Posts Tagged ‘tips’
Belajar Bahasa Inggeris Dengan Teknik Translation
Cuba anda bayangkan keadaan ini:
Anda membaca sebuah artikel dalam Bahasa Melayu. Kemudian, anda ambil sekeping kertas dan mula menulis semula artikel tersebut dalam Bahasa Inggeris. Setiap perkataan dalam Bahasa Melayu itu anda tulis dalam Bahasa Inggeris. Apabila anda mengalami kebuntuan kerana tidak tahu perkataan tertentu dalam Bahasa Inggeris, anda mengambil kamus dan mencarinya. Nahh.. itu perkataannya.. Akhirnya, siaplah artikel dalam Bahasa Melayu tadi di Bahasa Inggeriskan.. Hmmm…
Itulah yang dinamakan translation atau terjemah. Anda menterjemahkan artikel Bahasa Melayu tadi ke dalam Bahasa Inggeris. Bila dibaca semula, macam bagus juga ya..
Tapi cuba anda fikirkan.. Apa yang anda pelajari sepanjang proses penterjemahan tadi?
Yang saya nampak adalah anda belajar menjadi seorang penterjemah. Satu perkataan dalam Bahasa Melayu, begini pula menyebutnya dalam Bahasa Inggeris. Contohnya makan dalam Bahasa melayu, eat dalam Bahasa Inggeris.
Itu penterjemah lah kan. Lebih teruknya kerana ia menjadi direct translation. Kerana itulah ayat “Tekan minyak” dalam Bahasa Melayu menjadi “Press oil” dalam Bahasa Inggeris. Atau “Saya dalam keadaan sihat” dalam bahasa Melayu menjadi “I am in the well” dalam Bahasa Inggeris.
Kenapa ya ini terjadi?
Pada saya ia berlaku kerana struktur bahasa yang tidak sama antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tambahan pula apabila ia melibatkan jargon atau frasa khas untuk sesuatu situasi/ bidang.
Itulah tadi contohnya “tekan minyak” dalam bidang kenderaan atau enjin mungkin. Bila kita buat direct translation jadilah ianya “press oil”.
Dan ada banyak lagi contoh lain.
Pendek kata, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah tidak sesuai untuk anda belajar Bahasa Inggeris dengan menggunakan teknik translation atau terjemahan.
Jika anda ingin belajar menulis dalam Bahasa Inggeris, lebih baik anda menulis ayat dalam Bahasa Inggeris daripada menterjemahkan ayat dalam Bahasa Melayu.
Atau cara yang lebih mudah untuk belajar Bahasa Inggeris, adalah dengan mengikuti Program Easy English With Cikgu Azleen. Dapatkan maklumat lanjut di www.kelasenglish.com .
Update Program Easy English With Cikgu Azleen
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga saya siapkan Lesson 4 Program Easy English ini. Ini bermakna telah siap Siri 1 program ini. Confuse?
Oh, sebenarnya program ini tidaklah seperti projek e-book biasa. Ini kerana ini adalah satu program. Memang saya menggunakan konsep e-book. Tetapi ia dibuat secara bersiri.
Dalam setiap satu siri ada 4 lesson dimana setiap satu lesson adalah untuk tempoh pembelajaran 1 jam seminggu. Dan apabila anda mengikuti program ini, anda akan menerima satu lesson setiap minggu.
Bagaimana? Jelas kan?
Lebih kurang lah kot.. Hehehehe.. Apapun saya dah siapkan lesson 4 hari ini, dan ini bermakna Siri 1 dah siap.
Selepas ini, saya akan revise sekali lagi semua lesson dalam siri 1 ini dan sediakan platform distribution. Saya berharap selewat-lewatnya pada hari Rabu minggu hadapan, saya akan memilih 10 orang daripada mereka yang telah mengisi maklumat dalam borang survey Kelas English sebagai peserta program fasa 1. Dan 10 orang tersebut bolehlah mencuba program ini lebih awal dari orang lain..
Jumpa lagi nanti ya!
Tips Elak Dimarah Bos Walau Kerja Tak Siap
Cuba anda bayangkan…
Anda adalah seorang pekerja yang baik dan berdedikasi. Anda sentiasa melaksanakan tanggungjawab anda dengan sepenuh perhatian. Anda juga seorang rakan sekerja yang baik. Kerana itu, anda selalu membantu rakan sekerja anda yang menghadapi masalah, tidak kira samada ianya masalah kerja atau masalah peribadi..
Oleh kerana anda terlalu baik, anda sering dipergunakan oleh rakan sekerja untuk melaksanakan tugas yang tidak ingin mereka lakukan. Akibatnya, anda mengalami lambakan kerja..
Adussss.. Bos pula meminta anda menyerahkan satu tugas yang belum anda siapkan sepenuhnya.. Bagaimana ni?
Anda rasa anda pasti dimarah oleh bos kerana kerja tidak siap..
Okey, berhenti membayangkannya.. Sekarang, cuba anda beritahu saya apa yang anda akan lakukan dalam keadaan sedemikian?
Sebenarnya saya terbaca satu post di blog WanWma tentang Alasan Tetap Alasan Walaupun Ianya Benar. Saya bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh WanWma.. Cuma apabila membacanya saya teringat cara yang saya gunakan untuk melepaskan diri dari kena marah apabila kerja tidak siap..
Dulu saya pun tidak tahu cara ini, dan sering kena marah.. Tapi, suami saya memang seorang pengurus yang baik – well, dia berjaya menguruskan saya menjadi seorang yang berjaya.. ewah.. macamlah saya dah berjaya sangat.. hehehehe..
Berbalik semula kepada persoalan pokok, apa yang anda akan lakukan apabila kerja yang diberikan oleh bos anda tidak siap sedangkan due date nya telah tiba?
Apa Nak Buat Ni?
Ya, bagi kebanyakan orang, anda mungkin juga seperti saya suatu ketika dulu.. Dua cara.. Cara pertama, mengelak dari berjumpa dengan bos sepanjang hari due date itu sementara saya cuba menyiapkan kerja tersebut sepantas mungkin.. Cara kedua adalah jumpa bos, beri alasan dan terima sajalah kemarahannya itu..
Dan seperti yang anda dapat bayangkan, di akhir kedua-dua cara itu, memang saya tetap juga kena marah kan.. Bila kena marah, saya stress.. Bila stress, saya sakit.. Dan bila sakit, suami saya risau.. Hahahaha..
Jadi, suami saya berikan saya satu tips.. Yang akan saya ceritakan kepada anda.. Nak tak?
1 – Bos Juga Seperti Kita
Sebenarnya mudah saja.. Pertama, jangan anggap bos itu sesuatu yang menakutkan.. Sesuatu yang makan orang.. Sesuatu yang kerjanya hanyalah nak marah aje.. Sebaliknya, kita bayangkan bos adalah seseorang yang berhati perut, sama seperti kita..
2 – Mesti Ada Sedikit Hasil
Kedua, sediakan kerja yang perlu dihantar itu, walaupun ianya belum siap.. Jika separuh siap, maka print lah yang separuh itu.. Jika ada bahagian yang masih lagi kosong, print lah dalam keadaan yang kosong itu.. Tetapi janganlah pula sebenarnya anda memang tidak melakukan apa-apa pun ke atas kerja tersebut..
3 – Jumpa Sebelum Dicari
Ketiga, berjumpalah dengan bos anda sebelum dia mencari anda.. Beritahu dia bahawa anda sedang menyiapkan kerja yang dimintanya tetapi belum siap.. Berikan alasan anda – yang munasabah.. Seperti anda menunggu maklumat daripada orang lain, komputer anda dimasuki virus malam tadi hehehe.. dan apa juga seribu satu alasan yang logik.. Pastikan yang bos anda tidak tahu tentang komputer jika anda ingin beri alasan komputer rosak..
4 – Tunjukkan Apa Yang Ada
Keempat, tunjukkan hasil kerja anda yang separuh siap itu.. Bos akan percaya anda telah berusaha jika anda menunjukkan bukti kepadanya – walaupun tidak sempurna.. Berbanding jika anda hanya bercakap anda ada buat, tetapi tanpa bukti..
5 – Tempoh Baru
Kelima, minta tempoh baru untuk menyelesaikan kerja tersebut..
Dalam semua situasi yang berlaku ke atas saya, saya berjaya melepaskan diri dari kena marah setiap kali.. Dan kebiasaannya bos akan lebih percaya kepada saya dan mereka merasakan saya adalah seorang yang bertanggungjawab.. Malah, lebih dari sekali, bos akan memuji sikap saya dan memberitahu apa yang saya lakukan itu adalah tindakan terbaik.. Dan akhir sekali, saya akan mendapat lebih masa untuk menyiapkan kerja tersebut..
Tetapi awas, jangan ulang taktik ini kali kedua untuk kerja yang sama.. Dan pastikan juga anda ada sebab yang baik untuk tidak menyiapkan kerja tersebut..
Selamat mencuba!
Belajar Bahasa Inggeris Sambil Berhibur | Langkah 2
Sudahkah anda menonton video yang saya berikan dalam langkah 1? Jika belum, anda mungkin ingin menontonnya dahulu sebelum meneruskan dengan langkah 2 ini.
Baiklah, sebelum kita teruskan, tahukah anda apakah nama lagu tersebut dan siapakah penyanyi/ pencipta lagu itu?
Ya, lagu tersebut bertajuk Wonderful Tonight dan penyanyi asalnya adalah Eric Clapton.
Apakah perkataan-perkataan yang boleh anda dengar daripada lagu tersebut dengan jelas?
she, wear, brown hair, she asks me, do I look all right, yes, wonderful tonight, party, everyone, around, feel, love, eyes, home, car keys, help, bed, my darling
Mungkin anda dapat mendengar lebih banyak lagi perkataan.
Baiklah, sekarang kita akan meneruskan ke langkah 2.
Langkah 2 – Membaca dan memahami lirik lagu
Berikut adalah lirik lagu Wonderful Tonight:
It’s late in the evening
She’s wondering what clothes to wear
She puts on her make-up and brushes her long brown hair
And then she asks me do I look alright
And I say yes, you look wonderful tonightWe go to a party
And everyone turns to see
This beautiful lady who’s walking around with me
And then she asks me do you feel alright
And I say yes, I feel wonderful tonightI feel wonderful because I see the love that’s right in your eyes
And the wonder of it all is that you just don’t realise how much I love youIt’s time to go home now’ yes it is
And I’ve got an aching head
So I gave her the car keys
And she helped me in to bed
And then I tell her as I turn down the lights
I say darling you were wonderful tonightYou look wonderful, you’re everything I need and more
You look wonderful, so beautiful tonight
You look wonderful, you never leave me wanting more
You look wonderful, so beautiful tonight
Baca lirik ini beberapa kali dan cuba memahami seberapa banyak perkataan yang disebutkan. Sebenarnya, lagu ini boleh dikategorikan mudah kerana perkataan yang digunakan adalah perkataan biasa dan ia menggunakan ayat-ayat yang ringkas. Saya pasti anda tidak akan menghadapi banyak masalah memahaminya.
Bagaimanapun, jika ada perkataan yang anda kurang pasti maknanya, saya galakkan anda untuk membuka kamus. Kerana ini adalah waktu belajar dan adalah baik untuk mengenalpasti makna perkataan dengan tepat.
P/S: Post ini adalah bersiri bagi setiap langkah. Oleh itu, jika anda bimbang ketinggalan sebarang langkah, sila langgani RSS blog ini dengan mengisikan alamat emel anda pada ruangan yang disediakan di sebelah atas kanan blog ini.

