Posts Tagged ‘blog review’
Readercircle.com | Read & Review
Jika anda gemar membaca buku seperti saya, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk melanggan RSS blog Kakeru ini. Beliau banyak menulis tentang buku-buku yang dibacanya. Awalnya saya sangkakan beliau adalah lelaki. Sangkaan saya meleset, kerana beliau adalah jurutera wanita muda. Nah, hebat bukan?
Kakeru (macam nama kartun ler) meminta saya membuat review blog ini, jadi mari kita tengok apa yang ada di blog Readercircle.com ini:
Visual
Beliau menggunakan layout 2-column yang simple dengan warna biru sebagai warna utama. Ada banyak warna biru di sini, biru tua, biru laut.. Biru muda..
Saya rasa beliau ini sangat gemarkan warna biru..
Bagaimanapun saya rasa layout ini terlalu simple, apatah lagi oleh kerana beliau menggunakan theme wordPress percuma, pastinya sukar untuk layout ini menyerlah berbanding beribu-ribu blog yang menggunakan theme yang sama (atau hampir serupa).
Dengan mengambil kira bahawa kebanyakan pengguna internet Malaysia (blog ini dalam bahasa melayu) kini menggunakan laptop dengan skrin yang lebar dan juga monitor bersaiz besar, saya rasa lebih elok jika Kakeru menggunakan font yang besar sedikit.
Beliau juga boleh memaksimakan penggunaan skrin dengan memilih theme yang lebih luas. Inilah sebabnya saya menukar theme blog saya ini
User-friendly
Seperti juga review-review blog sebelum ini, bagi saya laman web yang mesra mestilah mempunyai 3 page wajib iaitu About, Contact dan Archives.
Blog Readercircle.com ini telah menyediakan laman About yang cukup untuk mengenali pemiliknya yang comel – siap gambar tau! Dari laman About ini juga saya tahu bahawa Kakeru suka melepak di MPH seperti saya.. Lain kali kita boleh lepak sama-sama ya..
Bagaimanapun secara peribadi saya lebih suka mengetahui nama sebenar pemilik blog berbanding nama kartun atau nama samaran. Ini atas tujuan kredibiliti. Saya ingin mengetahui bahawa saya membaca tulisan hati seorang manusia sebenar dan bukan seorang penyamar atau penipu. Ia mencukupi sekiranya Kakeru boleh menggabungkan sedikit nama sebenar beliau pada nama samaran tersebut, contohnya SmartZul (nama sebenar Zul) dan JimieRay (nama sebenar Jimie).
Blog ini masih lagi belum menyediakan laman Archives nya. Mungkin kerana masih baru (2 bulan) lalu beliau rasa terlalu awal untuk membuat laman Archives. Mungkin juga kerana beliau sedang mencari-cari bagaimana untuk menyediakan laman Archives.
Reading Enjoyment
Post pertama yang saya baca sewaktu ke blog ini adalah Biar Kecil Asalkan Berhasil. Awalnya saya rasa agak kecewa kerana post ini adalah sekadar sebahagian daripada isi buku tersebut dan disertakan dengan ulasan yang juga disediakan dalam buku tersebut.
Nasib baiklah saya ke blog ini atas sebab ingin membuat review. Jika tidak, sudah pasti saya telah menutup saja browser saya dan beralih ke blog lain
Saya tidak pasti apa yang berlaku pada post yang saya baca tersebut. Ia seolah-olah post yang masih belum selesai dan tergantung. Bagi post-post lain seperti Rahsia Minda Jutawan, barulah saya rasa agak puas hati membacanya.
Sebenarnya Kakeru mempunyai gaya penulisan yang tersendiri. Sebagai seorang yang suka membaca, Kakeru pasti akan dapat menggilap bakat penulisannya dengan lebih baik jika beliau terus menulis.
Apa yang ingin saya highlight kan kepada Kakeru adalah penggunaan perenggan. Menulis blog tidak sama seperti menulis buku. Apabila kita menulis buku, rencana atau artikel pada kertas, kita akan memastikan satu perenggan untuk satu isi. Tidak kira lah berapa panjangpun huraian isi tersebut.
Tetapi apabila menulis di blog (atau untuk bacaan pada komputer), kita perlu mengambil kira keselesaan pembaca. Perenggan yang terlalu panjang akan menyukarkan mata kita fokus pada skrin. Jadi, saya cadangkan kepada Kakeru supaya mengehadkan satu perenggan kepada 3-4 baris sahaja (walaupun itu bermakna satu perenggan satu ayat).
Reading Enjoyment
Jika anda seorang yang suka membaca, atau anda sedang mencari alasan untuk membeli sesuatu buku, anda pasti suka dengan hasil tulisan Kakeru. Dalam kebanyakan post, beliau turut menyelitkan unsur-unsur motivasi dalam ulasan beliau. Ini agak baik juga.
Saya berharap agar Kakeru dapat bersikap lebih kritis lagi kerana setakat ini kebanyakan ulasan beliau tentang buku-buku tersebut adalah positif. Saya rasa agak baik juga jika Kakeru dapat menetapkan beberapa ciri-ciri wajib pada sesuatu buku yang diulas, dan membuat ulasan juga dari segi saiz buku (sesuai pegangannya), saiz font yang digunakan, jenis kertas, ilustrasi yang digunakan dan mungkin juga dari segi warna dan harganya.
Useful Info
Kalau sudah dikatakan blog tentang buku, sudah tentu saja ada banyak maklumat berguna dalam blog ini. Bagaimanapun, memandangkan blog ini masih baru (kurang 2 bulan) ia ada cuma 32 post sahaja (betul sehingga saat saya membuat review ini). Bagaimanapun beliau tidak meletakkan harga buku yang diulas, juga tiada maklumat di mana kita boleh mendapatkan buku tersebut.
Overall Experience
Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan blog ini. Bagaimanapun banyak yang boleh dilakukan oleh Kakeru untuk memperbaiki hasil blognya supaya dapat menonjol berbanding berjutaan blog yang ada di alam internet ini.
Membuat Analisis Statistik Blog – Part 3
Seperti yang anda tahu, saya ada menulis review blog. Apa yang anda tidak tahu adalah sejauh manakah review saya itu mampu menghantar pelawat ke blog anda.
Yok, kita tengok!
Pada 6 Disember, saya telah menulis review untuk Smartz dengan tajuk post Kenapa Pelajar Melayu Kurang Berdaya Saing? Berikut, adalah klik keluar dari blog saya pada hari tersebut:

Seterusnya, pada 9 Disember saya telah menulis review blog Baloot yang bertajuk Guide to Attract Women. Berikut adalah klik keluar blog pada hari tersebut:

Pada 10 Disember, review blog saya untuk UnDark yang bertajuk Safiukhwah: Experiment, Experience & Enjoy juga mendapat klik keluar:

Pada 14 Disember, saya menulis review untuk blog Ktom bertajuk Jana Pendapatan Dengan eBook, dan klik ke blog beliau adalah klik keluar tertinggi pada hari tersebut:

Dan saya telah menulis review blog kesihatan Ali, yang bertajuk Perkongsian Info Gaya Hidup Sihat pada 17 Disember.

Dan pada 26 Disember, saya telah menulis review untuk blog NafieCarl bertajuk Making Money The Internet Way.

Secara keseluruhan, saya berjaya menghantar pelawat ke blog-blog yang telah saya review.
Making Money The Internet Way
Baiklah, blog yang akan kita lihat hari ini adalah milik NafieCarl atau nama sebenarnya Mohd Hanafi.. Hmmm.. Saya tertanya-tanya adakah nama NafieCarl ini singkatan kepada Hanafi nakal? Huhu.. Jangan marah ye Nafie..
Visual: Saya pun pernah menggunakan theme TypoXP yang sama ini sewaktu awalnya saya membina blog CikguAzleen.com ini. Dulu, saya rasa ianya menarik.. Tapi maaf ya.. Sekarang tidak lagi.. Antara sebab utamanya adalah saiz font yang kecil.. Dengan bertambahnya saiz monitor dan juga resolution, saya rasa saiz font yang kecil kelihatan semakin kecil dan sukar dibaca.. Cuma nasib baiknya saya belum terlalu tua untuk menghadapi masalah ini, tapi saya pasti pembaca yang berusia lewat 40an pasti kurang gemar dengan saiz font sebegini..
User-friendly: Saya tak pasti samada ianya disebabkan oleh saiz font, atau kedudukan iklan advertlets yang bersebelahan dengan chatter-box, atau mata saya yang letih bermain The Sims 2, maka saya gagal melihat dimana terletaknya pages blog ini.. Saya telah scroll atas dan bawah beberapa kali sebelum saya nampak kedudukan pages About, Contact dan lain-lain..
Reading Enjoyment: Post pertama yang saya baca adalah MLM Oh MLM! Dan ayat pertama yang saya jumpa adalah mohon maaf kerana tidak mengemaskini blog..
Dan post tersebut ditulis 12 hari yang lepas. Saya teringat satu panduan berblog dengan baik yang saya baca tak lama dulu tetapi tak ingat di mana sumbernya, ialah blogger tidak ada sebab untuk minta maaf dengan pembaca jika mereka tidak update blog. Ianya dianggap buang masa pembaca.. Nasib baiklah Nafie turut menulis cerita lain selain dari minta maaf itu.. Jadi, menarik juga.. Saya rasa Nafie masih lagi tercari-cari gaya penulisan yang boleh menarik perhatian pembaca.. Teruskan usaha anda dan saya pasti anda boleh mencapainya..
Useful Info: Sekali lalu, saya tak pasti apakah maklumat yang sebenarnya ingin disampaikan di blog ini. Ianya lebih kepada coretan harian (mungkin juga mingguan atau bulanan) tentang perkara menarik, terkini dan terhebat yang dialami penulisnya.. Saya tidak nampak apa kaitannya post-post sedia ada dengan tajuk blog Making Money The Internet Way. Tapi ini adalah perkara biasa kerana Nafie baru saja mulakan blog ini bulan Julai 2007.. Saya juga mengalami keadaan yang sama, malah mungkin lebih teruk..
Overall Experience: Dari pemahaman saya, Nafie juga ada satu (atau beberapa?) blog lain, dan saya andaikan Nafie kurang memberikan tumpuan kepada blog ini.. Masih banyak perkara yang boleh diperbaiki disini, dan saya doakan Nafie berjaya dengan misinya untuk menjadikan ianya portal Panduan Perniagaan Internet.. 2 bintang dari 10 bintang!
P.S.: Review ini ditulis pada 23 Disember 2007.

