Posts Tagged ‘zainal abidin’
Mahalnya Harga Terima Kasih!
Burung kenek-kenek, terbang tepi telaga
Pesan datuk nenek, budi bahasa budaya
Tadi saya ke pusat bandar sebab nak makan tengah hari sambil membeli pen. Maklumlah, jadi guru ni banyak menulis, jadinya saban minggu pasti menempel di kedai alat tulis untuk membeli pen. Bukan 1, bukan 2 batang, tapi paling kurang sekali beli mesti 5 batang.
Semasa sedang mencuba pen yang ingin dibeli (5 hitam dan 5 biru), ada sepasang couple di sebelah saya. Tak pastilah mereka ni kekasih ke bukan, tapi sorang lelaki sorang perempuan. Rasanya diorang ni antara sukarelawan untuk promosi ABPBH yang berlangsung di Pusat Bandar Pasir Gudang ni.
Diorang nak beli paint-marker warna silver. Saya lihat mereka cuba menulis marker tersebut ke atas kertas yang disediakan di Kiang Trading tuh. Cuba punya cuba.. Takde tulisan yang keluar. Jadi mereka pun mengadu kepada adik cashier di kaunter tuh.
“Kak, pen ni rosak ke? Tak keluar pun dakwatnya?”
Jadi, adik cashier tadipun ambil pen tuh, goncang sekuat hati dan tulis. Masih tak keluar.
Kebetulannya, sayapun dah puas membelek pen dan saya beratur di kaunter tersebut. Bila melihat insiden tersebut, ramahlah mulut saya ni memberitahu:
“Ink nya belum turun lagi, kena tekan matanya tuh lama sikit, sampai warna ink tuh turun pada mata marker barulah boleh tulis!”
Alhamdulillah, saranan saya tuh berkesan. Sememangnya saya biasa menggunakan marker-marker tersebut waktu buat ABM (teaching aids).
Bila marker tuh dah sah tidak rosak, couple tadipun membayar harganya dan blah camtuh jer..
Saya tidaklah mengharapkan balasan, cuma terasa hati ajelah
Apalah salahnya kalau mereka ucapkan terima kasih atau setidak-tidaknya memandang saya dan senyum. Kita kan bangsa yang terkenal dengan kehalusan budaya dan adab sopan santunnya. Tidak mendatangkan kos apapun untuk melaksanakan dua perkara tersebut.
Senyum dan terima kasih!
Mudah bukan?
Jadi hari ni, apa kata kita sama-sama mulakan budaya ini – senyum dan terima kasih. Tidak kiralah kepada siapapun, orang yang kita kenal mahupun tidak kenal. Antara masa yang paling mudah untuk lakukan ini adalah sewaktu membayar di kaunter, bertanya kepada petugas kaunter pertanyaan, kepada pelayan yang mengambil pesanan dan juga yang menghantar pesanan. Pastinya sekurang-kurangnya kita berjumpa dan berurusan dengan mereka ini sekali setiap hari (tak semestinya orang yang sama setiap hari!).
Yang memberi rasa rendah diri, dan yang menerima rasa dihargai. Kan elok?
Senyum, dan terima kasih!
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 7
This video has been viewed on YouTube 2,260 times in 17 hours after it was uploaded and was #78 most viewed on 21st December 2007.
I never knew that so many people are looking for Zainal Abidin and it song Hijau (Green)..
Anyway, enjoy this last part of Konsert Lagu-lagu Rakyat with Zainal Abidin…
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 4
More song from Zainal Abidin with Koir Remaja Kebangsaan..
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 3
Burung kenek-kenek terbang cucur atap
Pesan datuk nenek hati kita mahu tetap
Burung kenek-kenek terbang atas pagar
Pesan datuk nenek rajin-rajinlah belajar
Burung kenek-kenek terbang tepi telaga
Pesan datuk nenek budi bahasa budaya
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 2
This one is very funny.. I can’t stop laughing.. Enjoy!
Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal duaLetchum letchum letchum hulala
Letchum letchum letchum hulala
Letchum letchum letchum hulala
Burung kakak tua…
Konsert Lagu-lagu Rakyat With Zainal Abidin – Part 1
Other than eating at the Greentown, we don’t have any plan to do at night in Ipoh. Luckily, we saw an advertisement about Konsert Lagu-lagu Rakyat at dewan budaya (or something like that!). And the appearance of Zainal Abidin is just a perfect bonus.
I’ve made an illegal recording of Zainal Abidin performance that night.. Enjoy the video, but please bear in mind that the recording was made by someone unprofessional ‘videoman’ which is me
..
Rasa Sayang
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh ku cari
Mana sama cik adik sorangSorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak tahuBuah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkanPulan Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juaKalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

