Posts Tagged ‘bahasa melayu’
Bangsa Melayu Pupus Jika Pupus Bahasa Melayu
Tajuk hari ni agak konstroversi.. Mesti ramai yang nak marah.. Nanti, jangan marah tak tentu pasal.. Lebih baik anda baca dulu..
Ingat, baca dengan hati dan fahami.. Bukan sekadar baca di mata..
……………………………………………………
Selepas SPM, saya bekerja sambilan di sebuah pasaraya sebagai cashier. Tetapi almaklumlah, dalam syarat pekerjaan di clause terakhir pasti ada “Melaksanakan apa jua arahan majikan dari masa ke masa”. Jadi, salah satu tugas tidak rasmi saya adalah kira stok – tambahan pula saya adalah antara segelintir yang terpelajar dan dipercayai di pasaraya yang sederhana besar saiznya itu..
Suatu hari semasa saya sedang mengira stok…
Jejaka tampan: Assalamualaikum…
Saya: Waalaikumussalam…
Jejaka tampan: Oh, Melayu rupanya.. Ingatkan tuttttttttttt…
Itu bukan kali pertama orang menegur saya begitu.. Seringkali juga kalau ke kedai bukan Melayu, orang akan bertutur bahasa lain dengan saya..
Semasa saya melawat ke Perak tahun lepas, saya berkesempatan merendamkan diri di kolam air panas di Tambun Water World. Sedang saya menikmati pemandangan Tambun yang cantik tuh, seorang kanak-kanak dalam usia 7-8 tahun merapati saya dan berkata sesuatu dalam bahasa bukan Melayu (bukan bahasa Inggeris juga).
Terpaksalah pula saya menjelaskan kepada kanak-kanak tersebut yang saya tidak faham bahasa yang beliau tuturkan..
Ini bukanlah luar biasa kerana ibu saya berketurunan Banjar. Orang Banjar ni memang banyak kelihatan seperti Cina.
Apa pulak kaitan cerita ini dengan topik sensasi kita hari ini ya?
Begini, semalam semasa menyemak komen di blog ini – setiap komen pertama akan di-moderate-kan.. Saya membaca komen dari saudara yang mengaku dirinya Anak Melayu. Menarik sungguh komen beliau di post paling popular sepanjang zaman blog CikguAzleen.Com ini iaitu 3 Sebab Kenapa Bahasa Inggeris Digunakan Untuk Matapelajaran Sains dan Matematik. Anda boleh baca komen beliau melalui gambar di atas atau pergi terus ke komen beliau di link ini: Komen Anak Melayu.
Memandangkan banyak benda yang saya boleh cerita tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan juga bahasa Inggeris (dan bahasa-bahasa lain) saya memutuskan untuk menjawab saja komen beliau melalui posting baru.
Pertamanya, Anak Melayu nak tahu apa komen saya tentang “Pupus bahasa pupuslah bangsa”. Eh, terasa macam selebriti pulak… Hahaha..
No komen… Jawapan standard… Itu kalau selebriti lah.. Oleh sebab saya ni guru, kalau anak murid tanya apapun, kita kena jawab.. So saya jawab ya.. Dengan seberapa daya upaya saya menggunakan bahasa yang halus supaya tidak ada yang terasa.. (Siapa makan cili, dia terasa pedasnya!)
Mari kita lihat dulu apa makna BANGSA.. Sat, saya semak kamus Dewan Bahasa ya..
Menurut Kamus Dewan ms 122, BANGSA bermaksud jenis manusia dari satu asal keturunan.. atau maksud kedua adalah kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan..
Hmmms.. Takde sebut langsung pun pasal bahasa ni.. Payah juga ya nak bagi komen kalau dah maksud bangsa macam tuh..
Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan Anak Melayu, biar saya berikan definisi bangsa bagi diri saya sendiri..
Bagi saya bangsa adalah jenis manusia dari satu asal keturunan. Ia meliputi segala aspek yang meliputi kehidupan manusia tersebut seperti agamanya, adatnya dan juga bahasanya. Bangsa itu wujud dan akan kekal wujud jika manusianya itu kuat jati dirinya..
Bangsa itu mungkin tidak akan pupus jika bahasanya pupus, tetapi bahasanya sudah pasti pupus jika bangsanya pupus..
Ini kerana bangsa tidak berdiri atas bahasa semata-mata.. Bangsa itu mungkin akan kurang keunikan dan kekuatannya jika ia tidak mempunyai bahasa sendiri.. Tetapi ia tidak akan pupus.. Kita masih ada lagi Melayu di Filipina dan yang terbaru dijumpai di kawasan Afrika.. Mereka ini masih lagi mengaku Melayu walaupun tidak tahu langsung bertutur bahasa Melayu..
Sebaliknya, bahasa akan pupus jika tidak ada bangsanya.. Yalah, jika dah tak ada orang nak bertutur dalam sesuatu bahasa tu, siapa yang nak mengekalkannya.. Contohnya adalah sebahagian bahasa-bahasa yang dituturkan semasa zaman batu.. Bangsanya masih ada, tetapi bahasanya telah tiada..
Kesimpulannya, saya kurang bersetuju dengan pepatah pupus bahasa pupuslah bangsa..
Sekian dulu hujah saya..
e-eh.. Awalnya nak balik.. Bukan ni baru mukadimah jer.. Ada banyak lagi yang akan saya ceritakan pada esok hari dan hari berikutnya tentang bahasa Melayu, bangsa Melayu dan bahasa Inggeris.
Jangan menilai saya dengan membaca satu posting saja.. Kembali semula ke blog ini esok hari untuk lebih mengenali diri saya atau subscribe saja blog ini di sini. Klik sini untuk subscribe!
Dan klik sini jika anda teringin menguasai satu lagi bahasa supaya anda boleh menakluki dunia!
Cat Or Cat?
Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.
Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).
Cuba anda bayangkan perasaan saya..
Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..
Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).
Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh..
Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.
Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik – dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.
Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali..
Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.
P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..
P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..
P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..
P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…
Tulis Blog: Bahasa Inggeris Atau Bahasa Melayu?
Banyak orang yang bertanya “Saya nak tulis blog dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu?”. Ya, inilah dilema yang biasanya dihadapi oleh mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging.
Apa ya agaknya jawapan yang sesuai untuk kita berikan kepada mereka?
Bahasa inggeris atau bahasa melayu?
Bahasa manakah yang lebih baik?
Opppss.. Boleh timbul kontroversi soalan tuh..
Tidaklah, bukan itu maksud saya. Untuk membantu mereka yang dalam kekeliruan itu, saya ingin kongsikan 2 faktor yang boleh membantu anda membuat keputusan untuk menulis blog dalam bahasa inggeris atau bahasa melayu.
Keselesaan anda
Pertama sekali anda perlu ketahui bahasa apakah yang paling selesa untuk anda. Jika anda tidak selesa menulis dalam satu-satu bahasa, besar kemungkinan pembaca juga tidak akan selesa untuk membacanya. Jadi, takde maknanya kan?
Faktor pertama yang akan membantu anda memilih bahasa blog anda ialah keselesaan anda menggunakan bahasa tersebut untuk menulis.
Kumpulan sasaran anda
Selain daripada mengambil kira keselesaan anda menulis, anda juga perlu mengenalpasti kumpulan sasaran anda. Dengan mengenalpasti kumpulan sasaran anda, anda boleh mengetahui bahasa apakah yang paling selesa untuk mereka.
Pendek kata, gunakanlah bahasa yang sama digunakan oleh majoriti orang dalam kumpulan sasaran anda. Barulah blog anda itu boleh mencapai kumpulan sasarannya.
Bahasa Dalam Blog Cikgu Azleen Dot Com
Saya pasti anda sedar bahawa blog ini tidak spesifik kepada bahasa tertentu – wish I could write in Mandarin too
. Ada pembaca yang bertanya mengapa saya buat begitu. Hari ini saya akan buka rahsianya kepada anda.
Sewaktu menentukan bahasa untuk blog ini saya juga menggunakan 2 faktor di atas. Faktor pertama, keselesaan saya.
Alhamdulillah, saya selesa untuk menulis dalam kedua-dua bahasa. Walaupun ada yang cuba mempertikaikan bahasa inggeris yang saya gunakan di blog ini, cukuplah saya katakan bahawa mereka tidak tahu sesuatu yang saya tahu
Jika tidak, takkanlah blog ini lebih ramai pembacanya daripada blog mereka yang menggunakan bahasa inggeris yang lebih baik (mengikut kata merekalah!).
Faktor kedua adalah sasaran pembaca. Inilah sesuatu yang mereka tidak tahu. Blog ini asalnya dibina untuk berkongsi kisah suka duka perjalanan saya sebagai peniaga internet. Ia disetkan untuk merakam segala aktiviti perniagaan internet yang saya jalankan.
Bagaimanapun, perjalanan membuatkan kita semakin matang dan banyak berfikir. Selepas beberapa bulan, saya dapati pembaca blog ini lebih ramai daripada pembaca blog perniagaan internet saya yang lain. Lebih-lebih lagi, dengan kekangan masa untuk mengemaskini kesemua blog yang saya ada, menjadikan semua blog seolah-olah tidak mempunyai tuan.
Saya banyak mengkaji blog-blog ternama yang lainnya. Satu blog yang paling saya kagumi adalah blog John Chow. Boleh dikatakan disitulah datangnya idea saya untuk menggabungkan saja kesemua blog saya ke Cikgu Azleen Dot Com.
Selepas penggabungan, sasaran pembaca saya juga ada banyak. Saya melihat siapa sasaran pembaca saya bagi setiap artikel yang ditulis.
Contohnya, artikel ini adalah tentang blogging. Jika saya menulis dalam bahasa inggeris, sudah ada banyak artikel yang sama tujuannya ditulis. Masalah yang ada adalah ramai juga yang masih belum fasih dalam bahasa inggeris, dan mereka mencari artikel dalam bahasa melayu. Jadi, sasaran saya adalah mereka yang mencari panduan memblog dalam bahasa melayu.
Sama seperti saya menulis tentang teknik belajar bahasa inggeris. Sudah tentulah sasaran saya adalah orang malaysia. Jadi, lebih mudah saya bertemu dengan sasaran saya dengan menulis dalam bahasa melayu.
Tetapi anda tidak akan mendengar saya bercakap bahasa melayu di dalam kelas bahasa inggeris saya sebenar. Ia sekadar teknik untuk menarik perhatian mereka yang ingin belajar bahasa inggeris ke mari.
Tetapi, semua posting saya tentang pelancongan (atau hampir semua) adalah dalam bahasa inggeris. Sebabnya sasaran saya bukan sekadar orang tempatan. Sebaliknya mereka yang dari luar negara dan berminat untuk ke Malaysia. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk memaksa pembaca yang ingin belajar bahasa inggeris membaca dalam bahasa inggeris
Akhir kata, saya berharap perkongsian kali ini dapat membantu anda menentukan bahasa blog anda. Tidak ada salahnya jika anda juga menulis dalam bahasa inggeris dan bahasa melayu seperti saya. Walaupun blog ini belum cukup popular, PRnya pun dah ditarik balik
tetapi mencapai 300++ pembaca unik setiap hari adalah kejayaan besar bagi saya.
Selamat berjaya!
Proverb Vs Peribahasa
Setiap bahasa mempunyai caranya yang tersendiri untuk menyampaikan pengajaran tentang kehidupan melalui kata-kata indah yang tersirat penuh makna. Seperti adanya peribahasa dalam bahasa melayu, begitu juga bahasa inggeris dengan ‘proverb’nya.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pengajaran yang disampaikan melalui peribahasa melayu turut disampaikan melalui proveb bahasa inggeris? Contohnya, peribahasa “Musuh dalam selimut” yang bermaksud orang jahat yang kita sangkakan rakan baik. Proverb bahasa inggeris yang memberikan makna yang sama adalah “A wolf in sheep’s clothing”.
Seterusnya ada juga peribahasa inggeris yang disebut “It’s no use crying over spilt milk” yang membawa maksud tidak perlu susah hati atau menyesal atas sesuatu perbuatan/ kesilapan yang tidak boleh dibetulkan. Apa agaknya peribahasa melayu yang sesuai dengan makna ini?
Ya, saya rasa peribahasa melayu yang berbunyi “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” sama maknanya dengan proverb inggeris tersebut.
Contoh lain pula adalah “It never rains but it pours” yang sama maknanya dengan “Sudah jatuh ditimpa tangga”. Kedua-dua peribahasa ini bermaksud perkara buruk/ malang yang banyak menimpa seseorang. Proverb “Lightning never strikes the same place twice” pula sama maknanya dengan “Pisang tak berbuah dua kali”. Ia bermakna sesuatu perkara/ kejadian tidak kira ianya baik atau buruk tidak akan berlaku lebih dari sekali.
Bagaimana pula dengan proverb “Like father, like son (like mother, like daughter)”? Ya, sudah tentu sahaja peribahasa”Bapa borek, anak rintik” sesuai maknanya dengan proverb tersebut.
Satu lagi contoh yang boleh saya kongsikan dengan anda adalah proverb “Like two peas in a pod” yang bermaksud seakan sama, serupa. Peribahasa melayu yang kita biasa gunakan adalah “Pelanduk dua serupa”.
Apa kata kalau anda pula cuba? Saya akan berikan beberapa proverb Inggeris beserta maknanya, dan anda berikan pada saya peribahasa melayu yang mempunyai makna serupa..
- Living from hand to mouth – hidup dalam kesusahan
- Out of the frying pan into the fire – dari satu situasi yang buruk ke satu situasi yang lebih buruk
- Still waters run deep – orang yang tidak banyak bercakap tidak bermakna dia tidak berfikir
- The blind leading the blind – orang yang bodoh cuba mengajar orang bodoh yang lain
- The pot calling the kettle back – mengkritik seseorang kerana sesuatu kesalah yang anda juga lakukan
- One rotten apple spoils the whole barrel – keburukan seseorang yang membuatkan orang-orang lain juga nampak tidak baik
- When in Rome, do as the Romans do – sesuaikan diri anda dengan adat budaya dan tingkah laku orang-orang di sekeliling anda
- There’s no smoke without fire – biasanya ada kebenaran di sebalik sesuatu khabar angin
Bagaimana? Dapat tak jawapannya?

