Posts Tagged ‘cara mudah’
Tawaran Percuma Program Easy English Telah Diemelkan Kepada Semua
Akhirnya, berjaya juga saya habiskan menghantar emel kepada semua yang telah membantu saya dalam Survery KelasEnglish.Com. Saya tak dapat nak senaraikan nama anda semua di sini kerana terlalu ramai. Tak larat saya nak CTRL+C dan CTRL+V.. Hehehe..
Saya terpaksa juga hantarkan tawaran PERCUMA Program Easy English tuh kepada semua hari ini kerana esok Program Easy English V2.0 akan dilancarkan. Jadi, kepada anda yang tak dapat tawaran percuma tuh, anda tak perlu tunggu lagi.
Esok, 28hb Julai 2008, pukul 10 pagi, pergi saja ke www.KelasEnglish.Com dan tempah tempat anda besok juga. Ingat, hanya 100 peserta saja akan diterima. Jika anda terlewat, bermakna anda perlu tunggu sehingga peserta Level 1 naik ke Level 2. Barulah ada tempat kosong. Dalam erti kata lain, lebih kurang 3 bulan.
Kalau anda tak nak tunggu, pastikan esok juga anda daftar ya.
P.S.: Tak payahlah tunggu di KelasEnglish.Com sejak pukul 7 pagi lagi. Kerana saya hanya akan buka pada 10 pagi. Jumpa di sana.. di sana.. di sana…
Soalan #10 Saya Ingin Belajar Bahasa Inggeris Tetapi Tidak Ada Masa…
Ada orang telefon saya dan bertanya, “Cikgu, kelas bahasa Inggeris ni cikgu adakan bila ya? Hari apa? Pukul berapa?”
Tahun lepas, saya memang ada mengadakan kelas bahasa Inggeris untuk orang dewasa. Sempatlah saya mengajar selama 6 minggu sebelum saya dipanggil masuk KPLI.
Walaupun singkat tempoh 6 minggu itu, sempatlah saya membuat beberapa pemerhatian tentang sikap kebanyakan orang dewasa terhadap kelas.
Semua orang dewasa yang menghadiri kelas saya itu memang benar-benar ingin menguasai bahasa Inggeris. Sebab utamanya adalah kerana penguasaan bahasa Inggeris adalah satu faktor penting untuk kenaikan pangkat dan gaji. Dah tentulah kritikal kan?
Dan mereka juga kena bayar untuk menghadiri kelas saya.
Minggu pertama dan kedua, memang bersemangat. Mereka tiba lebih awal dari saya. Saya sampai saja pasti semua peserta dah duduk ditempat masing-masing.
Minggu ketiga, mula lah ada beberapa peserta yang tidak hadir. Alasan?
“Ada kerja…”
“Kena hantar isteri ke …”
“Nak ambil anak balik tuisyen…”
“Hari hujan…”
“Takde kenderaan…”
“Nak pergi dating…”
Dan minggu keempat… Saya perlu tunggu 15 minit ke 25 minit untuk mereka tiba…
Ya, itu hakikat.. Orang dewasa ada banyak tanggungjawab.. Terhadap keluarga… majikan… kereta… cuaca.. girlfriend dan boyfriend…
Saya tidak salahkan mereka. Mereka memang ingin belajar, tetapi ada banyak sebab yang menghalang mereka untuk menghadiri kelas.
Untuk mengumpulkan semua sekali pada satu waktu yang semua boleh hadir adalah hampir mustahil.
Tentu saja, jika anda sanggup boleh ada 1to1 session dengan saya.. Maksud saya sanggup bayar.. Tak ramai yang sanggup.. Dan saya juga tak sanggup nak mengadap satu muka saja selama satu jam.. Hehehe..
Lagipun, kalau belajar komunikasi mana boleh 1to1.. At least kena ada 8 orang dalam satu kelas barulah seronok..
Sebab itulah saya cipta Program Easy English. Dengan program ini, anda pilih sendiri waktu dan tempat anda belajar. Tak perlu terikat pada jadual waktu saya dan orang lain.
Jika anda rasa otak anda berfungsi pada tahap maksima di waktu tengah malam, maka belajarlah tengah malam. Jika ianya berfungsi pada waktu awal pagi belajarlah awal pagi.. Tak kiralah, ikut pilihan anda..
Anda tentukan masa dan tempat..
Saya memberikan anda kebebasan menyeluruh.. Jadi, alasan “tidak ada masa..” bukan lagi penghalang..
Tentu tak logik kan, anda tidak ada masa walaupun sejam seminggu untuk diperuntukkan kepada mempelajari sesuatu yang boleh meningkatkan nilai diri anda.. Yang boleh membantu anda mendapat pekerjaan.. Yang boleh membantu anda naik pangkat.. Yang boleh membantu anda lebih berkeyakinan berhadapan dengan orang lain..
Jika anda masih tidak ada masa, anda memang tak layak dapat itu semua..
Soalan #6 Berapakah bayaran untuk menyertai Program Easy English?
** Update 28.07.2008 – Yuran penyertaan untuk Program Easy English V2.0 adalah RM120 setiap level (12 lesson). Tetapi sehingga 16.08.2008, yuran penyertaan adalah RM100 sahaja bagi setiap level. Daftar sekarang di www.KelasEnglish.Com.
Program ini hanya akan dilancarkan pada 28hb Julai 2008. Jadi, sehingga itu, saya tidak boleh memberitahu anda berapakah yuran yang akan dikenakan.
Bagaimanapun, cuba anda selidik di kawasan anda berapakah bayaran yang dikenakan untuk menyertai sebarang kursus bahasa Inggeris.
Di kawasan Johor Bahru ini, ramai yang memberitahu saya bahawa untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris bayaran dikenakan adalah dari serendah RM1500 ke RM2500. Malah mungkin lebih. Dan tempohnya pula dalam 3 bulan. Paling lama 6 bulan.
Pilihan termurah yang anda ada adalah menyertai pusat tuisyen. Itupun yurannya di antara RM60-RM100 sebulan. Dan lagi, besar kemungkinannya anda perlu belajar bersama-sama murid sekolah. Ramai yang tidak sanggup untuk melakukakannya.
Berdasarkan itu, mungkin anda boleh agak berapa agaknya yuran penyertaan Program Easy English. Saya akan beritahu berapa yurannya nanti selepas program ini dilancarkan.
Soalan #3 Apa itu Program Easy English?
Program Easy English adalah program latihan bahasa Inggeris 48 minggu yang dibahagikan kepada 4 level. Setiap level terdiri daripada 12 lesson. Satu lesson akan dihantar kepada anda setiap minggu.
Dalam setiap lesson anda akan menerima:
- 1 course ebook
- Latihan-latihan
- Fail audio
- Fail video (Jika perlu)
Dengan penyertaan dalam Program Easy English juga, anda mendapat akses kepada blog khas KelasEnglish.Com dan juga forum eksklusif KelasEnglish.Com.
Melalui program ini anda akan dibimbing, langkah demi langkah, dari teknik belajar sehinggalah kepada isi pelajaran, dan segala intipati yang membolehkan anda menguasai bahasa Inggeris sehingga mahir. Anda juga akan belajar semua kemahiran yang diperlukan untuk berkomunikasi iaitu membaca, menulis, mendengar dan bercakap.
Bagaimana Penguasaan Bahasa Inggeris Boleh Membawa Perubahan Yang Besar Dalam Hidup Anda
Sekejap saja masa berlalu kan. Kalau anda dah lama membaca blog saya ni, tentu anda tahu yang pada awal tahun 2008 saya berazam nak belajar main keyboard.
Jadi, saya telahpun membeli keyboard. Saya tahu membaca nota muzik – dulu saya Clarinetist SIGS (M) Band. Masalahnya, saya clarinetist. So saya cuma tahu baca bahagian rhytm saja. Saya tak tahu camne nak baca base note.
Rupanya, saya baca salah. Huhu.. Patutlah bila main rasa semacam je lagu ni..
Dan akhir sekali, saya figure out bahawa benarlah pepatah orang tua-tua.
Belajar biar berguru. Kalau tak boleh sesat jalan.
Bagaimanapun, kalau dah sesat boleh balik ke pangkal jalan. Dan itulah yang saya lakukan.
Belajar Muzik Di Yamaha School – Mahal Tapi Berbaloi
Sementara duduk di rumah tunggu posting ni (sebenarnya saya taklah begitu menunggu, ada banyak sangat aktiviti yang boleh dilakukan), saya pun pergila join Yamaha School belajar keyboard.
Mahal juga belajar muzik ni ya. 4 kali sebulan, sekali cuma setengah jam. Bayarannya RM85. Hmmm..
Anyway, besok saya akan ke kelas muzik lagi. Sebab tuhlah saya rasa sekejapnya masa berlalu. Sebenarnya cikgu saya tuh ajar saya lagu Child (anak) minggu lepas. Tapi sepanjang minggu ni saya tak praktis langsung lagu tersebut. Sebaliknya saya sibuk berlatih lagu Love Story.
Baru dapat main bahagian pertama. Nanti bila saya dah habis semuanya, saya rekodkan untuk anda dengar dan komen. Rasa keras sangat jari-jari saya ni. Besok nak tunjuk kat cikgu saya tuh.. Ntah betul ke tidak saya main.. Huhu..
Maaf – Sistem Affliate Ambil Masa Lama Untuk Diselesaikan
Baiklah, saya sedar bahawa saya beritahu anda bahawa saya akan beritahu anda bagaimana nak sertai Program Easy English hari ni. Malangnya, saya menghadapi masalah dengan sistem affliate. Malam tadi, baru berjaya selesaikannya.
Bagaimanapun, saya tidak dapat memberitahu anda hari ini. Kerana ada beberapa isu bukan teknikal yang perlu saya selesaikan sebelum saya boleh buka program ini kepada orang ramai. Jadi, saya minta maaf banyak-banyak kerana terpaksa menyusun semula jadual pelaksanaan program ini.
Hadiah Istimewa – Fail Audio
Sebagai tanda saya benar-benar rasa tidak gembira dengan perubahan ini, saya berikan anda fail audio bertajuk Bagaimana Penguasaan Bahasa Inggeris Boleh Membawa Perubahan Yang besar Dalam Hidup Anda.
Anda boleh dengar audio ini melalui laman web ini – sila tunggu ianya habis diloadkan ke browser anda. Tetapi mungkin ada masalah sikit.. Saya pun tak tahu dari mana datang bunyi tikus dalam audio tuh. Dengar kat komputer OK jer..
Justeru, saya juga benarkan anda download file audio ini di link berikut:
Fail audio ini agak besar juga, jadi anda perlu bersabar sewaktu nak save. Untuk dengar pula, akan ambil masa 10 minit 33 saat.
Harapnya anda suka dengar suara saya. Jangan tergoda udahlah.. Hahaha.. Just kidding!
Sistem Affliate Untuk CikguAzleen.Com
Hari ni saya berjaya juga install sistem affliate. Asalnya saya nak install di KelasEnglish.Com untuk kegunaan Program Easy English.
Bagaimanapun, disebabkan saya menggunakan ProAffliate ke AffliatePro ya? AffliatePro kot.. Disebabkan saya guna AffliatePro, sistem berbayar, ia ada kelebihan sikit..
Dengan menggunakan satu sistem, saya boleh ada banyak produk.. Maknanya dengan menjadi affliate untuk CikguAzleen.Com, anda boleh mempromosikan semua produk CikguAzleen.Com yang saya rangkaikan dalam sistem tersebut..
Saya juga boleh tentukan komisen yang berbeza untuk produk yang berbeza.. Selain daripada itu, sistem ini juga membolehkan affliate mendapat komisen daripada downline nya..
Ehem.. Dah macam MLM lah pulak..
Bagaimanapun, perkara pertama adalah setakat ini saya ada satu saja produk – Program Easy English yang masih dalam Beta Phase.. Jadi, sebagai affliate pun, anda belum ada banyak pilihan..
Dan yang keduanya, saya masih lagi baru dengan sistem tersebut. Dan keburukan tentang sistem ini adalah tak ada manual. Bencinya saya….
Saya terpaksa meredah, meneroka forum supportnya yang kebanyakan soalannya tidak berjawab untuk mengetahui bagaimana nak memasang benda alah ni.. Adusss..
Dan sekarang ni masalah saya adalah bagaimana nak mengesan sale.. Referral dah OK, tapi setakat ini sale belum boleh dikesan. Jadi, sehingga sale boleh dikesan, saya tak boleh nak teruskan langkah seterusnya..
Perkara seterusnya yang saya nak beritahu anda adalah…
Tawaran Percuma Program Easy English
Memandangkan bandwidth server saya masih lagi OK, maka saya telah emelkan lagi tawaran PERCUMA program easy english kepada kumpulan 7 dan 8. Berikut adalah nama-nama mereka:
Kumpulan 7
- Nurfatin Syahirah binti Abdul Rashid
- Nur Yusreen Helwa binti Mohd Shahrizal
- Norazman bin Mamat
- Termizisah bin Ahmad
- Rodhiah
- Sharifah Noorjuliana binti Syed Salim
- Simah bt Amat
- Suzanah binti Sharif
- Sulasiah Yusup (tawaran batal kerana emel tidak wujud)
- Winnie (tawaran batal kerana emel tidak wujud)
Kumpulan 8
- Nur Ain binti Abdullah
- Yatie
- Zakaria bin Mawi
- Zaharah binti Tarmiji
Dan itu saja.. Kumpulan 8 ni sikit sebab diorang spesial.. Huhu.. Oklah.. Kalau besok bandwidth saya masih lagi OK, saya akan emelkan lagi tawaran ini kepada kumpulan 9 dan 10.
Tawaran Untuk Kumpulan 6 Program Easy English Telah Diemelkan
Awal pagi tadi, memang pagi betul.. Sekitar pukul 1 pagi… Saya telahpun menghantar e-mel kepada 10 orang kumpulan 6 menawarkan penyertaan Program Easy English secara percuma.. Dan mereka yang bertuah itu adalah…
- Mohd Zin bin Sulaiman (tawaran dibatalkan kerana emel tidak sah!)
- Ilyani Amrina binti Mohamed (tawaran dibatalkan kerana emel tidak sah!)
- Mohd Erman
- Jamian Sarif
- Muhammad
- Mohd Amirullah bin Zainol
- Khalmi bin Kaluni
- Kamariah
- Mohd Azuan bin Mohd Jamil
- Mazlina binti Abd Manap (tawaran dibatalkan kerana emel tidak wujud)
Jadi, sehingga ke saat ni saya telah menawarkan Program Easy English secara percuma kepada 54 orang. Bagaimanapun didapati bahawa hanya lebih kurang 25% yang telah mendaftar.
10% alamat emel yang tidak benar. Walaupun ada yang meminta supaya saya menghantar ke emel yang berlainan, maaflah… Anda tidak sepatutnya memberi maklumat palsu pada peringkat awal..
Bagaimanapun, sekiranya anda tersalah taip emel, contohnya sepatutnya emel sebenar anda adalah yahoo.com.my tetapi anda telah memberikan kepada saya yahoo.com , ataupun nama id anda sepatutnya maharani78 tetapi anda telah tertaip mahatani78 . Kesalahan sebegini boleh saya terima dan anda hanya perlu menghubungi saya melalui borang kontek di blog ini.
Manakala kesalahan yang nampak sangat.. seperti emel sebenar anda adalah muhamad88 tetapi anda telah berikan kepada saya emel anda adalah sititipah65, ataupun emel anda sebenarnya di gmail.com tetapi anda berikan saya emel bagussss.com (yang sebenarnya tak wujud pun, macam saya tak tahu!), kesalahan macam ni tidak akan saya terima…
Kepada yang lain, tunggu 23hb Julai ni saya akan beritahu anda bagaimana nak sertai Program Easy English.
Lagi 15 Orang Menerima Tawaran PERCUMA Program Easy English
Kurang asem punyai jurujual.. Agaknya anda pun ternanti-nanti apa review saya tentang Grand Livina.
Saya pun ternanti-nanti bila salesman tuh nak datang. Janji 2.30 dia datang ke rumah saya di Pasir Gudang. Bagaimanapun, sampai pukul 3..
“You kata nak bagi saya test drive Grand Livina hari ni. Jadi datang ke tak datang ni?”
Lebih kurang gitulah.. Actually, my husband called them.
Lepas tuh..
Ada ke dia kata saya sepatutnya call dia untuk confirmkan jadi test ke tak.. Dan kalau nak test drive juga, nak suruh saya pergi ke showroom mereka di Johor Jaya sana..
Haduihhh..
Mula-mula kena duduk Pasir Gudang dulu, saya rasa tempat ni sangat jauh, pedalaman dan apa-apa jua yang seangkatan dengannya. Pendek kata saya rasa bosan lah ngan Pasir Gudang ni..
Tapi lama-kelamaan, agaknya dah masuk zon selesa.. Di Pasir Gudang segalanya ada.. Ada UO, ada Tesco, ada Econsave, ada swimming pool, ada banyak tempat makan.. Dan yang paling penting TAKDE JEM..
Jadi, memang amat susahlah saya nak keluar dari Pasir Gudang ni tanpa sebab yang betul-betul kukuh.. Sekadar nak test drive nak suruh saya masuk ke dalam jalan yang jem?
Huh… Kirim salam jerlah kat jurujual tuh.. Afterall, saya masih lagi belum konfirm nak beli kereta..
Uihkkk.. Mungkin juga tuhlah sebabnya dia tak jadi datang.. Tapi tak payahlah create alasan yang tak munasabah dan meletakkan kesalahan itu kepada pihak saya..
Baiklah, kita lupakan hal itu dan saya nak beritahu anda perkembangan terkini Program Easy English.
Hari ini, saya telah memberi tawaran percuma kepada 5 orang lagi untuk kumpulan 4 dan 10 orang Kumpulan 5. Dan mereka yang bertuah tuh adalah…
Kumpulan 4
- Faezah binti Mohd Esa
- Mohd Hazry bin Md Karim
- Suhaimi bin Mohamed (e-mel tidak wujud! Tawaran dibatalkan)
- Siti Suhana
- Noorzana binti Abd Bakar
Kumpulan 5
- Che Afidah binti Che Anifar (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Hanem bt Abd Jalel
- Didie
- Brade Dee
- Hanis Sofia
- Herawati binti Ujang (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Habsah (Tawaran dibatalkan kerana emel tidak wujud!)
- Hamidan Umir
- Copernicus (akhirnya sampai juga giliran anda!)
- Akmal Hamdy bin Baharudin
Dan setakat ini, tawaran Percuma ini telah dihantar kepada 44 orang.
Malang sekali kerana ramai juga dikalangan mereka ini memberikan alamat emel yang tidak sah kepada saya. Justeru hampir separuh daripada emel tersebut ditendang semula.
Maaf! Jika alamat emel palsu yang diterima, maka tawaran ni kita kira CANCEL aje.. Sebabnya saya perlu buat kerja 2 kali untuk anda. Adil kan?
Dan kepada yang lain yang berminat untuk menyertai Program ini tetapi anda telah terlepas peluang untuk mendapatkan tawaran PERCUMA melalui Survey KelasEnglish.Com, jangan khuatir..
Minggu hadapan, saya ada berita yang paling hebat untuk anda.. Nantikan.. 23hb Julai 2008..
Macam-macam Berita
Truttttt.. Trutttt… Tipulah tuh, ada ke bunyi handphone macam tuh.. Sekarang kan orang pakai bunyi lagu-lagu.. Namanya phone 3G kan.. Walaupun DiGi belum berikan 3G, handphone tetap juga nak yang 3G.. pigidah…
“Hello…”
“Hello.. Cik Nor ke tuh?”
“Haaa? Nor? Emmm.. Ada apa ya?”
“Cik Nor nak beli kereta ke?”
Ohhh.. Betullah dia cari aku.. Tapi aku bukan nak beli kereta..
“Tak, saya nak test drive jer..”
“Haa.. Yalah tuh.. Mesti nak kena test drive dulu.. Cik Nor nak kereta apa ya?”
Waduhh.. Sebenarnya memang dah lama berhajat nak beli kereta baru.. Yalah, kereta yang ada sekarang pun dah nak masuk 7 tahun..
Nissan Grand Livina
Hari tuh semasa berjalan ke Pusat Bandar Pasir Gudang tuh, terpandang kan si Grand Livina ni.. Sebenarnya saya sangat sukakan Naza Citra, tetapi bila memikirkannya banyak juga komen negatif tentang kereta ni.. Terutamanya dari segi “kuat makan minyak”.. Hmmm..
Tuh yang bila tengok Grand Livina ni nampak orait juga.. Kalau dari segi cantik, memang saya rasa Citra lagi cantik.. Tapi bila tengok Livina claim dia pakai 14 sen sekilometer..
Hei, itu sangat jauh lebih murah daripada kereta yang saya gunakan sekarang.. Kereta saya sekarang lebih kurang 17 sen sekilometer.. Itu sebelum harga minyak naik 40%..
“Oh.. Saya nak test drive Grand Livina 1.6 auto. Tapi saya belum nak beli tau, saya nak test jer dulu..”
Risau betul saya kalau dia marah saya tak beli.. Saya memanglah nak beli.. Kalau boleh, hari ni juga nak angkat.. Tapi dengan keadaan sekarang ni..
“Yalah.. Barang 100K mana boleh beli terus.. Mesti test dulu.. Tengok kereta kita ada bagus ke tak!”
Pandai betul budak ni bercakap..
Apa Yang Best Pasal Kereta Ni?
Pendek cerita, besok pukul 2.30 saya berpeluang mencuba Grand Livina ni.. Bagaimana agaknya? Ada tak kalangan anda yang memandu kereta ini? Best tak? Saya ingin nak tahu dari segi penggunaan minyak dan juga maintenance nya..
Perkara yang lain-lain seperti ia boleh memecut 100km/j dalam tempoh 2 saat adalah sangat tidak penting buat saya. Sebab saya bukannya nak jadikan ianya kereta lumba.
Atau seperti ia boleh mengisi sehingga 7 orang dewasa. Malah lebih kalau kita susun betul-betul.. Saya bukan nak jadikannya bas atau van pelancong..
Tukhmenistan – Wait For Me!
Lepas tuh, sayapun SMS suami saya memastikan dia takde perancangan lain besok petang. Dia telefon balik..
“Abang kena pergi Tukhmenistan!”
Haaaa? Aiseh.. what happened?
Takpelah, kalau jadi saya akan beritahu anda dalam posting lain..
Kumpulan 3 Program Easy English
Sementara itu, saya telahpun menghantar emel kepada Kumpulan 3 Program Easy English sebentar tadi. Kali ni cuma ada 8 orang saja dan mereka adalah:
- Ahmad Fazli bin Khalid Tajuddin
- Rafis Asyran bin Rahim
- Sahar Husin (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Hasan bin Latip
- Tuan Zawari Tuan Kechik
- Rohanatunaja Abdul Azit (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Zainol bin Abdul Jalil
- Huzaini Hasan
Dan setakat ni, saya lihat ke-lapan-lapan emel ni takde masalah. Bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerimanya kerana telah memberikan emel palsu kepada saya, maka tawaran ini terbatal secara automatik.
Salam ceria.
Program Easy English: Senarai Nama Kumpulan 2
2 hari yang lepas, saya dapat e-mel dari salah seorang yang mencuba Program Easy English Siri 1 bahawa link download tidak berfungsi. Mujurlah Kumpulan 1 belum download lagi. Jadi sempatlah saya betulkan link-link tersebut.
Banyak juga kerjanya. Maklumlah, kalau satu Lesson ada 5 fail, 4 lesson? 20 fail. Bunyi macam sikit ya. Yalah, kalau campur jari tangan dan kaki, cukuplah 20. Tapi bila saiz satu fail boleh mencecah 80MB, dah tak sikit lagi dah…
Anyway, setakat ini saya dah berjaya menyelesaikan isu tersebut. Jadi, InsyaAllah takkan ada problemlah..
Mari Menari Cha Cha
Semalam pula tak banyak yang dapat saya lakukan. Mulanya mengikut perancangan nak umumkan senarai nama Kumpulan 2 Program Easy English ni semalam, tapi semalam saya melatih beberapa orang guru tadika menari cha cha.
Jadi, macam biasalah. Cha cha saya pun dah berkarat. Mahu atau tidak sebelum latihan bersama guru tadika tersebut, terpaksalah saya berlatih dulu. Latihan lebih kurang 2 jam saja bersama mereka tetapi latihan saya sendiri sebelum tuh hampir 2 jam juga. Mereka berlatih 2 jam, saya berlatih 4 jam.
Bila sampai je rumah petang tuh, rasa macam nak baring depan pintu rumah tuh juga. Hahahaha.. Letih giler..
Bayangkanlah, sebulan cuti ni saya duduk depan komputer jer. Mana ada aktiviti fizikal (adalah karaoke). So bila 4 jam berpeluh?! Huh! Puas hati!
Lepas ni, kita cha cha dan poco poco dulu sebelum buat bisnes internet.
Baiklah, terus kepada topik utama hari ni.. Yang saya tahu anda pun tak sabar-sabar nak mengetahuinya..
Kumpulan 2 Program Easy English
Saya umumkan nama 10 lagi peserta Kumpulan 2 Program Easy English:
- Mohd Ali bin Bakar
- Mohd Hisham
- Mohd Razad Ismail
- Najro
- Petriya (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Rosman Mat Rashid
- Shalahudin (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Siti Nur Nadirah (e-mel tidak wujud. Tawaran dibatalkan!)
- Zaidah Aduka
- Zuriah bt Suratni
Saya telahpun menghantar emel tawaran malam semalam.
Sebenarnya saya rasa sedikit pelik. Sebab apa?
Emel Palsu?
Ada sebahagian daripada mereka yang memberikan alamat emel yang tidak sah. Bila saya hantar je emel ditolak. Alamat emel tidak wujud.
Ish ish ish.. Macamana ya? Anda meminta maklumat daripada saya, tetapi memberikan saya alamat yang salah. Nasib baiklah emel tidak perlu menggunakan setem ataupun courier.
Bayangkanlah kalau setiap satu emel saya kena bayar 30 sen macam hantar surat melalui pos. Tidak ke ia akan meningkatkan kos operasi?
Jika takut saya menggunakan alamat emel anda untuk tujuan yang salah seperti spam atau menjual alamat emel anda atau menghantar bom ke alamat emel anda, maka mungkin pilihan terbaik adalah jangan minta supaya saya menghubungi anda.
Begitu juga dengan mereka yang menghubungi saya melalui borang kontek. Pelik bin hairan! Minta maklumat ataupun bertanyakan soalan kepada saya, tetapi memberikan alamat emel yang tidak benar. Macamana saya nak reply?
Lebih hebat lagi bila ada yang gunakan borang kontek sekali lagi dan marah saya tak reply emelnya. Tolonglah beritahu saya bagaimana saya nak reply jika alamat emelnya salah? Aduihhh..
Berapa pula masa yang terbazir begitu saja? Setiap satu emel mengambil masa lebih kurang 2 minit untuk baca dan kalau soalannya mudah, mungkin lebih kurang 3 minit lagi untuk membalas. Tiba-tiba alamat emel tidak sah. 5 minit masa membazir kan? Masa 5 minit tuh mungkin saya boleh gunakan untuk membantu orang lain yang betul-betul memerlukan bantuan saya.
Justeru, sekiranya nama anda disenaraikan tetapi anda tidak menerima emel tawaran, sila semak kotak SPAM atau JUNK anda dahulu. Jika masih tidak ada, anda boleh menghubungi saya melalui contact form yang disediakan di blog ini.
Tawaran Batal
Tetapi, jika sebenarnya anda tidak menerimanya kerana telah memberikan saya alamat emel yang tidak sah, maka saya tidak akan menghantar emel tawaran kepada anda lagi. Sebaliknya, peluang itu akan diberi kepada orang yang seterusnya dalam senarai saya. Adilkan?
Bagaimanapun, anda boleh menunggu Program Easy English ini dibuka secara komersial dan memohon sekali lagi waktu itu. Dan itu juga bermakna bahawa tawaran PERCUMA satu siri Program Easy English untuk anda juga telah dibatalkan.
Baiklah, tahniah kepada yang telah dipilih dan terima kasih kepada yang lain kerana membaca luahan hati saya ini.

