Posts Tagged ‘pak lah’
Tun Mahathir Keluar Dari UMNO?
Dua hari lepas, Tun Mahathir mengejutkan Malaysia dengan tindakannnya keluar dari UMNO. Well, it’s Tun, nothing surprises me when it related to him
Though I did not expected it..
Wise Vs Harsh
Bagaimana ya? Is it a wise decision or just harsh?
Tun Mahathir is always referred to as a wise and smart leader. He always plan his action and take action according to his plan.
However, I failed to foreseen what he is trying to achieve with his action this time.
Adakah dengan keluar dari UMNO, UMNO akan berubah?
Tetapi kalau terus memberi sokongan kepada pucuk pimpinan, adakah UMNO akan berjaya?
Support UMNO
My mother is a hard-core supporter of UMNO. She has been UMNO’s member eversince I’ve known her. She is also an active member and held posts in UMNO. I’ve never heard she bad-mouthed UMNO. Not even once. She is the kind of people that always claim “kalau kerat tangan, darah yang keluar tuh adalah darah UMNO”.
However, recently after the PRU12, she began to talk as “parti bebas”. She points out things that should be straighten out within UMNO.
I did argued with her, why she didn’t voice it out in UMNO’s meeting. Well, she said that UMNO Johor did said it out – only Pak Lah didn’t hear. I wonder what kind of spies Pak Lah’s have. Maybe he wants to offer Totally Spies a job
They did better job that his son-in-law.
I also heard about Dato’ Radzi. Why he put down his resignation? It’s much related to the PRU12 list of proposed MP and KJ. Heard it from a reliable and trusted source. First hand.
Country Or Family?
I do agree with Tun Mahathir that nowadays Malaysia are run by a bunch of family which only care about themselves. That is pathetic. We do know about Pak Lah and KJ. There might be lots more than what we know. Keeps reading Che’ Det Dot Com to get updated with the recent issues.
*sigh* How come Tun’s spies works better than PM’s spies?
UMNO’s Membership
If you are asking about me, yes, I am a member of UMNO and will remain as one until I found another party that have the same vision as mine. And yes, I also hold a few post within UMNO (not a national level!) but I am not active now as I am staying in a state which I am not a member of that state. That’s quite hard to explain, right?
Anyway, I just can’t wait for the December UMNO’s Meeting as I am eager to loose down all that posts and transferred my membership to where I stay.
PM Letak Jawatan – Selesaikah masalah?
Banyak betul perkhabaran yang saya dengar sekarang ni. Politik Malaysia benar-benar hangat dan tidak stabil. Sebenarnya saya kurang merasakan suasana itu kerana di Pasir Gudang, saya rasa kehidupan berjalan seperti biasa.
Berita paling hangat yang didengar hari ini adalah Datuk Mukhriz menghantar surat peribadi kepada Dato’ Seri Abdullah, merayu supaya Dato’ Seri Abdullah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Saya baru saja membaca salinan surat tersebut di Thirteen Million Plus Ringgit.
Saya rasa itu adalah satu tindakan paling berani kerana pelbagai implikasi boleh berlaku kepada Datuk Mukhriz. Jika Dato’ Seri Abdullah letak jawatan, mungkin tidak begitu teruk, tetapi jika tidak? Bagaimanapun saya kagum dengan keberanian Datuk Mukhriz.
Jika benar Dato’ Seri Abdullah meletakkan jawatannya, akan selesaikah masalah yang ada? Apa pendapat anda?
Pada saya, mungkin tidak akan selesai sepenuhnya, tetapi saya jangkakan ianya akan berkurangan. Sekurang-kurangnya kita boleh mengharapkan orang Melayu bersatu kembali.
Tetapi saya berharap jika Dato’ Seri Abdullah meletakkan jawatan, beliau tidak akan keluar dari UMNO untuk membentuk satu parti politik baru – cukuplah dengan 3 parti politik yang telah memecah-belahkan orang Melayu yang dah tak begitu ramai sekarang ni.
Bagi saya, UMNO ibarat sebuah rumah, sebuah keluarga. Presidennya umpama seorang bapa. Jika kita marahkan bapa, adakah kita akan lari dari rumah? Adakah kita akan memutuskan hubungan dengan keluarga? Jika bapa marah pada anaknya, adakah bapa akan menghalau anaknya keluar dari rumah? Atau bapa akan keluar dari rumah untuk membina rumah yang baru? Saya pasti itu bukan jalan penyelesaiannya.
Saya bersetuju dengan kenyataan Datuk Mukhriz bahawa keputusan pilihanraya baru-baru ini memberi mesej kepada Dato’ Seri Abdullah bahawa rakyat menolak beliau sebagai ketua pentadbiran negara. Ini tidaklah bermakna saya menyokong demonstrasi dan piket yang diadakan untuk menjatuhkan beliau. (Saya terlihat banner pemuda UMNO yang digantung di jambatan MR2 taman keramat, kalau ada sesiapa di KL yang boleh ambil gambar, minta emelkan kepada saya
)
Saya lebih gemar jika jawatan presiden UMNO dipertandingkan tahun ini dan beliau bukanlah salah seorang calonnya. Terlalu lama kita tidak mempertandingkan jawatan ini sehingga apa yang kita lihat sekarang ini adalah salah satu dari sebabnya. Tetapi bukan mudah untuk memastikan pertandingan ini dilakukan secara sihat. Bimbang pula jika yang menang mendabik dada, dan yang kalah menaruh dendam dan hasad dengki.
Yang pastinya sekarang ini, ada pihak yang menangguk di air keruh. Di akhir segala apa yang berlaku sekarang ini, yang rugi nanti adalah orang melayu yang beragama Islam juga..

