Posts Tagged ‘belajar’
Cat Or Cat?
Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.
Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).
Cuba anda bayangkan perasaan saya..
Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..
Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).
Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh..
Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.
Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik – dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.
Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali..
Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.
P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..
P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..
P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..
P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…
Belajar Asas Bahasa Inggeris: Future Tense
Dah agak lama saya tidak menulis tentang perkara asas yang perlu anda tahu dalam berbahasa inggeris. Justeru hari ini mari kita luangkan sedikit masa untuk belajar asas bahasa inggeris iaitu Future Tense.
Taklah begitu susah sangat. Future tense ini digunakan untuk future – masa depan. Jadi, apa-apa saja masa yang melibatkan masa depan seperti tomorrow, afterwards, next week, next month, next year, later, soon, again akan menggunakan future tense.
Emmm.. Tapi macamana pula rupa future tense tuh ya?
Mudah saja.. Tambahkan will atau shall di hadapan root word verb anda..
Contohnya:
My mother will cook curry tomorrow.
His fiancee will come next week.
The water will flow again.
I shall see you later.
Mahmud will help you afterwards.
Bagaimana? Senang kan? Harap tips ini dapat membantu anda belajar bahasa inggeris dengan lebih baik lagi.
Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way
Seterusnya, langkah dua dalam cara belajar bahasa inggeris sambil berhibur, kita kena membaca dan memahami lirik lagu My Way ini.. Mari kita lihat..
My Way
And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, I’ll say it clear,
I’ll state my case, of which I’m certain.
I’ve lived a life thats full.
I’ve traveled each and every highway;
And more, much more than this,
I did it my way.
Regrets, I’ve had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, I’m sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.
I’ve loved, I’ve laughed and cried.
I’ve had my fill, my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that;
And may I say – not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!
Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur: My Way!
Kali ini kita akan lakukan pula dengan lagu My Way – Frank Sinatra. Masih ingat lagi langkah 1?
Ya, kita hanya perlu dengar dan menikmati lagu ini..
Belajar Asas Bahasa Inggeris: Past Tense
Agaknya pada masa anda sedang membaca posting ini, saya sedang menghadapi peperiksaan akhir.. Eh, ada ke peperiksaan awal? Sedangkan saya cuma periksa sekali jer sepanjang sesi pembelajaran.. hehehe.. Anyway, posting ini telahpun saya sediakan sebulan lebih awal, bagi memastikan anda terus dapat belajar bahasa inggeris walaupun saya sibuk..
Inilah features WordPress yang paling saya suka.. Anda boleh mengaturkan bila anda inginkan posting anda disiarkan.. Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan Pakej Kit Blogger sekarang juga daripada saya atau daripada penulis asalnya..
OK, kita terus ke topik utama.. Selepas mempelajari present tense dan present continuous tense, sampailah masanya untuk kita mengetahui pula tentang past tense.
Yalah, saya pasti kebanyakan daripada pembaca pun tahu bahawa past tense ni tentulah digunakan untuk perkara yang dah lepas..
Masa-masa yang memerlukan anda menggunakan past tense adalah:
- yesterday
- just now
- last week
- last night
- last month
- a few days ago
- a few times ago
- a few years ago
Manakala bagi masa-masa yang berikut, selain daripada menggunakan past tense, anda juga boleh menggunakan present tense, present continuous tense atau future tense, bergantung kepada kesesuaian keadaan. Masa-masa ini adalah:
- today
- tonight
- this evening
- this month
Bagaimana pula dengan keadaan verb yang kita gunakan dalam past tense?
Terdapat 3 jenis keadaan verb apabila digunakan dalam past tense.
- Bagi regular verb, anda perlu tambahkan -ed kepada verb asas. Contohnya watch -> watched atau play -> played
- Bagi irregular verb, bentuk asas verb akan berubah. Contohnya, fall -> fell atau eat -> ate
- Bagi sesetengah jenis verb, bentuknya tidak akan berubah langsung. Contohnya cut -> cut atau shut -> shut
Terdapat juga 2 peraturan asas dalam menambahkan -ed kepada verb asas:
- Verb yang berakhir dengan konsonan + vowel + konsonan. Bagi kebanyakannya, huruf konsonan yang akhir diulang dua kali. Contohnya cancel -> cancelled atau mop -> mopped
- Verb yang berakhir dengan konsonan + y. Huruf y akan ditukar kepada i + ed. Contohnya cry -> cried atau hurry -> hurried.
Contoh ayat pula:
- My mother baked chocolate cake yesterday.
- Last week, I ate fried chicken.
- The water looked dirty.
- You took my pencil just now.
- She smiled at me last week.

