Masalah Berat Badan Berlebihan?

img_lightbulbKetahui Bagaimana Saya Turun 13 Kg Dalam Masa 3 Bulan Sahaja Tanpa Berlapar Atau Senaman Berat!

Sertai Saya Sekarang... Klik pada butang "Lose Weight Now Ask Me HOW!

N3 Cikgu Azleen.Com

Dapatkan Tips & Info Terus Di Inbox Anda. Masukkan nama, emel dan klik butang:
Nama:
Email:

Nak Turun 10kg Dalam 3 Bulan?

Saya mencari...

7 orang wanita yang benar-benar serius nak turunkan berat badan mereka sekurang-kurangnya 10kg dalam tempoh 3 bulan

Klik sini untuk ketahui syarat dan cara menghubungi saya...

Posts Tagged ‘membership’

Ada Masalah Dengan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS?

Rupanya tanpa saya sedari saya telah melakukan satu kesilapan sewaktu memasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS. Kesilapan itu sebenarnya kecil tetapi telah menjadikan satu masalah besar. Apabila saya cuba masuk ke laman web keahlian (membership) saya di www.kelasenglish.com ia gagal di akses. Jadi, apa yang saya lakukan?

Saya cuba pasang sistem laman web keahlian (membership) caribou cms ini sekali lagi. Bagaimanapun, saya masih lagi menghadapi masalah yang sama. Buntu?

Tanyalah Pada Yang Pakar

Saya menghubungi developer nya iaitu Brock Ferguson. Sememangnya beliau seorang yang bertanggungjawab dan membantu. Beliau memberikan beberapa cadangan seperti memuat-naik dalam format BINARY dan juga memastikan hosting saya boleh menggunakan IONCUBE. Selepas memberitahu beliau bahawa saya telah melakukan kedua-duanya tetapi laman web keahlian saya masih gagal diakses, beliau telah menawarkan diri untuk memeriksa sistem saya di hosting.

Tips saya jika anda perlu membenarkan orang ketiga masuk ke hosting anda atas sebab-sebab tertentu:

Jaga Kerahsiaan Kata Laluan

1. Jika anda mahu mengekalkan kata laluan anda (kerana ianya mudah diingat) maka tukar kata laluan baru sebelum memberikannya kepada orang ketiga itu. Selepas dia selesai memeriksa sistem anda, segera tukar kata laluan anda kepada asal.

2. Jika anda telah memberikan kata laluan anda kepada orang ketiga, segera tukar kata laluan baru sebaik saja orang ketiga itu selesai melakukannya kerja-kerjanya..

Jadi, jika anda menghadapi masalah memasang sistem laman web keahlian (membership) Caribou CMS ini, anda boleh menghubungi developer sistem ini iaitu Brock Ferguson kerana beliau memang akan membantu anda.

P/S: Minggu hadapan kita akan lihat cara menggunakan Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS ini pula..

Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 3

Hari ini kita akan sambung lagi langkah ke – 8..

Langkah 8 – Configuration File

Anda akan diberikan satu link Download Configuration File. Klik link tersebut dan save configuration file di komputer anda. Seterusnya upload file config.php ini ke folder /includes/ di hosting anda. Kemudian klik proceed with installation..

Anda akan dibawa ke beberapa laman .. Klik proceed with installation untuk setiap laman ini sehinggalah anda diberikan default login information ke laman web Caribou CMS anda..

Klik finish installation..

Dalam page seterusnya anda akan diberikan link ke contol panel laman web anda, dan pastikan anda menukar password dengan segera..

Bagaimana Pasang Sistem Laman Web Keahlian (Membership) Caribou CMS – Siri 2

Dalam post minggu lepas kita telah buat 4 langkah. Jadi hari ni , kita akan sambung pula langkah seterusnya.

Langkah 5 – Mengubah CHMOD File

Ya, gunakan perisian FTP anda untuk mengubah kebenaran akses ke file-file tertentu dalam sistem laman web keahlian (membership) caribou cms yang telah anda upload tadi.

Berikut adalah folder dan file yang perlu anda ubah access permissionnya kepada 777:

  1. Folder Install dan kesemua folder dan file di dalamnya
  2. Folder /misc/
  3. Folder /misc/backups/
  4. Folder /includes/smarty/templates_c
  5. Folder /includes/smarty/cache
  6. Folder /uploads/
  7. Folder /uploads/gimages/
  8. Folder /uploads/cimages/
  9. Folder /uploads/files/

Seterusnya, sistem ini akan memeriksa untuk memastikan semua folder tersebut telah di tukar CHMOD nya. Jika semuanya OK, klik Proceed With Installation.

Langkah 6 – MySQL Database

Oleh kerana sistem ini akan menggunakan satu sistem MySQL database anda perlu membina satu database dahulu di Cpanel hosting anda. Buka satu window lain dan login ke CPanel hosting anda. Pilih MySQL Database dan create database baru. Pastikan anda masukkan juga user database dengan full privilleges. Ingat maklumat ini.

Langkah 7 – Maklumat Konfigurasi

Anda akan dibawa ke page configuration file generator di mana anda perlu memasukkan maklumat-maklumat yang diminta.

Isi maklumat yang diminta:

  • Complete path : laluan ke folder di mana anda ingin pasang sistem ini. Sekiranya anda memasang di root hosting anda, tidak perlu ubah apa-apa kecuali gantikan username dengan nama laluan anda ke hosting. Tetapi jika anda pasang ke folder tertentu, maka anda perlu tambah laluan ke folder tersebut selepas /public_html/ .
  • Database host: biasanya anda tidak perlu ubah apa-apa
  • Database user : masukkan nama user ke database yang telah anda bina dalam langkah 6
  • Database password: masukkan password yang telah anda letak sewaktu bina database
  • Database name: masukkan nama databse yang anda bina dalam langkah 6
  • Domain site folder: masukkan URL dimana anda ingin pasang sistem ini
  • Cookie prefix tuh anda biarkan saja..

Klik Generate Configuration File…

P/S: bersambung ke minggu hadapan..

KISS ME?

Surprise surprise.. Saya bukan suruh anda cium saya.. :p Cuma saya akan mengikuti kursus induksi sistem saraan malaysia selama lebih kurang 3 minggu mulai Isnin ini.. Singkatannya KISSM kan lebih kurang macam KISS ME.. :D

Tengok jadualnya aje dah rasa pening.. Dari 7.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat, dan dipenuhi dengan lectures, lectures dan lectures.. Hmmm.. Dapat saya bayangkan.. Yang pastinya, bekalan minyak angin dan gula-gula mesti penuh dalam beg.. huhu…

Anyway, bukan itu saja yang ingin saya beritahu pada anda.. Memandangkan saya pun dah selesai peperiksaan akhir, dan akan menjalani KISSM diikuti BTN.. Dan akhirnya menunggu posting yang entah ke mana.. Opppss.. saya pasti di Pasir Gudang :D Amin…

Dalam beberapa minggu akan datang ni saya sedang dan akan mencuba beberapa sistem membership management.. Anda pun tahu kan, ada banyak model bisnes internet.. Dan yang paling menarik perhatian saya adalah model membership.. Untuk apa?

Ohh.. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, inbox saya dihujani emel meminta kelas bahasa inggeris. Jadi sudah tentu sahajalah saya akan menggunakan sistem membership itu untuk www.kelasenglish.com .. Sekarang ni saya sedang mencuba Profile Manager ..

Peringatan: Tak perlulah anda daftar di www.kelasenglish.com buat masa ini kerana saya tidak akan approve dan akhirnya pendaftaran anda itu mungkin akan terdelete jika saya tukar ke sistem lain..

Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek saya yang pernah terbengkalai sekian lama ni :D teruskan membaca di blog ini kerana sebarang announcement akan dibuat secara official di sini..

Atau lebih baik lagi, jika anda mendaftar dengan blog ini (gunakan butang Register di bahagian atas kanan blog ini) kerana tawaran istimewa (jika ada?!) hanya dibuat kepada mereka yang mendaftar..

Oh, dah tentulah saya tidak lupa dengan mereka yang begitu setia menjadi ahli komuniti MyBlogLog Cikgu Azleen Dot Com.. Saya pernah berjanji kepada anda kan?

OK, nampak gayanya anda janganlah marah kepada saya jika saya agak sibuk beberapa minggu akan datang ini.. Selewat-lewatnya saya akan mengeluarkan sesuatu yang baru pada hari lahir saya yang ke-**  tahun ini.. :D

Tags & Categories