina.

Apa pulak kaitan cerita ini dengan topik sensasi kita hari ini ya?

Begini, semalam semasa menyemak komen di blog ini – setiap komen pertama akan di-moderate-kan.. Saya membaca komen dari saudara yang mengaku dirinya Anak Melayu. Menarik sungguh komen beliau di post paling popular sepanjang zaman blog CikguAzleen.Com ini iaitu 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran Sains dan Matematik. Anda boleh baca komen beliau melalui gambar di atas atau pergi terus ke komen beliau di link ini: Komen Anak Melayu.

Memandangkan banyak benda yang saya boleh cerita tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan juga bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) saya memutuskan untuk menjawab saja komen beliau melalui posting baru.

Pertamanya, Anak Melayu nak tahu apa komen saya tentang “Pupus bahasa pupuslah bangsa”. Eh, terasa macam selebriti pulak… Hahaha..

No komen… Jawapan standard… Itu kalau selebriti lah.. Oleh sebab saya ni guru, kalau anak murid tanya apapun, kita kena jawab.. So saya jawab ya.. Dengan seberapa daya upaya saya menggunakan bahasa yang halus supaya tidak ada yang terasa.. (Siapa makan cili, dia terasa pedasnya!)

Mari kita lihat dulu apa makna BANGSA.. Sat, saya semak kamus Dewan Bahasa ya..

Menurut Kamus Dewan ms 122, BANGSA bermaksud jenis manusia dari satu asal keturunan.. atau maksud kedua adalah kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan..

Hmmms.. Takde sebut langsung pun pasal bahasa ni.. Payah juga ya nak bagi komen kalau dah maksud bangsa macam tuh..

Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan Anak Melayu, biar saya berikan definisi bangsa bagi diri saya sendiri..

Bagi saya bangsa adalah jenis manusia dari satu asal keturunan. Ia meliputi segala aspek yang meliputi kehidupan manusia tersebut seperti agamanya, adatnya dan juga bahasanya. Bangsa itu wujud dan akan kekal wujud jika manusianya itu kuat jati dirinya..

Bangsa itu mungkin tidak akan pupus jika bahasanya pupus, tetapi bahasanya sudah pasti pupus jika bangsanya pupus..

Ini kerana bangsa tidak berdiri atas bahasa semata-mata.. Bangsa itu mungkin akan kurang keunikan dan kekuatannya jika ia tidak mempunyai bahasa sendiri.. Tetapi ia tidak akan pupus.. Kita masih ada lagi Melayu di Filipina dan yang terbaru dijumpai di kawasan Afrika.. Mereka ini masih lagi mengaku Melayu walaupun tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu..

Sebaliknya, bahasa akan pupus jika tidak ada bangsanya.. Yalah, jika dah tak ada orang nak bertutur dalam sesuatu bahasa tu, siapa yang nak mengekalkannya.. Contohnya adalah sebahagian bahasa-bahasa yang dituturkan semasa zaman batu.. Bangsanya masih ada, tetapi bahasanya telah tiada..

Kesimpulannya, saya kurang bersetuju dengan pepatah pupus bahasa pupuslah bangsa..

Sekian dulu hujah saya..

e-eh.. Awalnya nak balik.. Bukan ni baru mukadimah jer.. Ada banyak lagi yang akan saya ceritakan pada esok hari dan hari berikutnya tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bahasa Inggeris.

Jangan menilai saya dengan membaca satu posting saja.. Kembali semula ke blog ini esok hari untuk lebih mengenali diri saya atau subscribe saja blog ini di sini. Klik sini untuk subscribe!

Dan klik sini jika anda teringin menguasai satu lagi bahasa supaya anda boleh menakluki dunia!

Cat Or Cat?

Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.

Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).

Cuba anda bayangkan perasaan saya..

Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..

Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).

Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh.. :D

Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.

Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik – dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.

Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali.. :D

Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.

P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..

P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..

P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..

P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…

Belajar Asas Bahasa Inggeris: Future Tense

Dah agak lama saya tidak menulis tentang perkara asas yang perlu anda tahu dalam berbahasa inggeris. Justeru hari ini mari kita luangkan sedikit masa untuk belajar asas bahasa inggeris iaitu Future Tense.

Taklah begitu susah sangat. Future tense ini digunakan untuk future – masa depan. Jadi, apa-apa saja masa yang melibatkan masa depan seperti tomorrow, afterwards, next week, next month, next year, later, soon, again akan menggunakan future tense.

Emmm.. Tapi macamana pula rupa future tense tuh ya?

Mudah saja.. Tambahkan will atau shall di hadapan root word verb anda..

Contohnya:

My mother will cook curry tomorrow.

His fiancee will come next week.

The water will flow again.

I shall see you later.

Mahmud will help you afterwards.

Bagaimana? Senang kan? Harap tips ini dapat membantu anda belajar bahasa inggeris dengan lebih baik lagi.

Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way

Seterusnya, langkah dua dalam cara belajar bahasa inggeris sambil berhibur, kita kena membaca dan memahami lirik lagu My Way ini.. Mari kita lihat..

My Way

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I’ll say it clear,
I’ll state my case, of which I’m certain.

I’ve lived a life thats full.
I’ve traveled each and every highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, I’ve had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

I’ve loved, I’ve laughed and cried.
I’ve had my fill, my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say – not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!

Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way!

Kali ini kita akan lakukan pula dengan lagu My Way – Frank Sinatra. Masih ingat lagi langkah 1?

Ya, kita hanya perlu dengar dan menikmati lagu ini..

Belajar Asas Bahasa Inggeris: Past Tense

Agaknya pada masa anda sedang membaca posting ini, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir.. Eh, ada ke peperiksaan awal? Sedangkan saya cuma periksa sekali jer sepanjang sesi pembelajaran.. hehehe.. Anyway, posting ini telahpun saya sediakan sebulan lebih awal, bagi memastikan anda terus dapat belajar bahasa inggeris walaupun saya sibuk..

Inilah features WordPress yang paling saya suka.. Anda boleh mengaturkan bila anda inginkan posting anda disiarkan.. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Pakej Kit Blogger sekarang juga daripada saya atau daripada penulis asalnya..

OK, kita terus ke topik utama.. Selepas mempelajari present tense dan present continuous tense, sampailah masanya untuk kita mengetahui pula tentang past tense.

Yalah, saya pasti kebanyakan daripada pembaca pun tahu bahawa past tense ni tentulah digunakan untuk perkara yang dah lepas..

Masa-masa yang memerlukan anda menggunakan past tense adalah:

  • yesterday
  • just now
  • last week
  • last night
  • last month
  • a few days ago
  • a few times ago
  • a few years ago

Manakala bagi masa-masa yang berikut, selain daripada menggunakan past tense, anda juga boleh menggunakan present tense, present continuous tense atau future tense, bergantung kepada kesesuaian keadaan. Masa-masa ini adalah:

  • today
  • tonight
  • this evening
  • this month

Bagaimana pula dengan keadaan verb yang kita gunakan dalam past tense?

Terdapat 3 jenis keadaan verb apabila digunakan dalam past tense.

  1. Bagi regular verb, anda perlu tambahkan -ed kepada verb asas. Contohnya watch -> watched atau play -> played
  2. Bagi irregular verb, bentuk asas verb akan berubah. Contohnya, fall -> fell atau eat -> ate
  3. Bagi sesetengah jenis verb, bentuknya tidak akan berubah langsung. Contohnya cut -> cut atau shut -> shut

Terdapat juga 2 peraturan asas dalam menambahkan -ed kepada verb asas:

  1. Verb yang berakhir dengan konsonan + vowel + konsonan. Bagi kebanyakannya, huruf konsonan yang akhir diulang dua kali. Contohnya cancel -> cancelled atau mop -> mopped
  2. Verb yang berakhir dengan konsonan + y. Huruf y akan ditukar kepada i + ed. Contohnya cry -> cried atau hurry -> hurried.

Contoh ayat pula:

  • My mother baked chocolate cake yesterday.
  • Last week, I ate fried chicken.
  • The water looked dirty.
  • You took my pencil just now.
  • She smiled at me last week.

Tulis Blog: Bahasa Inggeris Atau Bahasa Melayu?

Banyak orang yang bertanya “Saya nak tulis blog dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu?”. Ya, inilah dilema yang biasanya dihadapi oleh mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging.

Apa ya agaknya jawapan yang sesuai untuk kita berikan kepada mereka?

Bahasa inggeris atau bahasa melayu?

Bahasa manakah yang lebih baik?

Opppss.. Boleh timbul kontroversi soalan tuh..

Tidaklah, bukan itu maksud saya. Untuk membantu mereka yang dalam kekeliruan itu, saya ingin kongsikan 2 faktor yang boleh membantu anda membuat keputusan untuk menulis blog dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu.

Keselesaan anda

Pertama sekali anda perlu ketahui bahasa apakah yang paling selesa untuk anda. Jika anda tidak selesa menulis dalam satu-satu bahasa, besar kemungkinan pembaca juga tidak akan selesa untuk membacanya. Jadi, takde maknanya kan?

Faktor pertama yang akan membantu anda memilih bahasa blog anda ialah keselesaan anda menggunakan bahasa tersebut untuk menulis.

Kumpulan sasaran anda

Selain daripada mengambil kira keselesaan anda menulis, anda juga perlu mengenalpasti kumpulan sasaran anda. Dengan mengenalpasti kumpulan sasaran anda, anda boleh mengetahui bahasa apakah yang paling selesa untuk mereka.

Pendek kata, gunakanlah bahasa yang sama digunakan oleh majoriti orang dalam kumpulan sasaran anda. Barulah blog anda itu boleh mencapai kumpulan sasarannya.

Bahasa Dalam Blog Cikgu Azleen Dot Com

Saya pasti anda sedar bahawa blog ini tidak spesifik kepada bahasa tertentu – wish I could write in Mandarin too :D . Ada pembaca yang bertanya mengapa saya buat begitu. Hari ini saya akan buka rahsianya kepada anda.

Sewaktu menentukan bahasa untuk blog ini saya juga menggunakan 2 faktor di atas. Faktor pertama, keselesaan saya.

Alhamdulillah, saya selesa untuk menulis dalam kedua-dua bahasa. Walaupun ada yang cuba mempertikaikan bahasa inggeris yang saya gunakan di blog ini, cukuplah saya katakan bahawa mereka tidak tahu sesuatu yang saya tahu :twisted: Jika tidak, takkanlah blog ini lebih ramai pembacanya daripada blog mereka yang menggunakan bahasa inggeris yang lebih baik (mengikut kata merekalah!).

Faktor kedua adalah sasaran pembaca. Inilah sesuatu yang mereka tidak tahu. Blog ini asalnya dibina untuk berkongsi kisah suka duka perjalanan saya sebagai peniaga internet. Ia disetkan untuk merakam segala aktiviti perniagaan internet yang saya jalankan.

Bagaimanapun, perjalanan membuatkan kita semakin matang dan banyak berfikir. Selepas beberapa bulan, saya dapati pembaca blog ini lebih ramai daripada pembaca blog perniagaan internet saya yang lain. Lebih-lebih lagi, dengan kekangan masa untuk mengemaskini kesemua blog yang saya ada, menjadikan semua blog seolah-olah tidak mempunyai tuan.

Saya banyak mengkaji blog-blog ternama yang lainnya. Satu blog yang paling saya kagumi adalah blog John Chow. Boleh dikatakan disitulah datangnya idea saya untuk menggabungkan saja kesemua blog saya ke Cikgu Azleen Dot Com.

Selepas penggabungan, sasaran pembaca saya juga ada banyak. Saya melihat siapa sasaran pembaca saya bagi setiap artikel yang ditulis.

Contohnya, artikel ini adalah tentang blogging. Jika saya menulis dalam bahasa inggeris, sudah ada banyak artikel yang sama tujuannya ditulis. Masalah yang ada adalah ramai juga yang masih belum fasih dalam bahasa inggeris, dan mereka mencari artikel dalam bahasa melayu. Jadi, sasaran saya adalah mereka yang mencari panduan memblog dalam bahasa melayu.

Sama seperti saya menulis tentang teknik belajar bahasa inggeris. Sudah tentulah sasaran saya adalah orang malaysia. Jadi, lebih mudah saya bertemu dengan sasaran saya dengan menulis dalam bahasa melayu. :D Tetapi anda tidak akan mendengar saya bercakap bahasa melayu di dalam kelas bahasa inggeris saya sebenar. Ia sekadar teknik untuk menarik perhatian mereka yang ingin belajar bahasa inggeris ke mari.

Tetapi, semua posting saya tentang pelancongan (atau hampir semua) adalah dalam bahasa inggeris. Sebabnya sasaran saya bukan sekadar orang tempatan. Sebaliknya mereka yang dari luar negara dan berminat untuk ke Malaysia. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk memaksa pembaca yang ingin belajar bahasa inggeris membaca dalam bahasa inggeris :D

Akhir kata, saya berharap perkongsian kali ini dapat membantu anda menentukan bahasa blog anda. Tidak ada salahnya jika anda juga menulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu seperti saya. Walaupun blog ini belum cukup popular, PRnya pun dah ditarik balik :( tetapi mencapai 300++ pembaca unik setiap hari adalah kejayaan besar bagi saya.

Selamat berjaya!

Punca dan Cara Mengatasi Masalah Pengajaran Bahasa Inggeris Di Sekolah

Cikgu Zulham telah meminta saya berkongsi masalah-masalah pengajaran bahasa inggeris di sekolah. Jadi saya rasa alang-alang saya tulis emel kat Cikgu Zulham, elok juga saya siarkan aje di sini.. Anda semua pun pasti ada idea dan pendapat yang boleh dikongsi bersama saya kan?

Pertama sekali, saya ingin mengingatkan bahawa saya juga bukan guru bahasa inggeris di sekolah. Saya mengajar bahasa inggeris mulanya atas dasar suka-suka untuk membantu anak-anak di kawasan perumahan saya, dan lama-lama saya dapati saya sangat suka ajar bahasa inggeris berbanding subjek-subjek lain kerana pengajaran bahasa tidak terhad atau mempunyai kekangan dari segi silibus dan sebagainya.

Justeru, apapun pandangan dan pendapat saya di sini tidak boleh dianggap sebagai pendapat seorang profesional mahupun pakar bahasa. Bahkan saya tidak melakukan apa-apa kajian secara formal di sekolah, dan hanya sekadar membuat pemerhatian dari jauh.

Punca 1# Guru Tidak Kreatif Dalam Pengajaran

Bagi saya, punca utama adalah guru tidak kreatif sewaktu menyampaikan pelajaran. Chalk and talk tidak lagi sesuai pada masa sekarang (Dulu pun tak sesuai juga!). Dengan adanya pelbagai bahan multimedia, guru sepatutnya boleh membina pengajaran dan pembelajaran yang mampu menarik minat murid, walaupun pada asalnya murid tersebut tidak berminat. Lagipun, itulah tujuan guru dihantar ke sekolah bukan?

Saya faham bahawa tugas guru di sekolah bukan sekadar mengajar, malahan guru adalah arkitek, tukang paip, babysitter, tukang kebun, jurutera dan macam-macam lagi peranan guru di sekolah. Tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak dapat membina PnP yang menarik.

Murid dilihat sebagai individu yang sebenarnya masih belum dapat mengenalpasti minat dan bakat mereka. Justeru, guru perlu dedahkan mereka dengan seberapa banyak perkara dan berusaha menjadikan perkara tersebut menarik.

Dari pengalaman saya berada dibeberapa sekolah (dalam tempoh yang singkat-singkat saja), saya dapati murid di kawasan luar bandar sangat gemarkan PnP berasaskan multimedia. Mereka rasa kalau dapat belajar menggunakan komputer dan LCD projektor tuh, macam menonton tayangan filem. Berbeza dengan murid sekolah bandar, mungkin sebab peralatan kat rumah lebih canggih, mereka tak begitu teruja bila menggunakan multimedia.

Mungkin juga, guru tidak kreatif kerana mereka banyak bergantung kepada buku teks dan buku kerja yang dibekalkan. Jadi, kebanyakan mereka enggan berfikir lebih untuk menjadikan pengajaran mereka unik berbanding hanya membaca buku teks yang ada.

Memang saya ada beberapa kejayaan mengubah murid yang gagal bahasa inggeris sehingga mendapat A, tetapi pengajaran saya tidak tersekat dengan buku teks mahupun silibus sekolah kerana saya mengajar bahasa inggeris di luar waktu sekolah.

Cara Mengatasi: Guru perlu lebih kreatif – saya pun tak tahu macamana nak hasilkan guru yang kreatif, agaknya kena tanya pensyarah kat IPG kot :D

Punca 2# Murid Tidak Minat

Ini banyak berkaitan dengan punca #1 dan saya rasa sebab utamanya murid tidak minat adalah kerana gagal melihat kepentingannya mereka belajar bahasa inggeris ini. Pendek kata mereka tidak tahu kenapa perlu belajar bahasa inggeris.

Cara Mengatasi: Guru perlu berikan sebab dan rasional belajar bahasa inggeris. Maklum ajelah, budak sekarang ni sentiasa nak tahu ganjarannya mereka lakukan sesuatu – termasuklah belajar.

Punca 3# Saiz Kelas Terlalu Besar/ Kebolehan Murid Tidak Sama

Jika saya diberikan peluang untuk memberitahu menteri pendidikan, inilah perkara pertama yang saya akan cakap. 1 guru = 40 orang murid. Sungguh tidak munasabah.

Maafkan saya kalau ada yang rasa pandangan saya ini negatif, tapi bagi saya selagi masalah nisbah guru murid ini tidak diatasi, apapun usaha lain dilakukan untuk meningkatkan mutu pendidikan, agak sukar untuk berjaya.

Kumpulan kelas bahasa inggeris saya juga kecil, maksima 12 orang sahaja bagi setiap sesi. Ini kerana saya rasa saya tidak dapat memberikan tumpuan individu jika jumlah murid melebih angka tersebut.

Apatah lagi apabila kebolehan murid dalam kelas itu tidak sama. Ini tambah menyukarkan keadaan dan menyulitkan guru mengajar. Banyak sekolah tidak lagi membuat pengajaran secara berkumpulan, sebaliknya murid dalam kelas dianggap lebih kurang sama.

Cara Mengatasi: Jika sekolah membuat streaming class, jumlah murid bagi kelas yang pandai bolehlah lebih banyak berbanding kelas yang tidak pandai. Pada pendapat saya, semakin mundur kelas tersebut, semakin kecil jumlah murid dalam kelas itu. Contohnya, murid kelas A ada 40 orang, murid kelas B ada 35 orang, murid kelas C ada 30 orang dan murid kelas D hanyalah 25 orang. Itu lebih baik berbanding setiap kelas dipuratakan.

Selain daripada itu, murid juga boleh ditukarkan kelas bagi subjek tertentu contohnya bahasa inggeris. Contohnya, bagi kedudukan tahun seseorang murid itu mungkin berada di kelas A, tetapi jika beliau lemah dalam bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris beliau perlu ke kelas C atau D mengikut tahap penguasaan beliau.

Punca 4# Guru Galakkan Murid Malas Secara Tidak Langsung

Walaupun tidak semua, tetapi banyak guru bahasa inggeris mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Macamana ya? Memang bunyinya pelik, tapi pemerhatian saya dapati itulah yang berlaku.

Cuba bayangkan, sudahlah ibubapa murid tidak bertutur dalam Bahasa inggeris, waktu bahasa inggeris di sekolah adalah satu-satunya waktu murid akan mendengar bahasa ini. Tup-tup murid diajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu. Jadinya macamana ya nak pandai?

Selain daripada itu, saya lihat sekarang ni murid juga tidak lagi diwajibkan mempunyai kamus. Ada murid yang langsung tidak tahu bagaimana nak gunakan kamus. Kita semua pun tahukan kepentingan kamus dalam pembelajaran bahasa.

Cara Mengatasi: Guru perlu tegas dalam penggunaan bahasa. Memang ada masalah murid tidak faham apabila guru mengajar dalam bahasa inggeris, tetapi guru perlu gunakan alternative lain untuk membuatkan murid tersebut faham. Contohnya, apabila guru kata sit down murid tidak faham. Jangan ubah kepada sila duduk. Sebaliknya gunakan bahasa isyarat atau buat contoh perbuatan tersebut.

Ada baiknya juga sekiranya guru bahasa inggeris bercakap bahasa inggeris sepanjang masa mereka berinteraksi dengan murid di sekolah, walaupun diluar waktu PnP. Secara tidak langsung, murid akan terdesak untuk berkomunikasi dalam bahasa ini.

Kempen-kempen yang diadakan di sekolah sekarang cukup baik, cuma saya rasa penguatkuasaan tidak dilakukan dengan sempurna. Sewaktu minggu bahasa inggeris, pastikan semua guru dan murid bertutur dalam bahasa inggeris dan kenakan denda ke atas mereka yang melanggarnya – termasuklah guru. Kepimpinan melalui tauladan kan?

Punca 5# Buku Teks/ Buku Kerja Tidak Sesuai Dengan Tahap Murid

Sebenarnya saya tidak pernah melihat buku teks bahasa inggeris, tetapi saya telah banyak kali melihat buku teks bahasa melayu. Pada pandangan saya, buku teks yang ada itu lebih sesuai untuk kegunaan murid-murid sedia bijak. Kalau buku teks bahasa melayu sebegitu, buku teks bahasa inggeris pun pastinya sama saja.

Cara Mengatasi: Kalau tidak silap saya, buku teks dipilih mengikut negeri/ zon. Pada pendapat saya, daripada mengadakan buku teks mengikut negeri atau zon, adalah lebih baik sekiranya buku teks dibuat mengikut tahap – murid bijak, murid sederhana dan murid lemah. Pemilihan pula dibuat sendiri oleh sekolah dan bukan pihak negeri.

Maksudnya, sekolah akan menentukan majoriti jenis muridnya – bijak, sederhana atau lemah. Seterusnya sekolah akan memilih buku teks yang paling hampir menepati tahap majoriti muridnya. Walaupun ada di kalangan murid-murid sekolahnya yang lebih bijak/ lebih lemah berbanding majoriti murid, itu menjadi tanggungjawab guru sekolah menyediakan aktiviti pengayaan atau pemulihan bagi muridnya.

Agaknyalah, kalau betul-betul nak disenaraikan ada banyak punca masalah pengajaran bahasa inggeris ni, tapi kalau difikir secara mendalam, kesemuanya berpunca dari etika dan sikap yang salah samada oleh guru mahupun murid.

Bagaimanapun, inilah sedikit perkongsian saya hari ini, saya sangat mengalu-alukan jika ada kalangan pembaca yang ingin berkongsi pendapat dengan saya. Mungkin tidak semua pendapat saya di atas itu anda rasa betul, tetapi tidak semuanya juga salah kan?

Apa yang saya harapkan adalah kita semua dapat berbincang secara rasional dan terbuka tanpa bertindak menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Kita mencari jalan penyelesaian dan bukannya orang untuk bertanggungjawab. Semua ini demi kepentingan anak bangsa kita juga.

Tunggu apa lagi, apa pendapat anda?

Proverb Vs Peribahasa

Setiap bahasa mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyampaikan pengajaran tentang kehidupan melalui kata-kata indah yang tersirat penuh makna. Seperti adanya peribahasa dalam bahasa melayu, begitu juga bahasa inggeris dengan ‘proverb’nya.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pengajaran yang disampaikan melalui peribahasa melayu turut disampaikan melalui proveb bahasa inggeris? Contohnya, peribahasa “Musuh dalam selimut” yang bermaksud orang jahat yang kita sangkakan rakan baik. Proverb bahasa inggeris yang memberikan makna yang sama adalah “A wolf in sheep’s clothing”.

Seterusnya ada juga peribahasa inggeris yang disebut “It’s no use crying over spilt milk” yang membawa maksud tidak perlu susah hati atau menyesal atas sesuatu perbuatan/ kesilapan yang tidak boleh dibetulkan. Apa agaknya peribahasa melayu yang sesuai dengan makna ini?

Ya, saya rasa peribahasa melayu yang berbunyi “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” sama maknanya dengan proverb inggeris tersebut.

Contoh lain pula adalah “It never rains but it pours” yang sama maknanya dengan “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Kedua-dua peribahasa ini bermaksud perkara buruk/ malang yang banyak menimpa seseorang. Proverb “Lightning never strikes the same place twice” pula sama maknanya dengan “Pisang tak berbuah dua kali”. Ia bermakna sesuatu perkara/ kejadian tidak kira ianya baik atau buruk tidak akan berlaku lebih dari sekali.

Bagaimana pula dengan proverb “Like father, like son (like mother, like daughter)”? Ya, sudah tentu sahaja peribahasa”Bapa borek, anak rintik” sesuai maknanya dengan proverb tersebut.

Satu lagi contoh yang boleh saya kongsikan dengan anda adalah proverb “Like two peas in a pod” yang bermaksud seakan sama, serupa. Peribahasa melayu yang kita biasa gunakan adalah “Pelanduk dua serupa”.

Apa kata kalau anda pula cuba? Saya akan berikan beberapa proverb Inggeris beserta maknanya, dan anda berikan pada saya peribahasa melayu yang mempunyai makna serupa..

  1. Living from hand to mouth – hidup dalam kesusahan
  2. Out of the frying pan into the fire – dari satu situasi yang buruk ke satu situasi yang lebih buruk
  3. Still waters run deep – orang yang tidak banyak bercakap tidak bermakna dia tidak berfikir
  4. The blind leading the blind – orang yang bodoh cuba mengajar orang bodoh yang lain
  5. The pot calling the kettle back – mengkritik seseorang kerana sesuatu kesalah yang anda juga lakukan
  6. One rotten apple spoils the whole barrel – keburukan seseorang yang membuatkan orang-orang lain juga nampak tidak baik
  7. When in Rome, do as the Romans do – sesuaikan diri anda dengan adat budaya dan tingkah laku orang-orang di sekeliling anda
  8. There’s no smoke without fire – biasanya ada kebenaran di sebalik sesuatu khabar angin

Bagaimana? Dapat tak jawapannya?

Tags & Categories