Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Posts Tagged ‘matematik’

Cat Or Cat?

Cuba anda bayangkan.. Saya sebenarnya mengajar Pemulihan Bahasa Melayu. Dan saya sedang menunjukkan perkataan ini CAT kepada murid saya. Saya meminta mereka untuk menyebutnya.

Anda tahu apa yang disebut? CAT (Sebutan Ket atau bermaksud kucing dalam bahasa inggeris).

Cuba anda bayangkan perasaan saya..

Ya, anda pun rasa kan.. Berkali-kali saya membetulkan sebutannya, dan puas saya jelaskan beza CAT dengan CAT (kucing)..

Namun, setiap kali saya tunjukkan perkataan ini, mereka tetap sebut CAT (kucing).

Hmmm.. Hebat juga kan? Siapa kata budak kampung bermasalah untuk menguasai bahasa inggeris. Budak pemulihan pun boleh.. :D

Sejak-sejak Matematik dilaksanakan dalam BI, saya juga perasan yang murid-murid ini lebih kenal one, two, three daripada satu, dua, tiga.

Yang kelakarnya, saya juga buat pemulihan matematik – dalam dwibahasa. Kalau pada awalnya saya sangka mereka tidak faham arahan bahasa inggeris, rupanya sangkaan saya itu meleset.

Mereka tidak tahu apa makna tambah, atau campur, tapi mereka tahu apa nak buat kalau ianya plus. Mereka juga tahu multiply tapi tak tahu darab atau kali.. :D

Jadi, rasanya OK juga kot ajar dua subjek itu dalam bahasa inggeris. Kalau budak pemulihan boleh menguasai sehingga ke tahap itu, apatah lagi budak yang tidak ada masalah pembelajaran.

P.S.: Cuma saya sedikit risau, jika lepas ini Bahasa Melayu pula yang bermasalah..

P.P.S.: Dan bila itu berlaku, kita akan kembali belajar dalam Bahasa Melayu.. Dan akhirnya Bahasa Inggeris pula bermasalah..

P.P.P.S.: Dan lepas itu, kita belajar pula dalam Bahasa Inggeris.. Akibatnya bahasa Melayu pula bermasalah..

P.P.P.P.S.: Hmmm.. Dan masalah ini akan terus berulang…

Tags & Categories