Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Posts Tagged ‘blog’

Blog Review: Al-Mansuqie

Alhamdulillah, nampaknya jumlah ahli mybloglog blog ini bertambah ramai sejak kali terakhir saya memeriksanya.  Oleh itu, memandangkan juga yang dah lama saya tak buat blog review, hari ni saya buat keputusan untuk review blog salah seorang ahli mybloglog blog CikguAzleen.Com ini.

Dan ahli mybloglog CikguAzleen.Com yang bertuah itu adalah…

jeng jeng jeng… Alaaa.. sebenarnya dah sebutpun kan namanya di tajuk tuh.. hehehe..

Ya, saya nak perkenalkan anda dengan blog Al-Mansuqie. Saya tidak pasti tetapi saya rasa penulis blog ini bernama Abu Rifaei dan beliau berada di Egypt. Yalah, kalau nama tuh memang agak tak berapa nama Melayu (walaupun Abu nama Arab/ Melayu, tapi Rifaei tuh saya jarang dengar), tapi saya pasti beliau ni dari Malaysia..

OK, itu nama skrinnya saja. Nama sebenar beliau adalah Mohd Hanifah Bin Seman Bin Awang Bin Seman Bin Megat Jamal. Hmmm.. Berapa keturunan tuh? Berasal dari Jerantut Pahang dan sekarang meneruskan pengajian di … Ermmm.. Maaf, saya tak tahu..

Anyway, mari kita lihat blog beliau Al Mansuqie..

Visual

Berlatarbelakangkan hijau, blog ini memang nampak jelas sekali ciri-ciri keIslamannya. Dengan lafaz Bismillah di atas latar alam semulajadi sebagai header serta bintang-bintang yang berlari-lari, blog ini memang boleh menarik perhatian saya.

Cuma kehadiran terlalu banyak imej, serta saiz header yang besar ditambah pula dengan siaran audio automatik telah membuatkan proses loading blog ini memakan masa yang agak lama. Lebih 30 saat untuk ia lengkap loading sepenuhnya.

Itu untunglah juga kerana saya gunakan Streamyx, kalau dial up atau gunakan 3G.. Hmmm…

User-Friendly

Secara peribadi, blog yang bagi saya user-friendly mestilah memiliki 3 jenis page ini:

  1. about: untuk mengenali pemilik/ penulis blog dengan lebih dekat dan jelas
  2. contact: untuk menghubungi pemilik/ penulis blog secara terus (direct)
  3. archives: untuk melihat dan membaca isi blog dengan lebih cepat (scanning)

Dan bagi blog Al-Mansuqie ini, beliau ada page:

  1. about - blog ini dibina atas platform blogspot.com, jadi page about ini di link kan ke profilenya di blogger.com . Bagus juga kerana secara tidak langsung, kita juga dapat akses ke blog-blog lain milik penulis.
  2. contact – anda boleh hubungi blogger melalui page about di atas. Saya tidak menjumpai sebarang borang contact direct di atas muka utama blog ini. Bagaimanapun, blogger ada menyediakan Y!Messenger pingbox dan juga chatting box di laman utama ini. Oh ya, penyediaan chatting box ini juga turut menyumbang ke arah lamanya masa yang diambil untuk loading muka utama blog ini.
  3. archives – di bahagian sidebar ada disediakan archives standard blogspot. Tetapi saya kurang gemar dengan archives begini kerana ia dinyatakan dalam turutan bulan dan kita perlu klik pada bulan untuk lihat artikel yang ditulis pada bulan tersebut. In fact, tidak ada senarai penuh tajuk-tajuk artikel melainkan untuk bulan terakhir (atau terkini) artikel ditulis.

Reading Enjoyment

Artikel yang menarik perhatian saya melalui lawatan pertama ini adalah Tidur Mengikut Sunnah Dan Penemuan Sains. Memang menarik kerana beliau menghuraikan tentang topik ini secara ilmiah. Banyak ilmu yang dikongsikan dan hujahnya disokong pula daripada sunnah dan juga sains. Ternyata beliau membuat kajian sebelum menulis. Bagus, dan saya memang salute pada Al-Mansuqie.

Tetapi warna font yang digunakan membuatkan mata saya tidak selesa. Tambahan pula ada imej-imej yang bergerak-gerak dan berwarna-warni mencuri tumpuan saya dari fokus kepada artikel ditulis. Panjang satu perenggan juga sangat panjang.. hehehe..

Mungkin ada ramai lagi pembaca lain yang boleh membaca dalam keadaan begitu, tetapi bagi saya apa yang akan saya lakukan jika saya benar-benar perlukan maklumat yang diberi adalah copy all dan paste pada MS Word atau Notepad atau apa saja dan edit sebelum membacanya. Dan sebenarnya, walaupun artikel ini sangat menarik dan berguna, saya cuma scanned saja isinya kerana mata saya tidak tahan untuk menatap skrin komputer ini pada jangka masa yang lama.

Useful Info

Seperti yang dinyatakan di atas, blog ini memang menyajikan maklumat berguna dan ilmiah untuk anda. Meliputi dari segala aspek kehidupan dan ianya dikaitkan dengan Islam – ini yang paling bagus. Dan saya juga lihat ada link Tutorial di mana berdasarkan tajuk-tajuk yang dilihat ianya berkaitan dengan blogging.

Dan bila klik pula link tutorial ini nampaknya saya dibawa ke blog lain pula.. Masih lagi pemilik yang sama, tetapi tajuk blog khusus untuk tutorial blogging. Yang pastinya saya rasa blogger ini memang sukakan imej bergerak. Hehehe..

Overall Experience

Walaupun saya kurang gemar dengan imej bergerak (animation) dan juga audio yang dimainkan secara automatik pada blog ini, saya pasti akan kembali lagi ke blog ini untuk menimba ilmu-ilmu yang banyak dikongsikan di sini. Cuma, lain kali saya akan pastikan saya offkan dulu speaker sebelum ke blog ini.. Hehehe..

Jadi, apa kata anda pula ke blog Al-Mansuqie dan beritahu saya pula apa pendapat anda tentang blog ini..

** Ingatan: Ini adalah review peribadi Cikgu Azleen. Anda boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan pendapat beliau, tetapi dilarang sama sekali untuk menggunakan kata-kata kasar dalam blog ini.

Unikkan Blog Anda Dengan Favicon

Saya pasti yang anda biasa menyimpan mana-mana blog yang anda suka sebagai favourites atau bookmarks. Seperti itu juga, pembaca blog anda turut menyimpan blog anda sebagai favourites atau bookmarks mereka. Bagaimanapun, sudah tentu pembaca blog anda turut menyimpan blog-blog lain sebagai favourites mereka kerana mereka bukan membaca blog anda sahaja.

Persoalannya, bagaimana anda ingin menjadikan blog anda itu berbeza dan ‘stand out‘ (maaf ya, saya tak tahu nak sebut ini dalam bahasa melayu) berbanding blog-blog lain yang disimpan oleh pembaca blog anda supaya apabila mereka melihat ke senarai favourites mereka dapat mengenalpasti blog anda dengan mudah?

Kebanyakan blog-blog yang popular akan menggunakan favicon untuk membuatkan blog mereka mudah dikenali. Favicon adalah icon kecil atau gambar yang biasanya akan muncul di sebelah tajuk blog anda. Sekiranya anda tidak membuat favicon, icon standard untuk web browser akan muncul di tempat yang sama.

Selama ini, saya pun tertanya-tanya juga bagaimana nak membuatkan gambar kecil di sebelah tajuk blog saya ini menjadi gambar saya. Alhamdulillah, oleh kerana saya telah jumpa cara membuat favicon di laman web John Chow, saya ingin kongsikan dengan anda juga.

Caranya mudah saja, mula-mula anda buat satu gambar format gif, png atau jpg bersaiz 16 x 16 pixel. Uploadkan gambar ini ke server dan namakannya sebagai favicon.ico . .ico adalah format untuk icon. Selepas itu, masukkan kod berikut ke dalam file header anda di antara <head> dengan </head>:

<link rel=”shortcut icon” href=”letakkan link ke favicon anda”>
<link rel=”icon” href=”letakkan link ke favicon anda”>

Atau cara yang kedua adalah dengan memuatnaikkan (upload) favicon anda tadi ke folder images dalam folder theme pilihan anda. Kemudian letakkan kod berikut di tempat yang sama seperti di atas dalam file header theme anda.

<link rel=”shortcut icon” href=”<?php echo get_bloginfo ( ‘template_url’ ); ?>/images/favicon.ico” />

Bagaimana? Mudah kan?

Selamat mencuba!

Upgrading Session

Good day everyone,

I just want to inform you that I am in the process of upgrading the blog, and that’s include the system, the theme and everything related. So, please be patient with me.. Just in case you came in here and found everything is not in order. I am terribly sorry for that, but I promise to come out with a better blog..

P.S.: It might take a few days to settle everything!

Tags & Categories