• Seni Ajar Membaca

    Lagu Fonik Tak Tun Tuang

    Lagu ini sudah viral lama, saya agak ketinggalan. Haha.

    Tapi anak-anak asyik ber tak tun tuang tak tun tuang. Iramanya memang mengasyikkan sampai si Isyraq pun tersengih-sengih dan bergoyang-goyang mendengar lagu ini.

    Maka semalam sedang menunggu giliran di klinik, datang ilham mencipta lirik tak tun tuang berasaskan pengajaran fonik.

    Semoga lebih mudah dan cepat untuk kenal apa itu Fonik Gabung Bunyi. Liriknya seperti berikut:

    Fonik Tak Tun Tuang
    Lirik: Cikgu Azleen

    Mari guna fonik tak tun tuang tak tun tuang
    Kerna ia cepat lagi tak tun tuang tak tun tuang
    Ajar anak baca dengan fonik tak tun tuang
    Pasti mudah sekali

    Ajar bunyi dulu tak tun tuang tak tun tuang
    Lebih cepat dengan aksi tak tun tuang tak tun tuang
    Usah campur aduk dengan huruf tak tun tuang
    Sambil kita menyanyi

    Ajar anak menggabung bunyi
    Bukan eja-eja
    Tidak menghafal suku kata
    Ini cara mudah

    Yang penting ajar dahulu baca tak tun tuang
    Sampai lancar faham juga tak tun tuang tak tun tuang
    Bila sudah lancar baca buku tak tun tuang
    Ajar ABC pula

    Jom, nyanyi bersama-sama kami.

    Nor Azleen Abd Rahim
    #cikgumommy

    https://youtu.be/JrmFa91obmo

  • Kisah Kejayaan

    Azmina Tamat Buku 2 Bacalah Anakku

    Angah tamat buku 2 Bacalah Anakku hari ini. Bukan main bangga Angah.

    Berulang kali cakap nak bawa balik buku ini tunjuk pada abah Ismail Bin Yahya.

    Yalah Angah, balik tunjuk abah Angah baca ya.

    Angah belajar ikut-ikut sahaja. Tempias dari kakak-kakak dan abang-abang yang belajar dari grup Intensif Membaca Cuti Sekolah 2016 hinggalah ke grup BAK#8 sekarang.

    Terima kasih kepada semua yang hantar anak membaca dengan saya sehingga Angah boleh menumpang belajar tidak sengaja.

    Masih ingat lagi rasanya masa mula-mula kelas Intensif tahun lepas, Angah duduk di sebalik gril pintu sahaja. Tidak mahu keluar.

    Semakin berlalunya masa Angah makin dekat dan dekat. Pernah satu ketika saya mengajar dengan Angah memeluk kaki saya. Hihi.

    Sekarang Angah ambil jawatan ketua pelajar Whiztots memandangkan Afiah dah jadi tutor cilik. Hahaha.

    Syukur kepada Tuhan. Kita fokus kepada prosesnya. Hasilnya biar Tuhan yang tentukan. Itu kerja Tuhan.

    Kalau mak ayah fokus kepada hasil, itulah yang mendatangkan stress bila hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

    Kita buat kerja kita dan biarlah Tuhan buat kerjaNya. Dengan izin Tuhan segalanya bisa terjadi. Tiada yang mustahil.

    Angah 3 tahun 4 bulan.

    Proses Angah belajar ada saya kongsikan pada kepsyen video Angah membaca di bawah.

    Nor Azleen Abd Rahim

    #cikgumommy yang berusaha