Posts Tagged ‘caribou cms’
Cara Menggunakan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 1
Hari ini saya akan kongsikan pula dengan anda langkah demi langkah bagaimana menggunakan sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini.
Langkah 1 – Ubah Kata Laluan Standard
Selepas anda selesai memasang sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini anda akan diberikan nama dan kata laluan ke control panel. Ingat lagi tak?
Ya, nama dan kata laluannya adalah standard, jadi anda perlu menukar nama dan kata laluan ini dengan segera.
Pergi ke http://www.lamanwebanda.com/admincp dan masukkan nama dan kata laluan standard (admin/root).

Anda akan dibawa ke muka transition.

Klik Click Here dan anda akan dibawa masuk ke Control Panel sistem Laman web keahlian (membership) caribou cms anda.

Klik Users>>Staffs.

Pada bahagian manage staff ini akan terdapat dua bahagian. Satu groups dan satu lagi staffs. Pada bahagian group anda boleh menubuhkan banyak group bagi tugas yang berbeza. Manakala sekiranya anda mempunyai pembantu bagi melaksanakan tugas-tugas di laman web keahlian (membership) anda boleh mendaftarkan mereka sebagai staff. Jadi mereka juga boleh meluluskan permohonan, menambah isi dan sebagainya.
Bagaimanapun, oleh kerana tujuan kita tadi adalah ingin menukar kata laluan maka anda pilih nama admin daripada bahagian staff (group super administrator) dan klik pada edit.
Anda akan dibawa ke satu laman web di mana anda boleh mengubahsuai nama dan kata laluan anda ke controlpanel ini.

P/S: Minggu hadapan kita akan ubah pula setting pada sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini mengikut kehendah kita.
Ada Masalah Dengan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS?
Rupanya tanpa saya sedari saya telah melakukan satu kesilapan sewaktu memasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS. Kesilapan itu sebenarnya kecil tetapi telah menjadikan satu masalah besar. Apabila saya cuba masuk ke laman web keahlian (membership) saya di www.kelasenglish.com ia gagal di akses. Jadi, apa yang saya lakukan?
Saya cuba pasang sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini sekali lagi. Bagaimanapun, saya masih lagi menghadapi masalah yang sama. Buntu?
Tanyalah Pada Yang Pakar
Saya menghubungi developer nya iaitu Brock Ferguson. Sememangnya beliau seorang yang bertanggungjawab dan membantu. Beliau memberikan beberapa cadangan seperti memuat-naik dalam format BINARY dan juga memastikan hosting saya boleh menggunakan IONCUBE. Selepas memberitahu beliau bahawa saya telah melakukan kedua-duanya tetapi laman web keahlian saya masih gagal diakses, beliau telah menawarkan diri untuk memeriksa sistem saya di hosting.
Tips saya jika anda perlu membenarkan orang ketiga masuk ke hosting anda atas sebab-sebab tertentu:
Jaga Kerahsiaan Kata Laluan
1. Jika anda mahu mengekalkan kata laluan anda (kerana ianya mudah diingat) maka tukar kata laluan baru sebelum memberikannya kepada orang ketiga itu. Selepas dia selesai memeriksa sistem anda, segera tukar kata laluan anda kepada asal.
2. Jika anda telah memberikan kata laluan anda kepada orang ketiga, segera tukar kata laluan baru sebaik saja orang ketiga itu selesai melakukannya kerja-kerjanya..
Jadi, jika anda menghadapi masalah memasang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini, anda boleh menghubungi developer sistem ini iaitu Brock Ferguson kerana beliau memang akan membantu anda.
P/S: Minggu hadapan kita akan lihat cara menggunakan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS ini pula..
Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 2
Dalam post minggu lepas kita telah buat 4 langkah. Jadi hari ni , kita akan sambung pula langkah seterusnya.
Langkah 5 – Mengubah CHMOD File
Ya, gunakan perisian FTP anda untuk mengubah kebenaran akses ke file-file tertentu dalam sistem laman web keahlian (membership) caribou cms yang telah anda upload tadi.

Berikut adalah folder dan file yang perlu anda ubah access permissionnya kepada 777:
- Folder Install dan kesemua folder dan file di dalamnya
- Folder /misc/
- Folder /misc/backups/
- Folder /includes/smarty/templates_c
- Folder /includes/smarty/cache
- Folder /uploads/
- Folder /uploads/gimages/
- Folder /uploads/cimages/
- Folder /uploads/files/
Seterusnya, sistem ini akan memeriksa untuk memastikan semua folder tersebut telah di tukar CHMOD nya. Jika semuanya OK, klik Proceed With Installation.
Langkah 6 – MySQL Database
Oleh kerana sistem ini akan menggunakan satu sistem MySQL database anda perlu membina satu database dahulu di Cpanel hosting anda. Buka satu window lain dan login ke CPanel hosting anda. Pilih MySQL Database dan create database baru. Pastikan anda masukkan juga user database dengan full privilleges. Ingat maklumat ini.
Langkah 7 – Maklumat Konfigurasi
Anda akan dibawa ke page configuration file generator di mana anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang diminta.

Isi maklumat yang diminta:
- Complete path : laluan ke folder di mana anda ingin pasang sistem ini. Sekiranya anda memasang di root hosting anda, tidak perlu ubah apa-apa kecuali gantikan username dengan nama laluan anda ke hosting. Tetapi jika anda pasang ke folder tertentu, maka anda perlu tambah laluan ke folder tersebut selepas /public_html/ .
- Database host: biasanya anda tidak perlu ubah apa-apa
- Database user : masukkan nama user ke database yang telah anda bina dalam langkah 6
- Database password: masukkan password yang telah anda letak sewaktu bina database
- Database name: masukkan nama databse yang anda bina dalam langkah 6
- Domain site folder: masukkan URL dimana anda ingin pasang sistem ini
- Cookie prefix tuh anda biarkan saja..
Klik Generate Configuration File…
P/S: bersambung ke minggu hadapan..
Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS?
Hari ini saya akan kongsikan dengan anda bagaimana saya memasang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS di hosting saya sendiri. Layannnnn…
Langkah 1 – Download Caribou CMS
Dah tentulah.. Pertama sekali anda kenalah download sistem ini. Anda boleh berbuat demikian melalui laman web Caribou CMS di sini atau klik saja link ini dan save kan ke komputer anda.
Langkah 2 – Extract File
Ya, selepas anda download file zipped tersebut, anda perlulah extract kannya.. Kalau anda gunakan windows XP, anda tak perlukan perisian zip, cuma right klik mouse anda pada file zipped tersebut dan pilih extract all.. Kemudian ikut arahan yang diberikan pada extraction wizard tersebut. Mudah kan?

Langkah 3 – Upload File
Seterusnya, gunakan perisian FTP anda untuk memuat-naik kesemua fail yang telah anda extract tadi ke folder yang anda ingin gunakan di hosting anda. Pastikan anda memuat-naik kesemua fail ini dalam format BINARY. Saya tidak akan menceritakan secara detail bagaimana anda nak lakukan proses FTP ini kerana anda boleh dapatkan ebook Panduan Mudah FTP daripada SmartZul.

Langkah 4 – Install Secara Online
Sekarang, anda telah bersedia untuk memasang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini. Proses pemasangan ini dilakukan secara online. Anda hanya perlu pergi ke http://www.lamanwebanda.com/folderpilihananda/install dan segalanya bermula di sana..

Klik Begin Installation… Anda akan diberitahu bahawa terdapat fail yang perlu diubah CHMOD nya.. CHMOD tuh maksudnya access permission.
P/S: Post ini akan bersambung pada minggu hadapan..
Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou
Hari ini saya akan kongsikan dengan anda sistem laman web keahlian (membership) Caribou. Bunyi Caribou ni lebih kurang macam kerbau jugalah
Kenapa mereka namakannya Caribou sayapun tak tahu.
Apapun, itu tidaklah penting. Yang pentingnya hari ini kita nak meninjau dan menilai sistem Caribou ini. Jom!
Content Management System
Caribou adalah sejenis CMS. Nah, jika anda tak tahu apa itu CMS anda juga mesti belum punya blog – jadi dapatkan Pakej Kit Blogger dari saya atau dari SmartZul! CMS ni maksudnya Content Management System atau sistem pengurusan isi (ya ke?).
Caribou CMS adalah platfom laman web subscription sepenuhnya. Dalam erti kata lain, bahan-bahan yang anda publish melalui Caribou hanya boleh dibaca oleh subscriber. Bezanya dengan WordPress, sesiapa pun boleh baca bahan yang kita publish (kecuali kita letakkan password kan?
Buat Apa Dengan Caribou?
Dengan menggunakan Caribou CMS, anda boleh menjual keahlian berulang, menguruskan isi laman web anda melalui panel kawalan online dan buat duit sementara sistem ini menguruskan model perniagaan anda secara automatik.
Well, perkataan automatik itu betul jika subscriber anda membayar melalui paypal, 2checkout. Bagaimanapun bagi kita orang Malaysia, ianya hanya separa betul kerana kebanyakan subscriber Malaysia akan membayar melalui Maybank2u dan anda perlu menyemak bayaran dan meluluskan keahlian secara manual.
Demo Caribou CMS
Ada banyak jenis laman web yang boleh menggunakan Caribou seperti laman web berbayar, majalah online, organisasi keahlian (persatuan), produk berasaskan pengetahuan. Anda boleh melihat sendiri laman web demo Caribou disini. Atau lihat demo panel kawalan Caribou disini (username admin password demo).
Caribou CMS juga membenarkan anda mempunyai pelbagai level keahlian seperti percuma, silver, gold, premium atau apa saja yang anda inginkan. Jadi, anda boleh juga setkan setiap isi laman web anda mengikut level. Contohnya mungkin ada sesetengah artikel anda berikan secara percuma. Manakala untuk bahagian download anda hanya benarkan gold saja download. Lebih kurang macam tuhlah..
Integrasi Caribou CMS Dengan Forum
Selain daripada itu, anda juga integrasikan Caribou CMS dengan forum PhPBB atau VBuletin. Jadi, selain daripada ahli anda boleh mendapatkan bahan daripada anda secara terus, mereka juga boleh berkongsi pengetahuan melalui forum. Dengan penggunaan Caribou CMS, tidak lagi berlaku SPAM melampau-lampau seperti yang pernah berlaku kepada forum kelas english saya suatu waktu dulu – sampai tak terkawal!
Caribou CSM juga memerlukan penggunaan PhP dan MySQL databases.
Tak Ada Affliate System
Bagaimanapun, yang saya rasa kurang syoknya adalah Caribou CMS ni tak ada affliate system.. Jadi anda tak boleh nak benarkan ahli anda membantu mempromosikan laman web keahlian (membership) anda.. Tak syok kan?
Cuba Caribou Secara Percuma
Dan yang paling best adalah anda boleh cuba gunakan Caribou ini secara percuma. Tidak ada sekatan terhadap tempoh atau isi laman web.. Cuma anda boleh mempunyai ahli maksima 100 saja.. Anda boleh download sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini melalui link ini.
Kalau anda inginkan kebebasan penuh terhadap penggunaan sistem ini anda cuma perlu bayar $199 seumur hidup. Atau anda juga boleh bayar bulanan sebanyak $24.95 jika anda ada hosting sendiri atau gunakan hosting mereka dan bayar sebanyak $34.95 sebulan.
Untuk maklumat lanjut tentang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini layari laman web mereka di sini.
P/S: minggu hadapan saya akan kongsikan dengan anda bagaimana memasang sistem laman web keahlian ini di hosting anda sendiri.

