Posts Tagged ‘tips adsense’
Apakah Rahsia Dalam Rahsia 10K?
Sebenarnya saya sedang menjawab soalan Fizzi yang bertanyakan tentang betulkah rahsia dalam Rahsia 10K itu adalah rahsia? Jadi, sewaktu menjawab itu saya dapati bahawa jawapan saya sudah terlalu panjang, jadi lebih baiklah jika saya jadikan ianya satu post, supaya semua orang pun boleh baca juga..
Adakah betul ini rahsia?
Untuk soalan pertama, adakah betul ini rahsia? Mungkin tidak bagi sesetengah orang yang dah pakar macam awak, tetapi ya bagi mereka yang baru nak bermula macam saya.. Sebab itulah saya katakan bahawa Pakej Rahsia 10K ini sangat sesuai bagi mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan informasi digital.. Memulakan bukan sedang menjalankan…
Walaupun kebanyakan langkah yang dinyatakan itu saya telah tahu, tetapi saya tidak tahu bagaimana nak menyusun langkah-langkah tersebut supaya berjaya.. Sudah tentu sahaja boleh kalau nak try and error sendiri, tapi bagi saya memandangkan ada pilihan berjaya yang lebih mudah dan kurang risikonya, saya pilih yang kedua..
Adakah Irfan Khairi betul-betul memberitahu orang rahsianya?
Untuk soalan kedua, adakah Irfan Khairi betul-betul memberitahu orang rahsianya? Saya memiliki kesemua buku Irfan Khairi. Apa yang dapat saya simpulkan adalah jika anda hanya memiliki 1 atau 2 buku saja, anda tidak dapat keseluruhan rahsianya.. Bahkan walaupun selepas membaca semua buku beliau saya pasti masih ada lagi rahsia yang tidak beliau berikan.. Tetapi, ada banyak juga rahsia yang saya pelajari dalam buku-buku tersebut dan cukup untuk membantu saya menjalankan perniagaan internet saya dengan berjaya tanpa perlu menipu orang..
Rahsia sebenar adsense dalam blog adsense
Untuk soalan yang ketiga, saya tidak mempromosikan buku 101 Tips Adsense tersebut.. Labanon sendiri akui bahawa semua tips tersebut boleh anda perolehi samada melalui blog adsense mahupun buat search di enjin carian.. Jadi apa yang membezakannya?
Tips yang diberikan oleh Labanon dalam bahasa melayu, justeru memudahkan mereka yang ada masalah bahasa. Tips yang dikumpulkan oleh Labanon telah dicuba sendiri oleh Labanon dan dibuktikan berjaya, jadi mengurangkan risiko anda untuk mencubanya.. Labanon telah menggunakan masa beliau untuk mencari, mencuba dan menulis tips dalam bahasa yang mudah orang Malaysia fahami, jadi anda dapat menjimatkan masa anda untuk mencari, mencuba dan memahami tips-tips tersebut.. Dan yang paling tidak dapat ditandingi adalah anda juga dapat sokongan daripada Labanon sendiri sekiranya anda hadapi masalah sewaktu mencuba tips-tips tersebut.. Sokongan ini tidak anda perolehi sekiranya mendapat tips tersebut melalui enjin carian..
Jadi, saya tidak mempromosikan eBook 101 Tips Adsense tersebut, saya hanya berikan link ke produk tersebut. Kenapa? Salah satu peraturan blog yang baik adalah membantu pembaca blog mendapatkan seberapa banyak maklumat yang ada.. Jadi, itu yang saya cuba lakukan..
Saya tidak mempraktikkan adsense.. Walaupun ada dalam blog saya, ia bukanlah sumber utama.. Tetapi saya tahu ramai pembaca blog ini yang ingin menggunakan adsense sebagai sumber pendapatan perniagaan internet mereka, jadi saya berikan mereka salah satu sumber maklumat yang saya percaya boleh membantu mereka..
TONTO?
Jika anda masih menganggap ini satu perbuatan Tolong Orang Nak Tipu Orang, terpulang.. Saya pasti anda tidak rugi apa-apa dan saya juga tidak rugi apa-apa..
P.S.: Sayangnya kerana anda juga tidak menang apa-apa dan begitu juga dengan saya..
P.P.S.: Typical Malay!
Apa Rahsia Remaja 17 Tahun Menghasilkan RM1.3K Dalam Masa 24 Jam?
Macam yang saya katakan semalam saya akan buat review tentang Pakej Rahsia 10K yang membongkar rahsia bagaimana remaja 17 tahun menghasilkan RM1.3K dalam masa 24 jam.
Apa?
Ya, anda membacanya dengan betul. Seorang remaja 17 tahun berjaya menghasilkan RM1.3K dalam masa 24 jam melalui business online. Bukan dengan mencuri, merompak, mengugut dan seumpamanya.
Salah satu item yang akan anda perolehi apabila mendapatkan Pakej Rahsia 10K ini adalah Buku Rahsia 10K Case Study. Buku ini setebal 84 mukasurat dan terdapat 15 bab yang menceritakan langkah demi langkah yang dilakukan oleh Labanon dalam projek 101 Tip Adsense Terbongkar.
Buku Rahsia 10K Case Study
Melalui projek 101 Tip Adsense Terbongkar, Labanon telah berjaya menghasilkan RM1.3K dalam tempoh 24 jam dan mendapat pendapatan 5 angka untuk bulan tersebut. Hebatkan..
Dan oleh kerana ramai sangat orang bertanya bagaimana beliau melakukannya, beliau telah menulis pula buku Rahsia 10K ini untuk berkongsi kejayaan ini dengan orang lain. Sememangnya dalam buku Rahsia 10K Case Study ini Labanon telah bercerita dengan detail apa yang beliau lakukan dalam projek 101 tip adsense terbongkar. Menakjubkan..
Daripada peringkat mencipta produk informasi, membina laman web jualan, mendapatkan bantuan daripada pakar, merancang strategi pemasaran sehinggalah kepada peringkat menghadapi pelanggan. Semuanya lengkap.
Lengkap Dengan Motivasi
Di setiap bab pula diselitkan unsur motivasi supaya pembaca merasa lebih bersemangat untuk mengecap kejayaan seperti Labanon. Beliau turut membuat rumusan bab di akhir setiap bab. Memang membantu jika anda ingin membuat skimming isi ebook.
Tak dapat saya nak gambarkan apa yang saya baca dengan jelas kepada anda. Dan saya pasti, jika anda memang berminat memulakan perniagaan produk informasi digital sendiri, anda perlu memiliki Pakej Rahsia 10K ini yang akan mula dipasarkan pada 10 Jun 2008.
Anda boleh melawat laman web Pakej Rahsia 10K untuk membaca lebih banyak testimonial tentang produk yang hebat ini.
P.S.: Pada hari Jumaat, saya akan buat review tentang ebook Rahsia 10K bahagian Praktikal pula. Saya baru saja lepas membacanya dan cukup teruja nak beritahu anda.
P.P.S.: Subscribe blog ini melalui emel supaya anda tidak terlepas sebarang maklumat penting! Isikan e-mel anda di laman web sini.

