Posts Tagged ‘belajar bahasa inggeris’
Tokyo’s Hotel Rules & Regulations:
“Guests are requested not to smoke or do other disgusting behaviors in bed.”
Hmmmmm??!! So what can we do on bed?
A Sign Seen On A Rest Room Automatic Hand Dryer…
“Do not activate with wet hands.”
Aren’t it supposed to dry the wet hands?
In A City Restaurant
“Open seven days a week and weekends.”
So how many days are there in a week not including the weekends?
Apa Tandanya Laman Web Anda Semakin Popular?
Amaran: Ini adalah post “masuk bakul angkat sendiri”. Jangan baca jika anda tidak boleh menahan perasaan!
Saya sedang membuat carian di google untuk kata kunci “belajar bahasa Inggeris” bila saya terkasima memandang iklan yang saya bulatkan dalam gambar.
Saja aje buat carian kata kunci tersebut. Selain untuk memeriksa ranking laman web saya, saya juga ingin mengenali dengan lebih dekat competitors saya. Hehehehe..
Hmmm.. Siapa agaknya yang meletakkan iklan tersebut ya? Saya tidak ada menempahnya..
Bagaimanapun, disebabkan curiosity yang melampau, saya klik iklan tersebut untuk lihat ia ke mana..
Rupanya ia berakhir di laman web Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ..
Anyway, saya tidak tahu siapa yang mengiklannya.. Mungkinkah google memang apabila tiada iklan untuk sesuatu kategori, dia letak saja laman web mana-mana…
Ah.. tak mungkin..
P.S.: Terima kasih kepada sesiapa yang mengiklankan itu.. Semoga anda mendapat pendapatan yang baik daripada Sistem Affiliate CikguAzleen.Com ya!
On An Indian River Highway
“Take notice – when this sign is under water, this road is impassable.”
Ok, if the sign is under water, how do I read it?
In a Nairobi Restaurant…
“Customers who find our waitresses rude ought to see the manager.”
Bagaimana pula dengan yang ini? Apa pendapat anda? Apa agaknya yang funny di sini?
Cluenya adalah perkataan ought..
Dry Cleaners, Bangkok…
“Drop your trousers here for the best results”
Maaflah, tetapi baca sekali lalu memang maknanya tuh boleh menimbulkan syak wasangka.. Ada ke patut dia suruh tanggalkan seluar kat situ.. Huhu…
P.S.: Dia mungkin bermaksud “drop” itu sebagai hantar atau tinggalkan..
P.P.S.: Harga istimewa untuk Program Easy English V2.0 hanya sehingga 16hb Ogos ini. Tinggal lagi 5 hari.. Cepat sertai program Easy English sekarang di www.KelasEnglish.Com.
Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Semalam, Program Easy English V2.0 telahpun dibuka pendaftarannya kepada semua orang. Cuma 100 peserta akan diterima, itupun bergantung juga kepada bandwidth saya. Kalau masuk paras bahaya, ianya akan ditutup walaupun peserta cuma 35 orang aje…
Isk, apa pula kena mengena dengan pepatah Hang Tuah kat atas tuh?
Takkan melayu hilang di dunia…
Belajar bahasa Inggeris dan menguasainya tidak bermakna anda sedang hilang jatidiri Melayu.. Seperti kata Prof Ungku Aziz, bahasa Inggeris penting untuk kita menguasai ilmu dan dunia dan bahasa Melayu pula penting untuk menyatupadukan rakyat negara ini.
Jadi, apa kata anda menguasai ilmu dan dunia dengan mula menguasai bahasa Inggeris dulu.. Tempah tempat anda dalam Program Easy English V2.0 sekarang di www.KelasEnglish.Com.
Bukti Kewujudan Hang Tuah Lima Bersaudara
Berbalik semula kepada kata hikmat Hang Tuah itu..
Kalau saya tak silap, kajian sejarah telah membuktikan bahawa Hang Tuah Lima Bersaudara itu tidak wujud. Sekurang-kurangnya tidak ada bukti sahih yang membuktikan kewujudan lima pahlawan ini. Yang ada hanyalah Perigi Hang Tuah yang kononnya boleh memperkenankan permintaan anda jika mandi di sana.. Ishhh.. syirik tau tuh..
Saya telah mendengar satu cerita yang membuatkan saya berfikir tentang kata-kata Hang Tuah itu.. Oh ya, terima kasih kepada saudara Megat, kerana postingnya bertajuk Dapatkah Melayu Bersatu Kembali telah menjentik saya untuk menulis post ini yang dah bersarang sekian lama dalam kepala otak saya ni malam ni juga – 1 pagi..
Cerita yang saya dengar itu adalah tentang Melaka Bandaraya Bersejarah. Semua orang tahu bahawa kerajaan Melayu Melaka sangatlah hebat dan masyhur sehingga terkenal seluruh dunia – sebab itulah Portugis tahu mengenai kewujudannya. Dari sudut pentadbiran negeri, ekonomi, agama, ketenteraan.. Bukan kepalang hebatnya..
Melaka Sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam
Semua orang juga tahu bahawa satu ketika dahulu sebelum Melaka ditumbangkan oleh Portugis, Melaka terkenal sebagai pusat penyebaran agama di wilayah ini. Lebih tepat lagi penyebaran agama Islam. Begitu banyaknya alim ulamak yang ada di Melaka ketika itu sehinggakan sultan-sultan dari negeri lain pun datang berguru di tempat ini.
Tetapi tahukah anda (sila betulkan saya jika fakta ini salah) bahawa masjid tertua di Melaka adalah masjid Tengkera yang usianya lebih muda daripada tahun penjajahan Melaka oleh Portugis? Maksud saya usia Masjid Tengkera itu jika dikira ianya dibina selepas Melaka di jajah oleh Portugis…
Sedangkan Melaka adalah sebuah negeri yang menyebarkan agama Islam sebelum dijajah.. Jangan beritahu saya bahawa tidak ada masjid yang dibina semasa itu???
Ke Mana Perginya Masjid Yang Dibina Semasa Zaman Kegemilangan Melayu Melaka?
Saya tahu jawapannya, tetapi saya ingin dengar jawapan anda.. Kemanakah perginya masjid-masjid yang dibina pada masa itu? Dan apa kaitannya dengan kata hikmat Hang Tuah:
Takkan Melayu hilang di dunia…
Saya percaya bahawa Hang Tuah itu adalah satu mitos semata-mata.. Tetapi kata-kata itu memang wujud dalam mitos Hang Tuah itu atas tujuan tertentu.. Dan tujuan itu ada kaitannya dengan di mana masjid yang wujud semasa Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam…
Apa pendapat anda? Apa yang berlaku sebenarnya?
Hint: Akhirnya topik ini akan bersangkutan dengan topik Megat “Dapatkah Melayu Bersatu Kembali”.
P.S.: Saya juga sama seperti Mohd Aidil, tidak berniat menghasut anda melalui blogging.. Lagipun siapalah saya ni.. Tak mungkin saya mempunyai begitu banyak pengaruh…
P.P.S.: Saya harap saya dapat mempengaruhi anda untuk menguasai satu lagi ilmu – bahasa Inggeris. Daftar sekarang di www.KelasEnglish.Com.
P.P.P.S.: Saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda menggunakan artikel ini untuk bahan tesis atau kajian anda kerana saya bukanlah pakar sejarah atau apa jua bidang yang berkaitan dengannya. Apa yang saya huraikan di sini adalah semata-mata berdasarkan fakta logik pemikiran saya.
Tawaran Percuma Program Easy English Telah Diemelkan Kepada Semua
Akhirnya, berjaya juga saya habiskan menghantar emel kepada semua yang telah membantu saya dalam Survery KelasEnglish.Com. Saya tak dapat nak senaraikan nama anda semua di sini kerana terlalu ramai. Tak larat saya nak CTRL+C dan CTRL+V.. Hehehe..
Saya terpaksa juga hantarkan tawaran PERCUMA Program Easy English tuh kepada semua hari ini kerana esok Program Easy English V2.0 akan dilancarkan. Jadi, kepada anda yang tak dapat tawaran percuma tuh, anda tak perlu tunggu lagi.
Esok, 28hb Julai 2008, pukul 10 pagi, pergi saja ke www.KelasEnglish.Com dan tempah tempat anda besok juga. Ingat, hanya 100 peserta saja akan diterima. Jika anda terlewat, bermakna anda perlu tunggu sehingga peserta Level 1 naik ke Level 2. Barulah ada tempat kosong. Dalam erti kata lain, lebih kurang 3 bulan.
Kalau anda tak nak tunggu, pastikan esok juga anda daftar ya.
P.S.: Tak payahlah tunggu di KelasEnglish.Com sejak pukul 7 pagi lagi. Kerana saya hanya akan buka pada 10 pagi. Jumpa di sana.. di sana.. di sana…

