Posts Tagged ‘johor’
Kursus Integriti Vs Pertandingan Zapin Johor 2008
Sepatutnya hujung minggu ini saya menghadiri satu kursus. Sewaktu ditawarkan kursus tersebut saya tidak diberikan butiran terperinci mengenainya. Saya hanya difahamkan bahawa kursus ini berkaitan dengan zapin. Tambahan pula ianya dianjurkan oleh Yayasan Warisan Johor, jadi tidak syaklah lagi ianya pasti benar.
Bagaimanapun pelik juga. Sebab minggu ini juga Yayasan Warisan Johor menganjurkan Pertandingan Zapin Johor 2008. Bagaimana mereka boleh menganjurkan dua acara yang berkaitan pada masa yang sama? Yalah, dah tentulah mereka yang menghadiri kursus zapin tersebut juga berminat menonton Pertandingan Zapin Johor 2008. Tidakkah dengan mengadakan dua acara dengan skop yang sama di dua tempat berbeza dalam masa yang sama akan menyebabkan jumlah peserta dan penonton berkurangan?
Pelik pelik..
Bagaimanapun, kepelikan saya itu akhirnya berjawab apabila saya pergi ke M-Suites untuk menyertai kursus tersebut. Yalah, walaupun saya memang menanti sekian lama nak menonton Pertandingan Zapin Johor 2008 ini, peluang belajar menari zapin secara formal (dan percuma) sayang untuk dilepaskan..
Apabila saya sampai ke M-Suites, saya cubalah cari tempat untuk saya mendaftar. Satu-satunya acara anjuran Yayasan Warisan Johor di situ adalah kursus integriti.. Hmmm.. Apa kaitan integriti dengan zapin? Sayapun cuba buat kesimpulan sendiri bahawa mungkin maklumat kursus zapin yang saya ingin hadiri tidak dipamerkan di board hotel tersebut.
Sayapun telefon rakan saya yang sudahpun check-in di hotel itu. Kami diberikan bilik percuma selama 2 malam, tetapi saya memilih untuk hujan batu di bumi sendiri (jika anda faham maksud saya!). Saya pun tanyalah rakan saya tentang kursus kami, dan bila saya katakan bahawa satu-satunya kursus anjuran Yayasan Warisan Johor yang berlangsung di hotel tersebut adalah Kursus Integriti, rakan saya mengiyakan. Kursus itulah yang akan kami hadiri.. Haaaa?
Setelah melihat tentatif kursus, saya memilih untuk menonton Pertandingan Zapin Johor 2008. Zapin yang terlibat dengan kursus integriti hanyalah 2 slot selama 3 jam daripada kursus selama 2 hari 2 malam itu. Maaflah, bukan mengatakan integriti tidak penting bagi saya, tetapi saya lebih merasakan Pertandingan Zapin Johor 2008 itu lebih penting buat saya pada masa ini.
Jadi, dengan segera, sayapun cabutlah dari hotel tersebut. Nasib baiklah saya belum mendaftar untuknya. hehehe.. Dan apa lagi, segeralah saya ke stadium tertutup MBJB untuk menonton Pertandingan Zapin Johor 2008.
Sememangnya tidak rugi bagi saya.. Malam tadi 14 kumpulan yang hebat-hebat dari seluruh negeri Johor berentap di atas pentas. Ada yang dari SMK Sri Rahmat, SMK Sri Gading, Jabatan Belia dan Sukan, Kemas Segamat dan Majlis Bandaran Muar. Ada banyak lagi, tapi saya tak ingat nama mereka. Sayangnya, saya sampai agak lewat dan terlepas untuk menonton kategori sekolah rendah..
Antara zapin yang paling popular ditarikan adalah zapin putar alam. Ada juga kumpulan yang membawa zapin tanjung labuh, zapin melayu Johor asli dan zapin pekajang. Hebat-hebat semuanya dengan pakaian yang berwarna-warni dan menarik perhatian..
Ada juga peristiwa yang lucu apabila salah seorang penari perempuan tertanggal kainnya. Mujurlah tarian zapin sering memakai samping. Jadi, dapatlah cover dengan memegang kain yang tertanggal ikatan pinggangnya itu bersama dengan samping yang dililit di lengan. Kesian juga.. Yalah, demi semangat berpasukan, penari tersebut tetap menari dalam keadaan yang tidak selesa sehingga ke akhir muzik. Bukan mudah nak melakukan perkara tersebut..
Malam ini, 14 lagi kumpulan akan berentap di atas pentas. Jadi, kalau anda tidak ada perancangan malam ini, datanglah ke stadium tertutup MBJB untuk bersama-sama menonton seni warisan zaman ini.. Sangat menarik..
P/S: Saya bercadang ingin membawa dua orang ahli Setia Dansa menonton Pertandingan Zapin Johor 2008 malam ini. Itupun jika ibubapa mereka bersetuju dan keadaan mengizinkan..
There Are No Seafoods At Tanjung Balau!
After playing with the animals at Mutiara Motor Resort, we were feeling hungry. It’s around 4 or 5 pm and we haven’t had our lunch yet. So, I remembered my friend’s story about nice and fresh seafood he had at Tanjung Balau. Excited to have fresh seafood for dinner, we head over to tanjung balau.
Tanjung Balau is quite small town. They have one fishermen village which I believe is a relocation area for them. Their original village might have been taken to build resorts. Though it is a fishermen town, to my dismay that there are no stalls or restaurant preparing seafoods. What a surprise?!
Anyway, they do have nice view. All beach views are nice, aren’t they?
Pantai Pasir Lanun, Mersing Johor
Good morning!
Have you seen the recent pictures I took at Pantai Pasir Lanun (Pirate Beach Sand) at http://www.explorejohor.com ? I’ve posted it several days ago..
Pantai Pasir Lanun is located in Penyabung, Mersing. This private beach are only popular among the local. Some of the readers said they never heard the name before. Well, me too. A friend who origin there told me that the beach are beautiful and the water are sparkling clear.. It’s not like Air Papan, Mersing..
To ensure what they said is true, I went there myself.. And believe it, it’s really like what they claimed it to be.. I do not really like to swim at the beach, but this one? I can’t hold myself.. Although the road to get there is not good, but it’s worth every bit of the effort.
Check out this post at http://www.explorejohor.com and tell me what you think of it..

